Sunday, June 3, 2018

Jadual biasa hujung minggu...

Hari ni, AHAD, 3 Jun 2018, 18 Ramadhan...aku macam biasalah....pepagi hantar isteri
pi ke masjid untuk program IHYAQ RAMADHAN. Pendaftaran jam
8.00 pagi. Pelbagai pengisian program tersebut. Program
untuk muslimat sahaja. Program berkenaan
diisi dengan KULIAH DUHA,
SOLAT DUHA, SOLAT TASBIH, SOLAT HAJAT, dan TADARUS....

mesa mall...
bersebelahan mesa mall...
kedai baru bukak dalam mesa mall...AYAM PENYET...

Selesai hantar isteri ke masjid bangi, aku pi hantar pula anak bungsu aku ke pusat tution
di Nilai negeri Sembilan. Nama je negeri sembilan tapi kat sempadan
selangor je. Pusat tution tu diusahakan oleh
cikgu sekolah anak bungsu
aku...sekolah kebangsaan bangi...masuk tahun ni
rasanya dan masuk dua tahun anak aku tution kat sini, sejak tahun lima lagi....
Aku hantar anak aku jam 8.15 pagi sebab tution bermula jam 8.30 am.



bangkok street...
Lepas hantar anak, terus je pi balik rumah. Di rumah biasalah bulan bulan pose ni..duk
depan komputer je....layari internet....baca facebook. Haihhh....sekarang ni
banyak sangat cerita berkaitan kerajaan baru yang menyesakkan
dada membacanya. Hal yang paling sedih bila
semua dirombak....ada yang
ditukar dan macam
macam lagi....malah ada yang ditamatkan tugas...ngeri oooo...bila baca orang lain kehilangan keje.......Aku baca kat tengganu walaupun
PAS berkuasa tiada pun pegawai2 tinggi zaman BN yang diberhentikan
...semua diteruskan macam biasa, macam takde masalah je.....tapi
di kawasan kawasan lain terutama kerajaan
pusat ramai yang ditukar
dan ada jabatan
jabatan yang akan dimansuhkan
dengan tujuan jimatkan belanja...benarkah untuk jimatkan
belanja...Dalam hal jimatkan belanja, bonus pun diberi pada golongan
tertentu je dengan nilai yang sedikit...dan ada yang
tak diberi bonus pun...aku merupakan
salah seorang dalam golongan yang TIDAK DIBERI BONUS...huhuhu....apa boleh
buat la...REDHA je laaa....tapi kena bersyukur kerana tidak
termasuk dalam golongan yang diberhentikan keje
.....huhuhuhu........


lukisan kat belakang tu ada yang berharga lebih 30K...huhuhu....boleh bergambar je la...


Satu lagi isu besar yang berlaku dalam perubahan kerajaan sekarang ni ialah isu pelantikan
PEGUAM NEGARA. Calon yang diberi oleh PM baru belum lagi dapat
perkenan AGONG...huhuhu...jadi isu jugak ni.......Ramai yang
nak Peguam Negara biarlah orang Melayu
yang beragama Islam yang
bukan saja boleh menasihat AGONG dalam undang
SIVIL malah jugak undang undang SYARIAH.... Golongan yang
menyokong melantik orang bukan ISLAM sebagai Peguam Negara mengatakan bahawa
kalau dilantik orang melayu islam pun takde integriti jugak...rasuah jugak...huhuhu...
Ini hujah yang 'racist' jugak..bila dilantik orang melayu
je akan buat rasuah jugak dan tiada integriti
jugak...haihhhh......
Itulah hujah mereka....aku memang tak bersetuju dengan hujan 'cliche' tu..
Yang peliknya bukan saja orang bukan melayu yang cakap
malah orang melayu sendiri...tak secara langsung
dia sendiri pun sama akan buat rasuah
jika dilantik dalam satu satu jawatan tinggi dalam kerajaan....tentu tak berintegriti 
sebab dia jugak melayu.....huhuhu...
Tu lah sejak dari zaman
tok nenek dulu lagi melayu ni memang macam kurang cerdik je...opst! aku
pun da jangkit dengan nada 'racist' gak ni.....................
Dah la...malas nak panjangkan cerita ni......

semua lukisan2 ni beribu harganya...




Hampir jam 10.30 pagi aku pi gerak ke nilai untuk ambil anak aku dari pusat tution...aku bergerak
jam 10.15 pagi...tiba sana hampir jam 10.30 pagi...Tak lama kemudian anak aku
keluar dan terus masuk dalam kete. Aku bercadang tuk isi minyak kete.
Kami terus je pi ke taman semarak nilai tuk isi minyak.
Lepas isi minyak, takde benda nak
buat, aku ajak anak bungsu aku pi Mesa Mall
di Nilai negeri sembilan. Mall tu terletak di taman yang aku lupa
nama taman tersebut...tapi berhampiran dengan Nilai University...hampir dengan Nilai
Specialist Centre....masuk ke dalam lagi...

ni kawasan bangkok street...
bangkok street....
jualan raya...


Aku da pernah datang sini...rasanya da dua tiga kali kut.....kami masuk dan merayau dalam
mall tersebut...Nampaknya da ada rasa suasana hari raya...dengan lagu2 raya
yang berkumandang dalam mall. Orang pun macam ramai je...
untuk shopping raya...mungkin hari cuti kut...Ada jugak butik2 yang jual
baju raya....Kedai2 kasut pun ada
di sini dengan potongan harga yang agak besar jugak..
tak taula betul atau tak potongan tu atau dia letak harga tinggi dan buat
potongan yang banyak...padahal harga tu memang harga yang betul...harga yang tinggi
tu harga yang tak betul...sape tau kan...sekarang ni macam2 boleh jadi kannnn...



Banyak jugak kedai yang dah bukak dalam mall ni berbanding masa aku masuk dulu tu....
tapi harga barang tak tau la sebab kawasan ni merupakan kawasan elit atau
 salah satu kawasan elit di nilai niii... Biasanya kawasan elit tentu
harga barang pun berbeza jugak kan.....gamaknya....
Aku tak lama pun kat sini. Sebelum balik aku masuk kat
JAYA GROCER dulu untuk beli barang sikit....selesai je terus gerak keluar..




Dalam perjalanan balik anak aku ajak singgah kedai ikan untuk beli ikan laga...aku ikutkan
je.....Tiba di kedai tu aku bagi duit suh dia pi sendiri beli ikan tu.....malas aku nak
masuk kedai tu....kedai tu bukan wangi pun...huhuhu......Tak lama
kemudian dia keluar bawak sekor ikan laga dalam
plastik....Aku tanya harga...dia kata 10 ringgit
sekor...huhuhu....ikan macam tu pun 10 ringgit....masa aku kecik dulu
bersepah sepah dalam sawah...kami cari je dan tangkap..takde berbayar pun...sekarang ni
semua berbayar.....berpuluh ekor aku tangkap masa kecik dulu...
mana mana je ada kat dalam sawah tu.......Budak sekarang
bukan setakat nak tangkap ikan laga
kat sawah..sawah dan pokok padi pun dia orang tak kenal...mungkin ada
yang kata pokok padi macam pokok kelapa...ekekeke...gamaknya la kan....hahaha...




Tiba di rumah lebih kurang jam 12.30 tengah hari. Macam biasa bukak komputer la bila
duk dirumah. Lebih kurang jam jam 2.00 petang isteri call suruh amik dia
kat masjid...terus start enjin kete dan gerak ke masjid...
Tiba di masjid...isteri aku datang dan masuk kete..
Aku biasalah....tanya la sikit sikit berkaitan program tu....kena 
gak amik tau apa yang pasangan kita buat .....tak gitu....kalau tak rumah tangga akan
jadi rumah tangga robot yang tak cakap apa pun....kan..kan...kan.....

Akhirnya...aku doakan moga kita semua..tak kiralah sama ada aku kenal atau tidak...
..moga kita semua akan sentiasa mendapat keampunan daripada ALLAH SWT
 hingga ke akhir hayat kita....sebab kita manusia biasa
yang sentiasa je berdosa....kan...kan...
Nikmat besar bila kita sentiasa diampunkan oleh ALLAH SWT
hingga ke akhir hayat kita....tapi jangan lupa dosa
sesama manusia pun kita mesti
mohon kemaafan daripada manusia berkenaan...tu sebab kita jangan
sekali kali buat dosa dengan manusia yang mustahil untuk jumpa dia untuk tujuan
mohon maaf...contoh seperti kita mengumpat dan memfitnah
raja arab saudi kat sana tu....bila masa pulak kita
nak jumpa dia untuk minta maaf...huhuhuhu...kan...kan...kan...

...sekian.....

daud.montak.zakaria

No comments:

Post a Comment

TETAMU SYAWAL..

Diari DAUD : SABTU lalu, rakan dan juga sedara aku, MIZI berkunjung ke rumah. Dia ni memang salah sorang daripada rakan baik aku. Rakan aku...