Tuesday, October 22, 2019

Peluhkan badan dan oh! tanahairku...

Diari Daud - Hari ni Rabu, 23 Oktober 2019...macam biasa la aku pi ke Tasik Ujana untuk peluhkan badan. Awal pagi, jam 6.30 dah kuar rumah dah untuk pi ke sana.
Tiba di Tasik Ujana lebih kurang 15 minit sebelum jam 7.00
pagi. Nampak kat trek tu udah ada beberapa orang
yang sedang berjalan dan joging.

tasik ujana sebelum jam 7.00 pagi
mula berjalan
  Aku terus aje kuar kete dan
tak amik masa yang lama pun terus aje
berjalan kat trek tu. Cuaca macam mendung aje..Aku
tak amik banyak foto pun pagi ni sebab kat bukit nun di sana berkepul
kepul asap dari kawasan kilang berhampiran bukit di sana...tebal sungguh dan kelihatan
macam kabus pagi aje tapi sebenarnya asap kilang yang pekat...Pekat sangat
pepagi ni. Jadi memang la aku malas nak snap foto bebanyak
terutama arah kat kawasan bukit tu....

Pagi ni makin lama makin ramai orang yang datang ke sini.
Begitulah pada hari hari yang lain memang macam ni lah...ada aje orang yang datang tak putus putus. Namun aku tak tau sampai pukul berapa dia orang ada kat sini.
Hari ni merupakan hari kedua untuk minggu ni aku datang ke sini.
Memang dalam seminggu 3 hari aku datang ke sini
dan peluhkan badan selama lebih
kurang sejam lebih
sekali datang...Kalau ikutkan
pusingan kat trek tu ialah sebanyak 5 pusingan
yang mempunyai jarak lebih kurang 5 kilometer lebih. Aku kena
peluhkan badan kat sini lebih kurang 3 jam setengah seminggu untuk buang hasil
kalori yang menempel dalam badan aku ni....Kalau joging sekurangnya
2 jam setengah seminggu...tapi aku berjalan aje pun..
tak mampu nak joging...

saje je
Hari ni memang agak mendung jugak.
Agak lewat barulah kelihatan cahaya matahari di langit.
Namun tak perlulah kita berselindung daripada cahaya matahari tu
sebab cahaya matahari tu mampu menjana vitamin D bila kulit kita terdedah kepada
cahaya matahari. Vitamin D yang free mampu kita peroleh jika kulit kita terdedah kepada cahaya matahari selama 5 - 30 minit. Dua kali pendedahan kepada cahaya
matahari seminggu sudah mencukupi untuk badan kita peroleh
vitamin D. Vitamin D bersama Calcium amat penting
dalam penjagaan gigi dan tulang di tubuh
badan kita.....Jadi tak perlulah kita berselindung daripada cahaya matahari yang
berguna tu....

tasik ujana nilai
saje je
Aku datang ke sini untuk peluhkan badan bukan sebab takut mati sebab mati tu memang dah pencipta tentukan dan takkan tercepat atau terlewat walaupun 0.00000001 saat
sekali pun. Aku peluhkan badan supaya sakit yang ada tak menjadi
lebih parah...kalau tambah teruk tentu sukar kan
...tak larat nak layan sakit...sekurang
kurangnya bila peluhkan badan mungkin sakit tersebut
boleh dikawal dan tak bertambah teruk...tak gitu...Mungkin aktiviti berpeluh
seperti  macam ini boleh turunkan kolestrol atau turunkan tekanan darah...tak gitu..Bukan pulak bermakna orang yang sering peluhkan badan ni takkan mati...kan...Ada
jugak beberapa  pemain bola yang hidupnya sentiasa atas padang,
tiba tiba...jatuh dan mati sebab sakit jantung
ketika bermain...kan...
Berapa ramai pulak yang sedang main badminton
tiba2 rebah dan terus mati...dan tak kurang jugak penari yang
sedang terkinja kinja menari tiba tiba jatuh dan mati..Jadi bukanlah bermakna
kita yg selalu pi peluhkan badan ni takkan mati...kan...kan...Sape sape aje boleh mati kalau Pencipta nak matikannya, tak kiralah sama ada dia berdosa kecik ke...berdosa
besor ke...atau orang kafir ke...kalau ALLAH SWT nak matikan, DIA
akan tarik aje nyawa kita walau dalam keadaan apa sekali pun...bila dah tiba masanya..tanpa merujuk kat kita pun kan...ekekeke...Kita ni ibarat macam buah catur aje...gerak mati, tak gerak pun mati jugak...ekekeke...
Namun harap ALLAH SWT tarik nyawa kita dalam keadaan HUSNUL KHOTIMAH lah...dalam keadaan pengakhiran hayat  yang baik...contohnya ketika sedang sujud...bukan dalam keadaan SUUL
KHOTIMAH iaitu pengakhiran yang tidak baik contohnya seperti mati
ketika bawak awek bertepek aje kat belakang atas motosikal....kan...kan...opst! 
....hati hati ye...hahaha...

wide angle
masih ramai yg beraktiviti
Semenjak dua menjak ni ada bebarapa perkara yang menghantui kehidupan kita yang harmoni ni...Pertama kes pengganas....Sejak dulu memang ada aje kes
pengganas ni dan kebanyakan semua dapat diselesaikan.
Namun yang terbaru ni amat sukar nak
diselesaikan...agak pelik
pulak...kes yang ni macam sukar nak selesai
...Yang terlibat tak mengaku terlibat dan macam macam lagi
walaupun telah banyak bukti ditularkan di media sosial...Macam macam putar
belit yang keluar daripada mulut mereka yang terlibat...Bukan calang2 yang terlibat tapi mereka yang terlibat merupakan orang penting dalam kerajaan...
Tak taulah apa dah berlaku dan bila pulak akan
berakhir...Yang peliknya bukan mereka yang terlibat ditangkap dan
dipersalahkan tapi yang dikecam ialah pihak yang membuat tangkapan dan juga akta
keganasan yang digunakan pun dikecam...payah betul...Pada aku tangkap aje
semua yang terlibat, tak kira sape la....gelap ka...terang ka...tangkap je 
dan sumbat aje dalam penjara...

Satu lagi kes ialah pelajar yang demo dipentas majlis konvo...Majlis konvo ialah majlis yang diadakan untuk meraikan pelajar bukan untuk berdemo. Kalau baka tulin negara
ni tentu dah lama dah kena...tapi bila genetik gerila yang buat, macam tu,
macam payah nak dikenakan tindakan...Untuk ingatan ' Komunis
tidak menyerah kalah tetapi mereka hanya letakkan
senjata aje...' 
Jadi hati hatilah dengan genetik ini...sejarah tidak pernah menipu.....
Dikatakan salah satu yg tidak disukai terhadap NC tu ialah ucapan dia dalam
kongres Melayu. Sebenarnya NC tu orang Melayu jadi dalam kongres Melayu tentu dia bercakap berkaitan Melayu sebab dia Melayu. Kalau dia Cina dan kongres
tu pulak berkaitan dengan cina tentu dia bercakap berkaitan cina...
adakah itu rasis...Payah dengan baka gerila ni..
Nampaknya baka gerila ni dah diberi peluang bercakap disalah
sebuah stesen televisyen...payah kan...
Ucapan penuh NC UM tu boleh dibaca DI SINI...perhatikan ucapan
tu ye...tentu sekali ucapan untuk orang Melayu sebab dia berada dalam KONGRES
MARUAH MELAYU pada 6 OKT 2019...

nak gerak balik
nak balik dah
Satu lagi ialah kes 'utamakan barang muslim...'
Terdapat percanggahan antara pihak mufti dan exco agama di negeri entah
berantah tu...huhuhuhu...Tak berani betul dia melanggar arahan
 'TUAN' dia tu.....tuannnn la katakan...kannnn....
Malas aku nak tulis bebanyak pertikaian orang Islam dengan Islam ni...
Pepecahan dikalangan Muslim ni, salah satu faktornya mungkin kesan drpd orang
Islam tak solat 5 waktu penuh setiap hari kut....kut la....Itu sebab Melayu payah nak bersatu hati memasing, tiada kasih sesama sedara se Islam.......
Zaman kesultanan melayu dulukala pun ada
jugak Melayu yang belot dan sukar nak bersatu...Zaman orang putih
pun ramai jugak melayu yang belot. Zaman jepun pun ramai gak melayu yang sokong Jepun dan zaman KOMUNIS yang genetiknya ada hingga masakini pun ramai jugak Melayu yang belot...dan sokong komunis...malah telah membentuk grup gerila komunis
Melayu lagi tuuuu......nak kata apa kan....
Satu kes lagi ialah komik propaganda...komik ni dikatakan
cuba menyebarkan fahaman Komunis di kalangan rakyat...itu sebab ia disekat
daripada edaran. Sasarannya ialah budak budak sekolah...hah! kan...tu yang aku kata tu...'komunis letak senjata aje, bukan menyerah kalah...'. 
Belum sampai pun dua tahun tukar gomen dah macam2 berlaku la ni dan bagaimana la kita nak harung lagi lebih kurang 3 tahun lagi ni....haihhhh.....
Tak sabar rasanya nak tunggu PRU15...hahaha....Opst! panjang aku melalut kan...hahaha...

Akhirnya aku tamatkan aktiviti peluhkan badan kat tasik tu setelah aku buat pusingan sebanyak 5 pusingan sekeliling tasik tu selama lebih kurang sejam...
Hari JUMAAT pagi ujung minggu ni aku plan nak pi panjat
BUKIT MELATI NILAI pulak....untuk panaskan
badan...kali ni aku akan
pi dengan isteri serta anak dan mungkin jiran kut.......
Aku akan cuba panjat Bukit Centipede dan masuk ke MONKEY HILL
atau bukit mana mana la pulak...itu hari aku dah masuk laluan EAGLE HILL....kali ni masuk trek lain la pulak....Akan datang mungkin trek lain kut....
InsyaALLAH TAALA....

ok la ni...
ok la ni...
Rasanya itu aje yang nak aku tulis kat sini hari ni...moga kita semua, tak kira sape la akan dirahmati dan diberkati ALLAH SWT sentiasa serta dihindarkan daripada
siksaan NERAKA....aamiinnnnnn......

~~~~~     SEKIAN     ~~~~~

daud.montak.zakaria


No comments:

Post a Comment

TETAMU SYAWAL..

Diari DAUD : SABTU lalu, rakan dan juga sedara aku, MIZI berkunjung ke rumah. Dia ni memang salah sorang daripada rakan baik aku. Rakan aku...