Saturday, October 19, 2019

Pertandingan Bela Diri

Diari Daud - Hari ni, Sabtu, 19 Okt. 2019 ...pepagi lagi aku dah gerak ke MFI kerana anak bungsu ada pertandingan seni bela diri Gayung di sana. Bersama aku
ialah isteri aku serta dua orang anak jiran. Ibubapa
dia orang akan menyusul kemudian.
  
MFI
jadual...
keadaan dalam dewan
 Tiba di MFI lebih kurang jam
7.20 pagi. Dan parking kat luar MFI kemudian
masuk kawasan kampus dan cari dewan besar. Tiba dewan
besar memang dah buka tapi belum ramai orang yang datang. Kami tunggu
diluar dan anak anak masuk dalam dewan. Orang datang makin lama makin ramai. Bila jiran dah sampai isteri aku terus masuk ke dalam dewan. Aku masih di luar..

Mungkin dekat jam 9.00 pagi baru acara bermula...kut.. Aku balik ke rumah sat sebab rasa malas nak tonton acara tu. Isteri aku aje yang ada kat dalam dewan tu. Tak lama
kemudian isteri aku call dan beritau anak kena joging dulu sebelum
masuk acara sebab berat badannya lebih 50kg.
Beberapa kali jugak dia
joging dan akhirnya
dapat jugak kurangkan berat badan
sikit. Pelik aku macam mana boleh hilang lebih satu kg
dengan hanya berjoging beberapa kali di sekitar kampus tu...Letih
dan penat agaknya berjoging kat situ. Aku gerak ke MFI tu dalam jam 11.00 lebih dan tiba di sana dan terus jumpa isteri aku di luar dewan serta anak aku joging
di sekitar kampus tu...

aiman sedang bertarung..
aiman menang perlawanan pertama
Kemudian jam hampir 12.00 tengah hari kami masuk dewan...aku duk di belakang aje...malas nak pi depan tu...Sempat la tengok AIMAN bertanding
...dia menang pada pusingan pertama. AIMAN,
jugak pesilat dan jugak jadi
pembantu
guru silat serta juga mengajar anak aku ketika latihan silat selain daripada guru
silat sendiri...

anak aku dengan rakan2 dan guru silat sebelum bertanding..yang dua orang di depan tu
dapat emas dan gangsa.....foto jiran
kanan anak aku ialah penolong guru silat, Aiman dan kiri dia Cikgu silat dia...foto jiran
nak mula masuk gelanggang
perlawanan...
Kemudian tiba giliran anak aku yang
bertanding...Sempat la aku rakam sikit perlawanan
dia dengan pelajar sekolah tahfiz. Walau bagaimana pun dia kalah
jugak pada pusingan awal. Disebabkan pertandingan kalah mati, ini merupakan
kalah mati  maka anak aku telah terkeluar daripada pertandingan berkenaan. Ok la tu sekurang kurangnya dia ada pengalaman yang berguna untuk kali pertama
ni...Akan datang dia boleh jadikan apa yang dialaminya
dalam pertandingan ini untuk pertandingan yang akan datang...pengajaran berguna tu...

Rakan rakan dia yang lain dan seperguruan jugak masih belum
terlibat dengan pertandingan. Buat masa ni iaitu hampir jam 1.00 petang
pertandingan ditangguhkan hingga jam 2.00 petang. Rakan rakannya mungkin terlibat
pada sesi petang nanti..Aku ambil keputusan untuk balik ke rumah dan tinggalkan isteri serta anak bersama jiran kami....Aku akan amik dia orang waktu petang nanti.
Anak bungsu aku nak tengok rakan rakannya bertanding walaupun
dia telah kalah....Mesej daripada isteri aku, rakan2 anak aku menang dan meneruskan
perjuangan mereka untuk pusingan seterusnya...anak aku aje kandas suku akhir..





Jadi aku gerak tinggalkan Malaysian French Institut atau Universiti Malaysia untuk balik ke rumah masa waktu Zohor.....
Aku datang lepas Asar tapi masih tak selesai jugak...dah dekat maghrib pun tak
selesai jugak, akhirnya....aku balik masa da dekat nak maghrib...Anak dan
isteri aku balik dengan jiran lepas isyak.....
Isteri aku cite kawan anak aku ada yang menang perak dan
emas...tahniah untuk mereka dan tahniah untuk anak aku gak sebab masih
mampu masuk bertanding dan kesanggupannya untuk join di masa akan datang....dalam pertandingan seni bela diri ni...

Itu aje yang nak aku coretkan hari ni...moga kita semua...tak kira sape la akan sentiasa dirahmati dan diberkati ALLAH SWT dunia hingga ke syurga serta dihindarkan
daripada siksa neraka...aamiinnnnn...


~~~~     SEKIAN     ~~~~


daud.montak.zakaria

No comments:

Post a Comment

TETAMU SYAWAL..

Diari DAUD : SABTU lalu, rakan dan juga sedara aku, MIZI berkunjung ke rumah. Dia ni memang salah sorang daripada rakan baik aku. Rakan aku...