Friday, October 12, 2018

Isteri Pi Hutan Paya Bakau Sijangkang Selangor...

 Taman Rekreasi Paya Bakau Kampung Sijangkang, Kuala Langat, Selangor..



Hari ni SABTU, 13 OKT. 2018...isteri aku pi buat lawatan ke Hutan Paya Rekreasi Paya Bakau Sijangkang. Dia bersama beberapa orang pengajar tadika bawa kanak kanak
 tadika ISLAM AL HUSNA pi buat lawatan. Lawatan tersebut juga disertai 
oleh ibubapa kanak kanak berkenaan. Lawatan ni memang menjadi 
program tahunan tadika berkenaan...cuma lokasi lawatan aje
yang berbeza dan pelbagai...




Lawatan kali ni aku tak pi pun
tapi lawatan yang lepas aku pi bersama tika
dia orang buat lawatan ke pantai...la....aku da lupa pantai mana..
nampak sangat aku da banyak umor...bukan tua...hahaha...Aku jugak pernah pi ke hutan
bakau sijangkang ni tahun lepas dan aku pernah tulis blog berkenaan
kunjungan aku tu......
Boleh baca blog aku berkaitan kunjungan pertama aku ke Hutan Rekreasi 
Paya Bakau Sijangkang tu kat...





Jam lebih kurang 8.00 pagi isteri aku minta hantarkan
dia dan anak bungsu aku ke depan taman berhampiran bangunan kedai
tempat berkumpul sebelum pi ke sijangkang tu. Tiba di sana isteri turun serta anak bungsu aku...Isteri aku dan rakan tadikanya uruskan kanak kanak tadika sebelum
naik bas....Rombongan tersebut bukan saja disertai guru
tadika tapi jugak disertai oleh emak bapak
yang sedia untuk turut serta..

Tak lama aku kat situ dan lepas snap beberapa
foto aku pun balik walaupun mereka belum mula bergerak pun....
Berikutnya aku cuma dapat foto foto yang dirakam oleh isteri aku dan pengajar yang ikut serta tu...




Sijangkang terletak di Teluk Panglima Garang Kuala Langat Selangor. Asal penduduk di sini dari Indonesia..mungkin Jawa dan Aceh...tak pasti, tapi dia orang memang
dah menetap lama di sini bersama keturunan mereka...macam kita
semua la yang boleh katakan berasal dari Indonesia...
Ada jugak orang Malaysia ni yang
dibawa oleh Orang Putih untuk dijadikan pekerja ladang
yang sekarang ni da beranak pinak dan ada di bahagian bahagian tertentu
Tanah Melayu ni...aku ulang sekali lagi TANAH MELAYU! Ada jugak yang dibawa orang putih dari Tiongkok yang da beranak pinak dan menjadi golongan elit
yang menguasai 80% ekonomi negara...apa boleh
buat la....memang teruk orang putih ni..mana aje dia orang pi dia orang akan
 rosakkan struktur bangsa yang mereka jajah....apa boleh buat laaaaa.......
Selain tu perangai 'kita sendiri' mainkan peranan jugak hingga 
orang yang dibawa orang putih
tu boleh kuasai macam macam....faktor utama kita taknak
BERSATU PADU...penuh khianat dengan bangsa
sendiri dan tak sayang bangsa sendiri....jadi kesannya da nampak da....opst! melalut pulak aku.....hahaha...






 Dikatakan nama sijangkang ni diambil sempena nama POKOK SIJANGKANG
yang wujud dalam rimba bakau tu....Taman Rekreasi Paya Bakau
Sijangkang ini telah diwujudkan seawal tahun 2014
atas idea dan inisiatif penduduk di sana.
Pelawat boleh melawat dalam hutan bakau tersebut
dengan mengikuti laluan yang telah dibina. Pengunjung boleh melalui 
laluan berkenaan hingga tiba di kuala Sungai Langat yang luas di penghujung laluan berkenaan...aku masih lagi ingat sikit sikit masa aku pi berkunjung ke sana 
bersama keluarga jiran dan rakan isteri aku dulu tu.....Laluan
 tersebut lebih kurang 800 meter dan mungkin telah 
ditambah lagi kut selepas kunjungan 
aku dulu..........Sekarang ni aku da tak tau perkembangan tempat tu sekarang ni...





Untuk masuk ke Hutan Rekreasi ni dikenakan sedikit bayaran
...tak mahal mana pun...murah aje...tak caya pi la, mana yang boleh pi ke sana....
Aku tulis kat sini pun atas sisa sisa ingatan aku semasa melawat ke sana lama dulu...ada dalam tulisan blog aku dulu.....Di sana jugak wujud aktiviti aktiviti lain...lain yang 
boleh dilakukan oleh pengunjung selain aktiviti rentas hutan bakau tu..... 
Pi la sana dan rasai la apa yang boleh dinikmati
di sana tu....bukan mudah nak tengok hutan bakau bagi kita yang duk kat
 tengah tengah ni...hutan bakau ada di tepi laut aje.......Melalui facebook hutan rekreasi tu
ramai jugak pengunjung yang berkunjung ke sana sama ada dari dekat dan
yang jauh tapi tak la sejauh planet marikh tu...ekekeke...opt! gurau
je tu....Ramai jugak yang datang ke sana dalam kumpulan
kumpulan termasuk daripada IPTA dan IPTS
dan sebagainya lagi.......cuba la selidik atau intai facebook hutan rekreasi tu...banyak dapat maklumat dari sana yang terpapar kat FB tu....





Moga segala urusan isteri aku serta semua yang menyertai lawatan ke 
Kampung Sijangkang tersebut beroleh manfaat untuk semua serta moga mereka semua
jugak sentiasa dilindungi dan sentiasa dirahmati oleh ALLAH SWT...aamiinnn...
Menjelang lepas Zohor mungkin mereka akan kembali dan tiba
di sini...insyaALLAH.....



Akhirnya doa aku untuk semua, sesapa saja, kaum muslimin dan muslimat
seluruhnya akan mendapat keampunan ALLAH SWT atas segala dosa kita hingga ke akhir hayat kita....aamiiinnnnn.........

~  SEKIAN  ~

daud.montak.zakaria

No comments:

Post a Comment

TETAMU SYAWAL..

Diari DAUD : SABTU lalu, rakan dan juga sedara aku, MIZI berkunjung ke rumah. Dia ni memang salah sorang daripada rakan baik aku. Rakan aku...