Sunday, August 23, 2020

Riadah di TASIK UJANA lagi..

Diari DAUD - Hari ni AHAD, 23 Ogos 2020, aku pi ke TASIK UJANA Nilai Impian untuk riadah. Aku berjalan aje pun dan tak mampu nak joging, da tua tua ni tak mampu dah... Hari ni aku tiba di tasik tu lebih jam 7.00 pagi. Ramai jugak orang kat tasik tu. Hari cuti biasanya memang ramai. Macam macam pengunjung ada dan macam2 aktiviti yang dia orang lakukan di sini.

tasik ujana nilai impian negeri sembilan
Hari ni aku tak lagi pi MELATI HILL untuk hiking. Kali akhir aku tulis berkaitan hiking di MELATI HILL tu boleh dibaca DI SINI. Dah lama aku tak pi Melati Hill tu sejak musim hujan yang lalu. Masa kat TASIK UJANA ni aku terserempak dengan kenalan masa aku hiking di MELATI HILL dulu. Semasa dia jogging sempat dia tanya aku, "tak pi ke Melati Hill ke.". Aku cakap dah lama tak pi sejak musim hujan lalu. Tapi niat hati, aku akan pi jugak bila musim hujan dah settle. Dia angguk aje dan teruskan joging dia. Dia merupakan staf kat KLIA. Aku kenal dia masa hiking di Melati Hill tu la.

tasik ujana nilai impian
Aku jugak jumpa rakan lama aku yang sama2 keje kat UKM tu. Dia masih lagi bertugas, sedangkan aku dah hampir dua tahun bersara. Sempat la kami sembang sambil berjalan. Dia kata dia cuma nak penuhkan masa joging dia selama 5 kilometer pagi tu. Aku jumpa dia setelah aku hampir nak tamatkan riadah aku kat tasik tu. Kami berpisah dan dia terus berjalan. Rakan aku tu namanya MEOR SONY...Rasanya kalau nak joging kat trek ni kena pakai kasut yang sesuai kut supaya kaki tak cedera atau sakit. Rasanya lapik dalam kasut yang lembut sangat (macam lapisan udara yang tebal) mungkin sesuai kut.

tasik ujana nilai impian negeri sembilan
Terjumpa dengan sdr MEOR SONY
Aku sempat rakam dan edit video berkaitan riadah aku kat TASIK UJANA tu...kalau nak tonton, silakanlah, tak cantek mana pun video tu tapi setakat nak tonton boleh je....😉😉😉

sila tonton...kalau mau la...

Rasanya itu aje yang aku nak tulis hari ni...apa apa pun, moga kita semua, tak kira sapa la, akan sentiasa diberkati dan dirahmati ALLAH SWT serta diampunkan oleh ALLAH segala dosa kita semua dan dihindarkan kita semua daripada siksa kubur, siksa mahsyar dan siksa neraka serta dimasukkan kita semua ke dalam syurga..aamiinnnn...Sama sama lah kita berdoa untuk satu dengan yang lain...doa aje kebaikan untuk semua...Tak perlu kedekut untuk berdoa untuk orang lain...Tiada rugi kita berdoa untuk semua, doa yang baik2...Tak perlu kita bermusuh pun...tak perlu berdendam pun..Kita semua memang masing2 banyak dosanya sebab kita bukan Nabi pun...Doa aje kebaikan untuk semua...Bersihkan hati kita, doakan supaya ALLAH SWT bersihkan hati kita semua. Kalau hati kita semua bersih, segala sikap dan tindakan kita tentu baik semuanya...Yang paling utama, HATI kena bersih...Untuk peroleh hati yang bersih, antaranya ialah dengan selalu berdoa kepada ALLAH SWT....
Akhirnya, moga kita semua terus istiqamah dengan #BMF, jika tak boleh buat semua, jangan tinggalkan semua...



~~~~~     SEKIAN     ~~~~~

daud.montak.zakaria

No comments:

Post a Comment

TETAMU SYAWAL..

Diari DAUD : SABTU lalu, rakan dan juga sedara aku, MIZI berkunjung ke rumah. Dia ni memang salah sorang daripada rakan baik aku. Rakan aku...