Tuesday, September 17, 2019

Jerebu...oh...jerebu...

jarak rumah dari tasik nilai tu...
Diari Daud - Hari ni Rabu, 18 Sept 2018...jerebu masih tak berubah...Kualiti masih tak baik untuk kesihatan. Walau bagaimanapun aku tetap datang ke Tasik di Nilai ni untuk
panaskan badan. Aku terpaksa guna  mask N95, mungkin la dapat
tapis sikit udara yang masuk ke paru2 aku tu...

jerebu..
jerebu
jerebu..
jerebu...
Agak lewat gerak ke Tasik Nilai tu...jam 7.20 baru
tiba kat sana tu. Aku sorang aje yang pi, isteri dan anak bungsu tak
pi walaupun dia orang cuti. Sebab kualiti udara tak baik sangat ni, jadi tak perlu
la aku bawak dia orang...aku pi sensorang aje....

tasik ujana
jerebu..
kelam
nak balik dah..
Tiba di tasik tu, nampak macam tak
ramai yang beraktiviti kat sana tu, mungkin kurang 10
orang kut. Kualiti udara amat tak baik iaitu lebih 200 bacaannya, jadi
tu la sebabnya dia orang tak ramai datang kat sini. Tiba aje di sana aku terus aje
berjalan kat trek tepi tasik tu...Guna mask N95 ni memang sempit sikit nak bernafas, mungkin sebab lebih kedap sikit daripada mask yang biasa kut...


nak balik
ok la ni..
ok la ni...
Selesai aje aku berjalan lebih kurang sejam maka terus aku balik...orang kat tasik tu pun tak ramai macam selalu. Jerebu ni memang beri kesan sangat...Kualiti udara
lebih 200 memang amat tak baik....Jadi hati2 la kita semua kan....


Hari sebelumnya, SELASA..
Selasa, 17 Sept. aku pi hantar isteri pi klinik kesihatan
bandar seri putra. Memang rutin pi ke sini sebab isteri aku ada temujanji
dengan doktor. Dah umur meningkat ni memang selalu kena jumpa doktor kut. Bagi
yang sihat tu alhamdulillah la...harap terus sihat..Bagi kami yang tak berapa nak sihat ni anggap je la ujian daripada ALLAH SWT kan....dan jugak sebagai
penghapus dosa...


klinik kesihatan bandar seri putra
klinik kesihatan bandar seri putra
Kami pi klinik tu jam 2.00 petang. Memang ramai yang
datang untuk dapat rawatan kat situ. Maklumlah klinik kerajaan. Lama jugak tunggu isteri selesai temu janji dengan doktor tu. Jam 4.00 petang baru selesai. Jerebu pun
kat luar tu masih tak berubah. Bacaan IPU pun dah cecah 200 lebih.
Selesai je urusan kat klinik tu kami pi pulak ke farmasi
untuk cari mask N95 yang sesuai untuk
jerebu. Mahal gak mask tu
iaitu 5rm lebih dan boleh guna 3 hari aje...hahaha...boleh guna 3 hari je...


klinik kesihatan bandar seri putra
klinik kesihatan bandar seri putra
Lepas tu kami pi tesco bandar puteri
untuk beli barang sikit...Masuk aje tesco tu kelihatan minyak masak
produk non muslim semuanya diletakkan di bahagian depan dengan harga 16rm
kut...sementara produk muslim di rak belakang...Sokonglah produk muslim ye...kita bagi orang Islam pulak ramai jadi jutawan eaaa...
Produk minyak masak muslim biasanya diletakkan di rak belakang...
Aku, kalau pi beli barang banyak2 akan pi mydin la ni...walaupun mydin tu jauh sikit...
Kalau beli barang sikit2 baru pi pasaraya non muslim dan usaha jugak untuk cari produk muslim....Lepas pi tesco terus balik...


depan sekali tu kakak ipar aku...

depan sekali tu kakak ipar aku..
Malam pulak kami pi ke rumah kakak ipar aku lepas maghrib. Kakak ipar aku dan suami dia baru balik daripada tunaikan haji di mekah.
Tiba aje ke rumah tu kami dipelawa minum. Masa minum tu kami sembang la hal berkaitan
haji tu...Banyak jugak yang aku tanya, maklumlah aku pun memang ada niat nak
pi sana masa akan datang. Tapi aku berniat untuk cadangkan isteri
aku pi dulu dan aku pi kemudian...Aku cadangkan dia pi dengan kawan dia dulu...
kalau ada rezeki masa dia buat rayuan nanti. Andai kata aku tak sempat pi...meninggal la maksudnya, aku harapkan isteri aku akan upahkan orang untuk buat haji badal
untuk aku. Aku berharap jugak kos mengerjakan haji takkan naik dan
masih ada subsidi lagi...Aku risau dengan gomen sekarang
ni...asyik takde duit aje...bimbang dia orang
akan naikkan kos tunaikan haji dengan menarik subsidi yang diberikan
setiap tahun oleh tabung haji. Dulu tabung haji ada syarikat2 yang mungkin boleh menampung subsidi...gamaknya la...La ni syarikat2 tu pun banyak yang dah diamik oleh kerajaan..malas nak komen panjang2..Harap tiadalah kenaikkan kos sampai bila2...


depan sekali tu kakak ipar aku..
berdiri dari kiri...menantu abang ipar aku kat perak, suami kakak ipar aku, aku dan anak bungsu aku,
duduk dari kiri..isteri abang ipar aku kat perak, kaka ipar aku, menantu akak ipar aku nini, dila
anak abang ipar aku dari perak, anak buah isteri aku shima, dan bini aku la tuuu...Shima,
ayahcik pinjam foto ni eaaa...hahaha...


Kat rumah kakak ipar aku tu pun kami jumpa dengan anak buahisteri aku yang singgah sat di situ dari johor. Dia bersama suami dan mereka dalam perjalanan untuk balik ke perak. Kami jugak jumpa abang ipar aku dari perak yang juga datang ziarah ke rumah kakak ipar aku di kampung abu bakar baginda tu...
Agak lama jugak kami di rumah kakak 
ipar aku tu...dan...jam 11.00 malam baru kami gerak balik ke rumah....

Harap semua yang aku jumpa malam tu sentiasa dirahmati ALLAH SWT dunia hingga ke syurga...aamiinnnn....

Hari sebelumnya, ISNIN, 
Isnin, 16 Sept 2019 cuti umum bagi yang bekerja. Isnin memang aku biasanya panaskan badan di Tasik Ujana Nilai. Pepagi sebelum jam 7.00 pagi dah gerak. Sebab hari ni
cuti aku pi sana dengan isteri dan anak bungsu aku. Hari ni jerebu pun
dah tinggi dan nilai ipu dah tak sihat, lebih 100 mata.
Aku pi jugak ke nilai tu untuk panaskan
badan tapi kami guna mask.


#tasikujananilai
#tasikujananilai
#tasikujananilai
#tasikujananilai
Tiba sana dan tengok ramai gak
yang sedang beraktiviti di situ. Kami pun mulalah
panaskan badan di situ. Aku amik masa lebih sejam untuk berjalan
sejumlah 5 pusingan di trek tasik tu. Selesai aje terus balik. Walaupun jerebu, ramai jugak yang datang ke tasik tu...Masa kami tinggalkan tasik tu masih ada yang baru tiba
untuk panaskan badan di situ. Majoritinya tak guna mask walaupun
bacaan ipu dah lebih 100 dan tak sihat untuk badan...


#tasikujananilai
#tasikujananilai
#tasikujananilai
nak balik dah...
nak balik dah
Rasanya itu aje yang dapat aku nukilkan di sini...




daud.montak.zakaria

No comments:

Post a Comment

TETAMU SYAWAL..

Diari DAUD : SABTU lalu, rakan dan juga sedara aku, MIZI berkunjung ke rumah. Dia ni memang salah sorang daripada rakan baik aku. Rakan aku...