Sunday, May 23, 2021

Kembali PKP di Selangor...

Diari DAUD - Hari ni ISNIN, 24 Mei 2021. Esok 25 Mei 2021, PKP di Selangor dan hampir seluruh negara akan diperketatkan lagi. Kebanyakan premis perniagaan dibuka dari jam 8.00 pagi hingga 8.00 malam sahaja. Semalam pun kes Covid19 dah hampir mencecah 7K sehari. Di Selangor adalah tertinggi hingga mencapai 2K kes. Makin teruk nampaknya. Kita berada ditempat kedua selepas INDIA dalam kes COVID19 ni. Dikatakan sekarang ni Varian Baharu Covid 19. Ia mudah merebak dengan cepat dan banyak la lagi ciri-cirinya yang menggerunkan kita semua. Ada sumber berita mengatakan varian baru ni dibawa masuk antaranya melalui jalan tikus. Cuma musykil pulak aku, adakah Vaccine yang kita ambil sekarang ni mampu mengekang Covid 19 varian baharu ni...?. Tak tau la sampai bila kita akan macam ni, masih dikurung dalam rumah. Marilah kita berdoa ramai ramai supaya Covid ni cepat redanya.




Pagi ni aku dan isteri bersihkan kawasan kecik belakang rumah tu. Tak de keje nak buat jadi bersihkan aje la kawasan belakang tu. Aku bercadang untuk tanam kembali sayuran kat situ. Sepanjang bulan pose itu hari tak buat pape pun kat kawasan belakang tu. Sayuran yang lama lama tu dah habis dah dan ada yang dah pun tua dan tak boleh dimakan lagi. Jadi cadang nak tanam baru la ni..Daripada duk aje diam diam, baik buat apa yang patut musim PKP ni. Cuba la tanam sesikit sayuran kat belakang tu...Jadi la untuk musim sesak sesak boleh la digunakan sayur sayur yang bakal ditanam tu...Esok akan mula aku tanam kembali kat kawasan belakang rumah tu...



Satu lagi perkara yang dah lama aku tak dapat buat musim Covid 19 ni ialah untuk panaskan badan di sekitar taman perumahan tempat aku tinggal ni. Sebelum puasa memang aku selalu berjalan untuk buang kalori sekitar taman perumahan sini. Lepas hari raya ni dah tak boleh dah sebab dah masuk ke fasa PKP. Masa ni boleh beriadah dalam kawasan rumah sendiri aje dan tak boleh luar kawasan rumah. Rasanya dah banyak kalori yang terkumpul musim syawal ni. Musim puasa mungkin tak kumpul kalori kut sebab pose. Tak tau la bila boleh kembali panaskan badan untuk buang kalori ni. Masa bukan musim Covid ni biasanya aku panaskan badan di Tasik Ujana Nilai Negeri Sembilan tu..atau hiking di Melati Hill di Nilai jugak... Musim Covid 19 ni dah tak boleh rentas sempadan daerah dan negeri. Tunggu aje la boleh rentas negeri, baru la pi balik ke Tasik Ujana tu...



Musim Covid 19 ni, tak banyak benda yang boleh dibuat, hanya duk rumah aje, kebanyakan waktunya. Apa lagi, asyik layari internet aje la...tak banyak benda lain yang boleh dibuat. Dah naik jemu dah berkurung di rumah. Dah bosan sangat dah rasanya, tambah pulak dah pencen macam aku ni. Kalau masih bekerja tentu takde bosan kut sebab boleh buat keje kat opis..ewahhhhh...hahaha...Bila dah terdedah dengan MEDSOS atau media sosial ni tentu macam banyak pulak kumpul dosa je kan. Dosa secara global. Tentu banyak benda yang dikatakan dalam MEDSOS tu dan tentu sekali akan timbul perkara yang berdosa seperti buang masa, fitnah, umpat keji dan sebagainya. Kalau dikenangkan, rasa macam risau jugak bila dah mati nanti sebab bawa bersama dosa fitnah, dosa mengumpat, dosa mengeji dan sebagainya...tak gitu. Kalau dosa dengan Pencipta kita boleh mintak ampun secara direct kepadaNYA. Yang bermasalahnya ialah dosa sesama manusia...Macam mana nak minta maaf. Kalau tak minta maaf, maka akan berterusan dosanya hingga ke akhirat. Oleh itu, jika bimbang rasa akan jadi muflis di akhirat nanti maka cubalah kita buat sedekah yang diniatkan untuk individu yang kita umpat, keji dan fitnah tu. Dengan harapan pahala sedekah tu akan dapat membayar kembali dosa2 yang kita tanggung tu supaya kita tak muflis di akhirat nanti. Rasanya eloklah cari sedekah yang pahalanya boleh berterusan hingga ke hari Kiamat seperti sedekah untuk bina MASJID atau SURAU atau PUSAT2 TAHFIZ...tak gitu. Jadi sama sama la kita fikirkan. Nak mintak maaf macam mana kalau orang yg kita umpat tu tak mungkin kita temui seperti pak pak menteri,ulamak2 yang kita hina dan individu yang berada dalam MEDSOS tu...kan..kan...Rasanya gitu la kut caranya......Dalam masa kita hidup mencari keselesaan di bumi ni, jangan lupa kita masih ada tempat yang kekal untuk dituju dan untuk dihuni secara kekal. Jadi jangan lupa la ye, masalah agama juga kena amik berat bukan ambil sambil lewa dan secara 'part time'. Kena tanam dalam sanubari kita semua bahawa apa yang kita buat di dunia ni semua kerana ALLAH. Kalau kita cari kekayaan, adalah kerana ALLAH dan kalau dah kaya tentu wajib keluarkan ZAKAT setiap tahun dan SUNNAT hukumnya keluarkan SEDEKAH...tak gitu. Hilangkan dan lenyapkan semua sikap RIYAK, SOMBONG, UJUB dan seumpamanya....



Rasanya setakat itu aje la yang aku nak coretkan hari ni..moga kita semua, tak kira sapa la akan diampunkan oleh ALLAH semua dosa kita, dihindarkan daripada siksa kubur, siksa mahsyar dan siksa neraka serta dimasukkan kita semua ke dalam syurga..aamiinnnn..

Jangan lupa terus istiqamah dengan #bmf, kalau tak mampu semua, jangan tinggalkan semua...


Sekian...
daud.montak.zakaria

No comments:

Post a Comment

LAMA SANGAT tak buat catatan

Diari DAUD : july 2024 Dah agak lama aku tak buat catatan kat blog ni. Tarikh akhir aku tulis pada 29 April 2024 yang lalu. Jadi hari ni aku...