Friday, December 7, 2018

Buat IC anak kat Putrajaya...

Hari ni hari Khamis, 6 Disember 2018, aku cuti...untuk habiskan cuti 2018 dan persediaan untuk cuti bersara 'option' .. hahaha..Masa cuti ni aku amik kesempatan untuk
buat IC anak bungsu aku yang sepatutnya dah buat pada 20 Nov.
lalu...tapi rasanya takpe kut lewat sikit kan....

Bangunan JPN
update sijil kelahiran dan mykid
jumpa staf kaunter bila dipanggil..
Jam 9.00 pagi aku gerak ke putrajaya bersama isteri
dan anak bungsu aku. Kami ikut jalan biasa ke putrajaya iaitu
melalui kampung limau manis sungai merab dan terus masuk ke putrajaya. Kami
melalui kompleks Putrajaya International Conference Centre. Kemudian melalui masjid besi atau masjid tuanku mizan dan seterusnya parking kat parking awam di situ.

Selesai parking terus menapak menuju ke Jabatan Pendaftaran Negara.
Isteri dan anak aku terus pi ke kaunter. Staf kaunter minta buat update kepada
maklumat kelahiran anak kami. Naik kat atas pi ke kaunter untuk dapatkan informasi serta borang untuk di isi. Aku isi borang tu..hahaha...makan masa jugak isi borang tu,
maklumlah aku da lama tak buat keje keje menulis ni..Agak lama la
baru dapat siapkan isi borang tu. Siap aja kami tunggu
nombor giliran dipanggil.


sedang berurusan...
pandangan atas...
tunggu giliran...
Bila nombor giliran dipanggil
kami pi ke kaunter dan serahkan borang. Isteri
aku tandatangan borang tu. Selesai aje tunggu sebentar. Tak lama
kemudian dia beri sijil kelahiran baru untuk anak bungsu kami. Sebenarnya aku tak
tau nape perlu di buat sijil kelahiran baru...yang nampak dan jelas ialah sijil kelahiran nama anak aku tiada BIN...mungkin itu sebabnya ia ditukar baru...tak pasti...

Selepas aja di kaunter sijil kelahiran kami pun pi ke bahagian kad pengenalan pulak
pi lagi ke kaunter dan dia beri borang untuk diisi. Setelah selesai diisi kami
tunggu nombor giliran dipanggil. Bila nama dipanggil isteri dan
 anak pi ke kaunter tu. Selesai kat kaunter tu
kami pi pulak ke bahagian lain untuk
tangkap foto dan proses buat kad pengenalan......


bahagian kad pengenalan...
bahagian kad pengenalan...
da pi tangkap gambar buat IC
Selesai sahaja kami pun gerak untuk balik...Staf kat kaunter
tu kata kad pengenalan akan siap esok...esok boleh datang amik dia kata.
Jadi nampaknya aku kena datang putrajaya lagi esok...Kami menapak pi ke parking. Lama sungguh aku tak masuk putrajaya ni. Ada ketikanya rasa ok gak dapat
masuk putrajaya ni...tak sibuk..tenang aje. Aku memang
suka buat IC kat sini...kalau tukar IC lama
prosesnya tak lama pun lebih kurang sejam aje...tapi IC baru ni amik masa 24 jam...

Aku lebih suka buat IC kat Putrajaya tu sebab bangunan besar, kaunter banyak dan cepat. Sebenarnya aku boleh aje buat kat hentian kajang yang lebih hampir daripada
pi putrajaya tu.


selesai dan nak balik...
Dalam bangunan JPN
da luar bangunan JPN
Sampai je kat parking kete terus masuk dan gerak balik. Aku jalanraya ni memang payah nak ingat...jadi anak aku aje yang bantu ingatkan balik jalan nak balik tu.
Sebab hari da menjelang tengah hari maka kami singga
di foodcourt di cs untuk makan....Selesai makan
terus balik.......


parking kat sini...
menuju kete...
singgah cs isi perut...
isi perut kat cs...da tengah hari da ni...
Selesai untuk hari ni...esok pi lagi putrajaya...untuk amik kad pengenalan pulak......

..................................................................................................................

Hari ni hari Jumaat, 7 Disember 2018, sama macam semalam, lebih kurang jam 9.00 pagi gerak ke putrajaya. Kami ikut jalan semalam untuk masuk putrajaya. Perjalanan makan masa selama lebih kurang sejam kut...ntah aku pun tak tengok sangat jam aku.
Tiba sana terus cari parking tempat biasa.


kawasan parking...
posing sat...
posing 
depan tu bangunan JPN
 Selesai parking terus aje tuju bangunan JPN.
Sebenarnya ramai orang berurusan di sini. Mereka datang atas
pelbagai sebab, bukan buat IC aje. Berkaitan warganegara, anak angkat, pendaftaran perkahwinan dan sebagainya lagi. memang macam2 orang la kat sini yang tua
yang muda yang comey yang tak comey dan pelbagai rupa la....
Masing2 tak amik pusing pun hal orang lain....


bahagian pengambilan kad pengenalan...
da dapat IC da...
da ada IC...
sempat selfie sebelum masuk kete...
Isteri aku terus pi ke bahagian kad pengenalan 
tapi dia orang suh pi kaunter umum untuk amik nombor giliran. 
Selesai amik nombor giliran isteri dan anak aku pi ke kaunter amik kad pengenalan tu.
Sebenarnya bahagian amik kad dan buat kad merupakan dua bahagian yang berbeza dan dilokasi yang lain. Isteri dan anak aku tunggu sebentar sebelum nama dipabggil
untuk amik kad pengenalan tu. Selesai aje amik kad kami
terus aje balik ke bangi. 
 Pada aku buat IC dan sebagainya di Putrajaya lebih mudah dan cepat, jadi mereka yang duk berhampiran sini eloklah pi putrajaya aje. Hari Sabtu pun JPN kat
sini bukak untuk memenuhi keperluan pelanggan....


wefie pulak dah....
masuk putrajaya ikut lain, kuar ikut lain...
nak tengok dataran masjid pulak...lalu aje pun...
Akhirnya moga kita semua diampunkan oleh ALLAH SWT atas segala dosa
kita semua ( tak kiralah sape pun, sama ada aku kenal atau tak ) hingga ke akhir hayat kita...tiadalah nikmat yang lebih besar selain mendapat 
keampunan ALLAH SWT...

~ SEKIAN ~

daud.montak.zakaria

No comments:

Post a Comment

TETAMU SYAWAL..

Diari DAUD : SABTU lalu, rakan dan juga sedara aku, MIZI berkunjung ke rumah. Dia ni memang salah sorang daripada rakan baik aku. Rakan aku...