Semalam Rabu, 2 Mei dan hari ini Khamis, 3 Mei....pagi ni sambung suntingan video petang semalam...........Petang semalam aku ikut bos jumpa
Tan Sri Naib Canselor jam 5.00 petang. Aku jangkakan awal daripada itu, bukan waktu
petang. Sepatutnya aku balik jam 4.30 petang tapi disebabkan
nak jumpa Tan Sri terus tak jadi balik.
gambar hiasan... |
Jam 4.45 petang aku da ada di opis
pentadbiran PKK di bangunan pentadbiran.
Aku tunggu bos aku di luar biliknya, sementara menunggu aku
sembang la dengan staf kat situ...saje je sembang sementara bos aku selesai layan student
dia kat biliknya.
Lebih kurang jam 5.00 petang
aku dan bos menuju ke lift untuk naik ke atas, ke opis Tan Sri Naib Canselor.
Namun belum sempat masuk lift da nampak NC dan pegawainya tiba dan menuju ke lift
yang sama. Dia sampai dekat kami. Dia sembang dengan bos aku. Lift
terbuka, kami pun masuk sesama menuju ke atas.
Tiba dalam opis NC terus duduk di meja
bersama dengannya
gambar hiasan... |
untuk bincang berkaitan
video Sidang Media Ekonomi beliau. Suntingan
yang panjang yang dah siap, beliau memang puas hati. Cuma beliau ingin suntingan video tu yang pendek
pendek mengikut isu. Ada dua tiga isu dan beliau nak di buat pendek
pendek lebih kurang 5 minit gitu. Ini bertujuan
untuk memudahkan penonton
menonton video
gambar hiasan... |
berkenaan. Kalau panjang
payah penonton nak tonton. Jadi setelah berbincang
kami bersepakat dengan beliau untuk buat suntingan pendek sebanyak 12 buah video
berdurasi lebih kurang 5 minit setiap satu video yang terdiri daripada lebih kurang 4 isu dalam video
tersebut. Sepanjang perbincangan tu aku catat je apa yang diputuskan.
Aku tak banyak pun berkata kata sebab aku rasa tugas tu
tak beban sangat pun jika masa yang diberi cukup.....
aku tetap cool je......
gambar hiasan... |
Setelah segalanya selesai dibincang....keputusan dibuat ialah Tan Sri Naib
Canselor nak kan video tu siap pagi Jumaat. Telahan aku rasanya boleh... jika hari ni...Khamis, aku mulakan keje suntingan dari pagi hingga tengah malam...rasanya boleh disiapkan. Jadi selesai je...

...aku dan bos meninggalkan opis Tan Sri. Sebenarnya aku da rasa nak
selfie je dengan Tan Sri dan bos aku tapi....tak kesampaian...
pada aku apalah salahnya selfie dengan bos
paling besar setelah aku berkhidmat dengan UKM lebih kurang 35 tahun, tak gitu
...apa salahnya sekali dalam 35 tahun....dah nak pencen pun dalam lebih kurang setahun je lagiiii...
Tapi...tu lah.... tak kesampaian, mungkin sebab segan kut...walaupun aku
tak tention pun masa jumpa Tan Sri tu....tapi tu la, segan masih tebal dalam diri aku ni......takpe la.....huhuhu....
Tapi aku amat percaya jika aku mintak untuk berselfie, 99.9999999% aku yakin
Tan Sri NC tentu sentiasa bersedia.......huhuhu...
Tapi aku amat percaya jika aku mintak untuk berselfie, 99.9999999% aku yakin
Tan Sri NC tentu sentiasa bersedia.......huhuhu...
gambar hiasan... |
Selesai je jumpa Tan Sri...... aku dan bos terus masuk ke perut lift untuk turun.....tiba dibawah, aku minta tengok catatan bos aku sebab aku tertinggal sedikit
catan tertentu...sebaik selesai....
catan tertentu...sebaik selesai....
bos aku masuk opis.... aku pula terus balik ke opis aku di bangunan
penerbit ukm. Tiba di bangunan
penerbit aku edit dan siapkan dua buah video tiap satu berdurasi 5 minit untuk isu yang pertama.
Masa tu jam pun da tunjuk hampir pukul 7.00 malam. Sempat aku
upload ke UKM TUBE tapi aku 'unlisted' kan...maknanya
masih belum boleh tonton jika tak punyai 'link' nya...
Pagi ni...Khamis....3 Mei 2018...aku sambung keje edit semalam...
awal pagi aku da mula da....maklumlah, aku masuk opis jam 7.30 pagi dan
balik jam 4.30 petang...harap keje hari ni tak perlu sampai awal pagi kut....apa apa
pun aku cuba usahakan keje edit hari ni tak perlu sampai tengah malam
walaupun esok atau Jumaat, Tan Sri nak video video tu ada
di YouTube....InsyaALLAH rasanya boleh.......
huhuhu...kita kena bersikap positif...
Sekarang ni jam 7.40 pagi aku da mula buat suntingan video
berkenaan. Aku harap sangat keje ni tak perlu stayback hingga tengah malam...
setakat tengah siang atau hujung siang...ok la kut....memalam da malas la....dengan adanya entiti entiti yang tak kelihatan kat bangunan ni, rasa malas nak ganggu
privasi entiti berkenaan kat bangunan ni...huhuhu.....
Tugas aku hari ni ialah aku kena potong video yang panjang menjadi pendek pendek, tiap
tiap satu lebih kurang 5 minit untuk mudahkan penonton menonton
video berkenaan. Bukan semua penonton suka tengok
video yang panjang panjang........Manusia la
ni memang sentiasa sibuk...punyai sikit masa je untuk tonton
video video ni....manusia sentiasa nak cepat.....sekarang ni dunia da pantas....
Setelah duk kat komputer beberapa jam dari pagi sampai petang, berenti sat je waktu tengah hari, maka akhirnya suntingan mampu disiapkan, tak perlu pun
Sekarang ni jam 7.40 pagi aku da mula buat suntingan video
berkenaan. Aku harap sangat keje ni tak perlu stayback hingga tengah malam...
setakat tengah siang atau hujung siang...ok la kut....memalam da malas la....dengan adanya entiti entiti yang tak kelihatan kat bangunan ni, rasa malas nak ganggu
privasi entiti berkenaan kat bangunan ni...huhuhu.....
Tugas aku hari ni ialah aku kena potong video yang panjang menjadi pendek pendek, tiap
tiap satu lebih kurang 5 minit untuk mudahkan penonton menonton
video berkenaan. Bukan semua penonton suka tengok
video yang panjang panjang........Manusia la
ni memang sentiasa sibuk...punyai sikit masa je untuk tonton
video video ni....manusia sentiasa nak cepat.....sekarang ni dunia da pantas....
akhirnya siap juga sebelum menjelang pagi JUMAAT... |
sampai malam....Sebelum jam 5.00 aku da siap
upload semua video ke YouTube sebelum log out untuk pulang ke rumah.....
Alhamdulillah...boleh la aku balik ikut waktu yang sepatutnya....
Tak jadilah aku stayback sampai malam bersama sdr. RAMLI.........
Kalau ANDA nak tonton video tu...ada..
DI SINI
...........................................................................................
Akhirnya....moga kita semua mendapat keampunan ALLAH SWT sentiasa
sehingga ke akhir hayat kita semua..........
sekian.....
daud.montak.zakaria

*credit to google picts....
No comments:
Post a Comment