Wednesday, July 22, 2020

Peluhkan Badan..Tasik Ujana.

Diari DAUD - Hari ni KHAMIS,23 JULY 2020...aku pi peluhkan badan kat TASIK UJANA, Nilai Impian. Minggu ni, baru kali pertama,hari ni. Sepatutnya aku buat dua kali seminggu. Maknanya aku akan pi sekali lagi untuk cukupkan dua kali seminggu. Aku cuma berjalan aje pun. Nak joging macam tak larat...Dapat la aku buat 6 kilometer berjalan dan berjaya bakar lebih kurang 300 kalori...ok la tu kut...😉😉😉..Sepatutnya aku jugak pi MELATI HILL jugak di Nilai untuk HIKING tapi memandangkan musim ni macam musim hujan aje maka aku tak jadi la HIKING. Musim hujan tentu trail berlumpur dan licin kut....Tapi tak kisah la asalkan berpeluh...Tulisan aku yg lepas boleh baca DI SINI...dan jugak DI SINI...😉😉😉

Kali ni aku dah pun rakam dan edit video masa aku riadah di TASIK UJANA, Nilai Impian tu...Kalau nak tonton, sila la tonton kat 'link' di bawah...


Awal aku sampai kat tasik tu...lebih kurang jam 7.00 pagi dan terus aje berjalan...Berjaya buat 6 kali pusingan. O K la jugak dapat berjalan dan peluhkan badan kat situ. Pepagi lagi dah ada orang berjoging, maknanya dia orang dah ada di sana sebelum jam 7.00 pagi kut. Rasanya tak perlu aku cite kut...tonton aje la video tu...😊😊😊..



Akhirnya, aku doakan kita semua, tak kira sapa la, akan sentiasa dirahmati dan diberkati ALLAH SWT dunia hingga ke SYURGA serta dihindarkan kita semua daripada siksaan kubur, mahsyar dan siksaan neraka...aamiinnn...Jangan la kita lokek nak doakan semua orang2 di sekeliling kita, tak kira sapa...sedara mara, jiran2 dan orang sekeliling kita...moga dengan asbab doa tersebut, hidup kita juga turut sejahtera, bahagia dan harmoni sama ada di dalam rumah dan di luar rumah serta di mana2 aje.....Berdoalah untuk sesapa pun...berdoa adalah berpahala...tak rugi pun...

Jangan lupa, teruskan istiqamah dengan #bmf, kalau tak mampu semua, jangan tinggal semua...



~~~~~     SEKIAN     ~~~~~

daud.montak.zakaria

Saturday, July 18, 2020

Riadah di TASIK UJANA, Nilai Impian, N.S

Diari DAUD - Hari ni AHAD, 19 JULAI 2020, aku pi riadah di TASIK UJANA, Nilai Impian, Negeri Sembilan. Aku pi sensorang aje hari ni. Sepatutnya aku pi riadah atau HIKING di BUKIT MELATI, Nilai tapi fikrkan semalam hujan lebat tentu trail di MELATI HILL tu berlumpur. Jadi aku delete aje hasrat nak pi HIKING di MELATI HILL tu. Jadi terus aje pepagi buta, jam 7.00 pagi pi ke Tasik Ujana tu.


Sampai aje di Tasik Ujana tu, dah banyak kete parking kat situ. Hari cuti macam ni memang ramai yang beraktiviti kat situ. Ramai sungguh. Aku memang jarang datang sini masa hari cuti. Aku pun terus aje berjalan di trek tu. Ada lokasi trek tertentu digenangi air sebab semalam hujan lebat. Hujan lebat semalam, ada kawasan di BANGI dan BANDAR BARU BANGI yang kena banjir kilat..moga urusan mereka yang terjejas dimudahkan oleh ALLAH SWT.


Aku berjalan sebanyak 5 pusingan aje di keliling Tasik Ujana tu...dapatla bakar kalori lebih kurang 300 kalori dan berjalan hampir 6 kilometer dalam masa sejam lebih, berjalan aje pun....Aku dah rakam dan sunting video tu...sila la tonton kalau nak....

video riadah di TASIK UJANA, NILAI, N.S

Rasanya itu aje yang aku nak tulis...tak lupa aku doakan moga kita semua, tak kira sapa la, akan sentiasa dirahmati dan diberkati ALLAH SWT, dunia hingga akhirat. Moga ALLAH SWT hindarkan kita daripada siksa kubur, siksa mahsyar dan siksa neraka dan dimasukkan kita semua ke dalam syurgaNYA...aamiinnnn...Marilah kita sama2 doa supaya ALLAH SWT bersihkan hati kita serta dikurniakan cahayaNYA supaya kita sentiasa mendapat pertunjukNYA dunia hingga ke SYURGA...aamiinnnn...Moga ALLAH SWT uji kita semua dengan ujian yang mampu kita tangani, semua manusia memang akan diuji dengan macam2 ujian...
Jangan lupa, teruskan istiqamah dengan membantu produk muslim #bmf, walaupun dalam keadaan sukar. Kalau tak mampu buat semua, jangan tinggalkan semua...



~~~~~     SEKIAN     ~~~~~

daud.montak.zakaria

Friday, July 17, 2020

Masuk MASJID umpama masuk SYURGA.

Diari DAUD - Hari ni JUMAAT, 17 JULAI 2020, aku pi masjid untuk SOLAT JUMAAT. Sebenarnya hari KHAMIS aku dah mohon untuk SOLAT JUMAAT di masjid BANDAR SERI PUTRA. Aku mohon melalui link yang isteri aku bagi kat aku. Aku memang nak pi solat Jumaat sebab minggu lepas aku gagal pi solat JUMAAT sebab tak mohon secara online. Minggu lepas aku cuba solat di masjid BANDAR MAHKOTA, BANGI dan KUIS tapi satu pun tak lepas sebab tak daftar. Aku ingat boleh 'walk in' gitu aje, rupanya takkkk... Jadi minggu ni aku cuba mohon online, link yang isteri aku bagi kat aku. Namun sebab bimbang tak berjaya, aku pun hubungi rakan2 sekerja aku dulu melalui MEDSOS kalau2 di MASJID UKM boleh solat JUMAAT secara 'walk in'. Ramai yang cuba bantu aku. Aku ucapkan JUTAAN TERIMA KASIH pada semua. Aku semak dalam permohonan MASJID UKM pun da penuh...cuma 400 jemaah aje...


Hampir tengah hari JUMAAT aku terima wassap dari MASJID BANDAR SERI PUTRA, aku lulus untuk hadir. Seronoknya aku rasa, maklumlah minggu lepas aku tak dapat hadir. Masa aku balik kampung amat mudah untuk solat JUMAAT, cuma 'walk in' aje kat masjis LELAYANG tu dan tak perlu pun daftar. Kat sini kelihatan semua masjid kena daftar sebab jemaah ramai. Masjid boleh dikatakan sentiasa penuh bila solat Jumaat. Bila terpaksa berjarak 1.5 meter tentu ruang dalam masjid menjadi terhad. Setelah siap aku pun pi gerak ke MASJID BANDAR SERI PUTRA. Sebenarnya aku tak pernah pun solat Jumaat di sini. Ada beberapa kali aje solat HARI RAYA di sini. Aku biasanya solat JUMAAT di MASJID BANDAR MAHKOTA. Tapi masjid lain nampak macam sukar aje nak solat Jumaat. Jadi alhamdulillah la dapat jugak solat di MASJID BANDAR SERI PUTRA ni.

MASJID BANDAR BUKIT MAHKOTA - sila tonton video ni kalau nak..

Sebaik sampai terus aje aku parking kete...dapat parking jauh aje dari masjid dan kena menapak nampaknya. Tiba di pintu masjid aku tengok ada ramai sedang beratur menunggu untuk masuk dengan sejadah memasing. Ahli RELA kata sapa yang ada nombor boleh terus masuk. Aku pun terus aje tunjukkan mesej dari pihak masjid. Anggota RELA tu terus bagi masuk ke perkarangan masjid. Dalam kepala aku terbayang pulak, macam kat akhirat nanti. Ada golongan yang masuk ke syurga tanpa HISAB dan ada golongan yang dibenarkan masuk ke SYURGA selepas dihisab...haihhhh...Takut, bila terkenangkan golongan2 macam tu...Adakah kita akan bernasib baik jadi golongan yang masuk SYURGA tanpa HISAB...????. Di pintu masjid pulak, petugas cek suhu. Bila suhu ok terus aje dibenarkan masuk. Rasanya kalau suhu lebih 37.5 tentu akan disuruh balik...gamaknya...


Berjaya melepasi pemeriksaan suhu, jemaah di suruh mengikuti laluan untuk ke tingkat atas. Semuanya dikawal. Tak pernah macam ni sebelum covid-19. Jarak pun dijaga serta pakai mask. Memasing bawak sejadah. Tiba ditingkat atas disuruh pulak penuhkan saf depan oleh staf bertugas. Sekali lagi jemaah kena ikuti. Tiba di lokasi memasing yang punyai jarak 1.5 meter diantara satu dengan lain maka sejadah pun dibentang dan solat sunat tahiyyatul masjid ditunaikan. Bahagian dalam masjid dan bahagian atas masjid dipenuhkan dahulu dengan jemaah atas arahan petugas yang menjadi ketua. Petugas lain ikut aje arahan ketua. Sekarang ni tak nampak kelompok kelompok jemaah yang bersembang seperti sebelum covid-19. Semua duduk tempat memasing dan diam, tunggu waktu solat. Rasanya tentu ada para jemaah yang SEBAK sebab dapat rezeki SOLAT JUMAAT dan mengadu pada ALLAH SWT dalam sanubari memasing secara senyap kan... Sapa tau kannnn....Maklum lah dah lama memasing tak dibenarkan SOLAT JUMAAT dan cuma segelintir aje yang dibenarkan pada awal PKPP. kali ni jemaah boleh solat sejumlah 1400 jemaah....

Masuk waktu, azan dikumandangakan oleh bilal. Selesai aje, hampir semua jemaah solat sunat sebelum solat jumaat. Kemudian khutbah dibaca. Selesai khutbah, terus solat. Selesai aje solat semua jemaah bersurai. Jemaah diluar dewan utama masjid diminta bergerak dahulu diikuti oleh dalam dewan utama dan tingkat atas. Sapa2 jemaah yang nak solat sunat lepas jumaat dibenarkan duduk dalam masjid. Alhamdulillah selesai juga SOLAT JUMAAT minggu ni. Tak pasti minggu depan ada rezeki atau tidak untuk solat JUMAAT di masjid lagi....


Rasanya itu aje yang aku nak tulis, moga kita semua, tak kira sapa la, akan sentiasa diberkati dan dirahmati ALLAH SWT dunia hingga ke syurga dan dihindarkan drpd siksaan kubur, siksaan mahsyar dan siksa NERAKA serta dimasukkan kita semua ke dalam SYURGA...aamiinnnn...Hidup di dunia ni cuma ujian, jangan kita buat perkara yang berdosa terutama dosa sesama MANUSIA sebab dosa sesama manusia perlu dimaafkan oleh individu berkenaan. Selalu mohon ampun kepada ALLAH SWT hingga akhir hayat, sebab kita ni manusia yang sentiasa aje berdosa...
Moga kita semua terus istiqamah dengan #bmf walaupun dalam keadaan sukar.Jika tak boleh buat semua, jangan tinggalkan semua...


~~~~~     SEKIAN     ~~~~~

daud.montak.zakaria

Thursday, July 16, 2020

HIKING lepas balik dari KG SENIN.

Diari DAUD - Hari SELASA, 14 JULY 2020, kali pertama Hiking di MELATI HILL, Nilai, Negeri Sembilan, selepas balik dari KAMPUNG aku. Cadang nak pi hari SENIN tapi pagi tu hujan lebat sangat. Musim hujan kut masa ni. Aku kena pi HIKING jugak sebab rasa macam tak fit badan bila lama tak berpeluh. Bukan sebab takut mati, ajal tu memang dah pasti tarikhnya. Aku pi dengan isteri aku. Kami tak pi menjelajah semua puncak di Melati Hill tu. Cuma mendaki CENTIPEDE HILL, MONKEY HILL dan COBRA HILL aje. Eagle Hill, Mosquito Hill dan Rope Hill kami tak daki pun. Dah usia usang ni, kami memang tak mampu nak daki semua. Itu pun da ok la tu...Asalkan keluar peluh. Aku dah rakam dan edit video masa kami HIKING tu. Kalau nak tonton, silakanlah...tak paksa pon...😊😊😊. Semua dah cite dalam tu...

puncak centipede hill

Rasanya aku tak payah la tulis banyak2 kan berkaitan HIKING tu sebab da ada semua dalam video tu...tonton aje laaaa....😊😊

Apa apa pun aku doakan moga kita semua, tak kira sapa la akan sentiasa dirahmati dan diberkati ALLAH SWT dunia dan akhirat serta dihindarkan kita semua daripada siksaan kubur, akhirat dan siksaan neraka.....aamiinnnnn...
Jangan lupa teruskan istiqamah dengan #bmf walaupun dalam keadaan sukar, jangan tinggal semua jika kita tak mampu buat semua....



~~~~~     SEKIAN     ~~~~~

daud.montak.zakaria

Thursday, July 9, 2020

Bimbang Jika ALLAH SWT tak mau jumpa kita...

Diari DAUD - JUMAAT, 10 Julai 2020 hari ni. Memang aku bercadang untuk pi SOLAT JEMAAH JUMAAT hari ni. Seawal jam 12.30 tengah hari aku dah gerak ke masjid. Masjid pertama yang aku pi ialah MASJID AT TAQWA BUKIT MAHKOTA. Masjid ni yang sering aku pi setiap minggu sebelum CORVID-19 tu. Sebaik sampai aje aku terus parking kete. Sebaik aja nak gerak ke pintu masjid aku terpandang 2 orang jemaah gerak dari masjid dan masuk ke kete dia. Tak berlengah aku terus pi kete dia dan aku tanya la. Aku tanya tak boleh solat jumaat ke kat masjid tu. Dia jawab orang yang telah daftar aja yang boleh masuk masjid. Dan masjid tu dah tentukan jumlah boleh masuk tunaikan jumaat. Jadi takde la aku teruskan untuk pi ke masjid tu. Jemaah tu kata dia cuba nak pi ke MASJID SRI PUTRA pulak. Aku pula bercadang untuk pi ke MASJID KUIS.

AKU LA NI...
MASJID BANDAR BUKIT MAHKOTA
Aku gerak pulak ke MASJID KUIS. Aku juga sering solat Jumaat kat MASJID KUIS ni. Sebenarnya masjid masjid kat kawasan ni agak banyak jugak. Lebih kurang 4 buah. Tapi penduduk kat sini jugak agak ramai setiap kali solat Jumaat. Jarak antara sebuah masjid ke sebuah masjid yang lain lebih kurang 5 kilometer dan ada yang mungkin 1 kilometer kut. Tak susah pun jika ada kenderaan sendiri untuk pi ke masjid2 tu. Sebaik tiba di jalan untuk masuk ke kampus KUIS tu aku nampak dah jem sikit. Sebaik hampir aje ke pintu masuk kampus KUIS tu nampak pengawal lelaki tunjukkan signal pangkah...yang macam ultraman tu la...hahaha...opst!. Maknanya sama ada masjid dah penuh atau jemaah luar tak boleh masuk. Aku tengok ada kereta yang masuk berpatah balik. Jadi aku ambil keputusan buat u-turn di luar pintu masuk tu. Kereta di belakang aku pun buat seperti yang demikian...

MASJID KAMPUS KUIS
MASJID BANGI LAMA
Akhirnya aku bercadang untuk cuba pi ke MASJID BANGI LAMA. Yang ini memang hampir dengan rumah aku pun. Aku jarang pi sini untuk solat Jumaat sebab sukar untuk parking di sini. Sentiasa penuh parking sini jika kita lewat pi masjid. Jadi aku lebih suka solat Jumaat di MASJID BUKIT MAHKOTA. Mudah parking dan lebih luas masjidnya.
Bila tiba di MASJID BANGI LAMA aku tengok memang parkingnya dah penuh dan sampai ke bahu jalan. Tengok kat pintu masuk, jemaah beratur sampai ke pintu masuk. Mereka semua berbaris. Aku nampak ada sekumpulan anak muda sedang masuk kete dan tanya dia orang kenapa masuk kete balik. Dia orang kata jemaah dalam masjid dah penuh. Jadi kalau nak solat kena beratur dan bawak sejadah sendiri dan solat di ruang luar. Bila tengok bilangan jemaah nak masuk masih beratur panjang maka rasanya ruang luar pun akan cepat penuh jugak. Nampaknya aku tak dapat la solat Jumaat di masjid nampaknya hari ni. Tak boleh pape la nampaknya.

Masa aku kat kampung JUMAAT LEPAS aku dapat solat Jumaat di MASJID AL ATTAR di LAYANG LAYANG KANAN di kampung aku. Mudah aje nak masuk. Ada AJK masjid yang bertugas ambil suhu dan sediakan buku untuk catatkan nama dalam buku tu. Mudah aje. Tak ramai sangat walaupun amalkan jarak atau SOP seperti yang diarahkan. Rasanya ruang dalam masjid aje ada jemaah. Mungkin kat kampung tak ramai pi solat jemaah kut...Mungkin dia orang solat di masjid berhampiran tempat keje mereka memasing, sama ada di BOTA KANAN atau di PARIT atau di SRI ISKANDAR...gamaknya la...Masjid kat kampung aku memang banyak pun...

MASJID BANDAR SRI PUTRA
MASJID AL ATTAR LAYANG2 KANAN
Aku pun tak pasti apa yang berlaku sekarang ni. Nak masuk masjid pun sukar,. Adakah ini bermakna ALLAH SWT tak nak bertemu kita? Alangkah malangnya jika ALLAH SWT benar2 taknak jumpa dengan kita. Tentu sekali kita akan jauh dengan nikmat dan rahmat ALLAH SWT. Jika kita tak mampu meraih RAHMAT ALLAH SWT apalah nilai kita sebagai manusia...? Kita memang perlu kepada ALLAH SWT...tapi ALLAH SWT tak perlu pun  kepada kita...jangalah kita fikir kita ni penting bagi ALLAH SWT. Sebenarnya yang amat amat perlu kepada ALLAH SWT ialah kita...Jadi renung2kanlah...
Lagi satu cuba kita bayangkan nak masuk ke MASJID pun sukar macam manalah kalau ALLAH SWT sukarkan kita untuk masuk ke SYURGA...tentu tak mampu kita nak bayangkan. Kalau ALLAH SWT tak benarkan kita masuk syurga tentu kita akan di tempatkan di tempat yang satu lagi tu...tak gitu...nauzubillahi minzalik...mintak simpangkanlah oleh ALLAH SWT...Harap kita semua janganlah kena macam tu...Moga akan datang dapat tunaikan SOLAT JEMAAH JUMAAT...InsyaALLAH...
Isteri aku kata solat kat MASJID BANDAR SRI PUTRA pun kena daftar dulu. Dia dapat infor daripada grup wassap....

Itu aje yang aku nak coretkan hari ni...doa aku untuk kita semua...moga kita semua, tak kira sapa la, akan sentiasa dirahmati dan diberkati ALLAH SWT dunia dan akhirat serta dijauhkan oleh ALLAH SWT daripada siksaan kubur, siksaan mahsyar dan siksaan neraka serta dimasukkan kita semua ke dalam SYURGA...aamiinnnn...
Jangan lupa teruskan istiqamah dengan #bmf walaupun dalam keadan yang sukar, kalau tak boleh buat semua, jangan tinggalkan semua...


~~~~~     SEKIAN     ~~~~~

daud.montak.zakaria

Tuesday, July 7, 2020

Seminggu Di Kampung, mula 25 JUN 2020

Diari DAUD - Seminggu aku berada di kampung mula dari 25 Jun 2020. Seminggu tu macam2 dibuat tapi macam tak cukup rasanya seminggu duk kat kampung tu. Apa boleh buat la...Antara lokasi yang aku pi ialah TANAH PERKUBURAN...opst! saja je highlight kan tanah wakaf tu supaya kita semua ingat pada mati...ekekeke...Malas nak tulis panjang panjang pagi ni..Kalau nak tau lebih lanjut apa yang aku buat kat kampung aku tu...tonton aje video di bawah tu...kalau nak tonton la...tak paksa punnn...

Balik kampung....

Dunia NuhRafid

Rasanya minggu depan aku nak mulakan aktiviti HIKING aku di MELATI HILL tu......rasa macam tak fit pulak sebab lama sangat makan tido makan tido...hahaha...Ermmm...rasanya itu aje yang aku nak tulis di sini...
Satu lagi aku nak ingatkan untuk aku dan mereka yang nak dengar peringatan ialah, apa yang kita ada sekarang ni, jangan lepaskan, satu hari ia amat berguna sama ada untuk kita atau untuk anak2 dan keturunan kita. Jika mereka mewarisi apa yang kita wariskan, mereka akan sentiasa ingat kepada kita dan mendoakan kita hingga kita berpindah ke alam barzah atau sepanjang hidup mereka di atas muka bumi ni... Tapi jika tidak wariskan apa2 kepada mereka, ingatkan mereka kepada kita akan terus terpadam dan yang paling malang jika tindakan kita akan menyebabkan mereka mengungkit kesilapan kita walaupun kita sudah berpindah ke alam lain...tentu jauh sekali untuk mendapatkan doa yang baik2 daripada mereka..Kita mesti berfikiran jauh...manusia berfikiran jauh adalah sebab dia berilmu..Fikiran akan menjadi cetek jika kita gersang ilmu...
pekan PARIT
Selainnya, jangan kita cari musuh dengan sesapa pun...jangan memulakan permusuhan...Permusuhan akan sebabkan runtuhnya silatur rahim terutama sesama muslim, jiran2 dan lebih2 lagi sedara mara. Tak masuk syurga orang yang memutuskan silatur rahim. Tuksah seronok sangat kerana dapat memutuskan silatur rahim sesama muslim atau sesama jiran2 atau sesama sedara mara...Mampu ke kita duk dalam neraka tu...Tak masuk syurga orang yang memutuskan silatur rahim...Jangan rasa megah sangat dapat memutuskan silatur rahim..Kalau kita tak mampu mewujudkan hubungan silatur rahim, lebih baik kita duk diam2 dan tak perlu campur sangat hal sekeliling...Kalau takde apa2 yang penting untuk dikatakan, lebih baik la duk diam2 aje..Tentu kita lebih selamat daripada kemurkaan ALLAH SWT...
Tu je rasanya aku nak coretkan, moga kita semua, tak kira sapa la, akan sentiasa dirahmati dan diberkati ALLAH SWT dunia hingga akhirat serta dihindarkan kita semua daripada siksaan kubur dan siksaan neraka serta dimasukkan ke dalam SYURGA..aamiinnnn..
 Jangan lupa teruskan #bmf, kalau tak semua, jangan tinggal semua...




~~~~~     SEKIAN     ~~~~~

daud.montak.zakaria

Saturday, June 20, 2020

HIKING sebelum balik KAMPUNG..

Diari DAUD - SABTU, 20 JUN 2020, kami pi HIKING di MELATI HILL, NILAI, NEGERI SEMBILAN. Masa pi tu memang mendung pun di sekeliling dan dalam perjalanan ke sana ada tempat tempat tertentu dah pun hujan. Masa tiba di kaki bukit MELATI HILL tu memang mendung tapi belum lagi turun rintik rintik hujan. Kami memang bercadang untuk mendaki CENTIPEDE HILL, MONKEY HILL & COBRA HILL. Kami mula mendaki tapi dipertengahan pendakian hujan pulak turun dengan lebatnya...untuk sambungan cerita, tontonlah VIDEO di bawah ni..ekeke...Tonton aje yeee...

VIDEO hiking di MELATI HILL, 20 JUN 2020.

Minggu depan kami tak dapat datang MELATI HILL untuk HIKING sebab kami akan balik kampung dan berada di kampung selama seminggu InsyaALLAH...Kami jugak akan pi ke ARAU untuk amik barang anak kami di UNIMAP, balik hari aje pun..Aku nak tinjau kampung pulak, lama dah kami tak pulang ke kampung...da lama da rumah kami ditinggalkan. Tu sebab aku bercadang untuk duk kampung selama seminggu tu..Dalam seminggu di sana mungkin aku videokan apa yang patut di videokan dan akan edit serta upload ke channel video utube aku nanti. Kami balik ke sana mungkin KHAMIS ni dan ada seminggu di sana...Moga semuanya dipermudahkan oleh ALLAH SWT....aamiinnnn....Tinggallah aktiviti di MELATI HILL tu buat sementara waktu...

puncak centipede hill-hujan lebat-20 JUN 2020.
Rasanya itu aje yang dapat aku coretkan, doa aku moga kita semua, tak kira sape la, akan sentiasa dirahmati dan diberkati ALLAH SWT dunia hingga SYURGA serta dihindarkan kita semua daripada siksaan kubur, siksaan mahsyar dan juga siksaan neraka...aamiinnn...
Jangan lupa teruskan #BMF, walau dalam keadaan sukar sekarang ni. Kalau tak boleh buat semua, jangan tinggalkan semua...


SEKIAN..

daud.montak.zakaria

Sunday, June 14, 2020

HIKING masa PKPP

Diari DAUD - Sabtu lepas,13 JUN 2020, aku sempat pi HIKING di MELATI HILL dengan isteri. Ini kali pertama kami pi hiking kat situ setelah kerajaan umumkan PKPP, perintah kawalan pergerakan pemulihan. PKPP dilancarkan pada 10 JUN 2020. Aku dah 3 bulan tak pi ke MELATI HILL tu sebab larangan rentas negeri masa PKP & PKPB. Jadi masa PKPP ni larangan rentas negeri dah ditarik balik oleh kerajaan dan sesapa aje boleh rentas negeri sekarang ni. Jadi aku amik peluang la untuk pi hiking di MELATI HILL tu. Sampai aje di melati hill tu, nampak banyak kete parking, maknanya ada orang la masuk hiking di situ. Aku dan isteri terus aje masuk ke trail EAGLE HILL. Disebabkan lama tak hiking, aku ambil aje trail yang tak terus mendaki. Aku pilih laluan yang tak terus mendaki yakni mulanya agak landai. Jadi Eagle Hill pilihan aku dan isteri. Memang trail ni macam2 bentuk muka bumi, banyak landai, banyak mendaki dan banyak jugak menurun. Aku amik kesempatan jugak rakam video sebab cadang nak buat video masa jelajah trail ni. Ramai jugak yang ada sama hiking kat situ. Kami masuk melalui eagle dan mendaki centipede dan turun ke kaki bukit. Jumlah jarak lebih kurang 2 kilometer. Cukup la tu..Da usia senja ni kami berjalan dalam masa sejam setengah. Tak mampu lebih pantas sebab da warga emas...ekekeke...opst! Kalau nak ikuti perjalanan kami melalui trail tersebut, anda boleh tonton video di bawah. Aku juga bercadang untuk buat video masa aku masuk trail2 yang lain nanti di MELATI HILL tu. Dan kalau nak ikuti tulisan aku sebelum ni boleh pi baca DI SINI.

tonton aje kalau nakkk..

eagle hill
puncak eagle
puncak centipede
Aku tak bercadang untuk tulis panjang2 hari ni. Cuma, harapnya kita ni hiduplah dengan aman dan tak menyusahkan sedara seIslam dan jugak sedara mara serta jiran-jiran kita. Hiduplah dengan aman. Tak perlu benci membenci sesiapa pun. Tak perlu sakiti sesapa pun. Tak perlu wujudkan apa apa suasana yang negatif pun. Hidup kita tak lama, akhirnya kita akan berpindah ke lokasi yang kekal. Sebaik mana pun kita, sejahat mana pun kita, kita akan lama dihisab di hadapan ALLAH SWT kalau kita banyak sangat masalah dengan manusia yang lain. Jadi cuba kita positifkan rohani dan jasmani kita. Sama samalah kita mendoakan kebaikan untuk diri kita dan diri orang lain. Hiduplah dengan aman, hiduplah cara yang diredhai oleh PENCIPTA. Hidup tak lama pun.. Aku doakan kita semua, tak kira sapa la, akan sentiasa dirahmati dan diberkati ALLAH SWT dunia hingga ke syurga. Moga kita semua, tak kira sapa la, akan dihindarkan daripada siksa Neraka yang Maha Pedih tu...aamiinnnn...
Jangan lupa, teruskan #bmf walau dalam keadaan sukar...kalau tak mampu buat semua, jangan tinggalkan semua...


~~~~~ sekian ~~~~~

daud.montak.zakaria


Wednesday, June 10, 2020

Cari masa balik kampung..

Diari DAUD - 7 JUN 2020, PM dah pun umumkan PKPP, perintah kawalan pergerakan pemulihan selepas PKPB. PM dah kata boleh gerak rentas negeri dalam PKPP ni. Nampaknya dah dapat rezeki nak balik kampung ni. Bila rentas negeri dah dibolehkan maka mungkin aku boleh kembali HIKING kat NILAI, NEGERI SEMBILAN tu. Tak tau nak mula bila. Mula PKPP ni ialah 10 JUN 2020 hingga 31 OGOS 2020. Apa2 pun SOP kena patuh jugak berkaitan pemakaian mask, sanitizer, jarak dan sebagainya. jadi tolong jaga SOP supaya wabak tak kembali berakar...tolong ye patuh SOP dan jangan gila-gila nak suka aje...Aku sekarang ni memang sedang plan untuk rentas banyak negeri, PERAK,PENANG, KEDAH dan PERLIS. Tapi PKPP ni masih ada yang tak boleh, kenduri, majlis2, pub dan lain2 yang melibatkan perkumpulan ramai manusia masih tak dibenarkan. Minum dan makan kat restoran pun masih lagi tertakluk kepada SOP. PKPP ni mungkin akan menyebabkan highway akan sesak sebab ramai yang akan gerak balik kampung. Mood raya masih lagi pekat dalam fikiran, tentu ramai yang akan balik kampung untuk jumpa keluarga. Awas majlis raya masih tidak dibenarkan kerana melibatkan ramai orang...jangan lupa...jangan giler giler nak raya ye...

PKP
Aku nak balik kampung dan jugak pi PERLIS sebab nak amik barang2 anak aku kat UNIMAP tu. Dia dah selesai mengaji kat sana...alhamdulillah. Memang bermakna aku akan rentas banyak negeri, Perak, Kedah, Penang dan Perlis. Aku singgah Perak sebab Perak tu negeri kelahiran aku dan sekarang ni aku memang dah ada rumah kat Perak tu. Memang cadang nak menetap kat sana akhir tahun 2021, InsyaAllah...Kali ni nak balik sat dan tidur kat rumah aku kat Perak tu jugak...lama dah tinggalkan rumah tu...Tulisan kali akhir perkara berkaitan aku kat rumah aku tu boleh baca DI SINI. Macam dah lama pulak aku tinggalkan rumah tu. Rasanya dengan PKPP ni aku ada peluang nak duk kat rumah kampung tu sat. Nak tengok tengok keliling kampung...Walaupun aku pindah nanti ke kampung tapi rumah kat sini anak aku akan duduk. Aku serta isteri dan anak bungsu aku aje yang akan pindah ke kampung tu. Aku harap anak2 yang tinggal kat sini akan berada dalam kebaikan. Harap anak anak duduk baik2 kat sini, mengikut apa yang digariskan oleh agama..


Balik kampung
Harap2 anak anak yang aku tinggalkan di sini akan menjadi manusia yang baik serta jiran yang baik kepada orang lain. Pada aku kalau kita tidak memudahkan orang lain, jangan sekali kali kita menyusahkan orang lain. Jadilah manusia yang baik kepada orang lain. Aku amat percaya kalau kita tak mau orang lain ganggu hidup kita, kita jangan ganggu hidup orang lain. Ibarat jika bola dibaling ke dinding, ia akan melantun kembali kepada diri kita. Usahalah jadi manusia yang baik dan jiran yang baik sebab agama melarang kita menyusahkan orang sekeliling walaupun sebesar zarah sekali pun. Konsep jiran ialah 40 rumah di depan, 40 di belakang, 40 di kanan dan 40 rumah di kiri, itulah konsep jiran. Erti jangan mengganggu jiran ialah...bermusuh, mengumpat, memaki, menghina, memfitnah, menyihir, menyindir dan sebagainya meliputi perbuatan, percakapan dan seumpamanya yang boleh menyebabkan hati jiran atau manusia lain terguris. Malah daun2 pokok di kawasan kita yang gugur di kawasan jiran pun boleh mendatangkan DOSA...Begitu jugak kucing yang kita pelihara yang pi buang najis di kawasan jiran kita...itu pun boleh dikatagorikan sebagai menyakiti jiran..awas eaa...Ini merupakan dosa diantara manusia dengan manusia yang lain yang hanya boleh dilenyapkan dosanya dengan cara memohon maaf....tiada cara lain...Tak masuk SYURGA orang yang menyakiti jiran dan saudara se Islam..Tak masuk SYURGA orang yang dalam hatinya ada sikap SOMBONG walaupun sebesar ZARAH...Makna tak masuk ke syurga ialah kita akan duduk diam2 di neraka nu. Jangan pandang mudah dengan ancaman Allah swt. 

kampung yg damai
Satu lagi yang perlu diingat ialah jika kita membenci sesape pun janganlah kita bencinya hingga seperti tiada apa apa kebaikan pun yang ada pada diri dia. Tak perlulah kita membenci secara total...apa hak kita untuk membenci orang lain hingga ketahap yang maksima. Kita tak tau lagi kesudahan atau khotimah kita sama ada husnul khotimah atau suul khotimah dan kita tak tahu jugak khotimah atau kesudahan hidup dia. Allah swt maha berkuasa dan DIA mampu membolak balikkan hati manusia. Jangan benci seseorang tu sampai ke tahap maksima. Mana tahu dia akan bertaubat sungguh2 dimasa akan datang dan kita masih terus membencinya....sedangkan membenci berterusan akan menggamit kemurkaan ALLAH SWT. Jadi berpada padalah bila membenci sesama manusia. Berbalik kepada cerita aku...aku bertekad untuk pindah kampung dan duduk diam2 di kampung dengan aman sebelum Pencipta panggil aku kembali kepadaNYA dengan aman...InsyaAllah...Itu cita2 aku dan tiada cita2 selain cita2 macam tu...InsyaALLAH SWT, aku berazam jugak untuk tidak menimbulkan apa apa keburukan kepada sesiapa pun...sebelum ni pun aku tak pernah menyusahkan SESAPE punnn....ewahhh...InsyaALAH SWT....Dah umur macam ni, berapa lama la kita nak jadi penongkat langit, tak gitu...Kalau ada yang buruk2 tu, selesaikanlah sebelum kita berpindah ke akhirat...jangan tangguh...Walau macam mana pun, yang muda2 tu jangan yakin sangat kalian tak akan dijengah AJAL...ajal tu boleh datang kepada sesapa aje walaupun kepada seorang kanak kanak....

Bagi mereka yang memang ternanti nanti untuk dapat merentas negeri aku ucapkan tahniah la terutama mereka yang ada emak bapak yang dah lama tak jumpa tu...kesian kan. Tambah yang bujang2 tu, tentu amat rindu dengan emak bapak dan adik beradik...tentu dah banyak mereka berendam air mata...kan...Tambah parah bila dengar lagu Hari Raya Sudirman yang sedih tu..Tentu dah berjurai jurai air mata mereka selama ni...kan...kan...Yan g da kawen tu takpe la kalau rindu punnn... kalau nak menangis pun tentu dia orang boleh menangis di bahu suami...ewahhh...hahaha...opst! Kan...kan...kan...Tapi kalau lelaki yang nak nangis...kat bahu sapa la pulak...kan...hahaha...opst! Ramai ke yang bujang bujang yang tak sabar nak balik kampung ni...?????


hiking
Hari ni, 10 JUN 2020, merupakan hari pertama PKPP, perintah kawalan pergerakan permulihan. Rasanya ramai mula balik kampung sebab larangan rentas negeri telah ditarik balik dan sesapa aje bebas untuk bergerak tapi mengikut SOP macam biasa. Aku tak balik kampung pon. Cadang nak mendaki BUKIT MELATI di NILAI tu...dah 3 bulan tak gi sana sejak mula PKP dalam bulan MAC 2020 yang lalu. Janji nak pi dengan keluarga jiran hari ni..tapi dia orang ada urusan yang lebih penting. Oleh itu aku tukar pulak untuk pi berjalan peluhkan badan di TASIK UJANA NILAI IMPIAN pulak. Aku pi dengan isteri aku. Ramai jugak nampaknya dia orang beriadah kat sana joging atau berjalan. Aku cuma berjalan aje. Kami masih patuhi SOP yang ditetapkan seperti pakai topeng muka....Dapat la aku berjalan lebih kurang 7 kilometer keliling tasik tu...ok la tu...Dah 3 bulan rasanya tak peluhkan badan...Selesai aje kami pun balik...Bercadang pulak untuk pi hiking hujung minggu ni...InsyaALLAH...Sempat aku terbitkan video TASIK UJANA, NILAI IMPIAN tu...Nanti aku akan cuba pulak buat video MELATI HILL bila aku aku da mula HIKING di sana nanti...


masa nak balik ni...
tasik ujana nilai impian

Dalam media sosial la sekarang banyak sangat berita berita berkaitan politik, seni dan sebagainya. Aku memang suka baca berkaitan politik. Aku suka menilai apa yang berlaku dalam negara kita ni...Tapi aku rasa aku taknak ulas berkaitan politik. Politik ni sensitif...Aku suka baca aje dan nilai sendiri sebelum membuat keputusan dalam PRU15 nanti. Ada jugak berita berkaitan warga pendatang terutama berita PATI dari kaum Rohingya dan sebagainya. Tak habis2 cerita dari pada kisah mereka menceroboh masuk ke negara kita ni. Sampai bila kita nak berlembut pada mereka yang menceroboh ke negara ni. Negara ni dah banyak dan dah semak sangat dengan isu berkaitan pendatang ni. Walaupun mereka Islam tapi kita punya peraturan untuk semua pendatang dari luar. Sampai bila kita nak terima kaum pendatang ni. Kita pun dah banyak sangat masalah berkaitan pendatang ni. Takkan kita nak tambah lagi masalah. Ada pihak yang bawak dia orang masuk ke sini. Pada aku mereka yang membawa pendatang masuk ke sini patut dihukum gantung sampai mati kerana mereka yang menjadi penyebab berlaku macam2 masalah lain di negara ini asbab membawa masuk ramai pendatang haram tu..kerajaan kena tegas. Kita bukan negara kaya untuk membela pendatang yang ramai di sini. Kita sekarang ni pun dah sesak dengan masalah pendatang yang datang sebelum merdeka yang sekarang ni turut menjadi rakyat negara ni. Sikap pendatang yang ada ni pun kita dah sesak sangat...dah semak sangat. Kita pun dah banyak masalah dengan pendatang dari CHINA, BANGLA, INDON, CINA, INDIA, PAKISTAN, ARAB, ACHEH dan sekarang ni ROHINGYA pulak...sampai bila kita nak berdepan dengan masalah ni...Anak cucu kita nanti yang akan menanggung beban berkenaan tanpa berkesudahan...Kesalahan dan kesilapan yang kita buat sekarang ni akan membebankan anak cucu kita di zaman zaman yang mendatang....


PATI
Rasanya itu aje yang nak aku tulis kali ni...Moga kita semua, tak kira sapa la, akan sentiasa dirahmati dan diberkati ALLAH SWT dunia hingga ke syurga serta dihindarkan kita semua daripada siksa kubur, mahsyar dan siksa neraka....aamiinnn...Aku nak ingatkan diri aku jugak, dalam neraka setiap tubuh dibesarkan supaya permukaan tubuh yang luas dapat merasai siksa neraka yang lebih pedih. Lagi luas permukaan badan lagi luas jugak kawasan yang disiksa dengan api neraka. Setiap kali kulit hangus, setiap kali ia akan diganti dengan kulit yang baru. Deria rasa halus dalam sistem saraf pada kulit yang akan merasa pedih bila dibakar api neraka. Tu sebab bila hangus, kulit akan diganti baru supaya wujud deria rasa dalam sistem saraf dikulit yang baru untuk merasai pedihnya dibakar api neraka. Bukan sekejap tapi beribu dan berjuta tahun. Bukan sekejap tapi sampai bila bila dibakar dalam neraka sebab di sana tiada lagi kematian...Di sana hidup kekal di neraka atau di syurga. Jadi tolonglah jauhi dosa dalam apa bentuk sekali pun termasuk perbuatan syirik kepada ALLAH SWT yang akan mengekalkan tempat di dalam neraka...
Jangan lupa terus istiqamah dengan #bmf





Monday, June 1, 2020

Saja je tulis...

Diari DAUD : Minggu ni kita masih lagi dalam minggu PKPB yang akan berakhir pada 6 JUN 2020...eh! 9 JUN...opst! tak pasti la, malas nak semak...pilih la mana satu..hahaha... Sama ada terus bersambung atau ditamatkan PKPB ni, itu adalah bergantung kepada keputusan KKM. Rasanya macam sambung lagi sebab masih ada cluster yang wujud. Negara ni mencatatkan rekod hampir 8 ribu terkena covid-19 dan lebih 100 kematian. Setakat ini seluruh dunia orang terkena corvid 19 dah hampir 8 juta orang dan kematian hampir 400 ribu. Wabak ni masih berterusan. Kat negara kita ni wabak ni semakin menurun dan macam ok aje dikalangan orang tempatan...harap terus ok. Namun sekarang ni timbul cluster baru iaitu warga asing yang ada kat malaysia ni sama ada secara sah atau haram. Cluster warga asing ni masih lagi tinggi dan ia mungkin mampu merebakkan kembali wabak covid ni. Jadi perlu sangat warga asing ni dikawal dan diperketatkan PKP di kawasan penempatan mereka ni. Jangan bagi dia orang bebas bercampur dengan rakyat tempatan. Tapi mampu ke kerajaan mengekang mereka daripada bercampur dengan warga tempatan sebab warga asing ni bekerja dan mempunyai kontak dengan warga tempatan. Mereka bekerja di kawasan pembinaan, pasar-pasar dan jugak merata-rata seperti kerja kerja potong rumput, keje kilang dan sebagainya. Rasanya dengan keadaan sekarang ni PKPB mungkin akan dilanjutkan lagi sebab cluster warga asing ni...Maknanya kita kena la biasakan hidup kita dengan 'normal baru' seperti sentiasa guna mask macam zorro tu, kena beratur masuk pasaraya dan macam2 lagi la...Aku mungkin masih lagi tak boleh nak pi hiking kat NILAI tu sebab sekarang ni perjalanan RENTAS NEGERI tak dibenarkan melainkan jika kita bertujuan untuk bekerja, ada urusan kematian, sakit dan pasangan suami isteri jarak jauh aje...Bersedialah untuk kita sambung lagi hidup dalam PKPB ni lagi hingga tak tau sampai bila lagi..*Aku tulis ni ketika belum lagi ada pengumuman sambung PKPB tu...


Isu kedua ialah isu PEMANDU MABUK LANGGAR MATI orang lagi..Dah ramai jugak orang melayu Islam kena langgar mati oleh pemabuk durjana tu. Kebetulan pulak yang mati orang ISLAM dan yang pemabuk melanggar tu bukan Islam..Tak tau la bila ada undang-undang keras untuk pemabuk yang bunuh orang tu....Rasa geram dan nak carut aje pemabuk Bab. tu.. Dalam Islam NYAWA DIBALAS NYAWA tapi kita tak guna pun undang2 Islam..yang ada cuma undang peninggalan penjajah aje untuk kes kes sebegini dan kes kes kriminal yang lain. Kesian dengan keluarga mangsa pemabuk tu...hilang tempat bergantung. Sedih beb...selama ni keluarga bergantung kepada mangsa yang mati untuk mencari REZEKI. Bila dah takde tentu payah mereka yang tinggal untuk atur kembali hidup mereka. Mana yang suami isteri jadi mangsa tentu akan bebankan sedara mara lain untuk memelihara anak2 mereka yang ditinggalkan. Memang la dalam Islam, ajal maut memang dah ditentukan dan tak boleh elak dah pun. Namun dalam islam ada undang2 NYAWA di balas nyawa. Pewaris mangsa ada hak untuk tuntut nyawa dibalas nyawa atau mohon hak untuk mendapatkan gantirugi atas apa yang berlaku. Kita belum ada lagi undang2 macam tu..Sekarang ni mangsa tiada dapat apa2..rugi begitu aje dan terpaksa mengharung hidup dengan beban yang ditinggalkan oleh mangsa. Rasanya eloklah cepat digubal undang2 lebih keras untuk pembunuh mabuk durjana ni...Kalau setakat denda 6 ribu ringgit aje memang tak beban pun pada pemabuk pembunuh tu...Ibarat macam makan kacang goreng NGAN YIN (#BMF) aje kalau denda setakat 6 ribu ringgit tu...Nak dengar jugak pembunuh mabuk tu digantung sampai mati kalau mangsa yang dilanggar mati...atau penjara seumur hidup sekurang-kurangnya...Sekarang dengar cite kerajaan sedang gubal undang2 lebih keras...harapnya undang2 yang muncul nanti hendak la LEBIH KERAS daripada minuman KERAS tu...


Satu lagi isu ialah menyakiti sesama sedara atau sedara seIslam atau jiran2 dengan apa cara sekali pun. Kita dilarang menyakiti sedara se Islam dan diancam dengan hukuman haram dan berdosa besar kalau menyakiti sedara mara atau sedara se Islam jugak atau jiran2. Banyak benda yang boleh menyakiti orang lain seperti mengumpat, memfitnah, merompak, membunuh, menyindir, menyihir dan sebagainya. Tidak akan masuk ke SYURGA orang-orang yang menyakiti sedara se ISLAM, sedara mara atau jiran2... Dalam Islam SIHIR adalah berdosa besar dan jangan sekali kali kita menyihir orang lain. Perbuatan sihir tu syirik dan berdosa besar dan mungkin akan kekal terus dalam NERAKA. Neraka tu panas beb bukan macam api lilin...api lilin pun kita tak tahan kalau dibakar beribu tahun atau kekal dalam api tu buat selamanya. Mengamalkan sihir pun tak dibenarkan dalam Islam. Menilik pun sama jugak hukumnya berdosa besar. Syirik kepada ALLAH SWT. Termasuklah bila kita gunakan tilikan dalam apa kaedah sekalipun untuk meneka atau menuduh orang lain melakukan kejahatan atau sihir dan sebagainya. Tilikan dalam kaedah apa sekalipun dilarang sebab syaitan atau jin boleh menyesatkan sesama manusia supaya berpecah belah dan benci membenci. Tilikan bukan saja dilakukan oleh dukun tapi sesapa saja yang ada kebolehan untuk melihat perkara yang tersembunyi...apa yang kita orang biasa tak mampu buat. Bila kita melakukan tuduhan bermakna kita telah melakukan dosa jika tuduhan tersebut benar apatah lagi tuduhan tersebut TIDAK BENAR melalui kaedah yang kita gunakan. Jika tuduhan berkenaan hasil dari tilikan dalam kaedah apa sekalipun, tentu jugak berdosa besar sama ada tuduhan itu benar, lebih lebih lagi kalau tuduhan tu tidak benar. Jadi tolong lah jangan cuba nak lakukan syihir atau menilik dengan apa cara sekalipun kerana kedua dua tu berdosa besar belaka. Dunia akan lebih aman jika kita lebih saling hormat dan menghormati sesama manusia. Ramai orang yang mengamalkan perubatan Islam tidak mau terlibat dalam tuduh menuduh ni sebab dia orang bimbang menjadi asbab sesama Islam bersengketa sesama sendiri...mereka gerun dengan NERAKA Allah swt...Serahkan aje kepada ALLAH SWT dan mintak perlindungan kepadaNYA daripada segala kejahatan. Mintak dan mohon sungguh sungguh kepada ALLAH SWT supaya kita semua dihindarkan daripada kejahatan semua sama ada IBLIS, SYAITAN, JIN dan MANUSIA yang jahat buat selama lamanya...Sama samalah kita bertaubat kepada ALLAH SWT atas segala ketelanjuran kita melakukan segala perkara yang mendatangkan dosa sama ada KECIL ataupun BESAR.....Tak mampu kita nak tinggal dalam NERAKA sama ada KEKAL atau tak kekal sekalipun. Dalam neraka MANUSIA didalamnya ALLAH SWT besarkan tubuh badan mereka supaya siksa yang lebih pedih dirasakan oleh mereka. Lebih besar permukaan badan lebih luas permukaan yang kena siksa oleh api neraka tu...Jadi sama2 la kita doakan supaya tidak dimasukkan ke NERAKA.......


Rasanya itu aje yang nak aku tulis masa PKPB ni...aku doakan moga kita semua, tak kira sapa la akan dirahmati dan diberkati ALLAH SWT sentiasa serta dihindarkan kita semua daripada siksaan NERAKA yang MAHA PEDIH tu (api dapur pun kita tak mampu...)...aamiinnnnn...
Akhirnya teruskan #bmf walaupun dalam keadaan yang sukar sekarang ni....


Link untuk tulisan yang lalu ada


~~~~~      SEKIAN     ~~~~~


LAMA DAH TAK UPDATE BLOG.

Diari DAUD, 23 Julai 2026 - Rasanya dah lama aku tak update blog ni. Kali akhir ialah dalam bulan MAY 2026. Masa tu aku tulis berkaitan peme...