Friday, December 7, 2018

Buat IC anak kat Putrajaya...

Hari ni hari Khamis, 6 Disember 2018, aku cuti...untuk habiskan cuti 2018 dan persediaan untuk cuti bersara 'option' .. hahaha..Masa cuti ni aku amik kesempatan untuk
buat IC anak bungsu aku yang sepatutnya dah buat pada 20 Nov.
lalu...tapi rasanya takpe kut lewat sikit kan....

Bangunan JPN
update sijil kelahiran dan mykid
jumpa staf kaunter bila dipanggil..
Jam 9.00 pagi aku gerak ke putrajaya bersama isteri
dan anak bungsu aku. Kami ikut jalan biasa ke putrajaya iaitu
melalui kampung limau manis sungai merab dan terus masuk ke putrajaya. Kami
melalui kompleks Putrajaya International Conference Centre. Kemudian melalui masjid besi atau masjid tuanku mizan dan seterusnya parking kat parking awam di situ.

Selesai parking terus menapak menuju ke Jabatan Pendaftaran Negara.
Isteri dan anak aku terus pi ke kaunter. Staf kaunter minta buat update kepada
maklumat kelahiran anak kami. Naik kat atas pi ke kaunter untuk dapatkan informasi serta borang untuk di isi. Aku isi borang tu..hahaha...makan masa jugak isi borang tu,
maklumlah aku da lama tak buat keje keje menulis ni..Agak lama la
baru dapat siapkan isi borang tu. Siap aja kami tunggu
nombor giliran dipanggil.


sedang berurusan...
pandangan atas...
tunggu giliran...
Bila nombor giliran dipanggil
kami pi ke kaunter dan serahkan borang. Isteri
aku tandatangan borang tu. Selesai aje tunggu sebentar. Tak lama
kemudian dia beri sijil kelahiran baru untuk anak bungsu kami. Sebenarnya aku tak
tau nape perlu di buat sijil kelahiran baru...yang nampak dan jelas ialah sijil kelahiran nama anak aku tiada BIN...mungkin itu sebabnya ia ditukar baru...tak pasti...

Selepas aja di kaunter sijil kelahiran kami pun pi ke bahagian kad pengenalan pulak
pi lagi ke kaunter dan dia beri borang untuk diisi. Setelah selesai diisi kami
tunggu nombor giliran dipanggil. Bila nama dipanggil isteri dan
 anak pi ke kaunter tu. Selesai kat kaunter tu
kami pi pulak ke bahagian lain untuk
tangkap foto dan proses buat kad pengenalan......


bahagian kad pengenalan...
bahagian kad pengenalan...
da pi tangkap gambar buat IC
Selesai sahaja kami pun gerak untuk balik...Staf kat kaunter
tu kata kad pengenalan akan siap esok...esok boleh datang amik dia kata.
Jadi nampaknya aku kena datang putrajaya lagi esok...Kami menapak pi ke parking. Lama sungguh aku tak masuk putrajaya ni. Ada ketikanya rasa ok gak dapat
masuk putrajaya ni...tak sibuk..tenang aje. Aku memang
suka buat IC kat sini...kalau tukar IC lama
prosesnya tak lama pun lebih kurang sejam aje...tapi IC baru ni amik masa 24 jam...

Aku lebih suka buat IC kat Putrajaya tu sebab bangunan besar, kaunter banyak dan cepat. Sebenarnya aku boleh aje buat kat hentian kajang yang lebih hampir daripada
pi putrajaya tu.


selesai dan nak balik...
Dalam bangunan JPN
da luar bangunan JPN
Sampai je kat parking kete terus masuk dan gerak balik. Aku jalanraya ni memang payah nak ingat...jadi anak aku aje yang bantu ingatkan balik jalan nak balik tu.
Sebab hari da menjelang tengah hari maka kami singga
di foodcourt di cs untuk makan....Selesai makan
terus balik.......


parking kat sini...
menuju kete...
singgah cs isi perut...
isi perut kat cs...da tengah hari da ni...
Selesai untuk hari ni...esok pi lagi putrajaya...untuk amik kad pengenalan pulak......

..................................................................................................................

Hari ni hari Jumaat, 7 Disember 2018, sama macam semalam, lebih kurang jam 9.00 pagi gerak ke putrajaya. Kami ikut jalan semalam untuk masuk putrajaya. Perjalanan makan masa selama lebih kurang sejam kut...ntah aku pun tak tengok sangat jam aku.
Tiba sana terus cari parking tempat biasa.


kawasan parking...
posing sat...
posing 
depan tu bangunan JPN
 Selesai parking terus aje tuju bangunan JPN.
Sebenarnya ramai orang berurusan di sini. Mereka datang atas
pelbagai sebab, bukan buat IC aje. Berkaitan warganegara, anak angkat, pendaftaran perkahwinan dan sebagainya lagi. memang macam2 orang la kat sini yang tua
yang muda yang comey yang tak comey dan pelbagai rupa la....
Masing2 tak amik pusing pun hal orang lain....


bahagian pengambilan kad pengenalan...
da dapat IC da...
da ada IC...
sempat selfie sebelum masuk kete...
Isteri aku terus pi ke bahagian kad pengenalan 
tapi dia orang suh pi kaunter umum untuk amik nombor giliran. 
Selesai amik nombor giliran isteri dan anak aku pi ke kaunter amik kad pengenalan tu.
Sebenarnya bahagian amik kad dan buat kad merupakan dua bahagian yang berbeza dan dilokasi yang lain. Isteri dan anak aku tunggu sebentar sebelum nama dipabggil
untuk amik kad pengenalan tu. Selesai aje amik kad kami
terus aje balik ke bangi. 
 Pada aku buat IC dan sebagainya di Putrajaya lebih mudah dan cepat, jadi mereka yang duk berhampiran sini eloklah pi putrajaya aje. Hari Sabtu pun JPN kat
sini bukak untuk memenuhi keperluan pelanggan....


wefie pulak dah....
masuk putrajaya ikut lain, kuar ikut lain...
nak tengok dataran masjid pulak...lalu aje pun...
Akhirnya moga kita semua diampunkan oleh ALLAH SWT atas segala dosa
kita semua ( tak kiralah sape pun, sama ada aku kenal atau tak ) hingga ke akhir hayat kita...tiadalah nikmat yang lebih besar selain mendapat 
keampunan ALLAH SWT...

~ SEKIAN ~

daud.montak.zakaria

Saturday, November 17, 2018

Cuti yang tak sibuk pon..

Hari ni Sabtu, 17 Nov. 2018..sebelah pagi hantar anak dan isteri ke hotel Eveniew. Aku tak involve pun walaupun aku memang boleh pi tapi biarlah ibu dia aje yang
turut serta. Aku biarla pi hantar dan ambil dia orang aje
dari hotel tu bila da selesai...ok la tu..
Aku hantar dia orang jam 7.15 pagi...program mula
jam 8.30 pagi kut.. Ia merupakan hari aprisiasi untuk murid tahun 6 sekolah bangi.
Lepas ni dia orang akan masuk sekolah menengah pula iaitu tingkatan satu sekolah Sri Putra....

program sekolah rendah..
ni anak bungsu aku...tambah berat badannya..
berpakaian jubah...
 Aku sebenarnya tak tau apa yang berlaku dalam program tu. Isteri aku aje yang pi untuk sama sama berada dalam program tu. Ia diadakan di dewan hotel eneniew bangi.
Hotep tu depas rumah aku aje iaitu berhampiran pasaraya CS di bangi.
dengan kawan2 dia...

dengan teacher dia...
dengan kawan2 dia...
 Program tersebut berakhir selepas zohor. Aku amik dia orang kat hotel tu. Walau pun tak jauh kene amik gak...kalau berjalan berpeluh jugak. Dapat aje call daripada
isteri terus aku pi amik dia orang....

Waktu petang lepas zhor kami pi pulak
merayau rayau dengan famili anak tua aku di mesa mall pulak..
Saja je buang masa mundar mandir kat mall tu...Mall tu masih lagi tak banyak 
kedai kedai dalamnya. Dah banyak kali aku pi ke mall ni...Kali ni ntah kali keberapa aku pun kurang pasti tapi memang da selalu rasanya...

di mesa mall

di mesa mall
di mesa mall
di mesa mall
 Kami saje pi sini, takde apa pun yang nak dicari...jalan jalan aje. Kalau sape sape nak jalan kat sini ok gak, selesa gak tempat ni untuk window shopping. Tempat bowling
pon ada di sini. Tempat main kanak kanak pun ada...untuk anak
anak berlari dan sebagainya. Kami pun jalan jalan aje
kat sini...

di mesa mall...dengan cucu dan menantu kami....
di mesa mall
di mesa mall
ini aeon mall yang sedang dalam pembinaan sebelah tesco nilai, taun depan baru buka, dengar cite nya...
Banyak jugak kedai makanan dan sebagainya...ada kedai jual pakaian...ada kedai jual handphone...biasalah mana mana aje ade jual handphone ni. Kedai kedai kasut
 dan farmasi pon ada. Kedai jual ubat tradisional pun ada kat sini...

food court tesco nilai...
food court tesco nilai...
food court tesco nilai...
food court tesco nilai...
 Hampir sejam kami kat situ akhirnya kami gerak keluar untuk cari tempat makan...di situ bukan takde tempat makan, kedai makan ayam penyet pun ada...kedai makan
 makanan siam pun ada..kedai makanan ringan pon banyak.
Kami kuar untuk makan ditempat lain. Kami
saja pi ke tesco nilai untuk makan
sebab di sana lebih banyak pilihan makanan, tu sebab
kami pi ke tesco tu...memang banyak pilihan kat tempat makanan di tesco tu...

food court tesco nilai...
food court tesco nilai...
Masa kami tiba di tesco tu memang ramai orang pon mungkin sebab hari ni hari cuti kut. Tak kisah lah yang penting kami boleh makan. Kami pilih tempat yang di hujung 
sekali sebab di situ macam ada meja kosong yang belum dikemas
 dan dibersihkan lagi. Beberapa lama lepas kami 
dududk barulah datang staf datang bersihkan meja tu...
Kami makan kat situ satu keluarga bersama dengan keluarga anak
sulung kami serta cucu pertama kami....Cucu kami tu baru berusia dua bulan lebih kut...aku pun..apa la tarikh lahir cucu pun lupa...nampak sangat aku da tua....opst! da lama aje...
....apa boleh buat la.....
Hampir jam 6 petang kami kuar dari tesco tu untuk balik ke rumah....

Apa apa pun aku doakan kita semua diampunkan oleh ALLAH SWT atas semua dosa kita hingga ke akhir hayat kita..sesungguhnya tiada nikmat yang paling besar
selain daripada sentiasa mendapat keampunana ALLAH SWT 
hingga ke akhir hayat kita...doa ni untuk 
semua tak kira sesape pon....

~ SEKIAN ~

daud.montak.zakaria

Saturday, November 3, 2018

Melawat insan yang diuji ALLAH SWT..

Hari ni Sabtu, 3 Nov. 2018, hari cuti...memang la cuti kan...Aku duk aje kat rumah. Tapi isteri aku banyak pulak aktiviti dia...pepagi
aje dia da pi senamrobik...Balik senamrobik terus
pulak dia pi kelas agama berkitab
di surau jam 9.00 pagi...




Balik aje isteri aku terus masak untuk
makan tengah hari. Aku tak sedar pulak masa tu
tertidur depan tv. Masa cuti je la nak tidur kan...kan...kan...Isteri 
aku balik jam 11.30 pagi pun aku tak berapa nak sedar. Aku tersedar jam 2.00 petang. Kami makan tengah hari lebih jam 2.00 petang.



Isteri aku ajak pi lawat suami kawan baik dia yang sedang berada di wad hospital di Nilai Negeri Sembilan. Aku cuma angguk aje.
Mereka juga merupakan jiran kami di taman perumahan kami....
Lepas Zohor kami pi menuju hospital swasta
kat nilai tu. Kami pi bersama dengan
anak bungsu kami.....Anak lelaki kedua kami pi tengok Motor
GP di Sepang.....



Sampai aje di hospital tu, kami pun terus
 masuk. Catat nama dan maklumat lain kat buku lawatan
 depan pengawal kat dalam bangunan tu. Selesai aje, kami pun terus masuk lift. Tiba tingkat 3 terus cari wad tempat suami rakan baik
isteri aku tu. Jumpa bilik berkenaan dan terus
masuk. Suami rakan isteri aku tu
ada di katilnya....



Aku terus salam dan tanya kabar...tanya tentang sakit dia...Dia masuk hospital sebab jatuh kat bilik air dan luka ditangan...mungkin
serius lukanya...tu sebab kena duk diwad dengan
keadaan tangan disimen.....
Tak lama kemudian rakan baik isteri aku
pun masuk ke wad tu...Kami terus bersembang. Lama jugak
kami kat wad tersebut, rasanya...sejam lebih jugak. Macam macam yang disembangkan...Setelah agak lama kat situ, kami pun mintak diri untuk keluar. Kami tinggalkan hospital tu lebih kurang jam 5.30 petang.
Aku doakan semoga suami rakan baik isteri aku tu cepat
sembuh. Sesungguhnya kesembuhan tu milik ALLAH SWT, kita berdoa sahaja......



Anak bungsu aku ajak makan pulak. Kami singgah di Tesco Nilai.. Duk la kami kat food court tu dan order makanan. Ramai jugak orang kat
situ...mungkin sebab hari cuti kut...tu sebab ramai yang
ada kat situ untuk makan.....Selesai makan
terus aje balik......Selesai satu cerita......
Kalau tak silap tahun lepas pun aku pernah melawat suami
rakan baik isteri aku di hospital ini jugak...Tulisan aku tu boleh di baca



Akhirnya...moga kita semua, tak kira sama ada aku kenal atau tak, akan mendapat keampunan daripada ALLAH SWT atas segala dosa
kita hingga ke akhir hayat...Tiada nikmat yang lebih
besar selain daripada mendapat keampunan
diatas segala dosa kita oleh ALLAH SWT....aamiiinnnn....

~ SEKIAN ~

daud.montak.zakaria

LAMA DAH TAK UPDATE BLOG.

Diari DAUD, 23 Julai 2026 - Rasanya dah lama aku tak update blog ni. Kali akhir ialah dalam bulan MAY 2026. Masa tu aku tulis berkaitan peme...