Diari DAUD - Jumaat, 30 April 2021, adalah Jumaat Ketiga dalam bulan Ramadhan. Macam pantas aje dah 18 hari kita pose. Hari Jumaat ni dapat jugak peluang untuk solat Jumaat di Masjid Kariah Bangi ni. Nak pi solat Jumaat di masjid pun kena guna kopon, itulah penangan CORVID19. Itu pun masih bersyukur kepada ALLAH SWT sebab ada masjid yang terus tutup sebab wabak CORVID19 tu....susah kan nak solat jumaat musim ni...Tak tau la sampai bila kita boleh bebas dengan dengan wabak pendemik ni. Sekarang ni pun kes dah makin bertambah dan dah pun mencapai angka lebih 3K. Paling tinggi di Selangor la...semedang aje jadi juara...hahaha..Harap jangan la pulak masjid kat Selangor ni tutup lagi. Nanti tak boleh pulak masuk masjid. Aku amik kupon lepas terawih. Tiba di masjid tu terus masuk aje dan amik suhu serta berikan kopun tu kepada petugas masjid untuk dapatkan nombor tempat duduk. Petugas masjid juga amik nama dan alamat serta dicatatkan didalam catatan. Aku tak risau pun sebab aku memang kariah sini pun sebab masjid tu utamakan ahli kariah. Ruang untuk solat cuma 450 jemaah aje. Ramai sebenarnya jemaah kat sini, mungkin ada yang tak dapat masuk sebab penuh dengan jumlah 450 jemaah. Berusaha sungguh petugas masjid untuk berikan ruang kepada para jemaah untuk Solat jumaat. terima kasih kepada semua petugas. Memandangkan kes CORVID19 masih tinggi rasanya tahun ni macam tak boleh Raya di kampung lagi la...dah dua taun la tak raya di kampung...Rindu nak balik kampung ni...hahaha....
Masjid Kariah Bangi dan tapak masjid baru.Saturday, May 1, 2021
Jumaat Ketiga RAMADHAN
Sebelum solat Jumaat ada pengumuman dari pihak masjid, antaranya, masjid baru akan dibina di kawasan yang berhampiran bagi menggantikan masjid lama. Buat masa ini pihak masjid giat mengutip dana untuk pembinaan masjid tu di atas tanah seluas 5 ekar. Apa lagi kalian semua pakat2 la infaq untuk tujuan pembinaan masjid tu. Pahala infaq untuk pembinaan masjid ni akan berterusan selagi masjid tu wujud atas muka bumi ni. Rugi kalau tak infaq. Pahalanya akan berterusan seperti air mengalir selagi sungai tu tak kering kongtang airnya. Infaq dalam bulan RAMADHAN ni sudah tentu pahalanya lipat ganda 700kali...Takkan nak lepaskan peluang ni...jom infaq...Tapi aku pun tau sama ada aku sempat solat di masjid baru tu sebab aku akan berpindah ke kampung hujung tahun ni...insyaALLAH...
Jumaat Ketiga Ramadhan
Tajuk khutbah hari tu ialah AL-QURAN. Luas tajuk berkenaan. Macam2 perkara boleh bincang dalam tajuk tu...tapi aku tak la nak kupas berkaitan tajuk khutbah tu. Aku cuma nak tulis sikit aje berkaitan AL-QURAN tu, iaitu setakat ilmu yang sikit yang aku ada ni...tu je la...Maklum la aku bukan mengaji tinggi bab agama ni. Pada pandangan aku eloklah kita belajar kitab tu sekurang-kurangnya boleh membaca kitab tu. Banyak faedahnya yang boleh didapati jika kita baca kitab tu. Mungkin kita tak faham apa yang kita baca tetapi sekurang-kurangnya dapat juga pahala kita membacanya. Kalau mampu mempelajari al quran dengan lagi jauh, itulah yang terbaik. Kalau kita mampu setakat itu aje, ALLAH SWT tetap bagi jugak pahalanya setimpal dengan apa yang kita amalkan. Kalau kita tak faham pun apa yang kita baca tapi memang kita tidak melakukan apa yang dilarang oleh ALLAH SWT seperti solat tak tinggal,tak mencuri,tak buat rasuah, tak buat riba,tak buat zina,tak tipu,tak bergaul bebas, tak maki hamun & ngumpat sama ada bersemuka atau dalam medsos, tak bersikap kasar,tak sakiti jiran,tak bergaduh, tak sombong, tak takabbur,tak riyak, tak ujub, tak meninggi diri,tak makan harta anak yatim & harta orang lain dan sebagainya...itupun rasanya telah mengikuti apa yang terkandung dalam AL QURAN...tak gitu...atau korang ada pandangan lain...hahaha...Ada jugak ustaz yang kata AL QURAN yang akan bantu kita dalam berzah nanti..Jadi apa lagi, bacalah al quran setiap hari...Kalau tak tau, sekurang2nya belajarlah untuk membolehkan membaca AL QURAN...
Al-Quran peneman dalam Barzah.
Hari Khamis, 29 April, itu hari biras dan kakak ipar serta famili dia berbuka kat rumah aku. Sebenarnya berbuka di rumah sedara mara dalam famili isteri aku memang dah jadi perkara biasa setiap tahun. Bukan perkara pelik pun. Hal ni dah belaku bertahun tahun dah...Aku memang suka cara macam ni..Sabtu sebelum ni, kami jugak telah dipelawa oleh dia orang untuk berbuka di rumah dia orang ramai-ramai tapi kami tak dapat hadir sebab ada hal yang tak dapat dielakkan atau ada hal yang dah dirancang terlebih dulu. Jadi kami tak hadir la masa tu. Kalau tak ada hal, memang tak miss hadir majlis berbuka kat rumah dia orang tu setiap tahun...Ramai sedara mara yang lain hadir masa tu...Memang seronok tengok berkumpul macam tu...Apa boleh buat kami tak mampu untuk hadir bersama...Antara tulisan aku berkaitan hal tu pada tahun2 yang lalu boleh dibaca DI SINI.
Berbuka puasa...rumah aku la...
Rasanya macam itu aje yang aku nak tulis kat sini kali ni...moga kita semua, tak kira sapa la, akan sentiasa dirahmati dan diberkati ALLAH SWT serta dihindarkan kita semua daripada siksa kubur serta siksa neraka dan dimasukkan ke dalam syurga semuanya...aamiinnn...
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
LAMA SANGAT tak buat catatan
Diari DAUD : july 2024 Dah agak lama aku tak buat catatan kat blog ni. Tarikh akhir aku tulis pada 29 April 2024 yang lalu. Jadi hari ni aku...
-
Melati Hill Diari Daud - Hari ni Khamis, 19 Dis. 2019. Aku memang dah plan nak naik BUKIT MELATI pagi ni. Aku kena buat aktiviti macam...
-
Hari ni, KHAMIS, 28 Disember 2017...sejak balik dari kampung badan macam tak sihat. Rasa demam je tapi tak pi klinik pun. Kaki terseliu...
-
Hari SABTU, 16 September 2017, aku bersama famili pi PERLIS. Aku pi sana bersama isteri dan tiga orang anak aku. Lebih kurang 8.30 pag...
No comments:
Post a Comment