Friday, July 17, 2020

Masuk MASJID umpama masuk SYURGA.

Diari DAUD - Hari ni JUMAAT, 17 JULAI 2020, aku pi masjid untuk SOLAT JUMAAT. Sebenarnya hari KHAMIS aku dah mohon untuk SOLAT JUMAAT di masjid BANDAR SERI PUTRA. Aku mohon melalui link yang isteri aku bagi kat aku. Aku memang nak pi solat Jumaat sebab minggu lepas aku gagal pi solat JUMAAT sebab tak mohon secara online. Minggu lepas aku cuba solat di masjid BANDAR MAHKOTA, BANGI dan KUIS tapi satu pun tak lepas sebab tak daftar. Aku ingat boleh 'walk in' gitu aje, rupanya takkkk... Jadi minggu ni aku cuba mohon online, link yang isteri aku bagi kat aku. Namun sebab bimbang tak berjaya, aku pun hubungi rakan2 sekerja aku dulu melalui MEDSOS kalau2 di MASJID UKM boleh solat JUMAAT secara 'walk in'. Ramai yang cuba bantu aku. Aku ucapkan JUTAAN TERIMA KASIH pada semua. Aku semak dalam permohonan MASJID UKM pun da penuh...cuma 400 jemaah aje...


Hampir tengah hari JUMAAT aku terima wassap dari MASJID BANDAR SERI PUTRA, aku lulus untuk hadir. Seronoknya aku rasa, maklumlah minggu lepas aku tak dapat hadir. Masa aku balik kampung amat mudah untuk solat JUMAAT, cuma 'walk in' aje kat masjis LELAYANG tu dan tak perlu pun daftar. Kat sini kelihatan semua masjid kena daftar sebab jemaah ramai. Masjid boleh dikatakan sentiasa penuh bila solat Jumaat. Bila terpaksa berjarak 1.5 meter tentu ruang dalam masjid menjadi terhad. Setelah siap aku pun pi gerak ke MASJID BANDAR SERI PUTRA. Sebenarnya aku tak pernah pun solat Jumaat di sini. Ada beberapa kali aje solat HARI RAYA di sini. Aku biasanya solat JUMAAT di MASJID BANDAR MAHKOTA. Tapi masjid lain nampak macam sukar aje nak solat Jumaat. Jadi alhamdulillah la dapat jugak solat di MASJID BANDAR SERI PUTRA ni.

MASJID BANDAR BUKIT MAHKOTA - sila tonton video ni kalau nak..

Sebaik sampai terus aje aku parking kete...dapat parking jauh aje dari masjid dan kena menapak nampaknya. Tiba di pintu masjid aku tengok ada ramai sedang beratur menunggu untuk masuk dengan sejadah memasing. Ahli RELA kata sapa yang ada nombor boleh terus masuk. Aku pun terus aje tunjukkan mesej dari pihak masjid. Anggota RELA tu terus bagi masuk ke perkarangan masjid. Dalam kepala aku terbayang pulak, macam kat akhirat nanti. Ada golongan yang masuk ke syurga tanpa HISAB dan ada golongan yang dibenarkan masuk ke SYURGA selepas dihisab...haihhhh...Takut, bila terkenangkan golongan2 macam tu...Adakah kita akan bernasib baik jadi golongan yang masuk SYURGA tanpa HISAB...????. Di pintu masjid pulak, petugas cek suhu. Bila suhu ok terus aje dibenarkan masuk. Rasanya kalau suhu lebih 37.5 tentu akan disuruh balik...gamaknya...


Berjaya melepasi pemeriksaan suhu, jemaah di suruh mengikuti laluan untuk ke tingkat atas. Semuanya dikawal. Tak pernah macam ni sebelum covid-19. Jarak pun dijaga serta pakai mask. Memasing bawak sejadah. Tiba ditingkat atas disuruh pulak penuhkan saf depan oleh staf bertugas. Sekali lagi jemaah kena ikuti. Tiba di lokasi memasing yang punyai jarak 1.5 meter diantara satu dengan lain maka sejadah pun dibentang dan solat sunat tahiyyatul masjid ditunaikan. Bahagian dalam masjid dan bahagian atas masjid dipenuhkan dahulu dengan jemaah atas arahan petugas yang menjadi ketua. Petugas lain ikut aje arahan ketua. Sekarang ni tak nampak kelompok kelompok jemaah yang bersembang seperti sebelum covid-19. Semua duduk tempat memasing dan diam, tunggu waktu solat. Rasanya tentu ada para jemaah yang SEBAK sebab dapat rezeki SOLAT JUMAAT dan mengadu pada ALLAH SWT dalam sanubari memasing secara senyap kan... Sapa tau kannnn....Maklum lah dah lama memasing tak dibenarkan SOLAT JUMAAT dan cuma segelintir aje yang dibenarkan pada awal PKPP. kali ni jemaah boleh solat sejumlah 1400 jemaah....

Masuk waktu, azan dikumandangakan oleh bilal. Selesai aje, hampir semua jemaah solat sunat sebelum solat jumaat. Kemudian khutbah dibaca. Selesai khutbah, terus solat. Selesai aje solat semua jemaah bersurai. Jemaah diluar dewan utama masjid diminta bergerak dahulu diikuti oleh dalam dewan utama dan tingkat atas. Sapa2 jemaah yang nak solat sunat lepas jumaat dibenarkan duduk dalam masjid. Alhamdulillah selesai juga SOLAT JUMAAT minggu ni. Tak pasti minggu depan ada rezeki atau tidak untuk solat JUMAAT di masjid lagi....


Rasanya itu aje yang aku nak tulis, moga kita semua, tak kira sapa la, akan sentiasa diberkati dan dirahmati ALLAH SWT dunia hingga ke syurga dan dihindarkan drpd siksaan kubur, siksaan mahsyar dan siksa NERAKA serta dimasukkan kita semua ke dalam SYURGA...aamiinnnn...Hidup di dunia ni cuma ujian, jangan kita buat perkara yang berdosa terutama dosa sesama MANUSIA sebab dosa sesama manusia perlu dimaafkan oleh individu berkenaan. Selalu mohon ampun kepada ALLAH SWT hingga akhir hayat, sebab kita ni manusia yang sentiasa aje berdosa...
Moga kita semua terus istiqamah dengan #bmf walaupun dalam keadaan sukar.Jika tak boleh buat semua, jangan tinggalkan semua...


~~~~~     SEKIAN     ~~~~~

daud.montak.zakaria

No comments:

Post a Comment

TETAMU SYAWAL..

Diari DAUD : SABTU lalu, rakan dan juga sedara aku, MIZI berkunjung ke rumah. Dia ni memang salah sorang daripada rakan baik aku. Rakan aku...