Tuesday, October 22, 2019

Peluhkan badan dan oh! tanahairku...

Diari Daud - Hari ni Rabu, 23 Oktober 2019...macam biasa la aku pi ke Tasik Ujana untuk peluhkan badan. Awal pagi, jam 6.30 dah kuar rumah dah untuk pi ke sana.
Tiba di Tasik Ujana lebih kurang 15 minit sebelum jam 7.00
pagi. Nampak kat trek tu udah ada beberapa orang
yang sedang berjalan dan joging.

tasik ujana sebelum jam 7.00 pagi
mula berjalan
  Aku terus aje kuar kete dan
tak amik masa yang lama pun terus aje
berjalan kat trek tu. Cuaca macam mendung aje..Aku
tak amik banyak foto pun pagi ni sebab kat bukit nun di sana berkepul
kepul asap dari kawasan kilang berhampiran bukit di sana...tebal sungguh dan kelihatan
macam kabus pagi aje tapi sebenarnya asap kilang yang pekat...Pekat sangat
pepagi ni. Jadi memang la aku malas nak snap foto bebanyak
terutama arah kat kawasan bukit tu....

Pagi ni makin lama makin ramai orang yang datang ke sini.
Begitulah pada hari hari yang lain memang macam ni lah...ada aje orang yang datang tak putus putus. Namun aku tak tau sampai pukul berapa dia orang ada kat sini.
Hari ni merupakan hari kedua untuk minggu ni aku datang ke sini.
Memang dalam seminggu 3 hari aku datang ke sini
dan peluhkan badan selama lebih
kurang sejam lebih
sekali datang...Kalau ikutkan
pusingan kat trek tu ialah sebanyak 5 pusingan
yang mempunyai jarak lebih kurang 5 kilometer lebih. Aku kena
peluhkan badan kat sini lebih kurang 3 jam setengah seminggu untuk buang hasil
kalori yang menempel dalam badan aku ni....Kalau joging sekurangnya
2 jam setengah seminggu...tapi aku berjalan aje pun..
tak mampu nak joging...

saje je
Hari ni memang agak mendung jugak.
Agak lewat barulah kelihatan cahaya matahari di langit.
Namun tak perlulah kita berselindung daripada cahaya matahari tu
sebab cahaya matahari tu mampu menjana vitamin D bila kulit kita terdedah kepada
cahaya matahari. Vitamin D yang free mampu kita peroleh jika kulit kita terdedah kepada cahaya matahari selama 5 - 30 minit. Dua kali pendedahan kepada cahaya
matahari seminggu sudah mencukupi untuk badan kita peroleh
vitamin D. Vitamin D bersama Calcium amat penting
dalam penjagaan gigi dan tulang di tubuh
badan kita.....Jadi tak perlulah kita berselindung daripada cahaya matahari yang
berguna tu....

tasik ujana nilai
saje je
Aku datang ke sini untuk peluhkan badan bukan sebab takut mati sebab mati tu memang dah pencipta tentukan dan takkan tercepat atau terlewat walaupun 0.00000001 saat
sekali pun. Aku peluhkan badan supaya sakit yang ada tak menjadi
lebih parah...kalau tambah teruk tentu sukar kan
...tak larat nak layan sakit...sekurang
kurangnya bila peluhkan badan mungkin sakit tersebut
boleh dikawal dan tak bertambah teruk...tak gitu...Mungkin aktiviti berpeluh
seperti  macam ini boleh turunkan kolestrol atau turunkan tekanan darah...tak gitu..Bukan pulak bermakna orang yang sering peluhkan badan ni takkan mati...kan...Ada
jugak beberapa  pemain bola yang hidupnya sentiasa atas padang,
tiba tiba...jatuh dan mati sebab sakit jantung
ketika bermain...kan...
Berapa ramai pulak yang sedang main badminton
tiba2 rebah dan terus mati...dan tak kurang jugak penari yang
sedang terkinja kinja menari tiba tiba jatuh dan mati..Jadi bukanlah bermakna
kita yg selalu pi peluhkan badan ni takkan mati...kan...kan...Sape sape aje boleh mati kalau Pencipta nak matikannya, tak kiralah sama ada dia berdosa kecik ke...berdosa
besor ke...atau orang kafir ke...kalau ALLAH SWT nak matikan, DIA
akan tarik aje nyawa kita walau dalam keadaan apa sekali pun...bila dah tiba masanya..tanpa merujuk kat kita pun kan...ekekeke...Kita ni ibarat macam buah catur aje...gerak mati, tak gerak pun mati jugak...ekekeke...
Namun harap ALLAH SWT tarik nyawa kita dalam keadaan HUSNUL KHOTIMAH lah...dalam keadaan pengakhiran hayat  yang baik...contohnya ketika sedang sujud...bukan dalam keadaan SUUL
KHOTIMAH iaitu pengakhiran yang tidak baik contohnya seperti mati
ketika bawak awek bertepek aje kat belakang atas motosikal....kan...kan...opst! 
....hati hati ye...hahaha...

wide angle
masih ramai yg beraktiviti
Semenjak dua menjak ni ada bebarapa perkara yang menghantui kehidupan kita yang harmoni ni...Pertama kes pengganas....Sejak dulu memang ada aje kes
pengganas ni dan kebanyakan semua dapat diselesaikan.
Namun yang terbaru ni amat sukar nak
diselesaikan...agak pelik
pulak...kes yang ni macam sukar nak selesai
...Yang terlibat tak mengaku terlibat dan macam macam lagi
walaupun telah banyak bukti ditularkan di media sosial...Macam macam putar
belit yang keluar daripada mulut mereka yang terlibat...Bukan calang2 yang terlibat tapi mereka yang terlibat merupakan orang penting dalam kerajaan...
Tak taulah apa dah berlaku dan bila pulak akan
berakhir...Yang peliknya bukan mereka yang terlibat ditangkap dan
dipersalahkan tapi yang dikecam ialah pihak yang membuat tangkapan dan juga akta
keganasan yang digunakan pun dikecam...payah betul...Pada aku tangkap aje
semua yang terlibat, tak kira sape la....gelap ka...terang ka...tangkap je 
dan sumbat aje dalam penjara...

Satu lagi kes ialah pelajar yang demo dipentas majlis konvo...Majlis konvo ialah majlis yang diadakan untuk meraikan pelajar bukan untuk berdemo. Kalau baka tulin negara
ni tentu dah lama dah kena...tapi bila genetik gerila yang buat, macam tu,
macam payah nak dikenakan tindakan...Untuk ingatan ' Komunis
tidak menyerah kalah tetapi mereka hanya letakkan
senjata aje...' 
Jadi hati hatilah dengan genetik ini...sejarah tidak pernah menipu.....
Dikatakan salah satu yg tidak disukai terhadap NC tu ialah ucapan dia dalam
kongres Melayu. Sebenarnya NC tu orang Melayu jadi dalam kongres Melayu tentu dia bercakap berkaitan Melayu sebab dia Melayu. Kalau dia Cina dan kongres
tu pulak berkaitan dengan cina tentu dia bercakap berkaitan cina...
adakah itu rasis...Payah dengan baka gerila ni..
Nampaknya baka gerila ni dah diberi peluang bercakap disalah
sebuah stesen televisyen...payah kan...
Ucapan penuh NC UM tu boleh dibaca DI SINI...perhatikan ucapan
tu ye...tentu sekali ucapan untuk orang Melayu sebab dia berada dalam KONGRES
MARUAH MELAYU pada 6 OKT 2019...

nak gerak balik
nak balik dah
Satu lagi ialah kes 'utamakan barang muslim...'
Terdapat percanggahan antara pihak mufti dan exco agama di negeri entah
berantah tu...huhuhuhu...Tak berani betul dia melanggar arahan
 'TUAN' dia tu.....tuannnn la katakan...kannnn....
Malas aku nak tulis bebanyak pertikaian orang Islam dengan Islam ni...
Pepecahan dikalangan Muslim ni, salah satu faktornya mungkin kesan drpd orang
Islam tak solat 5 waktu penuh setiap hari kut....kut la....Itu sebab Melayu payah nak bersatu hati memasing, tiada kasih sesama sedara se Islam.......
Zaman kesultanan melayu dulukala pun ada
jugak Melayu yang belot dan sukar nak bersatu...Zaman orang putih
pun ramai jugak melayu yang belot. Zaman jepun pun ramai gak melayu yang sokong Jepun dan zaman KOMUNIS yang genetiknya ada hingga masakini pun ramai jugak Melayu yang belot...dan sokong komunis...malah telah membentuk grup gerila komunis
Melayu lagi tuuuu......nak kata apa kan....
Satu kes lagi ialah komik propaganda...komik ni dikatakan
cuba menyebarkan fahaman Komunis di kalangan rakyat...itu sebab ia disekat
daripada edaran. Sasarannya ialah budak budak sekolah...hah! kan...tu yang aku kata tu...'komunis letak senjata aje, bukan menyerah kalah...'. 
Belum sampai pun dua tahun tukar gomen dah macam2 berlaku la ni dan bagaimana la kita nak harung lagi lebih kurang 3 tahun lagi ni....haihhhh.....
Tak sabar rasanya nak tunggu PRU15...hahaha....Opst! panjang aku melalut kan...hahaha...

Akhirnya aku tamatkan aktiviti peluhkan badan kat tasik tu setelah aku buat pusingan sebanyak 5 pusingan sekeliling tasik tu selama lebih kurang sejam...
Hari JUMAAT pagi ujung minggu ni aku plan nak pi panjat
BUKIT MELATI NILAI pulak....untuk panaskan
badan...kali ni aku akan
pi dengan isteri serta anak dan mungkin jiran kut.......
Aku akan cuba panjat Bukit Centipede dan masuk ke MONKEY HILL
atau bukit mana mana la pulak...itu hari aku dah masuk laluan EAGLE HILL....kali ni masuk trek lain la pulak....Akan datang mungkin trek lain kut....
InsyaALLAH TAALA....

ok la ni...
ok la ni...
Rasanya itu aje yang nak aku tulis kat sini hari ni...moga kita semua, tak kira sape la akan dirahmati dan diberkati ALLAH SWT sentiasa serta dihindarkan daripada
siksaan NERAKA....aamiinnnnnn......

~~~~~     SEKIAN     ~~~~~

daud.montak.zakaria


Sunday, October 20, 2019

Rutin di Tasik Ujana Nilai...

Diari Daud - Hari ni Isnin, 21 Oktober 2019...macam biasalah hari Isnin, pepagi lagi dah pi Tasik Ujana Nilai untuk peluhkan badan sat. Bukan joging cuma berjalan aje.
Gerak ke sana lebih sikit jam 6.30 pagi waktu tempatan. Cuaca
macam ok aje...harap tak hujan. Tiba di tasik tu
lebih kurang 15 minit sebelum
jam 7.00 pagi...

tasik ujana nilai impian
tasik ujana nilai impian
tasik ujana nilai impian
 Nampak dah ada yang berjoging.
Aku tak amik masa panjang pun terus aje berjalan
setelah snap beberapa foto...saje je...Aku tak buat stretching pun
...malas aku...terus aje berjalan...pusingan ketiga baru terasa betis sakit...itu
hasil tak buat stretching la tu...aku tak kisah pun...Makin lama makin ramai orang yang berkunjung ke tasik tu...itulah kebiasaannya....

Hari ni memang hari pertama untuk minggu ni aku panaskan badan di tasik ni...Biasanya aku datang hari Isnin, Rabu dan Jumaat setiap minggu. Doktor kata kalau berjalan
sekurang kurangnya 3 jam setengah setiap minggu tapi kalau joging
sekurangnya 2 jam setengah setiap minggu
untuk buang kalori yang menempel
dalam badan kita..
Kalau buat lebih daripada 3 jam setengah tu...itu adalah lebih baik lagi...
Jadi biasanya aku akan berjalan 5 pusingan yang makan masa selama lebih kurang sejam setiap kali aku datang ke tasik berkenaan....ok la tu...

tasik ujana nilai impian...masa mula berjalan ni...
tasik ujana nilai impian
tasik ujana nilai impian
Sebenarnya ramai yang datang ke situ..tua, muda, lelaki, pompuan, kurus, gem*k, dan juga kanak kanak...semuanya beraktiviti di situ sama ada joging, berjalan
dan beraktiviti dengan alat alat senaman yang ada
di pinggir tasik berkenaan.
Memang ramai yang veteran yang datang ke sini
..aku hormat la yang veteran berjoging sedang  aku sendiri pun
tak mampu nak berlari dah..Daripada pembacaan kalau dah umur 50 ke atas tak
digalakkan berjoging sebab akan memberi kesan kepada lutut...jadi aku berjalan aje la..
alasan la tu....hahahaha...opst!

tasik ujana nilai impian
tasik ujana nilai impian
tasik ujana nilai impian
Hari ni kelihatan sepasang orang veteran yang berjalan di trek tasik berkenaan...santai aje...isterinya berjalan sambil pegang tas tangan...comel je kan...Aku
respek dengan orang macam ni...masih lagi fikir untuk
keluarkan peluh dalam keadaan macam tu
..bertas tangan  dan berpakaian
yang selain daripada seluar trek..respek anda berdua ye...anda pulak macam mana, bila nak panaskan badan kat sini dan hakis hasil kalori yang berkumpul dalam
badan tu...hahaha...opst! Saja je panaskan line ni...haha..

tasik ujana nilai impian
tasik ujana nilai impian
tasik ujana nilai impian
Hari ni ada bahagian trek yang digenangi air mungkin sebab hujan semalam kut..jadi terpaksalah menyimpang sikit daripada trek yang digenangi air tu...
Setelah selesai berjalan 5 pusingan aku pun berhenti
dan mula rakam foto di sekitar...
Masih ramai yang
berada di trek walaupun cahaya matahari
dah panas sikit...Ok la ni, cahaya matahari pembekal vitamin
D bila ia menyinari kulit kita sepanjang kulit kita terdedah pada  cahaya mentari tu...Bukan lama pun berpanas, sekejap aje...jadi tak perlulah kita berselindung
daripada cahaya mentari berkenaan.....

tasik ujana nilai impian
tasik ujana nilai impian
tasik ujana nilai impian
Rasanya itu aje yang nak aku tulis...
aku doakan moga kita semua, tak kira sapa la, akan sentiasa
dirahmati dan diberkati oleh ALLAH SWT dunia hingga ke syurga serta dihindarkan
kita semua daripada siksaan api neraka...
Rasanya da tua tua ni malas nak fikir lagi tentang dunia 100% sangat,
ia akan sentiasa berlari bila dikejar...Cukup la fikir seadanya aje, mari kita sama2
baiki diri untuk bekal ke sana...mungkin kita ni tak la baik mana pun tapi jauh di sudut hati kita tanamkanlah hasrat nak capai segala kebaikan sebelum kita mati...sebab...
kita ni...terutama aku la...dah pun tua...kalau hidup pun mungkin
kurang daripada 10 tahun...sebab da tua...
..eh! ye ke da tua...hahaha...opst!

nak balik
nak balik dah...
Satu lagi, untuk ingatan aku dan sesape aje.....jangan tinggal solat sejak akil baligh...ada ustaz kata kalau tinggal solat wajib ganti sejak kita mula tinggal solat...Ganti
semampu yang mungkin hingga akhir hayat dan sentiasa mintak
ampun dan taubat kepada ALLAH SWT...
Solat tu memang wajib,
tiang agama, kalau kita tak solat
ada ustaz kata kita sudah tumbangkan agama..
Mengikut kajian Dr Fadilah Kamsah 2011, 80% orang Islam tak solat
cukup 5 waktu setiap hari...itu kajian tahun 2011, la ni dah 2019 dan jumlah orang Melayu la ni lebih 20 juta orang...macam mana keadaan sekarang gamaknya..Mungkin
disebabkan orang Islam tak beratkan solat satnike benda tak
sihat terjadi dalam kalangan orang Islam...dadah, zina,
khalwat, buang bayi, samun, rompak,
sumbang mahram, rasuah, sukar untuk
bersatu dikalangan sesama melayu dan sebagainya lagi,
cuba renungkan...Jadi ajar anak solat se awal 7 tahun supaya bila mereka
dewasa akan terbiasa dengan solat dan rasa tak selesa selagi tiap2 solat waktu tak ditunaikan...tak gitu...memang wajib bagi bapak ajar anak solat se awal 7 tahun
tu...jadi jangan lupa ye...se awal 7 tahun ajar anak biasakan
dengan solat...tapi aku la ni da takde
pun anak 7 tahun tu..
...takkan aku nak cari induk baru pulak kut...ekeke...ooopst!.....maaf yaaa....
Just untuk peringatan...ustaz ada sebut tinggal solat satu waktu akan disiksa dalam neraka 80K tahun dan di akhirat SATU HARI bersamaam 1000 tahun di dunia..
bayangkan kalau tinggal solat berwaktu waktu...tentu berjuta
tahun kalau ikut waktu dunia...duduk dalam api beb..
berjuta tahun...api tuuu...kalau kita duk
satu hari dalam peti sejuk
pun tak tahan dan boleh mati...inikan pulak dalam
api neraka tak mati mati....Ingatan aje tu...Sesama muslim kena ingat  mengingati antara
satu dgn yg lain..ok...
Sapa yang terbaca tulisan aku ni...maafkan semua dosa aku, bimbang jugak
dosa sesama manusia ni...dan dah tentu aku jugak maafkan dosa
kalian semua...duk taksah risau la.......ok.

ok la 6 K lebih..
ok la ni..

~~~~~     SEKIAN     ~~~~


daud.montak.zakaria

Saturday, October 19, 2019

Pertandingan Bela Diri

Diari Daud - Hari ni, Sabtu, 19 Okt. 2019 ...pepagi lagi aku dah gerak ke MFI kerana anak bungsu ada pertandingan seni bela diri Gayung di sana. Bersama aku
ialah isteri aku serta dua orang anak jiran. Ibubapa
dia orang akan menyusul kemudian.
  
MFI
jadual...
keadaan dalam dewan
 Tiba di MFI lebih kurang jam
7.20 pagi. Dan parking kat luar MFI kemudian
masuk kawasan kampus dan cari dewan besar. Tiba dewan
besar memang dah buka tapi belum ramai orang yang datang. Kami tunggu
diluar dan anak anak masuk dalam dewan. Orang datang makin lama makin ramai. Bila jiran dah sampai isteri aku terus masuk ke dalam dewan. Aku masih di luar..

Mungkin dekat jam 9.00 pagi baru acara bermula...kut.. Aku balik ke rumah sat sebab rasa malas nak tonton acara tu. Isteri aku aje yang ada kat dalam dewan tu. Tak lama
kemudian isteri aku call dan beritau anak kena joging dulu sebelum
masuk acara sebab berat badannya lebih 50kg.
Beberapa kali jugak dia
joging dan akhirnya
dapat jugak kurangkan berat badan
sikit. Pelik aku macam mana boleh hilang lebih satu kg
dengan hanya berjoging beberapa kali di sekitar kampus tu...Letih
dan penat agaknya berjoging kat situ. Aku gerak ke MFI tu dalam jam 11.00 lebih dan tiba di sana dan terus jumpa isteri aku di luar dewan serta anak aku joging
di sekitar kampus tu...

aiman sedang bertarung..
aiman menang perlawanan pertama
Kemudian jam hampir 12.00 tengah hari kami masuk dewan...aku duk di belakang aje...malas nak pi depan tu...Sempat la tengok AIMAN bertanding
...dia menang pada pusingan pertama. AIMAN,
jugak pesilat dan jugak jadi
pembantu
guru silat serta juga mengajar anak aku ketika latihan silat selain daripada guru
silat sendiri...

anak aku dengan rakan2 dan guru silat sebelum bertanding..yang dua orang di depan tu
dapat emas dan gangsa.....foto jiran
kanan anak aku ialah penolong guru silat, Aiman dan kiri dia Cikgu silat dia...foto jiran
nak mula masuk gelanggang
perlawanan...
Kemudian tiba giliran anak aku yang
bertanding...Sempat la aku rakam sikit perlawanan
dia dengan pelajar sekolah tahfiz. Walau bagaimana pun dia kalah
jugak pada pusingan awal. Disebabkan pertandingan kalah mati, ini merupakan
kalah mati  maka anak aku telah terkeluar daripada pertandingan berkenaan. Ok la tu sekurang kurangnya dia ada pengalaman yang berguna untuk kali pertama
ni...Akan datang dia boleh jadikan apa yang dialaminya
dalam pertandingan ini untuk pertandingan yang akan datang...pengajaran berguna tu...

Rakan rakan dia yang lain dan seperguruan jugak masih belum
terlibat dengan pertandingan. Buat masa ni iaitu hampir jam 1.00 petang
pertandingan ditangguhkan hingga jam 2.00 petang. Rakan rakannya mungkin terlibat
pada sesi petang nanti..Aku ambil keputusan untuk balik ke rumah dan tinggalkan isteri serta anak bersama jiran kami....Aku akan amik dia orang waktu petang nanti.
Anak bungsu aku nak tengok rakan rakannya bertanding walaupun
dia telah kalah....Mesej daripada isteri aku, rakan2 anak aku menang dan meneruskan
perjuangan mereka untuk pusingan seterusnya...anak aku aje kandas suku akhir..





Jadi aku gerak tinggalkan Malaysian French Institut atau Universiti Malaysia untuk balik ke rumah masa waktu Zohor.....
Aku datang lepas Asar tapi masih tak selesai jugak...dah dekat maghrib pun tak
selesai jugak, akhirnya....aku balik masa da dekat nak maghrib...Anak dan
isteri aku balik dengan jiran lepas isyak.....
Isteri aku cite kawan anak aku ada yang menang perak dan
emas...tahniah untuk mereka dan tahniah untuk anak aku gak sebab masih
mampu masuk bertanding dan kesanggupannya untuk join di masa akan datang....dalam pertandingan seni bela diri ni...

Itu aje yang nak aku coretkan hari ni...moga kita semua...tak kira sape la akan sentiasa dirahmati dan diberkati ALLAH SWT dunia hingga ke syurga serta dihindarkan
daripada siksa neraka...aamiinnnnn...


~~~~     SEKIAN     ~~~~


daud.montak.zakaria

LAMA DAH TAK UPDATE BLOG.

Diari DAUD, 23 Julai 2026 - Rasanya dah lama aku tak update blog ni. Kali akhir ialah dalam bulan MAY 2026. Masa tu aku tulis berkaitan peme...