Friday, August 23, 2019

Jumaat lagi...

lulus dah...
Diari Daud - Hari ni Jumaat, 23 Ogos 2019...aku tak pi Cyberjaya hari ni sebab anak pompuan aku cuti hari ni. Dia cuti sebab dia nak pi ke JPJ untuk buat
lesen memandu kat sana. Alhamdulillah dia lulus ujian
memandu Selasa lepas. JPJ bagi tempoh
3 hari untuk buat lesen
memandu di JPJ. Dia pi dengan
kawan dia ke JPJ Bandar Baru Bangi tu...Jadi hari ni aku agak relax la...tak pi Cyberjaya.

tasek ujana
saje je ni
sib baik belakang pompuan berjubah...
Disebabkan aku tak hantar anak aku ke Cyberjaya maka aku dah plan semalam
dah untuk panaskan badan di 
Tasek Ujana Nilai aje...Lokasinya pun tak jauh daripada
rumah. Sebelum ni aku memang panaskan badan kat sana pun. Tapi sejak aku
hantar anak ke Cyberjaya aku sering panaskan badan kat UKM aje dan Tasik Ujana tu hampir dua bulan aku tak pi...

dataran...macam ada program esok...
hampir jam 8.00 pagi...cahaya matahari mengintai di celah awan mendung pagi ni...
staf pembersihan di sana tu
La ni aku pi ke Tasek Ujana Nilai tu...Gerak dari rumah jam hampir 7.00 pagi. Tiba sana lebih kurang 7.10 pagi. Aku tengok memang dah ramai dah orang kat tasek
tu. Kalau ramai macam ni taklah rasa takut sangat sebab
tasek tu kalau takde orang macam sunyi
aje...yang ada cuma pengawal
dan dua tiga orang
pekerja pembersihan kat situ...Bahayanya kalau ada
perompak atau penyamun...sekarang ni kasut pun dia orang boleh rompak
atau samun kalau takde benda lain yang beharga....tak gitu...Jadi la ni kita kena sentiasa awasi diri kita di mana mana pun...la ni macam tak selamat aje
walau di mana pun....

masing2 beraktiviti...
program esok....macam program mancing aje..
sesapa yang 'kaki lari' tu...pi la daftar sekarang.....staf2 ukm...anim...???
Aku tiba aje terus snap satu dua foto sebelum aku
berjalan kat atas trek di tasek tu. Aku biasanya akan berjalan selama
sejam lebih kurang...Aku tengok terdapat sebuah khemah didirikan di situ...mungkin ada program. Aku terlihat ada satu bunting kat situ...Nampaknya ada program esok, sabtu...macam program kaki pancing aje...Agak ramai jugak staf yang
sediakan kelengkapan di situ....
Aku jugak terlihat satu bunting yang rasanya
berguna untuk sesapa yang minat berlari tu. Jadi bagi 'kaki lari'
bolehlah anda mendaftar sekarang ... Aku promote aje orang punya program...Jangan
lupa sesapa yang berminat sangat dengan larian tu...silalah mendaftar...

permandangan kat sini...
ramai gak kat sini...
khemah program esok...
Aku sempat la berjalan lebih sejam kat
tasek tu..lebih daripada 5 kilometer aku dapat buat...jadilah kut...
daripada tak buat langsung. Ada la jugak kalori yang diambil dapat dikeluarkan kembali
kalau tak semua... sikit pun ok la tu.....
Kat sini kaum2 adam macam aku ni kenalah jaga
mata sikit maklumlah lelaki dan pompuan semua ada kat sini...tiba2 aje ada je
pompuan2 yang potong kita dan berjalan depan mata kita...jadi bersedialah untuk jaga mata sesangat ye....nak kata apa kan...tak gitu....hahaha...opst! Kalau kat UKM tu aku
sensorang aje yang panaskan badan kat situ...tak ada masalah punnn...

tempat pejalan kaki..
nak balik dah...
habis dah...
Ermmmm....rasanya itu aje yang aku nak coretkan di sini...
Akhirnya aku doakan kita semua, tak kira sapa la, akan diampunkan oleh 
ALLAH SWT akan semua dosa kita hingga ke akhir hayat kita semua...Jangan lupa sentiasa doakan jugak supaya kedua ibubapa kita dan ibubapa mentua kita, diampunkan oleh ALAH SWT kan semua dosa mereka, diluaskan oleh Allah kubur mereka,
dan dibukakan salah sebuah pintu syurga ke kubur mereka
hingga ke hari kiamat serta moga ALLAH SWT
masukkan mereka semua ke
dalam syurga......
Jangan lupa jugak doakan kesejahteraan
dunia dan akhirat untuk keluarga kita, sedara mara kita, jiran2 kita
dan kaum muslimin dan muslimat seluruhnya...Tak lupa jugak doakan supaya ALLAH SWT berikan hidayah kepada orang orang kafir...kesian dia orang akan kekal dalam
neraka buat selama lamanya....tak gitu...La ni ada 7 billion manusia
...cuma 2 billion aje ISLAM...5 billion lagi bukan Islam
...jadi doakan untuk mereka...tak rugi
kita doakan mereka...sekurang kurangnya kita dapat pahala berdoa...tak gitu....

hampir 6km
ok la ni...
hari ni jarak lebih sikit minggu ni..


~~~~~     SEKIAN     ~~~~~

daud.montak.zakaria.

No comments:

Post a Comment

TETAMU SYAWAL..

Diari DAUD : SABTU lalu, rakan dan juga sedara aku, MIZI berkunjung ke rumah. Dia ni memang salah sorang daripada rakan baik aku. Rakan aku...