Sunday, January 13, 2019

Ahad...tak sibuk sangat pun...

Hari ni Ahad, 13 Januari 2019, jadual hari ni nampak macam tak sibuk, tapi tu la...nampak aje...Pepagi jam 9.00 pagi pi hantar isteri pi masjid bandar seri putra sebab
isteri ada ikuti kursus haji. Aku tukang hantar aje...
Lepas hantar terus balik rumah dan
jam 11.00 pagi terus hantar
anak pi latihan silat kat masjid bangi. Latihan
tu sampai jam 1.00 petang. Dari masjid bangi terus pi amik
isteri yang baru selesai kursus haji jam 11.00 pagi lebih. Tiba masjid, isteri masuk kete dan terus balik ke rumah...




Jam 1.00 petang
ajak isteri pi amik anak setelah habis latihan silat di masjid bangi tu. Latihan dia orang memang setiap ahad pada setiap minggu. Tiba di masjid tu tunggu sekejap
hingga anak selesai latihan. Selesai latihan terus anak jalan
ke kete bersama anak anak jiran. Aku terus
bawak dia orang makan kat
CS supermarket.
Selesai makan, anak anak
pi main game kat cs tu...aku bagi masa dia orang
30 minit untuk game kat situ. Selesai makan terus balik rumah. Lepas
solat zohor aku ajak isteri dan anak bungsu aku ke bandar baru bangi untuk cari kayu hoki anak aku sebab dia masuk sukan hoki. Kayu hoki kena beli sendiri. Aku da
cari kayu hoki ni dari semalam dah. Aku cari sampai ke
giant nilai, tapi tak jumpa. Hari ni aku cari
di kedai sukan bandar baru bangi seksyen 15, infor daripada kenalan. Dalam
perjalanan ke seksyen 15 tu bertembung pulak dengan kete
kenalan kat opis aku...lepas traffic light teras
jernang aku hon aje kete dia....




Tiba aje di seksyen 15 tu terus pi kedai pertama
takde kayu hoki...kami masuk kedai kedua...nampaknya kedai tu pemilik
yang sama. Masuk aje, anak aku kata ada jumpa...jadi aku pun masuk dan kami terus
pilih kayu hoki yang bersesuaian. Kami pilih yang harganya 80rm lebih.
Ada jugak yang harganya 200rm lebih...tapi aku
fikir buat permulaan ni pilih aje yang murah sikit...nanti kalau dah wakili
negeri atau negara barulah boleh beli yang mahal...ekekeke...gurau aje tu..tapi kalau betul terjadi kena beli la jugak....




Selesai aje beli kayu hoki tu kami pun kuar daripada kedai tu. Aku fikir masa masih panjang lagi jadi aku ajak isteri aku gi ke nilai pulak. Ada jualan pra pembukaan aeon mall
di nilai negeri sembilan. Aku terus aje masuk highway dan terus
tuju ke nilai. Tiba di mall tu terus cari parking...
Ramai jugak yang datang ke sini..
Pembukaan mall ni ialah pada 17 januari 2019 ni...hari ni
jualan pra pembukaan aje. Aku tak beli pape pun, cuma tengok aje. Isteri aku
beli baju t aje. Jualan tu di kawasan letak kereta, jadi agak panas jugak kat sini...tu sebab aku tak jalan merata pun, isteri dan anak aku aje yang merayau
kat sekitar kawasan jualan tu...aku lebih suka
berteduh aje...ekekeke....

Selesai aje berurusan di situ, maka akhirnya kami balik ke bangi..........





Sebelah malam aku gerak ke stesen komuter kajang untuk jemput anak pompuan aku yang balik dari arau perlis. Dia naik train ETS dari arau dan singgah di kajang...ETS tak
 singgah di bangi. Aku gerak ke kajang dengan isteri dan anak bungsu aku
jam 11.45 malam sebab ETS tu akan tiba di kajang
jam 12.45 tengah malam.....

Kami gerak ke stesen komuter kajang
lebih kurang jam 11.45 malam. Gerak dari bangi melalui hutan
ukm dan ada ketikanya diterangi lampu lebuhraya, taklah gerun sangat. Kenderaan
pun da memalam ni agak kurang jugak, maklum lah esok orang mula keje hari Isnin, tentu memasing da tidur untuk bersedia gi keje pagi esok.




 Dalam perjalanan ke kajang tu banyak jugak kedai
makan yang masih bukak. Biasanya kedai tomyam...tak tau nape
kat sini banyak kedai tomyam. Hampir ke pekan kajang, down town nampak masih meriah dengan lampu penjual, tak pasti ramai atau tak pengunjungnya. Banyak jugak kete
parking tepi jalan, maknanya ramai jugak pengunjung di situ.

Tiba di stesen komuter terus masuk parking bertingkat
tapi ia dah ditutup jam 12.00 tengah malam. Mintak kebenaran sorang
 pengawal keselamatan untuk parking kat dalam tapi diluar ruang parking bertingkat tu....dia benarkan aku parking situ. Kemudian kami masuk lift untuk ke tingkat atas.
Sampai atas terus menapak ke stesen tu. Tunggu kat situ
hingga ets tiba jam 12.45 malam..tengah malam...



Kali akhir aku ada kat stesen ni lebih kurang 3 atau 4 bulan lalu
untuk tujuan hantar atau jemput anak aku...urusan macam ni la tapi aku tak
pasti sama ada ambil atau hantar. Nak pi ke arau pun kami kena hantar di stesen kajang jugak.
Kat situ sekarang ni da ada mesin jual air dan makanan ringan....masa yang lalu belum ada mesin ni, cuma yang ada mesin jual tiket aje. Sekarang ni takde masalah
untuk beli minuman atau makanan ringan...tapi anak aku cuba
nak beli, semua mesin tu tak berfungsi, mungkin
duit siling dah penuh dalam tabung
dia kut dan perlu dikeluarkan...semua mesin tak berfungsi...apa boleh buat la....



Tak lama kemudian anak pompuan aku sampai iaitu lebih kurang 12.45 tengah malam...sebaik sampai dia salam dengan ibu dia dan kami pun
pi ke parking untuk balik. Tiba di parking tu kami masukkan beg dan masuk kete, sebelum tu aku sempat ucap terima kasih kepada 'pak guard' tu kerana benarkan kami
parking kat situ. 
Dalam perjalanan
balik aku lihat banyak lagi kedai makan yang masih dibuka...rajin orang malaysia makan tengah malam dan awal pagi..Itulah sebabnya orang malaysia ramai yang
obesiti...opst! gamaknya la...aku teka aje...Akhirnya tiba di rumah
lebih kurang jam 1.30 pagi....


Sebelum aku tutup kalam ni, aku doakan kita semua, tak kira sape la, akan sentiasa
mendapat keampunan daripada ALLAH SWT atas semua dosa kita hingga
ke akhir hayat kita semua. Aku ingatkan juga kita semua
supaya setiap lepas solat akan sentiasa doakan
supaya ALLAH SWT luaskan kubur
kedua ibubapa kita dan ibubapa mertua kita serta
dihindarkan mereka semua daripada siksaan kubur, siksaan mahsyar dan
juga siksaan api neraka serta dimasukkan mereka semua ke dalam syurga bersama para rasul, para nabi serta orang yang soleh dan solehah...aamiinnn....

Opst! maaf la tulisan hari ni agak tak berapa menarik cerita yang dipaparkan...apa boleh buat laaaa....diari aku, aku punya pasal la...oopst! haha...

~ SEKIAN ~

daud.montak.zakaria

No comments:

Post a Comment

TETAMU SYAWAL..

Diari DAUD : SABTU lalu, rakan dan juga sedara aku, MIZI berkunjung ke rumah. Dia ni memang salah sorang daripada rakan baik aku. Rakan aku...