Hari ni Khamis, 14
Jun...merupakan hari terakhir pose. Malam ni da takde tarawikh lagi dah...tunggu
taun depan kalau panjang umur...moga ada lagi ramadhan
untuk aku di masa akan
datang...aamiinn...
Aku nak cite sikit je kat sini...catatan seminggu aku sebelum hari raya....
Aku nak cite sikit je kat sini...catatan seminggu aku sebelum hari raya....
Isnin, 11 Jun...aku buat rakaman video BICARA PERSADA...ia merupakan satu program bentuk forum. Kali ni tajuknya PASCA PRU 14. Video berkenaan
dah siap edit dah...banyak maklumat dalam tu berkaitan
PERLEMBAGAAN yang diperbincangkan oleh ahli
akademik kebanyakannya dalam bidang undang2. Aku sarankan
patut tonton kerana ia mengupas pelbagai isu berkaitan perlembagaan negara
dan undang undang. Kena dengar ni supaya kita semua faham berkaitan undang2 dan perlembagaan negara. Aku masih ingat satu ungkapan....seorang ahli akademik
mengatakan...’ akta hasutan tak perlu dimasuhkan.....
Akta tersebut dapat menjamin kedaulatan dan menghormati semangat
dan peruntukan perlembagaan....’ Jadi fikirkan dengan sebaik baiknya. Sebagai rakyat
kita kena kritis, jangan ikut je tanpa sebarang soal jawab....jangan jadi lembu
yang dicucuk hidung...zaman tersebut rasanya dah berlalu...huhuhu...
Jadi tontonlah video penuh BICARA PERSADA di bawah tu...
biarlah la kita jadi warga yang bijak...yang bermaklumat...tak jumud...
Malam 11 Jun tu pulak, jam satu tengah malam, amik anak aku yang balik dari arau, cuti raya katanya. Lepas isyak tido sat sebab tengah malam nak bangun, gerak ke stesen
komuter kajang. Aku pi kajang dengan isteri dan anak bungsu.
Memalam ni takut jugak memandu sensorang.....
Tiba di stesen komuter kajang lebih kurang jam 12.15 pagi. Kene tunggu lebih
kurang 45 minit untuk ETS tiba di kajang. Menung je la kat stesen tu...kaunter tiket pun
da lama tutup. Aku parking kete tadi pun orang tu da tak bagi parking kat dalam parking bertingkat tu, sebab da tengah malam. Dia bagi parking kat ruang luar drpd
kaunter bayaran tiket...parking free...Lebih kurang jam 12.45 pagi
ETS sampai...tunggu sat...tak lama muncul anak aku...
seterusnya kami pi ke kete dan masukkan beg seterusnya gerak balik ke bangi.
Walaupun da pagi banyak jugak kete kat jalanraya....
DI STESEN KOMUTER, KAJANG..
Hari ni selasa 12 Jun....Hari ni aku cuti, bawak isteri dan anak
pi beli pakaian raya untuk mereka. Beli setakat yang mampu je. Bukan kerajaan
je yang tak cukup duit, aku pun sama, jadi beli je mana yang mampu...Anak2 perlu baju baru untuk raya sebab mereka yang paling gembira hari raya ni...yang da
berusia macam aku ni kalau tak cukup duit boleh kitar semula je
baju2 raya yang lama tu...huhuhu...itu pun kalau muat
lagi...hahaha. Biasanya yang tak muat tu bahagian perut je..huhuhu....
Da nak raya ni pun masih ramai lagi yang beli belah
Da nak raya ni pun masih ramai lagi yang beli belah
baju raya kat sini. Kami beli baju tak jauh pun...pi nilai tiga je...cukup la tu...nak pakai
baju raya bukan lama pun sehari je pun...Ramai jugak orang kat sini ...datang
dari merata tempat...ni betul2 shopping last minit ni..... Sebagai bapa
wajib beli pakaian untuk anak bini...jadi beli setakat yang
kita mampu je..Itu yang penting...niatkan kerana ALLAH....
untuk penuhi apa yang diperintahkanNYA...bukan sebab untuk riak dan seumpamanya...Taun ni jugak anak nak yang sedondon...bagi aku tak kisah pun...
sedondon atau tak..tak menjadi hal bagi aku...tapi tu lah...dah anak nak
macam tu...ikut je la...bagi aku kalau aku pakai t-shirt hari
raya pun aku tak kisah...peduli apa aku...kalau orang nak kata apa pun ...silakan...aku
kisah pun tak...huhuhu....
DI NILAI 3 N.SEMBILAN
Ketika aku update blog ni, terpandang pulak sisa dakwat PRU kat jari aku ni...tinggal sikit
lagi untuk hilang. Wuhooo...diam tak diam PRU 14 da lebih sebulan meninggalkan kita sejak 9 Mei 2018. Banyak sejarah yang telah terukir di PRU 14 ni. Yang paling utama parti BN iaitu pemerintah telah tombang dalam usia 60 tahun. Ada yang kata BN telah besara wajib 60 tahun...huhuhu...Ini merupakan sejarah yang besar. Tidak dijangka parti yang berkuasa sejak negara merdeka telah kecundang dengan agak teruk....

Sekarang ni parti pakatan harapan membentuk kerajaan. Yang melakar sejarah juga dalam PRU 14 ni ialah Tun Mahathir. Dia telah menjadi PM ke 7 ...ia merupakan satu sejarah jugak dalam negara. Ini merupakan kali kedua dia jadi PM setelah kali pertama
dalam kerajaan BN dalam tahun 80-an. Sejarah jugak telah terlakar
kerana dia merupakan PM yang tertua di dunia pada usia 93 tahun....rasanya la...
dalam kerajaan BN dalam tahun 80-an. Sejarah jugak telah terlakar
kerana dia merupakan PM yang tertua di dunia pada usia 93 tahun....rasanya la...
Sejak jadi PM ada beberapa manifesto telah dipenuhi iaitu mansuh GST, kebebasan media, tunda bayaran PTPTN, dan sebagainya lagi... serta yang paling kontroversi ialah
lantikan peguam negara. Janji mereka untuk penuhi semua yang ada
lantikan peguam negara. Janji mereka untuk penuhi semua yang ada
dalam manifesto dalam masa 100 hari...Tapi nampaknya
ada tanda2 tidak dapat dipenuhi dalam masa
100 hari kerana masalah hutang negara yang tinggi yang
ditinggalkan oleh kerajaan lalu...huhuhu...itu kata mereka...apa apa lah...Namun
perkara yang dekat dengan aku ialah bonus...bonus tak boleh dibayar kepada
semua kakitangan awam..gred 41 ke bawah je boleh dapat bonus...aku terlepas la tu...apa boleh buat lah...segala rezeki telah ditentukan oleh ALLAH SWT...kena redha je....
dan jangan mengeluh....jangan mengeluh...hahaha...
Aku tak tau nak kata apa...sama ada nak menyokong atau tidak kerajaan sekarang...
Namun disebabkan kerajaan sekarang lebih terbuka...aku bebas untuk
menyokong ataupun tidak. Bagaimana pun sama ada aku
menyokong atau tidak, ia tidak menjadi bekas sikit pun
pada kerajaan baru...sebab aku sorang je yang begitu...mungkinnnn...
Walaupun begitu bukan semua yang kerajaan buat tidak baik...mana yang
baik aku akan sokong habis habisan...tapi aku sebagai golongan marhain tak beri bekas apa apa pun sama ada aku sokong atau tak....huhuhu...

Kes terbaru dalam kerajaan baru ialah kes berkaitan agung iaitu bajet agung yang besar.
Ada dikeluarkan secara umum oleh pihak atau orang tertentu. Ada yang nak
Ada dikeluarkan secara umum oleh pihak atau orang tertentu. Ada yang nak
jadi juara mengetengahkan isu ini..juara konon...huhuhu...Ia
menjadi berita besar. Pada aku pendedahan tersebut
patutnya tidak secara terbuka kepada umum
kerana ia mengundang komen komen terbuka secara biadab
dikalangan rakyat terutama di negara kita yang berbilang kaum ni. Nape tak
disuarakan secara tertutup... yang tidak mengguris sesiapa pun. Pada aku biar PM yang buat pendedahan di majlis raja2, rasanya itu lebih manis. Bukan kah PM boleh
‘memberi nasihat’ kepada raja raja. Yang orang lain rakyat biasa
tergedik gedik buat teguran kenapa......gila kuasa ke...huhuhu..opst! Pandangan aku
kalau betul pembaziran besar macam itu berlaku memang patut ditegur.
Aku berpandangan siapa pun yang menjadi pemerintah kalau boleh biarlah seperti
Khalifah Umar bin Abdul Aziz. Namun aku yakin raja raja hari ini ataupun pemerintah hari ini tak mampu pun nak buat macam tu. Kalau mampu tentu takkan ada terjumpa wang
berkepuk kepuk tersimpan dalam rumah bekas pemimpin...itu yang
kita tau...itu pemimpin yang kita tau...macam mana pemimpin lain yang kita tak tau...huhuhu...opst!
Tuksah la kita bincang pemimpin yang besar besar...tengok je di kampung kampung da
cukup....cuba tengok ketua kampung...ahli jkkk di kampung...dia orang
cukup....cuba tengok ketua kampung...ahli jkkk di kampung...dia orang
macam senang je hidupnya...kalau yang betul2 nak berkhidmat
untuk rakyat mesti dia orang akan bantu jugak orang
kampung yang tak menyokong kerajaan jugak... tapi...itu tak berlaku pun....
tu lah.... perkara yang sebaliknya pulak yang berlaku...
cuba la selidik bekas bekas jkk kerajaan yang lepas...kalau
berani la...tapi aku yakin orang melayu ni memang penakut pun atau
bangsa melayu ni memang bangsa tak kisah.....tambah2 yang yang jadi
‘keyboard warrior’ macam aku ni...oopst! Kalaulah pemimpin jadi macam pemimpin
islam yang tulen takkan jadi macam tu... Kalau dia orang buat macam khalifah
umar bin abdul aziz tu tentu tiada wujud pun orang miskin kat negara ini
dan tak wujud pun gelandangan yang bersepah kat merata rata tu....
huhuhu...Jadi...apa apa pun kalau nak tegur golongan yang termaktub dalam
perlembagaan silalah ikut peraturan yang betul.....unik negara kita ni kan....kalau taknak ikut peraturan...rasanya da boleh pindah ke negara lain kut...ataupun balik la ke
negara 'akar umbi' negara bangsa sendiri tuuu.....
negara 'akar umbi' negara bangsa sendiri tuuu.....
ooopst! hahahaha....Nanti ada yang kata Melayu pun boleh balik indon...hahaha...
dalam sejarah bangsa mana yang mula buka kerajaan yang bertamadun
di sesebuah lokasi, maka dialah yang punyai tanah berkenaan..
di sini...orang asli tak bukak kerajaan pun...di USA
red indian pun tak bukak kerajaan pun...
tu sebab orang putih yang pegang tanah di sana...kan...kan...kan...

Hari ni, Khamis 14 Jun iaitu sehari sebelum hari raya, aku masih keje....
Pepagi aku turun keje. Jalanraya tak sibuk macam selalu...lancar je...seronok
pulak aku rasa...Kalau macam hari keje biasa... kat sini pun jem giler pepagi macam ni...awal pagi lagi da jem kat sini...jam sebelum 7.00 pagi da lekat da kat sini........
Tiba tempat keje macam biasala...terus je bukak komputer untuk buat
editing........
HARI KEJE KHAMIS, JALAN BANGI DAN UKM
HARI KEJE KHAMIS, JALAN BANGI DAN UKM
Beberapa hari ni...sempat la aku edit beberapa buah video termasuk hari ni. Hari ni aku edit 3MT THESIS...sebelum tu sempat edit beberapa video termasuk BICARA PERSADA
KE 45 berkaitan PASCA PRU 14, PERLEMBAGAAN NEGARA. Sekali lagi aku
sarankan elok tonton
sarankan elok tonton
video ni untuk mereka yang nak tau berkaitan perlembagaan terutama
selepas PRU14 yang melibatkan perlembagaan. Tak rugi tonton
video ni...supaya kita tak komen merapu di komen2 facebook. Kita komen merapu
je bila melibatkan AGUNG dan PM sedangkan kita sendiri BUTA PERLEMBAGAAN. Sekali lagi aku minta tontonlah video ILMIAH ni yang ramai pakar undang2
dalam bicara ni....
Ada lagi video video lain ...sila tonton
DI SINI....
Sebelah petang hari ni aku ajak isteri pi nilai 3 untuk beli songkok dan kain pelikat untuk buat sampin baju melayu aku. Dah beli baju melayu kan....kena la beli songkok

dan sampin pulak. Aku beli kain pelikat je untuk baju melayu aku.
Aku tak gemar pakai sampin kain tenunan...
melainkan kalau nak kawen lagi...opst! InsyaALLAH itu mungkin tak akan berlaku
......kut....hahaha...
......kut....hahaha...
DI NILAI TIGA N. SEMBILAN
Harga kain pelikat dan songkok ni macam sama je macam dalam kerajaan lama...opst! Hahaha...bukan semua benda boleh turun harga...minyak cuma boleh
stabilkan harga je...nak turun macam tak nampak je...sebab
kerajaan sekarang kata harga minyak dunia meningkat...
Sekarang ni harga gas pulak naik...haihhh...tak tau la nak
kata apa...komen kerajaan baru masih belum ada lagi sampai la ni...
huhuhu...Kalau baca komen netizen dalam politik la ni...ada satu komen...
yang aku nak komen sikit...satu komen tu kata...'rakyat ni semua nak free...taknak bayar apa2....’ Aku berpendapat...kalau kerajaan mampu...apalah salahnya semua
free....kalau kerajaan mampu....tapi kalau tak mampu seboleh bolehnya
cuba kurangkan beban rakyat sebab bukan semua rakyat gaji belas
ribu atau puluh ribu sebulan...Bagi yang gaji belas ribu atau
puluh ribu sebulan...cubalah tunjukkan rasa empati dengan rakyat yang tak
berezeki puluh atau belas ribu sebulan. Jangan sombong dengan gaji yang tinggi tu...
ingat2 la...ramai yang gaji rendah dan ada yang hanya mampu jadi gelandangan je...Kalau Allah SWT nak jadikan kita tak bahagia tak sukar pun...Cuba baca akhbar ...
ramai yang banyak duit pun boleh bunuh diri...la ni ada beberapa
orang di barat yang banyak duit bunuh diri...itu tandanya duit bukan
sentiasa boleh dapat wujudkan rasa bahagia dalam hati...
tak gitu... Kalau kita banyak duit pun...bila2 masa Pencipta
boleh hilangkan rasa seronok kita tu sekelip mata je...contohnya bila
kita kene diabetes...makanan apa pun kita tak boleh nak nikmati dengan bebas lagi...
Jadi, hidup ni, kalau da banyak duit jangan kita sombong, riak dan sebagainya...banyak2 la bersedekah kepada manusia yang tak berapa nak senang tu...dan jangan mudah
sangat tulis komen sombong dalam FB dan sebagainya....Lagi satu ....ajal
kita bukan tentu...tak kira tua dan tak kira muda la ni....kadang2
tengah sedap main bola boleh mati sebab jantung...pada hal main bola tu da
jadi rutin dia hari2....main bola tu boleh sihatkan badan...huhuhu...ooopst!
![]() |
lemang ni... |
Balik dari nilai 3 sempat lagi beli lemang dan rendang....da ramai orang jual lemang kat
seri putra tu...rendang pun ada jual...tapi macam mahal je....apa boleh buat la...
nak makan beli je la walau terasa mahal...rendang ayam, dua ketul tak besar
mana pun...rm7 ringgit....pada yang gaji puluh ribu mungkin takde
pape pun kannnn.......takde hal punnnn...
Hermmm...raya tahun ni aku tak
balik kampung...
ini pertama kali aku tak raya di kampung walaupun dua2 emak
bapak aku dan emak bapak isteri aku.. lama da takde...Kalau balik pun jumpa adik beradik
dan sedara mara je... Kali ni raya di bangi je...sebab raya ke 4 nanti nak terus amik
anak kat arau untuk cuti semester. Amik dia nanti terus je balik kampung...
singgah sat kat rumah adik kat kampung. Kampung aku kat perak...
rehat sari dua kat sana...Sebenarnya aku cuti lebih seminggu hari raya ni...27 Jun baru masuk keje....saje je cuti panjang...
Aku cadang nanti bila pencen nanti nak duk je kat kampung....ada sikit tanah aku kat kampung tu, cadang nak buat rumah kat situ....Nak sepikan diri kat kampung ...tunggu mati je....malas nak sibukkan diri dengan hal dunia lagi...InsyaALLAH moga ALLAH SWT
mudahkan plan aku ni...huhuhu...Aku tulis kat sini bukan sebab nak tunjuk2
atau riak... tapi ingin pembaca turut aminkan plan aku ni supaya
menjadi dan tak sangkut memana...huhuhu.....

Oooopst! Rasanya cukuplah aku
tulis setakat ini je....sempena nak dekat raya ni...
esok....aku nak ucapkan selamat hari raya kepada semua, maafkan semua dosa aku
dan ampunkan semua dosa aku....tak kiralah dosa dulu, kini, dan dosa yang akan datang...selamat hari raya, maaf zahir dan batin......

Akhirnya moga kita semua tak kira
sape pun...sama ada aku kenal atau tak...
akan sentiasa mendapat keampunan daripada ALLAH SWT atas semua dosa
kita hingga ke akhir hayat...mana ada nikmat yang lebih besar selain
daripada sentiasa mendapat keampunan ALLAH SWT....
akan sentiasa mendapat keampunan daripada ALLAH SWT atas semua dosa
kita hingga ke akhir hayat...mana ada nikmat yang lebih besar selain
daripada sentiasa mendapat keampunan ALLAH SWT....
Sekian....
No comments:
Post a Comment