Sunday, January 6, 2019

Peluhkan badan...lagi...

Hari ni Isnin, 6 Januari 2019...memang plan nak panaskan badan kat tasek ukm tu. Cuti panjang menyebabkan aku kena cari aktiviti yang membolehkan aku peluhkan
badan. Masa aku masih keje boleh la gerak sana sini tapi bila
cuti panjang nak pencen ni, aku takleh duduk
diam, kena gerakkan anggota
badan jugak.

Perlu digerakkan jugak
supaya jantung dapat berfungsi dengan baik.
Mati tu memang kita tak boleh elak...pemain bola tengah
main kat atas padang pun boleh rebah dan mati. Cuma kita kena la jugak jaga diri
kita supaya sentiasa untuk bergerak untuk sihatkan badan...kalau kurang sihat pun, sekurang kurangnya tidak menambah lagi sakit yang kita ada
....tak gitu.....betullllll.....................



Lewat sikit sampai ukm pagi ni..jalan jem hari Isnin ni. Dua traffic light dari Bangi menambahkan jem jalanraya tapi kalau takde traffic light pun mungkin
jem gak sebab memasing nak dulu pada waktu puncak.
Tiba kat tasek ukm tu dah pukul 8.40 pagi.
Kuar kete terus aje mula berjalan
di trek kat tasek tu.
Aku tak buat pusingan satu tasek
, berjalan separuh tasek ulang alik aje. Semalam
tak ujan jadi trek banyak yang kering, jarang bahagian yang digenangi
air. Namu aku buat separuh pusingan ulang alik aje...



Pagi ni aku sorang aje yang beraktiviti di situ. Ada beberapa orang pekerja yang bersihkan sekitar tasek tapi kesudahannya cuma seorang aje yang terus bekerja..yang
lain tak tau, tah mana pinya, aku pun tak sedar. Dalam masa aku
berjalan tu tiba pula sebuah lori singgah tepi tasek
tu untuk sedut air tasek untuk
masukkan ke dalam tangki. Aku rasa lori tu adalah
lori untuk siram pokok kat sekitar dalam kampus tu. Rasanya la.
Dari jauh aku tengok dia tak dapat nak pum air, mungkin pump tu rosak kut.
Sempat la aku tegur masa aku jalan melintas lori tu.....

bersama pengawal dan krew siram tumbuham sekitar ukm..
Setelah selesai aku berjalan dan dah cukup masa selama sejam, aku pun berhenti dan datang kat pekerja yang nak pum air tasek tu. Dia dengan sorang pengawal
nampaknya. Aku tanya pum rosak ke..dia jawab pum ada masalah
dan tak boleh nak buat keje...dia kata mungkin boleh
buat keje petang kut.
Tiba tiba dia tanya..abang dulu masuk
POS GOB ke...rakam video. Aku terkejut sikit...mana tau..aku tanya balik...
Dia kata dia turut serta sebagai krew catering, sediakan makanan
bersama encik taib...Oooo...gitu..baru aku ingat...dia orang memang krew catering masa masuk POS GOB kali ketiga. Sebenarnya program xpdc beramai ramai
masuk POS GOB tu adalah 4 kali. Aku turut serta
keempat empat siri tu. Dia turut
serta masa SIRI KE 3.
Masa siri ketiga tu paling teruk, perjalanan
kami masuk ke POS GOB tu makan masa lebih 24 jam sepatutnya 
amik masa 6 jam aje. Kami terpaksa bermalam dalam hutan. Banyak sungguh
4WD yang sangkut malam tu...jalan pun teruk, lebih teruk daripada biasa. Itu la kali pertama aku bermalam dalam hutan...ngeri ooo...Masa tu TNC DATO' DR.  IMRAN HO
pun turut serta ke sana...
Anda boleh semak kembali tulisan dalam blog aku berkaitan masuk ke GOB SIRI 3 
ni...sila pi 

untuk baca tulisan aku tu.....

VIDEO berkenaan pula anda boleh tonton di 'link' bawah...


Agak lama la juga aku sembang di tepi tasek tu bersama dia orang...cerita gob aje la, takde langsung cite lain...Sebelum aku beredar
aku gitau pengawal yang sorang tu supaya dia pi masuk
GOB...sekurang2nya sekali la...Dia pun macam berminat
nampaknya....Aku kata dapat masuk sekali pun dah ok sebagai pengalaman.
Pengalaman yang mahal masuk Pos GOB tu memang berbaloi. Ia merupakan penempatan orang asli yang PALING PEDALAMAN di Semenanjung Tanah Melayu ni.....
Nasib baik hari ni aku ada topik untuk dibawangkan di blog aku ni...hahaha...oopst!

Akhirnya aku masuk kete dan gerak balik ke Bangi jam hampir 11 pagi.
Sebelum aku tutup kalam ni aku doakan moga kita semua tak kira sape la, akan mendapat keampunan daripada ALLAH SWT atas segala dosa kita hingga ke akhir hayat,
 tak kira sape la...nikmat bila dapat keampunan drpd ALLAH SWT 
hingga akhir hayat...Jangan lupa juga kita doakan
setiap lepas solat untuk kedua ibubapa kita dan kedua
ibubapa mertua kita supaya ALLAH SWT luaskan kubur mereka dan
hindarkan mereka daripada siksaan kubur, siksaan akhirat dan siksaan api neraka dan
masukkan mereka semua kedalam syurga bersama para rasul, para nabi, serta orang yang soleh dan solehah....aamiinnn.....

~ SEKIAN ~

daud.montak.zakaria

No comments:

Post a Comment

TETAMU SYAWAL..

Diari DAUD : SABTU lalu, rakan dan juga sedara aku, MIZI berkunjung ke rumah. Dia ni memang salah sorang daripada rakan baik aku. Rakan aku...