Saturday, June 30, 2018

Catatan Syawal lagiii...

Sabtu...30 Jun 2018...hari ni besan kami akan datang ke rumah kami. Masa kami tiba
dari kampung itu hari isteri aku pelawa  besan kami untuk datang ke rumah
Masa tu kami baru balik dari kampung dan singgah makan
makan kat rumah anak menantu kami...rasanya
hari Ahad lepas. Dari Perak kami terus singgah di rumah anak
menantu kami tu.


Malam sebelum Sabtu kami da beli
segala yang perlu untuk masak masak tu nanti. Kami tak buat
rumah terbuka pun. Tak pernah pun buat...sape nak datang sila gitau, senang aku nak pi cari lemang tu...ekeke....Sabtu pagi tu isteri aku dan anak pompuan aku masak makanan
yang diperlukan....rendang...laksa...mee goreng...kuah kacang...dan sebagainya.
Pepagi dalam jam 10.00 pagi aku pi teras jernang untuk beli
lemang di sana. OK gak lemang kat sana tu.....Tak jauh pun lebih kurang 10KM je.

Tiba tempat lemang tu...tanyalah tuan lemang tu...
dia kata ada buat tempahan ke...aku kata takde...dia kata tunggu dulu 
sebab lemang sedang dibakar...whaaa...nampaknya banyak betul lemang sedang ditempat
membakar...mungkin lebih kurang beberapa ratus kut...Harga lemang tersebut
ialah RM14...RM16...dan RM18...Bukan aku sorang je pelanggan
tapi ramai...tak putus orang datang membeli.......
Fikirlah kalau RM14 untuk seribu batang setiap hari....whaaa....banyak betul duit tu...

Sedang menunggu akhirnya tuan lemang tu bagi bahagian orang lain yang telah siap dibungkus kat aku...begitu juga beberapa orang lain yang tak buat
tempahan tu...ok la cara macam tu.....nanti bila yg buat
tempahan datang boleh la bagi yang ha hampir
nak masak kat pembakar tu......
Mana yang dah ditempah dulu akan dibungkus siap siap....yang tak tempah kene
tunggu la bila dah masak dibakar....maknanya kalau tuan yang da
tempah tu datang dia kena tunggu la kalau
belum masak lagi.........


Dapat je lemang tu aku terus balik...aku 
beli RM16 untuk 3 batang. Tiba di rumah isteri dan anak pompuan aku
sedang masak....tapi disebabkan gas habis, stop dulu masak....gas abis masa  aku beli lemang tu la..
Tiba rumah beri lemang kepada isteri dan aku angkat tong gas masuk kete. Isteri
aku kata gas abis kat kedai berhampiran dan perlu cari sendiri
kat kedai runcit di kedai kedai di sekitar yang jauh sikit
kalau guna kete...jauh banyak kalau berjalan...

Kami pi pekan bangi...takde...pi seri putra...abis gak...pi ke bukit mahkota...
kedai pertama kata da abis....kemudian pi kedai kedua...barulah dapat kami beli...baru la ada gas tu....
...laku pulak gas masa syawal ni....agaknya sebab nak jamu tetamu kut
...tu sebab memasing memasak je kat umah memasing.....Bila gas da ada maka sambung la aktiviti memasak tu....


Sebelah petang...lebih kurang jam 2.00 petang lebih...anak menantu aku tiba di rumah.
Tak lama kemudian keluarga besan kami tiba....besan lelaki dan
tiga orang anak mereka tak turut serta...mereka ada
hal memasing yang tidak boleh dielakkan...
Aku tak shoot foto pun...rasa segan pulak nak rakam...
anak dan isteri aku pun tak rakam jugak...sepatutnya aku rakam sebab
suasana ini hanya wujud sekali je dalam bulan SYAWAL ...setaun sekali baru boleh jumpa macam ni...apa boleh buat la...Beberapa ketika kemudian bila da selesai
makan mereka minta diri untuk bergerak...kami sempat
bekalkan laksa untuk menantu lelaki mereka.
Dia sempat datang sebentar sebelum bergegas keluar kerana ada hal penting untuk diselesaikan....moga urusan dia dapat diselesaikan dengan sempurna.....



Anak menantu kami tidak turut serta dengan mereka sebab rakan anak lelaki tua aku
akan datang beraya kerumah ni...jadi dia terus tunggu je di sini....
Tak berapa lama...rakan anak tua aku tiba dengan
isteri dan anak anak dia....jemput mereka semua makan....Rakan anak
tua aku tu merupakan kawan lama...dari sekolah rendah hingga sekolah teknik di sepang tu.
Kira kawan lama la tu.....
Anak tua aku dengan keluarga rakannya tu akan bergerak
pula ke rumah kawan mereka yang lain untuk beraya...mereka pi bersama-sama........
Menjelang petang sikit...anak sedara isteri aku datang iaitu keluarga Mae 
dan isterinya Tini serta anak anak....jemput makan semuanya...
Bersembang sambil makan...moga ikatan keluarga
bertambah erat....jangan putus.......Selesai makan mereka mula bergerak........


Dalam jam 6.00 lebih  isteri aku pi bertandang rumah jiran berkongsi
dinding dengan kami...Aku pun cikgu tu ada pelawa tapi takpa la biarlah isteri 
aku je yang wakilkan....rumah terbuka tu dari jam 2.00 ptg hingga jam 7.00 malam...Isteri
aku pi sebelah hampir jam 7.00 malam....takpe la yang penting ada wakil yang
pi supaya dapat memenuhi pelawaan cikgu tu...moga keluarga
mereka sentiasa dirahmati dan diberkati ALLAH SWT dunia hingga ke syurga..aamiinnn...

Malam pulak keluarga Samad iaitu biras aku yang duk dekat rumah aku bertandang ke rumah pulak. Masa tu aku letih sangat dan tertidur...makan masa la sikit nak kuar 
dari bilik ...Mereka datang satu keluarga dengan keluarga Dila anak sedara 
isteri aku iaitu anak encik akhir. Lama jugak sembang sambil makan2..
Alhamdulillah makanan cukup sampai ke tetamu yang datang 
waktu malam.....alhamdulillah....

Moga semua mereka yang bertamu di rumah aku sentiasa dirahmati dan diberkati
ALLAH SWT dari dunia hingga ke SYURGA begitu juga semua
kaum uslimin dan muslimat semuanya...aamiiinnn...


Maaf la aku tak dapat sertakan foto foto di sini sebab aku tak rakam sebarang foto pun masa mereka berkunjung ke rumah aku tu....huhuhu....

Ahad, 1 Julai 2018....
pepagi jam 8.00 pagi hantar anak pi tution di sekolah dia. Cikgu kelas dia je yang buat kelas tambahan hari Ahad ni....rajin cikgu tu untuk murid2
dia...moga dia sentiasa dirahmati dan diberkati ALLAH SWT
sentiasa......
boring gak tunggu lelama...
depan pintu sekolah
dua sejoli....
dua sejoli....
Sebelum jam 11.00 pagi aku gerak ke sekolah untuk amik anak aku tu...dalam masa tunggu anak hampir setengah jam tu, sempatlah tonton dua sejoli kat pagar sekolah tu...
memadu kasih kut...huhuhu....tebal kasih sayang antara mereka...masa 
budak2 kuar pagar tu barulah mereka blah...huhuhu....
Dalam jam 11.20 pagi baru anak aku kuar. Masuk masuk je dalam kete ajak aku
pi kedai basikal...dia kata nak beli sport rim untuk basikal
dia tu...macam macam la budak lelaki ni....Dia suh aku tambah separuh untuk
beli rim beskal kat kedai cina pekan bangi tu....aihh...budak lelaki ... tu la kejenya........
Terbang la lebih rm50 untuk satu rim beskal......




...........Macam macam la budak lelaki ni kann...kannn....aihhhh.....

Petang ni isteri aku pulak ada program dengan rakan rakan dia...agaknya program yang ada makan makan la kut.....tapi aku lebih prefer untuk duk kat umah jee...huhu..
Moga aku, isteri dan semua anak2 menantu aku sentiasa diberkati 
ALLAH SWT dari dunia hingga ke syurga...aamiiinnnnnn...

Akhirnya moga kita semua, tak kiralah aku kenal atau tak, akan sentiasa mendapat keampunan daripada ALLAH SWT sentiasa atas semua doasa
kita sepanjang hidup ini sehingga ke akhir
hayat kita....sesungguhnya memang tiada yang lebih baik
melainkan sentiasa mendapat keampuanan ALLAH SWT hingga ke akhir hayat..aamiinnn..

....sekian....

daud.montak.zakaria

No comments:

Post a Comment

TETAMU SYAWAL..

Diari DAUD : SABTU lalu, rakan dan juga sedara aku, MIZI berkunjung ke rumah. Dia ni memang salah sorang daripada rakan baik aku. Rakan aku...