Friday, October 12, 2018

Tengah Malam Pi Stesen Komuter Kajang...

Hari ni JUMAAT, 12 Okt. 2018, jam 11.45 malam, aku dengan isteri dan anak bungsu aku
pi stesen komuter Kajang. Kami pi sana sebab ada hal yang perlu
untuk kami ke sana...hahaha...berbelit belit pulak
eaaa....Sebenarnya kami pi sana untuk
jemput anak pompuan kami yang akan tiba di stesen
tu lebih kurang jam 12.40 tengah malam....Kat Bangi jugak ada stesen
komuter tapi ETS tu tak singgah di Bangi. Ia singgah di stesen stesen yang utama aje.....
Sebenarnya aku tak gemor pi kajang ni sebab jem aje....dalam setaun tu
mungkin dua atau tiga kali je kut.......tengah malam takde la jem..

sudut yang sunyi....
sudut yang sunyi....
sudut yang sunyi....
Anak aku dan kawan dia bergerak dari Arau Perlis jam enam lebih waktu tempatan. Kawan dia akan singgah di KL sentral sebab famili kawan dia berada di sana walaupun dia
sebenarnya tinggal di Seremban. Dari Bangi Lama ke Kajang
jaraknya lebih kurang 15 Kilometer dan dalam
20 minit sampai kut kalau tak jem dan gerak macam kekura......

sana tu bangunan parking....
sabar menunggu...
snnyi je da tengah malam ni .. hampir jam 1 mlm...
Dalam perjalanan dari Bangi ke Kajang walaupun
da hampir tengah malam banyak jugak kenderaan di atas jalanraya..
dia orang tak tidor kut...Jalan yang aku lalui tu kalau dari Bangi Lama ke UKM di kiri kanan
penuh dengan hutan UKM aje...tentu seram jugak maklumlah hutan kannn...
Selepas UKM arah ke Kajang tak sunyi sangat, banyak aje
kedai kedai dan rumah rumah di kiri dan
kanan jalan berkenaan..

sabar menunggu....
sabar menunggu....
sabar menunggu....
Sepanjang jalan ke kajang tu...
kelihatan jugak kedai kedai atau gerai makan masih
dipenuhi orang....manusia negara ni memang tak habis habis dengan makan..
tu lah sebabnya orang orang kat negara ni gemuk gemuk belaka....tahap obesiti di negara
ni pon rasanya tinggi jugak...opst! jangan marah ea...sebab aku pun BMI
jugak da lari tak berapa sempurna...maklumlah negara ni rakyatnya
masih boleh makan banyak tidak seperti afrika..atau syria la ni...

da takde keje lain lani...selfie je la....
sekali sekala pandang landasan di bawah tu....
selfie lagi...
Kami tiba di stesen komuter Kajang lebih
kurang jam 12.00 tengah malam. Maknanya ada lagi lebih
lebih kurang 40 minit kami terpaksa menunggu kat stesen tu sebelum ETS sampai...
bangunan parking stesen tu pun da tutup da sebab da tamat tempoh beri perkhidmatan..
Aku minta kebenaran meletakkan kenderaan di luar petak dalam bangunan parking tu iaitu ruang di luar kawasan parking yang telah ditutp. Pengawal tu benarkan dan aku serta
anak dan isteri terus naik lift untuk tunggu di tingkat 4 stesen
komuter tu....

laaa....selfie lagi......
ETS da sampai.....
ETS da sampai...
Sampai aje di atas tu nampak sunyi aje dan takde
sape pun kat situ....macam setiap sudut tu sunyi je...sekali sekala
 ada gak penumpang LRT turun di situ tapi tak ramai mana pun..da malam kannn...
staf stesen tu pun da balik kut...da tengah malam. Aku terbaca di salah satu papantanda kat situ...ia kata kawasan berkenaan diawasi oleh CCTV...mamang betul pun bersepah 
kamera cctv dalam bangunan tu...Maknanya pengawal pantau monitor tv aje 
dibilik khas untuk memerhati kawasan dalam stesen tu......yang kita tak
 tau di mana...jangan cuba lakukan perkara sebarangan...
nanti sama ada rakaman akan berada di tangan polis atau rakaman tersebut
akan menjadi viral di facebook dan sebagainya...maklumlah orang sekarang ni semua nak
diviralkan...ayam jantan ngan kucing mengawan pun nak viralkan....opst!

ETS da sampai....
penumpang muncul kat atas dari bawah....
baru sampai...
Setelah lebih kurang jam 12.45 tengah malam
muncullah ETS dari utara. Tak lama kemudian anak pompuan aku
muncul bersama beberapa orang penumpang kat tingkat atas. Rupanya ramai
jugak yang tiba dengan ETS di stesen tu walau da tengah malam menjelang pagi. Isteri aku yang sambut anak pompuan aku tu...Sebenarnya anak aku da lebih seminggu tak sihat sebab alahan bahagian pernafasan...da dua kali jumpa doktor di Arau tu tapi  tak jugak sembuh...pelik aku...biasanya sekali je jumpa doktor, penyakit da sembuh...
ini tak...masih macam tu...memanglah yang sembuhkan ALAH SWT
 tapi kita manusia biasa ni asbab penyembuh ialah makan ubat...
ubat tentulah dapat drpd doktor..Adakah bermakna ubat yang doktor beri tu tak
 berkesan atau doktor tu kurang ilmu...opst! maaf para doktor....aku tau sukarnya belajar doktor sekurang kurangnya 6 tahun dan tambah beberapa taun lagi untuk dapat kepakaran....Apa apa pun kena redha lah, itu semua urusan ALLAH...
kita mampu berusaha aje....bagaimana pun kena jumpa doktor lagi la di Bangi ni...tak tau bila....sebelum dia kembali ke Arau la...Kami terus turun ke bawah dengan lift. Turun
memang la ke bawah kan....dalam lift pun mesin lift tu sebut turun
ke bawah, tergelak je aku tiap kali guna lift tu....

ibu dan anak....
ibu dan anak...
Tiba di kereta terus masuk dan gerak...terpaksa
masuk pekan Kajang sebab tiada short cut untuk terus ke Bangi. Pekan
Kajang agak sunyi tengah malam tu. Ada jugak la kereta bila tiba di trafik light tu...
Dalam perjalanan ke Bangi kelihatan masih ada lagi kedai2 makan yang dipenuhi pengunjung. Nampak jugak kawasan perniagaan down town yang masih penuh dengan kereta pengunjung. Setelah tiba di Bangi Lama lebih kurang jam hampir
2.00 pagi. Anak pompuan aku cuti seminggu mid sem
sebenarnya..............Tak taulah, da
tua tua ni pun..eh! da tua ka...hahaha...da banyak usia ni pun masih ada tanggungjawab aku kat anak anak dan isteri.....

sunyi je pekan kajang bila tengah malam....
bila tengah malam sunyi tidor atas jalan pon boleh kut...
Ok la... sebelum undur diri aku berdoa moga ALLAH SWT ampunkan semua dosa kita sama ada aku kenal atau tak...termasuklah semua muslimin dan muslimat yang 
dekat atau jauh dan dari seluruh dunia....moga ALLAH SWT ampunkan dosa
kita semua hingga ke akhir hayat kita...sebenarnya tiada
nikmat yang lebih besar selain daripada sentiasa mendapat keampunan 
daripada ALLAH SWT hingga akhir hayat kita semua...moga kita semua bertemu ALLAH SWT dalam keadaan yang bersih daripada sebarang dosa....
insyaALLAH...aamiinnnnn......

~ SEKIAN ~
daud.montak.zakaria

No comments:

Post a Comment

TETAMU SYAWAL..

Diari DAUD : SABTU lalu, rakan dan juga sedara aku, MIZI berkunjung ke rumah. Dia ni memang salah sorang daripada rakan baik aku. Rakan aku...