Saturday, January 26, 2019

Kelanang..oh...kelanang...

Hari ni Sabtu, 26 Januari 2019, pagi gotong royong..petang aku pi pantai kelanang dengan jiran depan rumah aku, wak tumirin. Masa gotong royong dia dah ajak aku
pi pantai kelanang tu untuk beli ikan yang baru naik dari
laut. Dia ada kabel kat sana mungkin
boleh dapat harga kawan2.

Lebih kurang jam 4.00 petang dia
ajak pi sana, maka kami pun siap siap la. Selesai
siap kami pun naik kete gerak ke sana. Aku dengan isteri dan anak
aku, jiran aku tu dengan isteri dia. Kami gerak ikut dengkil, banting dan terus pantai
kelanang.




Sebenarnya aku dah lama sangat tak pi kelanang ni. Kali pertama dan terakhir aku pi pantai kelanang ialah masa tahun 2001 kalau tak silap. Aku pi bersama pelajar
masscomm untuk membuat rakaman sari suntuk tepi
pantai tu. Biras aku pi hantar kat situ.
Dia dan adik ipar aku
hantar makanan jugak kepada kami di situ...terima kasih
sangat kepada dia sekeluarga...memang aku tak dapat balas bantuan dia tu..memang aku tak mampu nak balas...moga ALLAH SWT memberi balasan yang lebih nilainya
di akhirat nanti....aamiinnn......




Agak lama jugak kami baru sampai ke pantai kelanang tu...mungkin sejam lebih kut. Jauh jugak rasanya ... hahaha...apa boleh buat la...Tiba aje dipantai tu kami pun
dibawa oleh jiran aku tu ke arah nelayan yang sedang jual
ikan tu kat dataran pantai kelanang tu...

Aku serahkan aje kepada isteri aku untuk
buat pembelian ikan tu...aku cuma tengok aje...aku cuma bagi duit
aje...aku bukan pandai sangat pun dalam hal beli ikan ni...aku lebih mahir makan ikan yang
dah dimasak aje...ekekeke....




Selesai beli, jiran aku ingin tunjukkan satu lagi
tempat untuk beli ikan daripada nelayan kecilan kat situ. Tempat tersebut
berhampiran dengan morib. Aku rasa jalan pi sana pun agak jauh jugak. Akhirnya
 kami tiba jugak di pasar nelayan sepang tu. Tapi nampaknya pasar tu da tutup dalam jam 5.00 petang tadi...

Jadi kami terus aje pulang ke bangi melalui
salak dan seterusnya ke Bangi...Tiba di Bangi Lama lebih kurang jam 8.10 malam. Kami pi ke pantai kelanang jam 4.00 petang dan tiba balik di bangi jam 8.10 malam....

Rasa itu aje yang dapat aku tulis untuk hari ni...maaf, jika tulisan aku ni tak menarik langsung.....




Sebelum aku tutup kalam ni, aku doakan moga kita semua akan sentiasa diampunkan oleh ALLAH SWT atas semua dosa kita hingga akhir hayat. Dan jangan lupa sentiasa
doakan untuk kedua ibubapa kita dan ibubapa mertua kita
supaya dihindarkan oleh ALLAH SWT daripada
siksaan kubur, siksaan akhirat dan siksaan api neraka dan dimasukkan
mereka ke dalam syurga bersama para rasul, para nabi serta orang yang soleh dan solehah..aamiinnnnnn....

~ SEKIAN ~

daud.montak.zakaria

Friday, January 25, 2019

Jadual Sabtu yang penuh..

Hari ni Sabtu, 26 Januari 2019...kebetulan hari ni ialah hari ulangtahun kelahiran isteri aku...belum ada plan untuk dia...hahaha....apa boleh buat la...Program pagi, 
hari ni ialah gotong royong satu taman. Awal pagi ada
perhimpunan di dewan sebelum memasing
gotong royong jalan memasing tapi aku tak pi pun perhimpunan
tu...aku dan isteri terus aje bersihkan kawasan rumah sendiri. Memasing bersihkan
lama sendiri aje....Kalau semua ahli komuniti buat tentu aje bersih
satu taman, sebab masing masing buat, tak gitu...

ujung sana tu tempat sarapan pot luck...rumah jiran jalan aku tu...
ni isteri aku...
jiran kongsi dinding dgn kami sedang potong dahan pokok...
 Kat jalan aku nampaknya hampir semua
buat kerja kerja pembersihan rumah memasing. Aku dengan
jiran jiran berhampiran memang buat. Memasing juga berkongsi pot luck
dan diletakkan di rumah jiran kami yang juga menjadi lokasinya tempat berkumpul kumpulan jalan jalan tertentu untuk sama sama menjamu
selera selepas siap buat keje atau sebelum
buat keja...aku wakilkan isteri aku aje untuk menikmati sarapan berkenaan...hahaha..

Aku dan isteri aku bersihkan halaman rumah kami, tak besar mana pun..tapi alhamdulillah ada jugak kediaman untuk kami tinggal sekeluarga...syukur sangat, masih
ada lokasi untuk berteduh...Hari ini memang bersihkan semua
cuma tak sempat untuk bersihkan belakang rumah
...kami buat keje tu hingga tengah hari aje.

Jiran pun sama jugak, dia orang ada yang
bersihkan dahan dahan pokok di rumah memasing termasuk
dahan pokok bunga dan sebagainya. Aku jugak potong dahan pokok bunga dan
jugak pokok jambu depan rumah aku yang agaknya dan lebih sepuluh tahun usia pokok tu.

jiran depan rumah aku wak tumirin...
potong dahan pokok bunga kertas...
masing masing sibuk buat keje...
ni pun jiran aku sdr. zakaria...
Dalam masa kami membuat keje keje pembersihan tu datang pulak dua pegawai kesihatan yang memeriksa jentik jentik nyamuk aedies...hahaha...Lama jugak la pegawai tu 
sembang dengan jiran depan rumah aku wak tumirin tu...aku sampuk
 sikit2 aje....dia orang pun satu etnik
...hahaha...dua dua
bergelaran wak...hahaha....Banyak lah nasihat pegawai tu berkaitan
 nyamuk aedies ni. Aku pun pernah buat video berkaitan aktiviti pelajar ukm berkaitan aedies di sebuah sekolah semenyih dulu tu...anda semua 
boleh tonton videonya


Aku dah lupa dah maklumat berkaitan aedies ni yang aku jadikan skrip dalam video tu. Apa apa pun aedies ni memang bahaya. Sempatla aku bersembang dengan jiran aku
yang pernah terkena aedies ni...alhamdulillah setakat ini aku
rasa belum lagi pernah terkena...aku doa sesangat
janganlah aku kena...bukan aku aje moga moga semua yang ada kat taman
aku ni janganlah kena penyakit demam denggi ni, bahaya sangat. Jiran aku yang kena
tu kata kalau bood platelets dah sampai ke tahap 12 memang bahaya...boleh bawa maut....

wak tumirin sedang layan pegawai kesihatan tu...
pegawai kesihatan...
sembang panjang...
membonceng motosikal tu sdr. roslan manap, ketua persatuan penduduk, sedang lawat kawasan...hahaha...
 Susah nak cakap hal berkaitan aedies ni sebab sejak aku duk kat sini memang da ada dah penyakit ni...aku duk sini tahun 1991 dan sejak aku datang ke Bangi ni, memang inilah
penyakit yang tak pernah padam pun, ada aja yang jadi mangsa
malah ada jugak yang meninggal sebab penyakit demam denggi ni....takde 
ubat pun...takde ubat pun, pelik kan, da puluhan tahun masih tiada penawar untuk denggi ni , yang ada cuma cegah sebelum ia datang menziarahi kita...


hadiah drpd pegawai kesihatan
gigih bersih kawasan..
Keje keje pembersihan tu tamat lebih kurang jam 12.00 tengah hari. Masing2 masuk rumah....Isteri aku dalam jam 12.00 lebih pi hadiri majlis perkahwinan
rakan rakan dia. Dia pi dengan jiran kongsi dinding
rumah kami...aku...aku memang jarang pi majlis perkahwinan ni...hahaha..
Takpe la kan, sekurang kurangnya ada wakil yang pi, itu da kira ok la tu...kan...kan....




Moga ada lagi program macam ini...rasanya memang ada pun sebab seingat aku program macam ini dah jadi kebiasaan aje di taman kami ni...memang dah jadi jadual
yang berterusan...
Harap keje keje gotong royong macam ni mampu mengiratkan lagi silatur rahim...rasanya itu yang paling penting terutama untuk kita yang hidup bermasyarakat ni..kan...kan...

Sebelum aku tutup kalam ni, aku doakan kita semua tak kira sape la akan sentiasa mendapat keampunan atas segala dosa kita daripada ALLAH SWT hingga
ke akhir hayat dan jangan lupa jugak doakan kedua ibubapa
kita dan ibubapa mertua kita supaya mereka
dihindarkan daripada siksaan kubur, siksaan akhirat
dan juga siksaan api neraka serta ALLAH SWT masukkan mereka 
semua ke dalam syurga ALLAH yang kekal abadi..aamiinnnn....................

~ SEKIAN ~

daud.montak.zakaria

Thursday, January 24, 2019

Kat Tasek UKM..plan dipercepatkan..

Hari ni, Jumaat, 25 Januari 2019 - aku pi tasek ukm untuk panaskan badan. Sepatutnya aku pi ke tasek tu esok iaitu Sabtu, 26 Januari 2019..tapi esok, Sabtu, kami iaitu
aku dan isteri aku ada rancangan lain untuk dibuat. Jadi hari ni
Jumaat, aku kenalah peluhkan badan hari
ini di tasek ukm tu....

Pagi2 lagi aku dah gerak
dengan kete ke ukm. Biasalah dari bangi lama
tentu jem pepagi, masa tu jam 7.10 pagi lebih kurang. Sangkut sat
kat tiga traffic light dari bangi lama ke ukm...pepagi dari sini memang jem sebab jalanraya cuma satu lane aje, kalau kete depan macam kura2 yang belakang kena
sabar aje la...hahaha....siksa kan kalau duk mengekor...haha...




Tiba di tasek kejut atau tasek kejuruteraan tu lebih
 kurang jam 7.40 pagi. Sebaik tiba terus matikan enjin kete, bukak pintu,
tekan kunci untuk lock kete dan seterusnya mula berjalan di trek tepi tasek tu. Masa aku tiba tu ada seorang lelaki, muda lagi, macam student aje, sedang berjalan dan
 berjoging keliling tasek tu. 
Aku buat sekali pusingan yang pertama keliling
tasek tu....tapi sebelum tu memang niat nak buat pusingan sampai abis sejam...
Baru separuh tasek aku tiba di cafe ukm tepi tasek tu dan aku tengok ada beberapa orang sedang minum, aku tak pandang sangat pun dia orang..
Tiba tiba aku dengar 'cik daud...cik daud..' aku toleh dalam ati sapa pulak ni..macam mana dia boleh kenal aku sedangkan aku pakai cap yang mungkin nampak separuh
muka aje. Bila toleh aku perasan...laaa...saipul rupanya...
saipul ni bekas krew mcp lama kami...dah lama dah pun dia tak involve dengan
keje2 mcp kami...Aku toleh sambil berjalan terus...aku tengok dia angkat 3 jari...secepat kilat otak aku dapat tangkap 'macam bulan 3...' Aku faham la dia tau aku
bersara bulan tiga...aku cuma angkat 'thumb up' aje....hahaha...
Cuma dari jauh aku dengar dia kata 'rindu la...' haha...memang kami dah lama tak jumpa punnnnnn....opst! tapi jangan tafsir lain eaaa...dia rindu aku sebagai
sorang kawan aje tau...ekekeke....

Disebabkan saipul fssk tu tegur aku maka aku amik keputusan untuk buat satu pusingan aje dan yang lain2 tu aku berjalan ulang alik aje hingga cukup sejam aku buat aktiviti
berpeluh tu..huhuh... Kalau dia boleh kenal aku..... nanti yang lain
lain tu pun tentu akan kenal aku dan akan panggil aku.....
cafe tu hampir sangat dengan trek jogging tu....lebih kurang 3 meter dgn trek...hahahaha.....


aku mintak kebenaran sebelum snap foto ni...



Masa aku mula berjalan tu ada beberapa orang pekerja sedang
buat keje pembersihan ditepi tasek tu. Aku tengok jugak ada sorang pekerja yang
parking motor atas trek tu...hermmm...masih jugak tak berdisiplin orang2 kat mesia ni.... ..Pekerja tu sedang menikmati sarapan pagi kat bangku batu di tepi tasek tu.
Masa aku lalu lagi kat situ dia da siap sarapan dan dia buang plastik makanan
 dalam tong sampah yang berdekatan...ok pulak tapi motor masih atas trek....Tu lah manusia ni sukar nak cari yang benar benar sempurna...Memang di dunia ni sukar nak dapat yang betul2 sempurna, jadi janganlah kita duk cari sangat yang sempurna... rasanya
kita takkan jumpa, sebab mungkin diri kita sendiri yang akan menjadi pelengkap untuk menyempurnakan sesuatu..Kalau tak sempurna pun, mungkin untuk mencapai
 ketahap hampir sempurna....Hahaha...tulisan aku memang berbelit
sebab niat aku nak buatkan minda pembaca terbelit sikit...haha..
Bila aku lalu lagi kat situ, pekerja tu dah mula bekerja dan motosikalnya masih atas trek dan masih ada sebahagian plastik makanannya yang masih tinggal kat bangku batu tepi
 tasek tu...hahaha..jadi sahlah memang sape sape pun kita, mesti ada yang 
tidak sempurna di sudut sudut tertentu...kan...kan...kan....




saje je selfie tanpa cap...hahaha....
Masa aku beraktiviti tu sempat jugak aku sapa pekerja yang memang aku kenal. Pekerja
yang sering buat keje keje bersihkan daun daun dan sebagainya di tepi tasek tu
...aku sapa dengan isyarat tangan aje. Kali kedua aku jumpa dia, sempat aku tanya....'mula keje pukul berapa...' Dia jawab...'selepas subuh...' Wah! selepas subuh dia da
ada kat sini untuk bersihkan tepi tasek tersebut. Begitulah rezeki
memasing...yang penting halal. Kita tak boleh pandang
rendah sesape pun...mungkin mereka lebih rapat hubungan denga PENCIPTA berbanding kita yang mungkin penuh dengan sikap RIYAK dan SOMBONG tak tentu
pasal, padahal apa yang kita ada tak kekal pun berada kat
kita, bila2 masa aje kita akan tinggalkannya atau ia akan tinggalkan kita...jadi kesimpulannya tak perlulah kita sombong dan bongkak...semua yang kita miliki merupakan
ujian untuk kita sementara kita masih di atas kulit bumi ni...okye...ok...jangan 
sombong dan riyak, tak rugi kita merendah diri....opst! hahaha...
apa pulak aku jauh melalut ni........





Oh! lupa nak cite...kali ni aku guna applikasi untuk mengira masa dan jarak aku berjalan tu. Aku dapat saranan dari seorang rakan semalam...hahaha...nak tau nama dia...
ermm...rasanya tak perlu lah aku gitau nama dia, nanti berkurang
pulak pahala dia sebab paparkan nama kat blog
ni...Setiap apa apa pun yang kita kongsi dengan orang lain dan
 bermanfaat tentu ada pahalanya...Tapi kalau benar benar nak serius dengan dia, PM tepi...ekekeke........ooopst!
Aku ada buat silap sikit masa gunakan applikasi ni
..sepatutnya aku setting dulu supaya aku boleh sukat distance dalam
kilometer tapi aku tak buat. Jadi berterusan la ia ukur dalam batu (mile) dan bila tamat baru
aku boleh kira...aku kira masa tulis blog ni... 1 batu bersamaan dengan 1.61 kilometer...
Jadi bila aku kira 3.11 batu X 1.61 kilometer...maka jawapannya aku dah berjalan
5.0071 kilometer dalam masa satu jam lima puluh sembilan saat...
ok lah tu...aku rasa aje...berjalan aje pon....
Melalui applikasi ni jugak aku dapat ukur iaitu sekali pusing trek keliling
tasek tu tak sampai pun 1 kilometer, hanya 0.8855 kilometer aje..
( 0.55 batu X 1.61 km = 0.8855 Km )
Masa yang aku amik untuk complete kan satu pusingan ialah 10 minit 48 saat.....

ni masa buat satu pusingan keliling tasek tu...
.....line yg nipis tu satu pusingan...line yang tebal tu jalan ulang alik hingga selesai sejam...




Jadi untuk minggu ni aku dah complete kan 2 jam untuk aku peluhkan badan dan minggu depan aku akan mula kembali untuk sejam pertama, mungkin hari selasa atau
rabu aku mulakan untuk sejam pertama. Aku buat aktiviti ni
2 jam seminggu, setiap kali satu jam....
Esok dan lusa ada
program yang perlu aku dan isteri aku involve..
.itu pun kalau aku rajin sebab aku ni tak serajin isteri aku dalam bab kemasyarakatan ni...ekekeke...oopst!.. yang ni jangan tepuk eaaa...hahaha..opst!

Bila aku da selesai peluhkan badan kat tasek tu, maka aku mula berjalan masuk kete dan hidupkan enjin dan gerak balik. Masa gerak tu aku tengok pekerja masih
siapkan pasang pakar...dan...motosikal pekerja tu
masih lagi atas trek di tepi tasek kejuruteraan tu.....apa boleh buat la......
Lelaki yang pertama aku jumpa berjogging kat situ da lama dah blannya...........selain dia aku jumpa dengan dua orang pompuan remaja sedang berjalan kat situ
mungkin student kut...tak lama pun, sekejap aje...saje je aku 
masuk dalam blog aku ni...sekurang2nya panjang
 la sikit tulisan blog aku ni...ekekeke...

Ok...sebelum aku tamatkan kalam ni... aku doakan moga kita semua, tak kira sape la sebab semua muslim bersaudara, akan diampunkan oleh ALLAH SWT atas semua
dosa kita hingga ke akhir hayat kita...dan aku ingin ingatkan
diri kita supaya setiap lepas solat kita semua
tidak lupa mendoakan supaya
kedua ibubapa kita dan kedua ibubapa mertua
kita dihindarkan oleh ALLAH SWT daripada siksaan kubur, siksaan
akhirat, dan siksaan api neraka serta dimasukkan oleh ALLAH SWT semua mereka
ke dalam syurga dan kekal di dalamnya....tutup doa kita dengan selawat
ke atas nabi sebab doa tidak akan diangkat jika tidak
sebut nama nabi dalamnya....

` SEKIAN ~

daud.montak.zakaria

Aku dah hampir nak tinggalkan UKM sebagai staf...

Hari ni, Khamis, 24 Januari 2019...aku hadir sesi perjumpaan kakitangan PKK di bilik majlis ukm. Sebenarnya aku da wassap puan fairuz. Aku tanya adakah aku wajib hadir
perjumpaan tu...dia jawab WAJIB..alamak...Kalau aku diberi pilihan
aku memang lebih suka untuk tidak hadir...ekekeke..opst!
Aku tanya jugak perkara tu sebab sekarang ni
aku sedang bercuti panjang
sebelum benar benar bersara pada 1 MAC 2019.
Jadi...sebagai kakitangan yang BAIK ...ewah...aku akur aje dan aku memang
bangun awal hari ni, sebelum azan subuh, sebab aku kena gerak ke ukm sebelum jam
8.00 pagi. Lepas jam 8.00 pagi memang jalanraya ke ukm dari bangi lama
akan jem sikit sebab banyak kete nak ke arah kajang.
Ada tiga traffic light perlu ditempuhi
...tu sebab jem......

sesi dengan Naib Canselor UKM..
sesi dengan Naib Canselor UKM..
selesai dengan Naib Canselor UKM...aku amik dari insta cik anim...sorry nim...dan TQ...
Tiba di bangunan penerbit aku
parking kete...masa tu baru jam 7.30 pagi kut.
Aku tak masuk opis pun sebab opis pun tengah renovation, mungkin
banyak habuk kat dalam tu. Sedang aku tunggu, tiba encik matnor...kemudian kakitangan
penerbit dan kemudian sdr. shahrul...kemudian sdr. saniy...opst! berapa
banyak kemudian daaa....
Dipendekkan cite sdr. shahrul ajak aku
pi naik kete dia ke bangunan canselori ukm tu. Bersama kami ialah sdr. saniy.
Tiba di bangunan canselori terus parking setelah sdr. shahrul mintak kebenaran pengawal untuk satu parking lot kat sana tu. Biasanya parking lot amat payah di bangunan
canselori ni, maklumlah semua berpusat kat situ termasuk opis naib
canselor dan sebagainya kat sana.

Kami singgah di opis PKK dulu sebelum
naik ke tingkat 5 untuk ke bilik majlis di mana perhimpunan kakitangan
akan diadakan. Bila kami masuk aje kat opis tu...halamak tentu menjadi riuh sikit...riuh sikit aje, maklumlah kami di cawangan pkk jarang sangat ke admin pkk tu...jadi bila
sekali sekala jumpa mesti riuh rendah sikit tak riuh tinggi mana
pun...ekekeke....
Setelah seketika berada di opis admin pkk tu, maka
kami pun naik atas sebab dah hampir jam 8.30 dan perjumpaan kakitangan
tu bermula jam 8.30 pagi tu la...Masuk aje ruang bilik majlis tu kami jumpa sdr. kamarul. Bila masuk aje ke dalam kami jumpa cik anne...sorang lagi..aaaa...la aku da lupa dah
...isyhhh...macam mana aku boleh lupa, aku ni bukan la tua
sangat pun...sebenarnya usia tua dan muda ni
dipisahkan oleh garisan halus aje...namun sebab garisan tu halus jadi aku
ni nak kata tua pun bukan tua nak kata muda pun bukan....jadi...fikirlah sendiri....ekeke...opst! itu sebenarnya gurau senda aje pun...

acara perjumpaan kakitangan pkk...

acara perjumpaan kakitangan pkk...
Apabila Naib Canselor masuk maka bermulalah agenda perjumpaan kakitangan PKK tu...agenda pertama ialah dengan naib canselor. Semua bahagian dalam pkk
 jelaskan segala bidang tugas memasing dari a sampai z....Sebenarnya
kami punyai Naib Canselor yang baru. Beliau baru masuk
memegang jawatan bermula januari ni lah...
Sebab baru maka dia nak tau segala perkara yang berkaitan
dengan ukm ni termasuklah pusat komunikasi korporat. Semua bahagian
bentangkan semua termasuk lah ketua bahagian aku encik hazrul...aku cuma ingat berkaitan bajet untuk tukar alat mcp yang diperkatakan oleh en. hazrul dalam sesi tu...
...huhuhu...Yang lain lain aku tak berapa ingat, banyak sangat kalau aku nak ingat...jadi aku abaikan aje la...Penutup sesi dengan NC ialah kata2 yang diucapkan oleh Naib Canselor.
daripada kata2 NC, aku dapat menelah dia merupakan seorang yang simple
dan tidak terlalu rumit....
Dia bukan saja perlukan kualiti tapi juga kesan daripada tugas yang dibuat...rasanya itulah gamaknya pada pandangan aku berkaitan NC baru tu. Banyak yang dia perkatakan
tapi itu aje yang aku ingat...huhuhu....

Setelah NC keluar dari program tu maka selepas 'break' agenda kami kami pulak. Pengarah mulakan aluan dengan perkara berkaitan persaraan aku pada 1 MAC 2019 ni
serta berkaitan pemergian kerahmatullah sdr. ramli adnan pada
16 januari 2019 yang lalu......
Tulisan aku berkaitan SDR. RAMLI ADNAN boleh dibaca

opis pkk untuk majlis tahlil dan makan tengah hari
opis pkk untuk majlis tahlil dan makan tengah hari
opis pkk untuk lepas majlis tahlil dan makan tengah hari
Sebenarnya banyak yang diperkatakan dalam sesi perjumpaan tu tapi tak dapatlah aku huraikan di sini sebab aku lupa...ekekeke...dan juga ini merupakan RAHSIA
RASMI PKK. Tiba pulak ke agenda terakhir ialah penghargaan
kepada PENGARAH kami DR. SABARIAH
yang akan cuti sabatikal.......
Maknanya pengarah kami tamat perkhidmatannya
sebagai Pengarah PKK. Doa aku moga dia sukses dalam apa jua
yang dilakukannya...Ada lagi rupanya agenda terakhir iaitu apa apa yang perlu diketengahkan dalam sesi tu. Ramai yang mengambil peluang untuk ucapkan apa apa kata untuk Pengarah kami tu...dan.... yang paling menghibakan dan mengerikan
aku....aku pulak diminta berkata sesuatu sebab aku nak bersara ni..
Sebenarnya aku tak prepare pun dan tak sangka
pun akan disuruh memberikan kata kata...tentulah aku jem...aku cuma hebat
buat keje video dan arahkan penerbitan mcp aje...kalau boleh dikata hebat la...aku biasa keje belakang tabir...yang depan tabir ni aku memang fail....hahaha....Jadi aku bantai
aje berkata kata dalam masa dua minit...hahaha...Ada pulak yang rakam
masa aku berkata kata tu...bila aku dengar balik aku
pun nak gelak, tak tau apa yang aku katakan...hahaha...sib baik suara aku mirip P. Ramlee
...tapi p.ramlee yang entah salinan beratus ratus la kut...hahaha...opst!
Apa boleh buat laaaaa.........
Tapi yang pastinya aku dah mohon maaf kepada semua dan aku dah maafkan semua itu yang penting...aku dah anggap aku dah takde apa apa dosa dengan dia orang dan
dia orang pun dah takde apa dosa dengan aku...jagi kalau ada mana mana
dikalangan kawan2 yang masih rasa aku ada dosa dengan
mereka...aku HARAP SANGAT MAAFKAN
SEMUA DOSA DOSA aku tu.......
Dunia ni sebenarnya bukan lama pun untuk kita, jadi tak perlulah kita lokek nak maafkan sesape pun....tak rugi kita maafkan orang lain. Anggap semua yang negatif
yang kita alami tu sebagai ujian atau anggap la sebagai
kifarah...tak gitu....tidak akan MASUK SYURGA jika dalam hati kita ada sikap sombong walau sebesar zarah sekalipun....hati hati lah kita semua....
Sebelum majlis ditutup ada pulak majlis sampaikan cenderamata untuk pengarah,
untuk aku dan satu lagi untuk puan mazlin....yang ni pun aku tak tahu lebih
awal....program ni penuh dengan kejutan yang memang
mengejutkan aku aje...hahaha.......apa boleh buat la...


ucapan Tan Sri mantan Naib Canselor UKM sebelum lunch...
ni aku dengan pegawai aset pkk bincang berkaitan aset uav yg aku handle...sdr. sam...dengan dia ni hati2.. kita
mesti jauh dari dia 3 meter macam perokok dengan restoran...
aku dengan orang kuat uav la ni sdr. shahrul..
Selesai aje di bilik majlis semua staf kembali ke opis PUSAT KOMUNIKASI KORPORAT UKM. Di sana kami semua baca yaasiin dan tahlil khususnya untuk
sdr. RAMLI ADNAN yang telah kembali kerahmatullah...Bacaan Yaasiin diketuai
oleh sdr. KAMARUL BAHARIN SUPAAT....
Moga amal kami tu akan menjadi asbab sdr. ramli dimasukkan ke dalam SYURGA bersama
para rasul, para nabi dan orang yang soleh dan solehah......serta dihindarkan oleh
oleh ALLAH SWT daripada sebarang siksaan selepas mati....
Selepas tamat aje tahlil, kami tunggu pula mantan NAIB CANSELOR yang akan datang ke opis kami untuk sama sama menjamu selera di opis kami ni. Sebenarnya beliau
yang menaja makan tengah hari tu....terima kasih YB. Prof. Tan Sri..
Bila Tan Sri tiba maka acara bermula. Mantan NC membuat ucapan sebelum
doa makan dibaca dan kami mulalah makan dengan berselera.

Aku makan bersama yang lain dalam bilik mesyuarat PKK. Dalam masa makan tu macam macam la disembangkan. Teruk jugak aku kena bahan dalam masa ni...tapi...
aku langsung tak kisah pape pun...sekelumit dendam pun takde....Macam2
la yang dia orang bahan aku...sekali lagi aku kata aku
tak kisah...tambahan pulak aku anggap
dia orang bahan aku macam bahan bahan manja aje...tambah
pulak kalau yang membahan tu yang memang manja2...ekekeke....ooopst! hahaha....
Perkataan 'GERAI' merupakan perkataan yang agak popular jugak disebut dalam sesi membahan ni...tambahan bila ada cik matnoor...hahaha...Tapi terus terang aku katakan aku langsung tak amik hati pun sebab aku orang yang 'BAIK' ... hahaha....aku puji diri sendiri sebab tentu takde sape pun nak puji aku pun...hahahaa....

Selesai aje makan aku ngan sdr. shahrul balik ke opis cawangan PKK di Bangunan Penerbit UKM. Dari sana aku terus masuk kete aku dan balik ke rumah, tu pun dah
jam lebih 2.00 petang....


sesi membahan..opst! jangan marah...aku gurau aje...aku tak kisah pape pon...tah bila kita boleh jumpa lagi..
...jangan terasa eaaa....
...cenderamata yang aku terima, kat rumah baru aku buka....sayang korang sume...ekeke..Aku bukan nak
tunjuk tag kuning tu tapi nak jadikan semua ni sebagai kenangan...tag tu pun aku kena pulangkan kepada ukm nanti
bila da besara...ekekeke...
ni lah cenderamhati tu...tq sume....
akan aku simpan NILAI nya dalam KALBU...ewahhh...
Tiba kat rumah aku bukak cenderamata yang aku terima tu...WOW! sebuah jam tangan...terima kasih semua..terima kasih banyak KELAB KAKITANGAN PKK...eh! ye ke daripada kelab ni...aku teka aje....Aku akan simpan cenderamata ni
buat selamanya...aku tak akan pakai pun...aku akan
simpan sebagai kenangan....kalau boleh aku nak masukkan dalam
frame, memang akan aku framekan, tapi mustahil jam boleh di frame kan..kan...hahaha...apa apa pun terima kasih untuk semua kakitangan Pusat Komunikasi Korporat UKM...

Sebelum aku tutup kalam aku ni...aku berdoa moga kita semua, tak kira sape la, sebab semua muslim adalah bersaudara, akan sentiasa diampunkan oleh ALLAH SWT atas
semua dosa kita hingga ke akhir hayat kita semua....dan pesan aku untuk
kita semua ialah, jangan lupa setiap lepas solat kita sentiasa
mendoakan supaya kedua ibu bapa kita dan ibubapa mertua kita akan
diampunkan oleh ALLAH SWT semua dosa2 mereka serta dihindarkan mereka daripada
siksaan kubur, siksaan akhirat dan siksaan api neraka serta dimasukkan ke dalam
SYURGA bersama para rasul, para nabi  serta orang orang yang
soleh dan solehah....Jangan lupa tutup doa kita
dengan selawat ke atas nabi sebab doa tak akan diangkat jika tidak menyebut nama Rasulullah saw.....

 ~ SEKIAN ~


daud.montak.zakaria

LAMA DAH TAK UPDATE BLOG.

Diari DAUD, 23 Julai 2026 - Rasanya dah lama aku tak update blog ni. Kali akhir ialah dalam bulan MAY 2026. Masa tu aku tulis berkaitan peme...