Tuesday, May 8, 2018

Hari Raya Lima Tahun Sekali...

Hari ni, hari RABU, 9 Mei 2018...hari raya 5 tahun sekali hari ni. Cuti jugak hari ni.
Bagus jugak bagi cuti 5 tahun sekali semata mata tuk mengundi kan.
Macam hari raya pulak...huhuhu. Aku dan isteri
awal awal pagi da keluar ke pusat
pembuangan undi di bandar baru bangi.....

sekolah jalan 6 bandar baru bangi....
ni dengan isteri aku...bukan isteri orang....
belakang tu laki orang dan bini orang.....


 Sebelum jam
tujuh pagi aku da keluar rumah
dengan isteri. Terpaksa bawak anak bungsu aku
sama sebab takde sesape yang nak jaga di. Kedua dua abangnya
turun ngundi gak....takde sesapa kat umah.......

saluran dua.....
depan aku OKU...
SELESAI NGUNDI....


 Tiba di sekolah rendah jalan 6, kami terus beratur dan ramai gak yang dah beratur di situ.
Beratur di luar pintu kawasan sekolah. Belum 7.30 pagi da beratur. Rasanya
lagi 45 minit sebelum jam 8.00 pagi. Aku dari dulu lagi
ngundi kat bandar baru bangi sebab masa
daftar dulu aku duk kat teras jernang.
Malas nak nak tukar alamat ngundi di bangi lama
walaupun aku duk kat bangi lama sekarang ni....da banyak taun da aku
ngundi di bbbangi...Rasa tak perlu tukar kut sebab dun dan parlimen sama je macam
kat bangi lama.....
15 minit sebelum jam lapan cahaya mentari da nampak da....panas gak
rasa kat belakang tubuh...huhuhu.....

meriah....raya 5 taun sekali....
nak pi ke kete...selesai ngundi...
ni kat NILAI negeri sembilan....


 Kedua dua anak aku ngundi di sekolah kebangsaan bangi lama. Dia orang baru daftar.
Anak yang tua baru taun ni ngundi...anak kedua taun ni da masuk
dua kali ngundi da...
Sebaik bukak je pintu pagar jam tepat 8.00 pagi
...kami terus masuk. Aku dan isteri tak cek pun nama sama ada
kat pondok luar atau kat dalam kawasan sekolah. Tapi aku da cek kat web spr.
Isteri aku bil seribu lebih...aku pulak tujuh ratus lebih....di saluran kedua.......huhuhu.....

nilai....
mesa mall
mesa mall...


 Kami tanya je kat petugas dalam kawasan sekolah tu di mana saluran 2...dia terus gitau
tempat saluran dua...kami bergegas ke sana sebab nak cepat ngundi.
Tiba di pintu saluran 2, depan kami ada beberapa orang
...tak sampai sepuluh orang pun depan kami...
Beberapa ketika ada beberapa orang OKU mendahului
depan kami ...dia orang terus je mengundi tak perlu tunggu pun....Saluran 2
tu kebanyakannya orang yang belum pencen...umur bawah 60 tahun...saluran satu pula
orang yang dah duk kat warga emas, da pencen la tu....umur 60 ke atas...
Aku mungkin da perak kut....huhuhu.......




Selepas isteri aku masuk, dia depan aku jer....aku pula dipanggil....terus masuk...petugas tanya da cek nama kat luar ke...aku kata tidak...tapi aku kata, aku nombor tujuh 
ratus lebih dalam semakan spr online....Jadi dia terus cek....nombor 
tujuh ratus lebih...aku yang nampak dulu nama aku kat catatan
tu.....kemudian dia sebut nombor ic dan nama aku
kuat kuat......serta muka surat catatan tu...



mesa mall nilai...
 Kemudian pegawai sebelah dia pegang jari telunjuk aku dan cek jari2 yang lain....kemudian
dia celupkan jari telunjuk kiri aku dalam dakwat...huhuhu....Kalau dia celup dengan
inai nanti lain pulak dah...huhuhu.....Kemudian pegawai yang sebelah
dia pula beri aku dua kertas undi yang da siap berlipat...



mesa mall...
 Aku bawa kertas undi tu ke tempat memangkah....isteri aku da ada di sebelah satu lagi.
Tempat memangkah ada dua je dalam bilik tu........
Di situ aku pun bukak kedua dua kertas undi tu dan mula pangkah kedua
duanya...aku undi sape....opst! setiap undi rahsia tau....tak boleh
gitau sesape.....Bila siap je aku lipat dan
pi ke tong untuk masukkan kertas tu...Ooopst! aku tergamam
pulak...lupa nak masuk mana...petugas kat situ kata yang putih tu masuk tong kiri
dan yang kuning masuk tong kanan...fuh! selesai da...huhuhu....terus kuar.......menyelinap je kuar...tak semena mena jumpa rakan sekerja lama dalam barisan sedang 
menunggu tu...singgah sat dan salam...kemudian terus pi......

nilai....
nilai...
nilai...


 Masa kuar tu tak sedar isteri kat belakang...tunggu dia sat dan sama2 keluar dari kawasan
sekolah. Isteri pi panggil anak yang sedang tunggu kat pondok berteduh tepi 
sekolah tu. Kemudian kami sama2 pi tempat kete...masuk kete..
hidupkan enjin..masukkan gear dan tekan minyak
...oopst! macam drama pulak dah.....huhuhu...
Sukar jugak nak kuar dari sana sebab kete parking kiri
kanan, jadi sempit pulak masa nak kuar tu....Kami singgah di gerai kat
bbbangi tu untuk beli makanan..lapar da.....

nilai...
nilai...
nilai...


 Aku kena pi ngundi awal pagi ni sebab isteri aku kena jaga pondok panas sebuah parti
politik di sekolah kebangsaan bangi lama tu...jadi aku kena cepat
...sebab dia ada tugas.....parti politik mana...? ooopst!
huhuhuhu.................
Sampai kat umah, rehat sat sebelum hantar isteri ke sekolah
tu....Selesai rehat dan sarapan terus hantar isteri ke sekolah...Kemudian aku dengan
anak bungsu aku terus pi ke mesa mall di Nilai Negeri Sembilan. Beza betul antara Selangor dengan
negeri sembilan tu. Sempadan Selangor dan negeri sembilan jauh berbeza.
Kat selangor banyak bendera biru muda, biru tua dan hijau
...kat negeri sembilan (nilai) banyak
bendera biru tua dan biru muda ( yang diwakili oleh merah)...huhuhu...

sempadan nilai-bukit mahkota atau....selangor-negeri sembilan...
bukit mahkota
bukit mahkota selangor...


 Tiba di mesa mall nilai, kami terus masuk...opst! lengang pulak
dalam mesa mall tu...mungkin sebab orang pi ngundi..mungkin sebab orang cuti balik
 kampung...mungkin jugak masa ni terlalu awal...orang tak ramai kuar lagi....Waktu ni
 jam lebih kurang 10.00 pagi......Tak lama pun kami di sini...kami pun
kuar dari mesa mall dan terus balik....sampai di rumah
baru jam 11.00 pagi lebih kurang....
Ooopst! tapi sebelum tu kami singgah kat sebuah pekan di nilai ...lupa nama 
pekan kecik tu...anak aku nak beli ikan guppy untuk dipelihara....jadi singgah la sat kat kedai ikan tu....Kedai tu jugak ada
jual kucing...mahalnya...harga sekor kucing 1700rm hingga dekat 3000rm
...huhuhu...mahal gak kucing niiii.......untung hang kucing....

selangor...
selangor
selangor...


Jadi kita semua kena tunggu la tengah malam baru boleh
dapat keputusan pilihanraya kali ni....sabar eaaa.... Pada aku calon
yang aku pilih lebih kepada akhlak yang baik...bila akhlak baik...agama pun baik..
dan tak secara langsung, dia akan mentadbir dengan baik...
Namun memasing punyai pandangan sendiri untuk
undi sape sape.....demokrasi kan....biarkan demokrasi berjalan
dengan sendiri...masing2 ada hak untuk undi sape....masing2 ada hak macam
mana untuk berkempen, asal jangan langgar agama....biarkanlah...jadilah diri kita ni manusia yang
cool dan pasrah kepada ALLAH SWT.....Jadilah manusia yang 
matang dalam berpolitik...tak perlu gaduh2...kalau
kita gaduh gaduh...sama macam kita ni
golongan lanun yang nak menaikkan ketua memasing dalam kumpulan
lanun.....ooopst!

Apa apa pun moga kita semua diampunkan oleh ALLAH SWT semua dosa kita
hingga ke akhir hayat....tiada yang lebih baik daripada keampunan ALLAH SWT..
keampunan ALLAH SWT bererti kita akan bersih daripada dosa masa kita mati nanti...
Aku doakan untuk kita semua, tak kira sama ada aku kenal atau pun tidak...
kita tak tau doa sape yang diterima ALLAH SWT...sebab kita sama 
sama manusia yang perlukan kepada SYURGA dan jauh daripada NERAKA....

sekian....

daud.montak.zakaria

No comments:

Post a Comment

TETAMU SYAWAL..

Diari DAUD : SABTU lalu, rakan dan juga sedara aku, MIZI berkunjung ke rumah. Dia ni memang salah sorang daripada rakan baik aku. Rakan aku...