Friday, May 11, 2018

Jumaat...masih cuti pilihanraya...

Hari ni Jumaat, 11 Mei 2018. Aku masih bercuti selepas pilihanraya. Hari ni tak
kemana pun, duk je kat rumah. Hanya pi masjid untuk
solat Jumaat je. 
Sepanjang pagi hadap komputer je...layari internet
...itu je keje aku waktu pagi...semua layari...terutama berkaitan berita
kerajaan baharu...sama ada live atau bukan live. Macam macam kalau baca dalam fb...semua ada...ingatkan bila da tukar kerajaan baharu, dah takde lagi spesis maki hamun, gossip 
dan sebagainya dikalangan netizen....Maknanya maki hamun bukan saja dikalangan pendokong kerajaan atau pembangkang je...tapi macam seluruh generasi....
sayanglah, berlapis generasi masih maki hamun ini merupakan
salah satu rencah dalam sikap memasing...hahaha.....

Rasa lenguh pulak
Lelama cuti ni...rabu, khamis...la ni Jumaat...esok
Sabtu....lusa, ahad...letih nunggu nak mula keje...da kematu
duk rumah...
Biasanya kalau aku da rasa jemu bercuti, aku akan pi pejabat buat 
editing video...tapi kali ini aku da tak buat macam tu...bukan sebab apa...opis 
tu macam ramai pulak entiti yang taknak menjelmakan diri...jadi, sekarang ni aku da malas pi opis bila hari cuti...tapi kalau aku cuti ada staf yg lain keje...maka tentu aku akan
 pi keje gak...walaupun cuti...hahaha...

Da berapa ari da inai kat jari masih belum ilang...aku sengaja biar ia terpadam 
sendiri...isteri aku guna clorox, da takde da inai dia tu...aku
malas nak buat macam tu...biar je ia ilang sendiri, lagi pun
mufti wilayah pun nampak ada lagi inai tu masa dia 
baca doa untuk dr. mahathir di istana
itu ari...Yang penting mandi wajib
sah walau ada inai ni...kan...kan...kan......huhuhu.......


kenangan ni...inai 5 tahun sekali....
Hermmmm....aku nak sentuh sikit bab pru ni...kesian
aku tengok kat media sosial...masih lagi ada umpatan... masih ada fitnah
....sama je mcm sebelum pilihanraya. Aku rasalah, lebih baiklah dihentikan serta merta sebab
umpatan tu berdosa besar...fitnah tu berdosa besar.  Masa bila ko nak
minta maaf dengan orang yg ko umpat dan fitnah tu...ko mudah ke jumpa dia...
dosa ni akan dibawa sampai mati....besar dosanya tu...ko
kongsi pulak dengan beratus ribu netizen di media sosial...jadi dosa ni akan terus 
terjana selagi ia terus berada dalam media sosial...dan selagi ada yang membacanya... jadi hati hati lah semua...benda 
ni bukan perkara main2..dulu2 ngumpat dan fitnah satu kampung je...
sekarang ni fitnah dikongsi diseluruh negara dan dunia...
sekarang ni umpat dan fitnah
da berbentuk glocal (global n local)...bukan local lagi dah......
Tak kiralah sape yang ko umpat atau fitnah...sama je dosanya
...sama ada pihak yang kau suka atau kau benci, sama je dosanya...Ini dosa
 sesama manusia..ALLAH SWT takkan ampunkan dosa tersebut jika yang kena umpat dan kena fitnah tidak memaafkannya..'dosa' bermakna masuk neraka....neraka tu 
maknanya PANAS beb...panas...ibarat kita duduk dalam alat pengukus...
cuba bayangkan rasanya duk dalam alat pengukus...bukan 
main main beb....rasanya itu contoh
 yang boleh senang kita faham..bukan main2...beribu tahun pulak tu....atau
memang kita da keras hati...da tak dapat nak rasakan sebarang rasa
nikmat atau sakit.....
Dosa dengan manusia...bukan dosa dengan ALLAH
SWT....jadi berpada padalah bila gunakan media sosial ni...cukup2lah
..lebih baik kita mulakan benda yang baru yang tujuan untuk
kebaikan....sama2 lah kita.....eaaaa...
...ooooopst! da panjang pulak leter aku...huhuhu..........

Berbalik pada cite tadi eaaa.......
Lepas solat Jumaat, lebih kurang jam 3.00
petang isteri ajak pi makan kat luar. Aku pun kebetulan
nak kuar sebab nak isi minyak kete. Minyak da sikit sangat, setakuk je. Aku
biasanya isi kat shell nilai negeri sembilan.




Lepas isi minyak terus pi ke tesco nilai negeri sembilan untuk makan. Tiba sana terus
masuk food court. Bagi duit kat isteri untuk dia pi order makanan.
Aku order mee bandung tapi takde...da abis kut. Aku
tukar kepada mee kari. Tiba je mee
kari tengok dalamnya
ada macam2...ada udang...ada ayam...ada kerang
...aihhh....aku memang pantang dengan benda2 macam tu...alahan.
Jadi aku bagi je benda2 tu kepada isteri...dia pun order mee kari... Anak bungsu aku pulak
order spageti...bila habis je dia nak makan lagi...dia pi order mee sop pulak...
aihhhh....macam mana ada ruang lagi dalam perut dia...dia
kata dia lapar sangat....




Kami minum air jus apel, dan jugak air nenas. Habis je makan kat sini kami pun
gerak pulang ke rumah...takde apa yang special hari ni. Aku
memang habiskan cuti lepas pilihanraya
ni, macam ni je............ok la tu kannn...................
Moga apa yang dibelanjakan untuk anak isteri akan menjadi saham
untuk akhirat nanti...belanja anak bini makan tentu 
berpahala....selain yang wajib kepada kita sebagai suami.....jika ikhlas........

Akhirnya mari sama2 kita doakan negara kita sentiasa aman hingga
ke hari kiamat...moga pemimpin2 yang 'kita' lantik akan mengutamakan ISLAM kerana rahmat ALLAH SWT akan mencurah selagi kita mengutamakan agama 
ALLAH SWT.....
Jalankan pentadbiran dengan baik...ramai
yang berharap kepada pimpinan baharu...anak muda
perlukan keje lepas study...ibubapa perlukan suasana beli barang yang selesa tanpa gst serta harga barang yang tidak mencekik...orang tak berkemampuan perlukan bantuan kewangan kerajaan...rakyat perlukan mereka yang bersih dalam pentadbiran...
 tanpa rasuah serta memudahkan segala urusan...yang muslim pulak
nak lihat sinar ISLAM masih ada serta tidak malap dan terus terpelihara...dan lain2
 lagi, yang kerajaan baharu perlu tangani dengan bijak.....tak gitu....

Jadi akhirnya, sekali lagi akhirnya.....aku tak lari daripada mohon
doa untuk diri aku dan semua kita sama ada aku kenal atau tak...moga
ALLAH SWT ampunkan semua dosa kita hingga ke akhir hayat
kita semua. Tiada yang lebih baik daripada 
keampunana ALLAH SWT
sentiasa hingga ke akhir hayat kita...tentu kita
semua akan bersih daripada dosa akhirnya, jika diampunkan ALLAH SWT
hingga ke akhir hayat kita...insyaALLAH.....

sekian...
daud.montak.zakaria

No comments:

Post a Comment

TETAMU SYAWAL..

Diari DAUD : SABTU lalu, rakan dan juga sedara aku, MIZI berkunjung ke rumah. Dia ni memang salah sorang daripada rakan baik aku. Rakan aku...