Tuesday, July 31, 2018

Ubah selera...

Pagi ni, Rabu, 1 Ogos 2018....rakan sekerja ajak sarapan di teras jernang. Sebenarnya aku
jarang sangat keluar sarapan waktu pagi. Pagi ni rakan rakan ajak
pi sarapan. mulanya aku taknak tapi akhirnya setuju gak 
untuk pi sarapan dengan dia orang.
Jadi gerak la aku dengan sdr. shahrul dan jasril ke lokasi sarapan tu...
Sdr. Shahrul bawak kete dia.......


Dia orang ajak sarapan kat kampung teras jernang.
Nostalgia betul kg. teras jernang ni. Masa bujang dan mula datang keje
di ukm ni aku memang tinggal di kampung teras jernang ni. Rasanya dalam tahun 1986
aku pindah dari bangi lama ke teras jernang ni. Sewa kat bangi lama tahun 1983.
Di teras jernang aku tinggal di rumah sewa dengan rakan2 yang bujang. 
Sekarang ni masing masing da tua dah dan ada yang
dah ada cucu da pun...


 Di kampung teras jernang
ni aku pernah duduk serumah dengan zainal...sekarang ni
 dia da pencen, duduk satu taman dengan aku di bangi lama tu...pernah jugak duduk dengan sdr. kamarul rakan sepejabat aku...dan pernah
duduk dengan sdr. haberi tapi berlainan rumah jugak di kampung teras jernang
ni. Masa tu teras jernang ni banyak lagi kawasan yang masih diliputi pokok getah dan
kelapa sawit rasanya...dan semak2 yg lain. Kilang masa tu memang meriah, zaman tun mahathir la tu...tun Mahathir jadi PM Ke-4 tahun 1981. Tun perkenalkan konsep
pandang ke timur secara khususnya ke JEPUN.......
Kilang masa tu memang banyak di bandar baru bangi tu tapi la ni da tak meriah lagi macam dulu. Masa tu sesak jalan dari bangi lama ke bandar baru bangi oleh pekerja pekerja 
kilang perindustrian yang berulang alik ke tempat keje...memang sesak jalan masa tu 
waktu pagi dan petang. Itulah kesan konsep pandang ke timur TUN, rasanya
konsep yg dia buat tu telah berjaya...dari segi jasmani la....huhuhu...

Kampung Teras Jernang dan bandar baru bangi  tu berkongsi sempadan
aje...Aku sewa rumah separuh papan dan separuh batu tu hanya 50rm 
aje sebulan, rumah dua bilik je pun.............


Aku duduk di kampung teras jernang ni
hingga aku berkahwin dalam tahun 1988. Masa anak kedua
aku lahir ...aku pindah ke bangi lama setelah rumah aku siap kat taman di bangi lama tu
pada tahun 1990....hingga la sekarang niiii.....

Berbalik ke cerita sarapan tadi...tiba je di kedai
kat teras jernang tu...rakan aku parking kete dan kami tuju ke
kedai tu. Ramai sungguh pelanggan kat kedai tu...Rasanya da lama aku tak
minum kat sini...nak cari setahun sekali sarapan kat sini pun payah. Kedai ni dulu
ada busut kat dalam nya...Sekarang ni busut tu pun da tiada dan ruang kedai tu pun da dibesarkan. Tak sangka dari gerai yang kecik boleh jadi besar dan lebih
ramai jugak pelanggan yang datang...moga rezeki
pemilik kedai tu bertambah dan bertambah
jugak berkatnya........


Memang laris kedai ni...ramai orang makan kat sini. Aku tengok menu nya roti canai dan macam2 roti lain, nasi lemak dan sebagainya. Gerainya simple je pun tapi
pelanggannya ramai. Order pun tak lama da sampai.
Aku tengok ada minah saleh jugak sarapan kat situ siap makan roti
canai dan minum teh...tak tau la teh tarik atau pun teh tak tarik...tapi takde buih...bukan
 teh tarik la tu...Jumpa pulak krew mcp kami iaitu YAN ..sempat la 
sembang2 sat sebelum dia gerak balik ke opis....gelak Yan
 memang tak berubah antonasinya...huhuhu.....


selesai.....dan....licin....
Di sana kami minum dan sarapan sambil sembang sembang...tu je laaa...banyak la topik yang kami sembangkan...biasalah dunia sekarang ni kan ke banyak topik
untuk dijadikan bahan untuk disembangkan...dan dibawangkan
....huhuhu....kan...kan...

ok...sekian...

Moga kita semua mendapat keampunan ALLAH SWT hingga ke akhir hayat kita...aamiinnnn....

daud.montak.zakaria

No comments:

Post a Comment

TETAMU SYAWAL..

Diari DAUD : SABTU lalu, rakan dan juga sedara aku, MIZI berkunjung ke rumah. Dia ni memang salah sorang daripada rakan baik aku. Rakan aku...