Friday, January 11, 2019

Gi tasek ukm lagi.

Hari ni Sabtu, 12 Jan 2019...aku memang da plan nak gi tasek ukm untuk melakar tapak kaki sekeliling tasek kejuruteraan ukm tu. Gerak agak lewat iaitu jam 8.15 pagi
lebih kurang. Hari ni pi sorang aje..isteri aku ada hal kat rumah
sementara anak bungsu aku pi main bola kat
taman permainan di taman tu...
Jadi...aku sensorang aje gi ukm. Cadang nak masuk
ikut pintu kedua di fakulti kejuruteraan namun pintu tu tak bukak pulak...
terpaksalah aku masuk ikut pintu utama...jadi kena ke depan lagi la. Tiba di tepi tasek tu terus parking kete, jam masa tu dah pukul 8.35 pagi. Kuar kete dan terus
mulakan langkah di trek sekeliling tasek tu.





 Masa aku berjalan tu, ada beberapa orang sedang
jogging dan berjalan. Sorang lelaki tu, pelajar kut...jogging keliling tasek
tu...agak laju jugak dia joging...kalau aku memang tak mampu pun..Aku tengok dia joging kemudian berhenti dan joging kembali. Aku tengok dua tiga kali rasanya dia joging
keliling tasek tu. Kemudian dia balik. Ada sorang pompuan tu sedang
work out kat lokasi untuk aktiviti tepi trek...kemudian dia
joging sekejap dan lepas tu blah dari situ.
Ada dua orang pelajar pompuan kut..
dia orang berjalan ulang alik beberapa kali dan kemudian dia
orang buat work out kat lokasi aktiviti tepi tasek tu..kemudian berjalan kembali
dan akhirnya dia orang main badminton ditepi tasek tu. Ada dua orang pelajar pompuan, dua2 buat work out dilokasi untuk panaskan badan di tepi trek tu. Sambil tu selfie. Kemudian tiba pulak satu famili bawak 3 orang anak mereka. Dia orang berjalan
keliling tasek tu satu pusingan dan kemudian buat
work out di lokasi aktiviti tepi tasek
tu...tak lama kemudian dia orang blah dari situ.






Aku juga terserempak dengan staf yang
bawak lori dan pump air dari dalam tasek tu untuk
menyiram tumbuhan sekitar kampus ukm...aku sempat bagi salam aje dan
aku teruskan berjalan. Aku tak sempat pun bercerita dengan dia sebab lepas penuh tangki dia terus buat keje siram pokok dalam kampus ukm tu. Aku tengok ada 4 orang pekerja
sedang potong rumput dengan mesin sekitar tasek tu. Terdapat
jugak beberapa orang pekerja sedang baiki
pagar ukm yang rosak...eloklah
di baiki sebab aku pernah nampak anjing masuk melalui pagar yang rosak tu..Bukan la aku ni anti anjing tapi kadangkala sikap anjing ni sukar nak ditelah kalau tiba mood dia
tak baik...kita pun dikejarnya..maklumlah, anjing liar, anjing tak bertuan..

Dalam tasek biasalah ada aje burung bangau dan burung antarabangsa yang sedang mengintai rezeki dari dalam tasek tu...sabar aje dia berdiri tanpa bergerak
kat tasek tu....





Sedang aku berjalan tepi tasek tu datang pulak sekumpulan pelajar cina ukm lelaki dan pompuan. Aku tengok dia orang sedang posing secara berkumpulan. Bila
aku lalu berhampirang dia orang, aku pun tanyalah...posing
untuk apa...Salah sorang jawab posing untuk
Chinese New Year....aktif dia orang ni........
Aku terus jugak berjalan keliling tasek tu untuk cukupkan sejam aku gerakkan badan di situ. Perlu jugak untuk gerakkan badan ni. Aku buat 2 jam setiap minggu sejam setiap
kali datang ke tasek tu. Itu aje yang mampu aku buat dan nak joging
aku tak mampu sebab umur dah banyak dan tubuh da tua...eh! ye ke tua...memang tubuh da tua...tapi roh tak tua. Roh diletakkan dalam tubuh, tubuh memang mengikut
hukum yang ditetapkan iaitu tua dan lemah. Roh tetap sama
serta dengan nafsu...tu sebab nafsu tak berubah..opst! jangan berpandangan negatif...nafsu memang tak berubah tu sebab da banyak usia pun masih nak melawa, nak kaya, nak makan sedap2 dan sebagainya lagi. Tapi bila roh duduk dalam tubuh maka ia akan
tertakluk pada hukum tubuh yang tak kekal...tubuh akan sakit...tubuh akan
lemah dan sebagainya....tubuh perlukan benda2 yang untuk menyihatkan, perlu makan dan sebagainya...tapi roh perlukan santapan rohani, santapan rohani tentu yang berbentuk spiritual....perlu pada agama...opst! itu pandangan aku aje.




Setelah cukup sejam aku berjalan kat situ maka aku pun  mula nak gerak balik. Masa aku tinggalkan tasek tu, ada satu couple pertengahan umur atau mungkin dalam 50-an
 kut...dia orang baru mula berjalan untuk mengelilingi tasek tu, para pekerja
 masih buat keje mereka, kumpulan pelajar cina tu
masih lagi posing posing dan student pompuan melayu tu
masih lagi main banminton di tepi tasek tu...

Sebelum aku tutup kalam ni, doa aku untuk semua, tak kira sape la, moga kita semua akan sentiasa diampunkan oleh ALLAH SWT atas semua dosa kita hingga ke akhir hayat
kita....dan pesan aku jangan lupa setiap lepas solat doakan kedua ibu bapa
kita dan kedua ibubapa mertua kita, akan diluaskan oleh ALLAH kubur mereka dan dihindarkan mereka daripada siksaan kubur, siksaan akhirat dan siksaan api neraka
dan masukkan mereka semua ke dalam syurga yang kekal abadi..aamiinnn..

~ SEKIAN ~

daud.montak.zakaria

No comments:

Post a Comment

TETAMU SYAWAL..

Diari DAUD : SABTU lalu, rakan dan juga sedara aku, MIZI berkunjung ke rumah. Dia ni memang salah sorang daripada rakan baik aku. Rakan aku...