Friday, August 14, 2020

Mimbar MASJID Seri Putra..

Diari DAUD - Hari ni JUMAAT, 14 OGOS 2020, dapat wassap untuk solat Jumaat di MASJID BANDAR SERI PUTRA. Minggu kedua berjaya solat di sini...Alhamdulillah..Sekarang ni kalau nak berjumaah Jumaat wajib daftar dan mohon kepada pihak masjid. Masjid Seri Putra boleh muat 1400 orang dengan jarak 1 meter. Kalau mohon pun tak tentu boleh dapat sebab yang memohon untuk solat ramai. Kalau bukan waktu COVID-19 mungkin boleh muat 2 ribu lebih. Walau bagaimanapun sentiasa penuh setiap Jumaat. Kepada yang ada di sekitar masjid ni boleh pi ke WEB MASJID untuk mohon solat Jumaat. Permohonan boleh dibuat sejak hari SELASA lagi sebelum hari Jumaat. Kalau lewat mohon, sentiasa aje penuh. Boleh pi KE SINI untuk isi borang mohon solat Jumaat di masjid berkenaan. Warga negara asing tak dibenarkan solat kat masjid. Tak tau la sampai bila peraturan ini akan berakhir. Semua bergantung kepada keputusan kerajaan...


Syarat berjemaah JUMAAT ialah bawak sejadah sendiri, wuduq di rumah dan pakai mask. Itu wajib dan kalau tak ikut tidak dibenarkan solat atau masuk ke masjid. Selain daripada itu tidak sakit dan suhu badan bawah 37.5 darjah Celcius. Aku memang suka solat kat sini sebab ruang yang luas dan ada peluang untuk bersolat Jumaat sebab boleh muat 1400 orang dengan berjarak masa musim COVID-19 ni. Kalau masjid lain dah tentu awal2 dah penuh jika masjid tak luas. Cuma payahnya jika nak terkentut. Fikirlah dalam masa SEJAM DALAM BERWUDUQ, bila bila masa aje angin boleh bertiup dalam perut untuk cari jalan keluar...kan...kan...Yang bagusnya sekarang ni dah takde jemaah yang bersembang dan bersandar kat dinding. Semua kena duduk atas sejadah sendiri aje...😀😀😀
pi ke web masjid bandar seri putra..
Rasanya itu aje yang aku nak tulis hari ni. Harap tulisan ni beri infor kepada jemaah yang berhampiran. Akhirnya aku doakan moga kita semua akan sentiasa dirahmati dan berkati ALLAH SWT sentiasa serta dihindarkan kita semua daripada siksa kubur, mahsyar dan juga siksa neraka dan dimasukkan ke dalam SYURGA...aamiinnnn......Satu lagi mohon ALLAH SWT sentiasa bersihkan hati kita sebab hati yang bersih akan menjadikan segala sikap dan tingkah laku kita akan sentiasa bersih...
Dan, jangan lupa terus istiqamah dengan #BMF, walau dalam keadaan sukar...kalau tak boleh semua, jangan tinggalkan semua...Aku baru je beli minyak masak SAJI tadi....😉😉😉....

~~~~~     SEKIAN     ~~~~~

daud.montak.zakaria

No comments:

Post a Comment

TETAMU SYAWAL..

Diari DAUD : SABTU lalu, rakan dan juga sedara aku, MIZI berkunjung ke rumah. Dia ni memang salah sorang daripada rakan baik aku. Rakan aku...