Sunday, August 9, 2020

Riadah di TASIK UJANA-jumpa pulak rakan UKM...

Diari DAUD - Hari ni, AHAD, 9 OGOS 2020, aku pi riadah di TASIK UJANA. Awal pagi aku dah pi sana. Sebelum jam 7.00 pagi aku dah terpacak kat trek di tasik tu. Aku rakam video dulu sebelum mula berjalan. Mampu berjalan aje, nak joging dah tak mampu dalam usia senja ni...ewahhhh...senja...😊😊😊 Masa berjalan tu memang aku sentiasa rakam video. Aku dah siap sunting dah pun dan kalau korang nak tonton, silakanlah...tak cantek mana pun tapi ok la kalau nak tonton...Silalah tonton kat bawah ni...Hari ni jugak aku tak beriadah di MELATI HILL. Aku tunggu musim panas sebab musim hujan ni tentu trail di sana licin kut...



Hari Ahad ni memang ramai orang pun. Semua usia ada...orang pencen pun ramai. Ramai sungguh. Kalau korang ada sekitar sini rasanya ok gak pi riadah kat tasik tu...rasanya selesa jugak. Sekali pusing trek lebih kurang 1 kilometer. Aku mampu buat 5 kali pusingan...lebih kurang 6 kilometer. Aku dapatla bakar kalori lebih kurang 300 kalori dan cipta langkah lebih kurang 8 ribu langkah...rasanya ok la tu, bagi yg umoq macam aku ni...😉😉😉 Aku suka pi awal pagi sebab jam 8.00 pagi lebih, matahari dah keluarkan cahaya, separuh trek tu disinar cahaya mentari...agak panas jugak...

Masa aku berjalan kat trek tu aku terjumpa dengan KAWAN LAMA aku kat UKM tu...tak sangka jumpa kat situ. Itu pun dia yang tegur aku dulu, kalau tak aku pun tak perasan. Kemudian kali kedua aku jumpa kat trek tu sempat la aku tanya apa program dia kat tasik tu...Kawan aku tu dari PTM, MEOR SONY....Lama betul aku tak jumpa lepas aku bersara. Aku besara bulan MAC 2019...la ni baru jumpa balik...Rasanya kali pertama aku jumpa kat sini, kat tasik ni...Kami tak sembang pape pun sebab dia pun ada aktiviti dan aku sedang cuba habiskan berjalan sejumlah 5 pusingan...

Kanan tu MEOR SONY
Satu kes lagi aku jumpa pulak satu pasangan yang sedang rehat kat wakaf di tepi tasik tu. Lelaki baring atas ribaan pompuan. Rasanya bukan suami isteri kut. Kalau suami isteri, rasanya dia orang dah puas riba meriba kat rumah...Takde sebab nak riba meriba kat tempat umum macam tu..Takde keperluan apa pun dia orang nak riba meriba kat tasik ni...Aku bukan la nak jaga tepi kain orang sebab aku pun ada anak lelaki dan anak pompuan. Tapi rasanya berkelakuan macam tu di tempat umum, macam tak manis je. Ramai orang kat situ nak beriadah, dewasa dan kanak2. Yang pompuan nampak sopan bertudung, syabas la dia dapat bendung dosa bukak aurat tapi bukak pulak satu ruang dosa yang lain. Lelaki tu pulak parking motor atas trek, menghalang orang melalui trek tu dengan selesa. Jadi sapa2 yang rasanya sedang bercinta tu jangan la buat benda macam tu depan umum....Jaga adap..."Orang Islam WAJIB berakhlak mulia". Itu pembukaan khutbah jumaat minggu lepas...Lepas tu aku tengok dia orang da takde dan aku tak dapat pulak lihat kali kedua. Mungkin pengawal kat tasik tu dah tegur kut...kut la...aku pun tak pasti...


Rasanya itu aje yang aku nak tulis hari ni...Jadi, aku doakan kita semua, tak kira sapa la, moga akan diampunkan oleh ALLAH SWT semua dosa kita. Akan dirahmati dan diberkati ALLAH SWT dunia dan akhirat serta dihindarkan kita semua daripada siksa neraka serta dimasukkan kita semua ke dalam syurga. Namun amalan kita semua mestilah dikukuhkan dahulu sebelum kita mati. Amalan menjadi bekalan kita semua ke sana. Orang orang lain cuma membantu berdoa supaya kita terhindar daripada kemurkaan ALLAH dan menaikkan darjah kita di akhirat nanti. Yang akan kekal berdoa untuk kita nanti biasanya anak2, isteri atau suami dan adik beradik. Antara doa yang makbul ialah doa dari ANAK YANG SOLEH. Rakan2 dan jiran2 kita akan ingat kita sebentar sahaja, lepas tu mereka dah lupa dah...Mungkin dia orang ingat semasa DOA TAHLIL ARWAH aje kut...Tapi ada jugak golongan yang kata majlis tahlil tu BID'AH....Golongan yang mengharuskan tahlil tu beralasan atau ambil contoh pada Rasulullah saw, yang meletakkan pelepah tamar atas kubur orang yang sedang disiksa dalam kubur...Ada jugak golongan yang mengatakan alasan itu tak kuat untuk mengharuskan MAJLIS DOA TAHLIL tu. Malah ada juga tanah perkuburan yang melarang menanam poko atas pusara. Kalau ditanam jugak akan diracun atau dicabut..Tujuan tanam pokok atas pusara tu supaya pokok atau tumbuhan yang hidup tu mendoakan simati. Samalah macam Rasulullah meletakkan pelepah tamar yang masih hijau atas kubur simati. Bukan tanam pokok durian pun atas pusara tu...Kita dilarang mencabut tumbuhan atas pusara. Macam2 sekarang ni. Aku ni tak kisah, mana2 yang ada kebaikan kita untuk simati, buat aje la...ALLAH SWT punyai sifat, harus melakukan sesuatu atau tidak melakukannya. Kalau DIA nak kabulkan doa kita dan sedekah pahala kepada simati, DIA memang mampu sebab DIA adalah TUHAN. Sebab ALLAH SWT Maha berkuasa....DIA menjadikan manusia jugak adalah kehendak DIA sendiri...tak gitu...Ok la, itu aje yang aku nak tulis...
Jangan lupa terus istiqamah dengan #BMF, kalau tak mampu semua, jangan tinggalkan semua...

~~~~~     SEKIAN     ~~~~~

daud.montak.zakaria

No comments:

Post a Comment

TETAMU SYAWAL..

Diari DAUD : SABTU lalu, rakan dan juga sedara aku, MIZI berkunjung ke rumah. Dia ni memang salah sorang daripada rakan baik aku. Rakan aku...