Sunday, January 13, 2019

Ahad...tak sibuk sangat pun...

Hari ni Ahad, 13 Januari 2019, jadual hari ni nampak macam tak sibuk, tapi tu la...nampak aje...Pepagi jam 9.00 pagi pi hantar isteri pi masjid bandar seri putra sebab
isteri ada ikuti kursus haji. Aku tukang hantar aje...
Lepas hantar terus balik rumah dan
jam 11.00 pagi terus hantar
anak pi latihan silat kat masjid bangi. Latihan
tu sampai jam 1.00 petang. Dari masjid bangi terus pi amik
isteri yang baru selesai kursus haji jam 11.00 pagi lebih. Tiba masjid, isteri masuk kete dan terus balik ke rumah...




Jam 1.00 petang
ajak isteri pi amik anak setelah habis latihan silat di masjid bangi tu. Latihan dia orang memang setiap ahad pada setiap minggu. Tiba di masjid tu tunggu sekejap
hingga anak selesai latihan. Selesai latihan terus anak jalan
ke kete bersama anak anak jiran. Aku terus
bawak dia orang makan kat
CS supermarket.
Selesai makan, anak anak
pi main game kat cs tu...aku bagi masa dia orang
30 minit untuk game kat situ. Selesai makan terus balik rumah. Lepas
solat zohor aku ajak isteri dan anak bungsu aku ke bandar baru bangi untuk cari kayu hoki anak aku sebab dia masuk sukan hoki. Kayu hoki kena beli sendiri. Aku da
cari kayu hoki ni dari semalam dah. Aku cari sampai ke
giant nilai, tapi tak jumpa. Hari ni aku cari
di kedai sukan bandar baru bangi seksyen 15, infor daripada kenalan. Dalam
perjalanan ke seksyen 15 tu bertembung pulak dengan kete
kenalan kat opis aku...lepas traffic light teras
jernang aku hon aje kete dia....




Tiba aje di seksyen 15 tu terus pi kedai pertama
takde kayu hoki...kami masuk kedai kedua...nampaknya kedai tu pemilik
yang sama. Masuk aje, anak aku kata ada jumpa...jadi aku pun masuk dan kami terus
pilih kayu hoki yang bersesuaian. Kami pilih yang harganya 80rm lebih.
Ada jugak yang harganya 200rm lebih...tapi aku
fikir buat permulaan ni pilih aje yang murah sikit...nanti kalau dah wakili
negeri atau negara barulah boleh beli yang mahal...ekekeke...gurau aje tu..tapi kalau betul terjadi kena beli la jugak....




Selesai aje beli kayu hoki tu kami pun kuar daripada kedai tu. Aku fikir masa masih panjang lagi jadi aku ajak isteri aku gi ke nilai pulak. Ada jualan pra pembukaan aeon mall
di nilai negeri sembilan. Aku terus aje masuk highway dan terus
tuju ke nilai. Tiba di mall tu terus cari parking...
Ramai jugak yang datang ke sini..
Pembukaan mall ni ialah pada 17 januari 2019 ni...hari ni
jualan pra pembukaan aje. Aku tak beli pape pun, cuma tengok aje. Isteri aku
beli baju t aje. Jualan tu di kawasan letak kereta, jadi agak panas jugak kat sini...tu sebab aku tak jalan merata pun, isteri dan anak aku aje yang merayau
kat sekitar kawasan jualan tu...aku lebih suka
berteduh aje...ekekeke....

Selesai aje berurusan di situ, maka akhirnya kami balik ke bangi..........





Sebelah malam aku gerak ke stesen komuter kajang untuk jemput anak pompuan aku yang balik dari arau perlis. Dia naik train ETS dari arau dan singgah di kajang...ETS tak
 singgah di bangi. Aku gerak ke kajang dengan isteri dan anak bungsu aku
jam 11.45 malam sebab ETS tu akan tiba di kajang
jam 12.45 tengah malam.....

Kami gerak ke stesen komuter kajang
lebih kurang jam 11.45 malam. Gerak dari bangi melalui hutan
ukm dan ada ketikanya diterangi lampu lebuhraya, taklah gerun sangat. Kenderaan
pun da memalam ni agak kurang jugak, maklum lah esok orang mula keje hari Isnin, tentu memasing da tidur untuk bersedia gi keje pagi esok.




 Dalam perjalanan ke kajang tu banyak jugak kedai
makan yang masih bukak. Biasanya kedai tomyam...tak tau nape
kat sini banyak kedai tomyam. Hampir ke pekan kajang, down town nampak masih meriah dengan lampu penjual, tak pasti ramai atau tak pengunjungnya. Banyak jugak kete
parking tepi jalan, maknanya ramai jugak pengunjung di situ.

Tiba di stesen komuter terus masuk parking bertingkat
tapi ia dah ditutup jam 12.00 tengah malam. Mintak kebenaran sorang
 pengawal keselamatan untuk parking kat dalam tapi diluar ruang parking bertingkat tu....dia benarkan aku parking situ. Kemudian kami masuk lift untuk ke tingkat atas.
Sampai atas terus menapak ke stesen tu. Tunggu kat situ
hingga ets tiba jam 12.45 malam..tengah malam...



Kali akhir aku ada kat stesen ni lebih kurang 3 atau 4 bulan lalu
untuk tujuan hantar atau jemput anak aku...urusan macam ni la tapi aku tak
pasti sama ada ambil atau hantar. Nak pi ke arau pun kami kena hantar di stesen kajang jugak.
Kat situ sekarang ni da ada mesin jual air dan makanan ringan....masa yang lalu belum ada mesin ni, cuma yang ada mesin jual tiket aje. Sekarang ni takde masalah
untuk beli minuman atau makanan ringan...tapi anak aku cuba
nak beli, semua mesin tu tak berfungsi, mungkin
duit siling dah penuh dalam tabung
dia kut dan perlu dikeluarkan...semua mesin tak berfungsi...apa boleh buat la....



Tak lama kemudian anak pompuan aku sampai iaitu lebih kurang 12.45 tengah malam...sebaik sampai dia salam dengan ibu dia dan kami pun
pi ke parking untuk balik. Tiba di parking tu kami masukkan beg dan masuk kete, sebelum tu aku sempat ucap terima kasih kepada 'pak guard' tu kerana benarkan kami
parking kat situ. 
Dalam perjalanan
balik aku lihat banyak lagi kedai makan yang masih dibuka...rajin orang malaysia makan tengah malam dan awal pagi..Itulah sebabnya orang malaysia ramai yang
obesiti...opst! gamaknya la...aku teka aje...Akhirnya tiba di rumah
lebih kurang jam 1.30 pagi....


Sebelum aku tutup kalam ni, aku doakan kita semua, tak kira sape la, akan sentiasa
mendapat keampunan daripada ALLAH SWT atas semua dosa kita hingga
ke akhir hayat kita semua. Aku ingatkan juga kita semua
supaya setiap lepas solat akan sentiasa doakan
supaya ALLAH SWT luaskan kubur
kedua ibubapa kita dan ibubapa mertua kita serta
dihindarkan mereka semua daripada siksaan kubur, siksaan mahsyar dan
juga siksaan api neraka serta dimasukkan mereka semua ke dalam syurga bersama para rasul, para nabi serta orang yang soleh dan solehah...aamiinnn....

Opst! maaf la tulisan hari ni agak tak berapa menarik cerita yang dipaparkan...apa boleh buat laaaa....diari aku, aku punya pasal la...oopst! haha...

~ SEKIAN ~

daud.montak.zakaria

Friday, January 11, 2019

Gi tasek ukm lagi.

Hari ni Sabtu, 12 Jan 2019...aku memang da plan nak gi tasek ukm untuk melakar tapak kaki sekeliling tasek kejuruteraan ukm tu. Gerak agak lewat iaitu jam 8.15 pagi
lebih kurang. Hari ni pi sorang aje..isteri aku ada hal kat rumah
sementara anak bungsu aku pi main bola kat
taman permainan di taman tu...
Jadi...aku sensorang aje gi ukm. Cadang nak masuk
ikut pintu kedua di fakulti kejuruteraan namun pintu tu tak bukak pulak...
terpaksalah aku masuk ikut pintu utama...jadi kena ke depan lagi la. Tiba di tepi tasek tu terus parking kete, jam masa tu dah pukul 8.35 pagi. Kuar kete dan terus
mulakan langkah di trek sekeliling tasek tu.





 Masa aku berjalan tu, ada beberapa orang sedang
jogging dan berjalan. Sorang lelaki tu, pelajar kut...jogging keliling tasek
tu...agak laju jugak dia joging...kalau aku memang tak mampu pun..Aku tengok dia joging kemudian berhenti dan joging kembali. Aku tengok dua tiga kali rasanya dia joging
keliling tasek tu. Kemudian dia balik. Ada sorang pompuan tu sedang
work out kat lokasi untuk aktiviti tepi trek...kemudian dia
joging sekejap dan lepas tu blah dari situ.
Ada dua orang pelajar pompuan kut..
dia orang berjalan ulang alik beberapa kali dan kemudian dia
orang buat work out kat lokasi aktiviti tepi tasek tu..kemudian berjalan kembali
dan akhirnya dia orang main badminton ditepi tasek tu. Ada dua orang pelajar pompuan, dua2 buat work out dilokasi untuk panaskan badan di tepi trek tu. Sambil tu selfie. Kemudian tiba pulak satu famili bawak 3 orang anak mereka. Dia orang berjalan
keliling tasek tu satu pusingan dan kemudian buat
work out di lokasi aktiviti tepi tasek
tu...tak lama kemudian dia orang blah dari situ.






Aku juga terserempak dengan staf yang
bawak lori dan pump air dari dalam tasek tu untuk
menyiram tumbuhan sekitar kampus ukm...aku sempat bagi salam aje dan
aku teruskan berjalan. Aku tak sempat pun bercerita dengan dia sebab lepas penuh tangki dia terus buat keje siram pokok dalam kampus ukm tu. Aku tengok ada 4 orang pekerja
sedang potong rumput dengan mesin sekitar tasek tu. Terdapat
jugak beberapa orang pekerja sedang baiki
pagar ukm yang rosak...eloklah
di baiki sebab aku pernah nampak anjing masuk melalui pagar yang rosak tu..Bukan la aku ni anti anjing tapi kadangkala sikap anjing ni sukar nak ditelah kalau tiba mood dia
tak baik...kita pun dikejarnya..maklumlah, anjing liar, anjing tak bertuan..

Dalam tasek biasalah ada aje burung bangau dan burung antarabangsa yang sedang mengintai rezeki dari dalam tasek tu...sabar aje dia berdiri tanpa bergerak
kat tasek tu....





Sedang aku berjalan tepi tasek tu datang pulak sekumpulan pelajar cina ukm lelaki dan pompuan. Aku tengok dia orang sedang posing secara berkumpulan. Bila
aku lalu berhampirang dia orang, aku pun tanyalah...posing
untuk apa...Salah sorang jawab posing untuk
Chinese New Year....aktif dia orang ni........
Aku terus jugak berjalan keliling tasek tu untuk cukupkan sejam aku gerakkan badan di situ. Perlu jugak untuk gerakkan badan ni. Aku buat 2 jam setiap minggu sejam setiap
kali datang ke tasek tu. Itu aje yang mampu aku buat dan nak joging
aku tak mampu sebab umur dah banyak dan tubuh da tua...eh! ye ke tua...memang tubuh da tua...tapi roh tak tua. Roh diletakkan dalam tubuh, tubuh memang mengikut
hukum yang ditetapkan iaitu tua dan lemah. Roh tetap sama
serta dengan nafsu...tu sebab nafsu tak berubah..opst! jangan berpandangan negatif...nafsu memang tak berubah tu sebab da banyak usia pun masih nak melawa, nak kaya, nak makan sedap2 dan sebagainya lagi. Tapi bila roh duduk dalam tubuh maka ia akan
tertakluk pada hukum tubuh yang tak kekal...tubuh akan sakit...tubuh akan
lemah dan sebagainya....tubuh perlukan benda2 yang untuk menyihatkan, perlu makan dan sebagainya...tapi roh perlukan santapan rohani, santapan rohani tentu yang berbentuk spiritual....perlu pada agama...opst! itu pandangan aku aje.




Setelah cukup sejam aku berjalan kat situ maka aku pun  mula nak gerak balik. Masa aku tinggalkan tasek tu, ada satu couple pertengahan umur atau mungkin dalam 50-an
 kut...dia orang baru mula berjalan untuk mengelilingi tasek tu, para pekerja
 masih buat keje mereka, kumpulan pelajar cina tu
masih lagi posing posing dan student pompuan melayu tu
masih lagi main banminton di tepi tasek tu...

Sebelum aku tutup kalam ni, doa aku untuk semua, tak kira sape la, moga kita semua akan sentiasa diampunkan oleh ALLAH SWT atas semua dosa kita hingga ke akhir hayat
kita....dan pesan aku jangan lupa setiap lepas solat doakan kedua ibu bapa
kita dan kedua ibubapa mertua kita, akan diluaskan oleh ALLAH kubur mereka dan dihindarkan mereka daripada siksaan kubur, siksaan akhirat dan siksaan api neraka
dan masukkan mereka semua ke dalam syurga yang kekal abadi..aamiinnn..

~ SEKIAN ~

daud.montak.zakaria

Sunday, January 6, 2019

Peluhkan badan...lagi...

Hari ni Isnin, 6 Januari 2019...memang plan nak panaskan badan kat tasek ukm tu. Cuti panjang menyebabkan aku kena cari aktiviti yang membolehkan aku peluhkan
badan. Masa aku masih keje boleh la gerak sana sini tapi bila
cuti panjang nak pencen ni, aku takleh duduk
diam, kena gerakkan anggota
badan jugak.

Perlu digerakkan jugak
supaya jantung dapat berfungsi dengan baik.
Mati tu memang kita tak boleh elak...pemain bola tengah
main kat atas padang pun boleh rebah dan mati. Cuma kita kena la jugak jaga diri
kita supaya sentiasa untuk bergerak untuk sihatkan badan...kalau kurang sihat pun, sekurang kurangnya tidak menambah lagi sakit yang kita ada
....tak gitu.....betullllll.....................



Lewat sikit sampai ukm pagi ni..jalan jem hari Isnin ni. Dua traffic light dari Bangi menambahkan jem jalanraya tapi kalau takde traffic light pun mungkin
jem gak sebab memasing nak dulu pada waktu puncak.
Tiba kat tasek ukm tu dah pukul 8.40 pagi.
Kuar kete terus aje mula berjalan
di trek kat tasek tu.
Aku tak buat pusingan satu tasek
, berjalan separuh tasek ulang alik aje. Semalam
tak ujan jadi trek banyak yang kering, jarang bahagian yang digenangi
air. Namu aku buat separuh pusingan ulang alik aje...



Pagi ni aku sorang aje yang beraktiviti di situ. Ada beberapa orang pekerja yang bersihkan sekitar tasek tapi kesudahannya cuma seorang aje yang terus bekerja..yang
lain tak tau, tah mana pinya, aku pun tak sedar. Dalam masa aku
berjalan tu tiba pula sebuah lori singgah tepi tasek
tu untuk sedut air tasek untuk
masukkan ke dalam tangki. Aku rasa lori tu adalah
lori untuk siram pokok kat sekitar dalam kampus tu. Rasanya la.
Dari jauh aku tengok dia tak dapat nak pum air, mungkin pump tu rosak kut.
Sempat la aku tegur masa aku jalan melintas lori tu.....

bersama pengawal dan krew siram tumbuham sekitar ukm..
Setelah selesai aku berjalan dan dah cukup masa selama sejam, aku pun berhenti dan datang kat pekerja yang nak pum air tasek tu. Dia dengan sorang pengawal
nampaknya. Aku tanya pum rosak ke..dia jawab pum ada masalah
dan tak boleh nak buat keje...dia kata mungkin boleh
buat keje petang kut.
Tiba tiba dia tanya..abang dulu masuk
POS GOB ke...rakam video. Aku terkejut sikit...mana tau..aku tanya balik...
Dia kata dia turut serta sebagai krew catering, sediakan makanan
bersama encik taib...Oooo...gitu..baru aku ingat...dia orang memang krew catering masa masuk POS GOB kali ketiga. Sebenarnya program xpdc beramai ramai
masuk POS GOB tu adalah 4 kali. Aku turut serta
keempat empat siri tu. Dia turut
serta masa SIRI KE 3.
Masa siri ketiga tu paling teruk, perjalanan
kami masuk ke POS GOB tu makan masa lebih 24 jam sepatutnya 
amik masa 6 jam aje. Kami terpaksa bermalam dalam hutan. Banyak sungguh
4WD yang sangkut malam tu...jalan pun teruk, lebih teruk daripada biasa. Itu la kali pertama aku bermalam dalam hutan...ngeri ooo...Masa tu TNC DATO' DR.  IMRAN HO
pun turut serta ke sana...
Anda boleh semak kembali tulisan dalam blog aku berkaitan masuk ke GOB SIRI 3 
ni...sila pi 

untuk baca tulisan aku tu.....

VIDEO berkenaan pula anda boleh tonton di 'link' bawah...


Agak lama la juga aku sembang di tepi tasek tu bersama dia orang...cerita gob aje la, takde langsung cite lain...Sebelum aku beredar
aku gitau pengawal yang sorang tu supaya dia pi masuk
GOB...sekurang2nya sekali la...Dia pun macam berminat
nampaknya....Aku kata dapat masuk sekali pun dah ok sebagai pengalaman.
Pengalaman yang mahal masuk Pos GOB tu memang berbaloi. Ia merupakan penempatan orang asli yang PALING PEDALAMAN di Semenanjung Tanah Melayu ni.....
Nasib baik hari ni aku ada topik untuk dibawangkan di blog aku ni...hahaha...oopst!

Akhirnya aku masuk kete dan gerak balik ke Bangi jam hampir 11 pagi.
Sebelum aku tutup kalam ni aku doakan moga kita semua tak kira sape la, akan mendapat keampunan daripada ALLAH SWT atas segala dosa kita hingga ke akhir hayat,
 tak kira sape la...nikmat bila dapat keampunan drpd ALLAH SWT 
hingga akhir hayat...Jangan lupa juga kita doakan
setiap lepas solat untuk kedua ibubapa kita dan kedua
ibubapa mertua kita supaya ALLAH SWT luaskan kubur mereka dan
hindarkan mereka daripada siksaan kubur, siksaan akhirat dan siksaan api neraka dan
masukkan mereka semua kedalam syurga bersama para rasul, para nabi, serta orang yang soleh dan solehah....aamiinnn.....

~ SEKIAN ~

daud.montak.zakaria

Saturday, January 5, 2019

Aktiviti rutin waktu pagi..serta program petang..

Hari ni Sabtu, 5 Januari 2019, perkara rutin waktu pagi ialah pi peluhkan diri di tasek ukm pagi ni untuk sejam yang kedua dalam seminggu. Sejam yang pertama dah dibuat Isnin
lalu. Aku pi sorang aje ke ukm. Isteri aku ada senamrobik
dan anak bungsu aku main bola pepagi di 
padang kat taman tu...bersama
 rakan2nya...

salah satu sudut di tasek ukm tu...
salah satu sudut di tasek ukm tu...
salah satu sudut di tasek ukm tu...
salah satu sudut di tasek ukm tu...
Sebaik tiba aje kat tasek tu..maka mulalah aku berjalan, mula mula pelan pelan la sebab baru mula tak boleh nak terus speed. Bila da agak lima atau 10 minit baru la
aku berjalan laju sikit...sikit aje pun...hahaha...Masa aku berjalan tu
ada beberapa orang yang sedang berjoging dan berjalan.
Dua orang lelaki tu aku sempat tengok sekejap
aje dan lepas tu da takde dah...mungkin dia orang datang awal pagi kut dan bila da cukup time dia orang blah la....
Semasa berjalan tu aku tengok ada bekas makanan polistren dalam plastik yang ditinggalkan di satu tempat tu...Pelik aku nape tak buang ke dalam tong sampah...bukan jauh pun tong sampah tu...dekat aje...kenapa sikap dia orang macam tu
...jadilah generasi yang bersikap pembersih....
pelik sangat aku... bukan susah pun nak jadi pembersih, cuma amalkan
sikap baik yang disukai oleh manusia umum...manusia umum memang suka kepada sikap yang baik...cuma sedikit aje peratusnya dikalangan manusia yang bersikap tidak
baik....payah ke nak jadi baik....pelik....opst!

habis aktiviti selfie..
salah satu sudut di tasek ukm tu...
salah satu sudut di tasek ukm tu...
salah satu sudut di tasek ukm tu...
   Ada sorang pompuan tu aku pernah lihat sebelum ni, dia pun awal datang daripada aku
       dan dia aku tengok joging dan tak pasti berapa lama. Lepas tu aku tengok dia
buat aktiviti panaskan badan di satu lokasi tepi trek tu. Rasanya
dia pun datang dari luar ukm kut...
Aku terus jugak berjalan hingga cukup masa sejam...memang
aku tak berenti pun hingga sejam. Aku amik masa hampir 10 minit untuk
complete kan satu pusingan keliling tasek tu. Aku tak pasti mungkin jarak trek tersebut
1.5 kilometer kut...tak pasti aku...
Pagi ni aku buat perjalanan penuh trek keliling tasek kejuruteraan.
Semalam tak hujan jadi tak banyak lopak air kat trek tu dan ada yg da kering tapi ada dua atau tiga lokasi masih lagi ada lopak air sedikit.....Kalau hari hujan ada satu lokasi tu memang becak jadi aku akan buat aktiviti berjalan ulang alik tu separuh 
tasek aje hingga selesai sejam...

salah satu sudut di tasek ukm tu...
salah satu sudut di tasek ukm tu...
salah satu sudut di tasek ukm tu...
salah satu sudut di tasek ukm tu... caption
Tak berapa lama kemudian aku tengok ada dua orang pompuan dan kemudian datang lagi dua orang pompuan yang sama sama beraktiviti di situ. Mereka buat sekali pusingan
aje dan selepas tu mereka buat aktiviti panaskan badan di lokasi gerakan
di tepi trek tu.
Aku juga sempat tengok beberapa pekerja yang sedang
bersihkan tepi tasek tu termasuk dua orang pekerja pompuan yang mungkin
dalam lingkungan 40-an kut...kut la...aku tak perati sangat pun. Aku tengok sambil aku berjalan aje. Aku sempat jugak tanya pekerja lelaki kat situ, soalan aku 'Sabtu
pun keje ke....? Dia orang jawab keje sampai tengah hari aje...
Ooooo....gitu....baru tau....
Hari ni aku bukan setakat jumpa bangau dan burung antarabangsa
tapi jugak biawak yang masing masing mengintai rezeki dalam tasek kejuruteraan tu....
hahaha....

salah satu sudut di tasek ukm tu...
salah satu sudut di tasek ukm tu...
salah satu sudut di tasek ukm tu...
salah satu sudut di tasek ukm tu...
  Setelah menamatkan aktiviti berjalan selama sejam tu aku buat satu pusingan lagi keliling tasek tu, meninjau sesuatu untuk dirakam dalam handphone aku tu. Penamat satu 
pusingan aku terserempak dengan pengawal ukm yang sangat aku kenal. 
Bagi salam dan kami sembang sat. Sebenarnya dia sedang 
sembang dengan pekerja yang bekerja di situ. Pengawal
 tu nama dia Encik Taib. Aku kenal sangat dia ni
 terutama dalam xpdc ke POS GOB Gua Musang Kelantan tu. Dia involve dalam penyediaan makanan peserta. Dia kata kat aku bulan ni ada xpdc ke Gob...aku cakap aku da pencen..dia macam terkejut gak...aku kata aku option 59 tahun. Dia cerita dia
pencen bulan januari 2021. Kami sembang sat dan akhirnya
aku salam mintak diri.....Dia kata kalau pencen memang
perlu buat aktiviti berpeluh ni kalau tidak duk diam aje tentu tubuh badan akan bermasalah...

Kalau nak tonton video POS GOB yang aku buat, tontonlah kat bawah ni...Ini versi yang terakhir aku pi dan sunting ...
DI SINI

salah satu sudut di tasek ukm tu...kalau hari hujan becak kat sini...
dia pun mengintai rezeki...
salah satu sudut di tasek ukm tu...
salah satu sudut di tasek ukm tu...ada lopak air sikit kat sana...
Kemudian aku minta diri nak balik kat encik Taib tu....Aku menuju kete dan masuk  ke dalam dan hidupkan enjin serta seterusnya gerak balik ke Bangi....Masa aku tinggalkan 
tasek tu terdapat dua orang student ukm pompuan sedang rehat
 kat situ setelah beraktiviti. 
Sementara beberapa orang pekerja meneruskan keje mereka hingga tengah hari.......

............................................................................................................................................

Sebelah petang pula, lebih kurang jam selepas Zohor aku serta isteri dan anak bungsu aku pi ke rumah anak pompuan dan menantu besan kami di Tasek Kesuma Semenyih.
Dia orang jemput kami berwakilkan besan kami yang wassap isteri
aku tempoh hari. Besan pompuan kami kata
majlis makan makan kita kita aje.......Jadi kami bersiaplah
lepas zohor. Kami tunggu aje anak lelaki kami bersama menantu kami tiba kat rumah
...aku tentu tak tau untuk pi sensorang...memang tak pernah sampai pun tasek
 kesuma semenyih tu...jadi kami solat zohor dan tunggu dia orang tiba....
Tak habis solat zohor dia orang da sampai dah pun...........


google map...
menantu besan kami, anak kami, isteri aku, besan kepada besan kami, besan kami dan menantu besan kami..
yang duk depan tu anak sulung besan kami....
isteri, anak, menantu dan besan kepada besan kami.
 Bila anak lelaki kami serta menantu kami dan cucu kami tiba maka kami terus gerak menuju ke Semenyih tu. Kami lalui jalan bangi lama kemudian masuk kanan ke eco hill.
Seterusnya terus pi ke Taman Tasek Kesuma tu...Aku bab jalanraya
memang fail sesangat la...aku ekori aje kete anak aku
dari belakang...Setelah agak lama maka
kami pun sampai la ke rumah
anak dan menantu besan kami di taman tasek kesuma
tu...Rupanya besar jugak semenyih ni... masih banyak juga hutan yang
mungkin merupakan tanah kerajaan kut.  Sebenarnya aku tak pernah sampai pun ke taman kesuma ni...dengar nama pun baru baru ni aje...Rupanya banyak jugak taman
perumahan kat dalam tu....
Bila sampai aje.. kami disambut oleh menantu besan kami tu...lepas parking terus masuk rumah. Besan kami masih belum sampai lagi. Jadi kami tunggu dia orang sampai.
Tak lama kemudian mereka sampai...kelihatannya empat orang anak besan
kami tidak turut serta bersama.....rasanya la...
Sebaik sampai terus salam dan acara atau program seterusnya
ialah makan. Menu petang tu huh! ok gak..thorbaik...ada daging masak
hitam kut...gulai nenas ikan masin...phew...ikan masih ni kalau makan dengan nasi panas pun da cukup kalau takde lauk lain...mertua lalu pun tak sedar kalau dapat 
ikan masin dengan nasi panas ni..hahaha...tapi sayang...bapak dan mak mertua aku pun da takde...jadi takde sape la nak lalu dan tengok.....
Selain daripada tu ialah tempe....tempe ni dulu2 aku tak makan sebab tak 
biasa.... la ni memang da biasa dah dan tak jadi masalah
langsung untuk aku makannya....straight 
je masuk tekak...hahaha....


isteri, anak, menantu dan besan kepada besan kami....hahaha...banyak perkataan besan kat sini...
depan tu menantu lelaki besan kami...tuan rumah...
Selesai aje makan kami tengok movie
kat astro dan anak anak main game. Movie yang di tonton
masa tu THOR. Layan aje la...orang putih ni kalau buat filem tentu
aje menarik walaupun cerita tak logik...Penonton pun memang nak tengok yang tak logik pun....kalau nak tengok yang logik, tengok aje la perjalanan hidup diri sendiri...
tak gitu...hahaha...

Kemudian beralih pulak ke movie tamil,  bukan hindustan tau...tamil..ta alif mim ya lam...eh! betul ke spelling jawi macam tu...aku hentam aje...Cerita tamil ni walau tak logik
tapi teknik penggambaran mereka macam real aje...cantek...rasanya
filem melayu pun tak mampu nak buat filem macam tu...
India memang da lama menghasilkan filem sebelum zaman p. ramlee lagi
...tu sebab teknik penerbitan dia orang ni tinggi macam nak menyamai filem hollywood. Aku masih ingat masa belajar berkaitan filem dulu...sebenarnya India menghasilkan 800
buah filem setiap tahun...itu dulu...fikirkanlah...tu sebab teknik penggambaran
dia orang lebih maju dari kita......

Akhirnya hampir jam 6.00 petang kami minta diri untuk pulang...lepas amik gambar dan bersalam, maka kami pun gerak balik...Sebelum gerak sempat tanya
menantu lelaki besan kami jalan nak kuar dari taman
ni...alhamdulillah sampai gak ke jalan utama dan seterusnya ke rumah...

Aku ingin ucapkan bebanyak terima kasih kerana mengundang kami untuk makan tengah hari tu...moga ikatan silatur rahim antara kita semua akan berkekalan
dari dunia hingga ke syurga. Moga pasangan menantu besan
kami sentiasa dirahmati dan diberkati ALLAH SWT dunia hingga ke syurga..aamiinnn....

Akhirnya...aku doakan kita semua tak kira sape la akan peroleh keampunan daripada ALLAH SWT atas segala dosa kita semua hingga ke akhir hayat.....nikmat besar
tu bila mendapat keampunan ALLAH SWT sentiasa...Dan jangan lupa setiap lepas 
solat doakan kedua ibubapa kita dan ibubapa mertua kita
diluaskan oleh ALLAH SWT kubur mereka dan
dibukakan salah sebuah pintu syurga
ke kubur mereka hingga ke hari kiamat serta dimasukkan mereka
semua oleh ALLAH SWT ke dalam syurga bersama para rasul, para nabi serta orang yang soleh dan solehah..syurga memang impian kita semua......

~ SEKIAN ~


daud.montak.zakaria

LAMA DAH TAK UPDATE BLOG.

Diari DAUD, 23 Julai 2026 - Rasanya dah lama aku tak update blog ni. Kali akhir ialah dalam bulan MAY 2026. Masa tu aku tulis berkaitan peme...