Tuesday, September 10, 2019

Panaskan badan dalam jerebu...

index udara tak baik...
Hari ni hari Rabu, 11 Sept. 2019...biasalah...pagi Rabu aku akan panaskan badan setiap minggu selain hari Isnin dan Jumaat. Hari ni sebelum jam 7.00 pagi aku
dah gerak ke Tasik Ujana Nilai untuk panaskan badan
...bukan joging pun tapi berjalan je pun...

pakai mask
#tasikujananilai
#tasikujananilai
#tasikujananilai
#tasikujananilai
Tiba di tasik tu dalam jam 7.10 kut...
Lepas snap foto sikit aku terus berjalan di trek
tepi tasik tu. Hari ni masih jerebu. Bacaan udara di Nilai ni lebih
daripada 50 dan rasanya memang tak baik pun. Aku kena guna mask dan sekurang
kurangnya boleh elak sikit kut benda benda yang tak perlu masuk ke paru paru aku ni...kut la....Banjaran bukit dikejauhan pun yang biasanya nampak tapi sebab jerebu..
langsung tak nampak...Mentari pun tak nampak awalnya dan bila
ia memancar, kelihatan warna mentari tu merah je...

matahari merah
matahari merah...pengawal kawal angsa sepasang.....dah ada angsa kat tasik ni...
mentari jerebu
ramai gak orang...
wide shot...
ramai jugak..
Nampaknya ramai jugak orang yang sedang berjalan dan joging kat tasik tu...yang ramainya pompuan...Rasanya yang pompuan tu ramai pelajar usim kut...yang tinggal
di kolej kediaman berhampiran. Mungkin hari Rabu ni jadual kuliah dia
orang kurang kut....Lelaki macam tak berapa ramai
...agaknya tu la kut ramai lelaki yang cepat
berpindah ke alam lain terutama
sebab jantung..
Opst! aku pun lepas
dah pencen ni la baru rajin buat aktiviti ni
...kalau tak.... aku pun malas...Masa masih keje memang aku malas
nak buat aktiviti yang peluhkan badan ni...Aku lebih suka duk rumah berehat bila hari cuti...Jadi aku pun tak leh nak komen lebih lebih...hahaha...ooopst!

selesai dah...
selesai dah
nak balik..
nak balik...
sejam lebih .. ok la tu...
untuk minggu ni dan sebelumnya...
Rasanya aku macam dah takde idea nak tulis panjang2 ... tengok je la beberapa foto yang aku snap tu....
~~~~~     SEKIAN    ~~~~~

daud.montak.zakaria

No comments:

Post a Comment

TETAMU SYAWAL..

Diari DAUD : SABTU lalu, rakan dan juga sedara aku, MIZI berkunjung ke rumah. Dia ni memang salah sorang daripada rakan baik aku. Rakan aku...