Monday, August 19, 2019

Cerita semalam dan hari ni...


tasek kejuruteraan ukm
Diari Daud - Semalam, Isnin, 19 Ogos 2019...lepas pi hantar anak ke Cyberjaya, aku terus aje pi tasek ukm sebab nak panaskan badan dan nak buang sikit kalori
yang dah dibawa masuk ke dalam tubuh sejak beberapa
hari yang lalu. Nak buang semua rasanya
macam tak boleh kut
Daripada tak dibuang langsung...... sekurang2nya sikit pun ok la tu...kan...

tasek kejuruteraan ukm
lebih kurang macam ni la lotong yang aku nampak tu....
Sampai kat tasek tu dah agak lewat dah sebab pagi ni jem teruk masa hantar anak ke Cyberjaya tu.
Sampai je kat tasek tu hari dah tinggi dah...dah jam hampir 
10 pagi kalau tak silap. Jadi terus aje panaskan badan dengan berjalan
di trek dipinggir tasek tu. Berjalan aje...nak joging lutut dah tak kuat...Nampaknya pekerja2 sedang bersihkan sekitar tasek tu. Jadi aku tak berjalan jauh pun tapi cuma guna
sedikit bahagian trek kat tasek tu untuk jalan ulang alik selama
sejam aje.

saje je ni...
nampak cantek view ni...
lagi view kat tasek ni
  Jadi takde la aku melalui kawasan yang pekerja tu sedang bekerja.
Hari ni pun kaki tak berapa elok dan berjalan biasa aje takde pantas mana pun. Tu sebab walau sejam aku tak mencapai ke jarak 5Km pun. Masa aku berjalan tu sempat
pulak jumpa sekor kera lotong yang ada di pokok kat trek tu...Tak sempat
aku nak snap foto dia...dia dah cepat blah dari situ...
Teruja jugak dapat tengok lotong tu,
bukan sebab apa tapi sebab aku jarang nampak lotong ni, maklumlah bukan aku duk kat hutan...kalau duk kat hutan tentu aku boleh lihat hari hari...hahaha...opst!
Biasanya lotong hidup berkumpulan dan setiap kumpulan
menguasai sesebuah kawasan. Tapi hari
ni aku jumpa sekor aje
takde kumpulan pun...mungkin dia terpisah daripada kumpulannya atau mungkin ia dipulau daripada kumpulannya...sape tau kan....nak tanya pun tak sempat...hahaha...
Selesai aje panaskan badan selama sejam pertama untuk minggu ni, maka terus aku balik dan tak dapat jumpa dan bersembang dengan Wak Jawa yang bersihkan
kawasan tu...Hampir jam 11 pagi baru aku gerak balik...
dah lewat dah...Ada dua jam lagi untuk dipenuhkan masa 3 jam untuk panaskan badan minggu ni....mungkin rabu dan jumaat nanti...




Ok lah hari ni dapat berjalan sejam dengan jarak kurang daripada 5 kilometer..Rasanya ok la tu kan...jangan takde langsung berjalan...nanti ada kalori yang bertapa dalam
badan pulak kan...jadi khaznah badan pulak dan kekal
selamanya dalam badan...kan...kan...

KKBSP
Waktu petang lepas zohor aku pi pulak ke Klinik Kesihatan Bandar Seri Putra sebab aku ada temujanji dengan doktor petang ni. Tiba aje kat klinik tu terus isi
borang pendaftaran dan beri kepada staf di kaunter.
Staf kaunter tu kata aku dah silap isi borang
pendaftaran, borang kuning yang aku isi tu untuk orang yang
pertama kali datang ke klinik tu...sedangkan aku sebenarnya dah berkali kali
datang kat klinik...Aku tak dapat nak kata apa lah itu memang silap aku...memang aku tak tau pun...La ni aku dah tau dan lain kali aku dah pandailah nak isi borang putih tu...Apa apa pun staf tu amik jugak borang yang aku isi tu...alhamdulillah.....
Alamak hari ni memang ramai orang
yang nak dapatkan rawatan...
Masa aku datang sebelum sebelum ni taklah seramai hari ni...tak tau kenapa...memang ramai sangat hari ni.....

saje je gelapkan view kaunter pendaftaran ni...
tengah tunggu untuki masuk bilik 26
tunggu giliran
Bila nama aku dipanggil aku terus pi ke kaunter tu dan staf kat kaunter tu beri aku fail dan suruh aku pi ke kaunter 26. Jenuh la jugak aku cari kaunter 26 tu...macam
tak jumpa pulak...bukan besor mana pun klinik tu...Agak lama
aku cari akhirnya jumpa gak
...bukan jauh mana pun kat kawasan tu jugak
cuma lokasinya agak tersembunyi sikit...maklumlah ini kali pertama aku diminta pi ke kaunter 26 tu....biasanya pi kaunter 17 aje...Aku letakkan kad aku tu dalam
bekas yang disediakan di
sebelah pintu kaunter 26 tu...Agak lama jugak aku tunggu,  barulah nama aku dipanggil...
Masuk aje terus dia cek tekanan darah...alamak...kali pertama
tinggi sangat 155 dan dia kata cek lagi sekali dan suruh aku relax...Aku tak taulah
nape tinggi sebab kalau kat rumah aku cek tak tinggi mana pun. Mungkin sebab dada aku berdebar setiap kali jumpa klinik...Bila nak cek tekanan darah automatik
dada aku akan berdebar tanpa dapat dikawal...
Kali kedua dia cek baru dapat
140...itupun macam tinggi aje walaupun nurse
tu kata ok...Tapi sebenarnya kat rumah aku cek biasanya dapat dibawah 140.
Selain dari itu dia catat semua profile aku seperti berat, tinggi dan sebagainya termasuk sejarah kesihatan keluarga aku....

tunggu jumpa doktor
tunggu jumpa doktor
tunggu farmasi
Selesai aje aku terus diberi fail tu dan suruh aku letakkan di bilik nombor 24 untuk berjumpa dengan doktor. Selesai bubuh fail ke dalam bekas di bilik nombor 24 tu
aku pun tunggu lah nombor giliran dipanggil...Ramai sangat
orang yang menunggu untuk jumpa
doktor hari ni walaupun waktu tu waktu petang. Cuma yang
terbaiknya terdapat ramai doktor yang akan memeriksa pesakit hari tu...Kalau
tak silap aku... bilangan doktor yang akan bertemu pesakit lebih kurang 6, 7, atau mungkin ramai doktor kut...
Kemudian nombor giliran aku dipanggil....aku berjalan ke bilik 24 dan terus masuk...Aku bagi salam kat doktor wanita yang sedang menunggu kat dalam tu...
Aku pun duduklah dan bermulalah sesi soal
jawab dan sebagainya...
Tak perlulah aku detailkan kat sini
kan...aku merupakan pesakit jadi rahsia pesakit kena la
dirahsiakan .. kan...kan...ekekeke....opst! Sebenarnya doktor yang aku jumpa tu
baik sangat, boleh berbincang dan sebagainya...Aku memang suka kalau bertemu dengan penjawat awam yang baik macam tu...moga dia sentiasa dirahmati oleh ALLAH SWT
dunia hingga ke syurga....Begitu jugak dengan staf staf yang lain
yang memberikan perkhidmatan yang terbaik
untuk aku.....

dekat nak selesai dah...
farmasi
sabar menunggu
Selesai aje jumpa doktor tu... terus aku
pi ke bahagian temujanji. Aku letakkan kad aku dalam bakul
kat atas meja staf yang jaga bahagian temu janji tu...Masa tu dia belum ada
kat meja tu...Mungkin dia ada tugas lain sebab ramai sangat pesakit masa tu. Bila dia
tiba terus panggil nama aku dan dia kata jumpa lagi dengan doktor pada bulan Disember nanti, dia catatkan tarikh untuk jumpa doktor tu...Baik jugak staf yang jaga bahagian
temu janji ni....Majoriti aku jumpa staf pompuan aje kat klinik ni...
Kemudian aku pi ke bahagian farmasi dan amik nombor serta klipkan di slip ubat aku tu...Tak lama kemudian dia panggil nombor giliran aku tu. Aku pi ke kaunter
ubat tu dan duduk. Dia tanya nama dan sebagainya. Akhirnya
dia berikan ubat dan beritau cara untuk makan
ubat berkenaan....

Selesai aje... maka aku pun gerak keluar klinik dengan isteri aku...masa tu jam dah 4.30 petang...Agak lama jugak aku berada kat klinik tu...daripada jam 2.00 petang
dan jam 4.30 petang baru aku selesai urusan di klinik kesihatan
bandar seri putra tu....

kaunter pendaftaran, selasa 20 ogos
Hari ni, Selasa, 20 Ogos 2019, aku tak hantar anak pompuan aku pi Cyberjaya sebab hari ni dia ada 'test' untuk amik lesen kete. Dia belajar memandu di kawasan berhampiran
rumah aje...Dia belajar kat situ bila kawan dia ajak sama2 belajar kat situ.
Jadi maknanya dia ada kawan untuk belajar bersama.
Manusia ni memang lumrah suka bersama
dengan rakan2 untuk buat
sesuatu...
Namun aku ada tugas lain pulak pagi
ni. Jam 7.30 pagi aku kena bawak isteri aku untuk amik
darah di klinik yang aku pi semalam. Jalan nak pi klinik pepagi ni memang
jem sebab memasing keluar untuk pi keje. Jadi amik masa jugak nak tiba ke klinik tu...Tiba aje kat klinik tu, macam dah penuh dah parking kete. Tapi dapat gak aku
lot untuk parking.

lama tunggu isteri amik darah, agak lama...jemu pulak rasanya..
Masuk aje dalam klinik...fullamak...ramainya orang kat dalam tu...Aku bantu isikan borang pendaftaran untuk isteri aku...Siap aje dia terus beri kat staf di kaunter tu.
Kemudian nama dia di panggil dan diberikan slip untuk
amik darah tu. Staf tu suruh pi ke kaunter
13 kalau tak silap untuk amik
darah. Agak lama jugak dia tunggu. Dalam
masa menunggu tu sempat la aku rakam sikit foto dalam tu
walaupun ada larangan tangkap foto dan video kat situ...ekekeke...opst! Sempat
jugak aku jeling carta organisasi yang ada kat dinding tu...Orang pencen macam aku ni memang suka tengok2 apa2 yang ada didinding klinik tu...

carta organisasi klinik...beberapa tahun lagi mungkin lelaki boleh ditemui dalam bentuk fosil kut...ekeke..
Bila aku tengok carta tu...alamak...boleh dikatakan semua
yang ada kat bahagian atas carta adalah semua kaum wanita...La.. mana pi
orang lelaki ni...rasanya kaum lelaki ni dah jauh sangat ketinggalan kepada kaum wanita...semua jawatan2 tinggi dia orang yang pegang...Rasanya satu hari nanti kaum lelaki akan tinggal dalam bentuk fosil aje dan pupus langsung dari pandangan...
Di bahagian farmasi semuanya pegawai wanita gred 48 dan gred 41....Rasanya tak lama lagi memang takkan wujud lelaki dalam sektor kerajaan...nasib la kaum lelaki!

Setelah selesai isteri aku amik darah maka kami pun gerak balik....Sebenarnya kalau ikutkan memang aku tak maupun nak jejak kaki ke klinik mana2 pun tapi
apa boleh buat...dah Tuhan takdirkan kami ni ada
penyakit....penyakit2 zaman moden...
kan...kan...kan....
Anggap la aje penyakit tu sebagai ujian dan penghapus dosa....kan..kan...

di bahagian farmasi banyak kerusi kosong jadi tunggu isteri amik darah kat sini la...
selesai dah...nak balik dah...
Rasanya itu aje catatan aku untuk hari ni...sebelum aku tutup, macam biasalah aku doakan moga kita semua, tak kira sape la, akan diampunkan oleh ALLAH SWT akan semua
dosa kita hingga ke akhir hayat kita. Jangan lupa jugak kita doakan moga
kedua ibubapa kita dan ibubapa mentua kita akan
diampunkan oleh ALLAH SWT akan
semua dosa mereka,
diluaskan kubur mereka, dibukakan
salah sebuah pintu syurga ke kubur mereka, dihindarkan
mereka semua daripada siksaan kubur, siksaan akhirat dan jugak siksaan api
neraka serta dimasukkan mereka semua ke dalam syurga...
Dan jangan lupa doakan kebaikan untuk sedara mara kita, jiran2 kita serta kaum muslimin dan muslimat seluruhnya...Jangan lupa doakan supaya ALLAH SWT
berikan hidayah kepada orang2 kafir supaya
mereka menjadi muslim...kesian nanti bila melihat mereka KEKAL DALAM NERAKA...tak gitu.....


~~~~     SEKIAN     ~~~~


daud.montak.zakaria

No comments:

Post a Comment

TETAMU SYAWAL..

Diari DAUD : SABTU lalu, rakan dan juga sedara aku, MIZI berkunjung ke rumah. Dia ni memang salah sorang daripada rakan baik aku. Rakan aku...