Friday, January 25, 2019

Jadual Sabtu yang penuh..

Hari ni Sabtu, 26 Januari 2019...kebetulan hari ni ialah hari ulangtahun kelahiran isteri aku...belum ada plan untuk dia...hahaha....apa boleh buat la...Program pagi, 
hari ni ialah gotong royong satu taman. Awal pagi ada
perhimpunan di dewan sebelum memasing
gotong royong jalan memasing tapi aku tak pi pun perhimpunan
tu...aku dan isteri terus aje bersihkan kawasan rumah sendiri. Memasing bersihkan
lama sendiri aje....Kalau semua ahli komuniti buat tentu aje bersih
satu taman, sebab masing masing buat, tak gitu...

ujung sana tu tempat sarapan pot luck...rumah jiran jalan aku tu...
ni isteri aku...
jiran kongsi dinding dgn kami sedang potong dahan pokok...
 Kat jalan aku nampaknya hampir semua
buat kerja kerja pembersihan rumah memasing. Aku dengan
jiran jiran berhampiran memang buat. Memasing juga berkongsi pot luck
dan diletakkan di rumah jiran kami yang juga menjadi lokasinya tempat berkumpul kumpulan jalan jalan tertentu untuk sama sama menjamu
selera selepas siap buat keje atau sebelum
buat keja...aku wakilkan isteri aku aje untuk menikmati sarapan berkenaan...hahaha..

Aku dan isteri aku bersihkan halaman rumah kami, tak besar mana pun..tapi alhamdulillah ada jugak kediaman untuk kami tinggal sekeluarga...syukur sangat, masih
ada lokasi untuk berteduh...Hari ini memang bersihkan semua
cuma tak sempat untuk bersihkan belakang rumah
...kami buat keje tu hingga tengah hari aje.

Jiran pun sama jugak, dia orang ada yang
bersihkan dahan dahan pokok di rumah memasing termasuk
dahan pokok bunga dan sebagainya. Aku jugak potong dahan pokok bunga dan
jugak pokok jambu depan rumah aku yang agaknya dan lebih sepuluh tahun usia pokok tu.

jiran depan rumah aku wak tumirin...
potong dahan pokok bunga kertas...
masing masing sibuk buat keje...
ni pun jiran aku sdr. zakaria...
Dalam masa kami membuat keje keje pembersihan tu datang pulak dua pegawai kesihatan yang memeriksa jentik jentik nyamuk aedies...hahaha...Lama jugak la pegawai tu 
sembang dengan jiran depan rumah aku wak tumirin tu...aku sampuk
 sikit2 aje....dia orang pun satu etnik
...hahaha...dua dua
bergelaran wak...hahaha....Banyak lah nasihat pegawai tu berkaitan
 nyamuk aedies ni. Aku pun pernah buat video berkaitan aktiviti pelajar ukm berkaitan aedies di sebuah sekolah semenyih dulu tu...anda semua 
boleh tonton videonya


Aku dah lupa dah maklumat berkaitan aedies ni yang aku jadikan skrip dalam video tu. Apa apa pun aedies ni memang bahaya. Sempatla aku bersembang dengan jiran aku
yang pernah terkena aedies ni...alhamdulillah setakat ini aku
rasa belum lagi pernah terkena...aku doa sesangat
janganlah aku kena...bukan aku aje moga moga semua yang ada kat taman
aku ni janganlah kena penyakit demam denggi ni, bahaya sangat. Jiran aku yang kena
tu kata kalau bood platelets dah sampai ke tahap 12 memang bahaya...boleh bawa maut....

wak tumirin sedang layan pegawai kesihatan tu...
pegawai kesihatan...
sembang panjang...
membonceng motosikal tu sdr. roslan manap, ketua persatuan penduduk, sedang lawat kawasan...hahaha...
 Susah nak cakap hal berkaitan aedies ni sebab sejak aku duk kat sini memang da ada dah penyakit ni...aku duk sini tahun 1991 dan sejak aku datang ke Bangi ni, memang inilah
penyakit yang tak pernah padam pun, ada aja yang jadi mangsa
malah ada jugak yang meninggal sebab penyakit demam denggi ni....takde 
ubat pun...takde ubat pun, pelik kan, da puluhan tahun masih tiada penawar untuk denggi ni , yang ada cuma cegah sebelum ia datang menziarahi kita...


hadiah drpd pegawai kesihatan
gigih bersih kawasan..
Keje keje pembersihan tu tamat lebih kurang jam 12.00 tengah hari. Masing2 masuk rumah....Isteri aku dalam jam 12.00 lebih pi hadiri majlis perkahwinan
rakan rakan dia. Dia pi dengan jiran kongsi dinding
rumah kami...aku...aku memang jarang pi majlis perkahwinan ni...hahaha..
Takpe la kan, sekurang kurangnya ada wakil yang pi, itu da kira ok la tu...kan...kan....




Moga ada lagi program macam ini...rasanya memang ada pun sebab seingat aku program macam ini dah jadi kebiasaan aje di taman kami ni...memang dah jadi jadual
yang berterusan...
Harap keje keje gotong royong macam ni mampu mengiratkan lagi silatur rahim...rasanya itu yang paling penting terutama untuk kita yang hidup bermasyarakat ni..kan...kan...

Sebelum aku tutup kalam ni, aku doakan kita semua tak kira sape la akan sentiasa mendapat keampunan atas segala dosa kita daripada ALLAH SWT hingga
ke akhir hayat dan jangan lupa jugak doakan kedua ibubapa
kita dan ibubapa mertua kita supaya mereka
dihindarkan daripada siksaan kubur, siksaan akhirat
dan juga siksaan api neraka serta ALLAH SWT masukkan mereka 
semua ke dalam syurga ALLAH yang kekal abadi..aamiinnnn....................

~ SEKIAN ~

daud.montak.zakaria

No comments:

Post a Comment

TETAMU SYAWAL..

Diari DAUD : SABTU lalu, rakan dan juga sedara aku, MIZI berkunjung ke rumah. Dia ni memang salah sorang daripada rakan baik aku. Rakan aku...