Saturday, August 1, 2020

Kami Raya kat Bangi je...

Diari DAUD-Hari ni AHAD, 2 OGOS 2020, aku pi peluhkan badan di TASIK UJANA Nilai Impian Negeri Sembilan. Hari ni Raya Ketiga Aidul Adha. Pepagi aku da tiba di tepi Tasik Ujana tu, jam 7.00 pagi kut. Mulanya tak ramai sangat di tepi tasik tu beriadah namun tak lama kemudian makin ramai pulak,. Aku ingatkan Hari Raya ni orang tak ramai sebab balik kampung...Rupa rupanya ramai jugak....Hari ni jugak tak mampu nak pi riadah di MELATI HILL yang jugak kat Nilai ni...

video riadah di tasik ujana

Hari ni, 2 Ogos 2020, merupakan hari kedua diwajibkan memakai face mask di kawasan awam. Tapi tu la aku tengok macam ramai yang tak gunakan face mask tu. Kalau pihak berwajib datang tentu banyak denda yang dia orang kutip. 1000 rm sorang, tentu banyak gomen dapat kannn...Fikir la, rasanya lebih 50 orang sedang beriadah dan ramai yang tak guna face mask. Kadang2 aku tak faham dengan rakyat Malaysia ni. Kalau covid-19 merebak kembali dan PKP diperkenalkan semula tentu akan menyusahkan ramai pihak. Tentu ekonomi terjejas, ramai yang tak keje dan ramai jugak yang akan diberhentikan sebab kegiatan ekonomi terhenti. Aku memang tak suka manusia yang macam !@$#%&^* niii...😠😠😠


Video sambutan raya kami...

Aku berada di Tasik Ujana tu lebih kurang sejam lebih dan mampu cipta lebih kurang 7 ribu langkah, berjalan lebih kurang 6 kilometer serta berjaya bakar kalori lebih kurang 300 kalori...rasanya ok la tuuu..Masa aku berjalan kat trek tu ada orang belakang tegur aku, dia tegur, "saya ikut abang tadi dari jam 7.00 pagi.." Aku balas...saya tak sedar la...haha...Memang aku memang jenis suka beriadah sensorang aje. Aku memang tak minat nak berjalan sambil sembang2 sebab aku tak minat sangat sembang2 ni...Aku lebih suka berjalan keliling tasik tu selama sejam lebih secara sensorang aje...Melainkan dengan orang yang benar2 aku kenal..Malas aku nak cari rakan yang boleh berjalan saing2 kat trek tu...Aku bukan sombong...tapi, memang aku suka macam tu...itu merupakan sikap dan sikap yang memang sukar diubah....dan aku 'senang' dengan sikap tu...hahaha...Aku memang tak suka sangat sembang2 ni...Rasanya ok la tu kan, bila tak sembang tentu tak membawang, tak gitu...??? 😉😉😉 Bila tak membawang tentu dosa pun tak bertambah..ye dak...😉😉😉


Hari Raya Haji ni aku tak balik kampung pun. Beraya aje kat Bangi ni....malas nak balik sebab hujung tahun nanti mungkin akan balik kampung. Malas nak selalu balik kampung. Kami Raya aje kat Bangi ni. Tak ada sambutan apa2 pun cuma makan2 aje dengan anak anak...Hanya kakak ipar aku, KAK NAB dan biras aku, ABANG KAMAL yang datang BERAYA HAJI kat rumah aku..Kami tak masak banyak pun. Isteri aku cuma buat rendang, masak kuah kacang, buat ketupat dan buat laksa. Lemang kami beli kat penjual yang ramai di sekitar sini...Aku ada rakam video HARI RAYA HAJI kami dan jugak video aku peluhkan badan di Tasik Ujana tu...Aku da sunting dan upload ke YouTube pun...upload kat channel utube aku la...hahaha...Kalau nak tonton...tonton aje la dan kalau taknak, aku tak kisah pun...😊😊😊😊😊
Hari Raya Haji tu pun aku solat kat surau taman aje. Hujan dari malam Jumaat hinggalah hampir tengah hari. Jemaah pun tak penuh surau mungkin sebab hujan masih turun. Masuk surau, suhu badan diambil dan catat nama. Guna face mask dan bawak sejadah sendiri. Solat pun jarak mengikut SOP. Aku mohon solat Jumaat tapi TAK LULUS. Dua kali Jumaat sebelum ni aku berjaya dipanggil untuk solat Jumaat di Masjid Seri Putra tapi Raya Haji ni aku tak diluluskan. Terpaksalah diganti dengan SOLAT ZOHOR. Sukarnya nak solat Jumaat musim COVID-19 ni...apa boleh buat la....


Solat Raya Haji di surau..


Rasanya itu aje yang aku nak tulis, malas nak tulis panjang panjang. Aku doakan moga kita semua, tak kira sapa la, akan sentiasa dirahmati dan diberkati oleh ALLAH SWT dunia hingga akhirat. Moga ALLAH SWT hindarkan kita semua daripada siksaan kubur, siksaan akhirat dan jugak siksaan neraka serta dimasukkan kita semua ke dalam syurga. Moga kita semua mampu mengelakkan diri kita daripada berbuat dosa di atas muka bumi ni dan jika terbuat dosa akan segera minta ampun kepada ALLAH SWT. Moga dosa kita semua diampunkan oleh ALLAH SWT. Moga kita sempat minta maaf sesama manusia atas segala dosa antara kita sebab dosa sesama manusia akan terhapus bila kita mohon maaf sesama sendiri. Moga kita jugak mampu membersihkan hati kita sentiasa hingga ke akhir hayat sebab hati memang sukar dibersihkan melainkan dengan usaha yang kuat dan berterusan...
Tulisan-tulisan yang lain ada DI SINI

Jangan lupa terus istiqamah dengan #bmf, kalau tak mampu semua, jangan tinggalkan semua...



~~~~~     SEKIAN     ~~~~~

daud.montak.zakaria

No comments:

Post a Comment

TETAMU SYAWAL..

Diari DAUD : SABTU lalu, rakan dan juga sedara aku, MIZI berkunjung ke rumah. Dia ni memang salah sorang daripada rakan baik aku. Rakan aku...