Friday, May 7, 2021

Kembali semula ke PKP.

Diari DAUD - Khamis, 6 Mei 2021, Selangor kembali semula ke garisan PKP...PKP 3.0. Banyak yang tak boleh dilakukan musin PKP ni berbanding semasa PKPB. Di Selangor setakat ni kes lebih 1K dan kes dalam negara lebih 3K. Tak taulah apa yang menyebabkan kes melonjak tinggi. Yang pastinya tentu SOP tak dipatuhi oleh ramai di kalangan kita. Kita tak boleh salahkan sesapa, itu silap kita sebagai rakyat. Kalau kita patuh SOP, rakan kita pulak yang langgar. Macam tu la prosesnya, tu sebab kes jadi tinggi sangat. Tak perlu salahkan sesapa, kita sendiri yang kena disiplinkan diri sendiri...maksudnya setiap individu. Sekarang ni bila PKP semua tak boleh. Berniaga pun mungkin tak boleh dan tentu menyusahkan orang mencari rezeki. Pi beli makanan di bazar Ramadhan mungkin tak boleh, lantaran tak boleh berniaga. Susah lagi la peniaga untuk mencari rezeki. Dah ada sedikit kelonggaran masa PKPB, kita sendiri yang rosakkan. Tak percaya lihatlah di bazar2 Ramadhan dan jugak temapat2 makan serta di pasaraya2, jarang patuh pada SOP pun. Jangan salahkan sesapa diri sendiri yang bermasalah...hahaha...opst!
Apa apa pun semua perkara yang telah, sedang dan akan berlaku semuanya dah ada dalam pengetahuan Pencipta, memang telah tercatat dalam kitab Pencipta di Loh Mahfoz...kita tak boleh komen banyak pun. Pencipta maha mengetahui segalanya sebab biji yang gugur di malam yang gelap pun ada dalam pengetahuan Pencipta, inikan pulak wabak CORVID19 yang nampak jelas dan nyata...Redha je la dan usahalah kita semua untuk menghindari wabak  berkenaan...tapi kalau kita terkorban sebab wabak tersebut, bermakna, itu memang dah ajal kita...ada sesapa yg boleh elak mati ke...hahah...atau korang ada pandangan yang lain..hahaha..

Masjid baharu akan dibina.

Bermula hari Khamis, masjid dan surau di Selangor dikurangkan jemaahnya. Masjid boleh dihadiri 100 jemaah aje, surau pulak 50 orang. Sebelum ni masjid dibenarkan 450 orang. Masa PKP ni jemaah wanita langsung tak boleh beribadah di masjid. Sebelum ni boleh dengan jumlah 50 orang. Rasanya setakat ni tiada pun cluster masjid selain daripada kes Tabligh dulu tu. Solat Terawikh semalam pun telah dihadkan seramai 100 orang jemaah aje, mana yang lebih tu diminta solat kat rumah aje...Apa boleh buat laaaa...Apa apa pun kena patuh la dengan apa yang digariskan oleh Majlis Agama Islam. Rasanya dengan pengurangan jumlah jemaah masjid tentu sukar untuk dapat peluang bertarawikh dan sertai jemaah Jumaat di masjid. Rasanya jugak mungkin semalam peluang terakhir dapat Terawikh di masjid kut, ramai jemaah, jadi sukar nak dapat peluang masuk masjid musim PKP ni..Apa boleh buat la...Oh ye, sekarang ni Masjid Kariah Bangi iaitu kariah tempat aku dah mula buat kutipan dana untuk membina masjid baharu. Bolehlah sesapa saja yang nak infaq. Infaq la dalam bulan Ramadhan ni, besar pahalanya. Apa lagi, lekas la buat infaq sebelum berakhir Ramadhan untuk dapatkan pahala berganda hingga 700X. Derma buat masjid ni pahalanya akan berterusan hingga hari kiamat selagi masjid tu terus wujud. Kita akan berterusan terima pahalanya walupun kita telah mati. Infaqlah untuk diri sendiri atau untuk emak bapak kita. Semak poster di bawah, ada nombor akaun di situ...Aku tak pasti boleh solat di masjid baharu ni atau tak sebab aku pun akan berpindah ke kampung hujung tahun ni...insyaALLAH...



Hari Jumaat ni aku tak pi ke Masjid Kariah Pekan Bangi tu untuk tujuan solat Jumaat. Pengumumam masa solat kat masjid semalam kata kalau takde jemputan melalui HP maka tak perlu lah datang masjid untuk solat Jumaat. Panggilan akan dibuat melalui HP(mungkin wassap) pada jemaah yang dijemput untuk solat Jumaat....kalau takde, takde la. Petugas masjid kata mengerjakan Jumaat masa PKP ni akan dibuat secara bergilir...sebab jumlah jemaah adalah terhad kepada 100 orang aje. Sampai tengah hari nama aku tak naik pun, maknanya tak terpilih la tu...Hermmmm...nak solat Jumaat pun kena ada jemputan...hahaha...Macam mana nanti bila kita nak dimasukkan ke syurga oleh ALLAH SWT nanti kannn...Rasanya 100 jemaah tu cuma untuk lebih kurang 4 atau 5 saf aje dalam masjid berkenaan. Belum lagi ditolak dengan AJK masjid yang berjumlah mungkin dalam 20 orang kut, tak pasti aku. Dicampur lagi dengan wakil ajk surau surau kut, dikariah tersebut. Sudahnya orang bese-bese macam aku ni mungkin tak ramai pun yang dapat peluang untuk berJumaat. Sebelum ni aku dah dapat peluang berJumaat 3 kali berturut-turut....Alhamdulillah...Semuanya guna kopun sebab ramai yang nak berjemaah di sini. Ramai jemaah kat sini, ruang 450 orang jemaah tu, semua penuh, kalau hari Jumaat. Ramai sebenarnya penduduk keliling kawasan ni. Memang patut la dibina masjid baharu. Apa apa pun satu penghargaan yang tinggi kepada semua petugas masjid Bangi ni yang sedaya upaya berusaha dengan sungguh2 untuk memberi ruang kepada para jemaah untuk solat di masjid tersebut...terima kasih...Solat Hari Raya nanti pun tak lebih 100 orang jemaah. Nasib la kannn...Rasanya tak pi solat raye la kut...Walaupun tak pi solat Jumaat, aku letakkan jugak poster solat Jumaat Masjid Bangi kat sini..tajuknya Lailatur Qadar.



Sebagai muslim yang mengerjakan Ramadhan, kita memang memerlukan bersua dengan Malam Lailatul Qadar tu. Banyak pahala boleh dijana daripada segala ibadat yang kita buat jika bertepatan dengan Malam Lailatul Qadar hingga lebih baik drpd 1000 bulan atau 83 tahun beribadat. Malam tersebut bermula dari waktu Maghrib hingga waktu Subuh esok harinya. Jadi...buatlah macam2 amalan, banyakkan lagi amalan pada 10 malam terakhir Ramadhan tu. Malam Lailatul Qadar dikatakan berada pada salah satu malam dalam 10 malam terakhir tu. Dikatakan lagi pada malam2 yang ganjil. Pandangan aku lebih baik semua 10 malam terakhir tu lipat gandakan segala amalan kita dalam pelbagai bentuk solat sunat, baca Quran, sedekah, zikir dan sebagainya...malam2 yang lain pun pahalanya akan digandakan sebanyak 700X. Tinggalkan dulu lepak2 kat kedai2 kopi atau mamak tu...eh! pkp ni boleh lepak lagi ke...hahaha... Jangan la tunggu pokok buluh sujud atau sebagainya..baru nak berdoa dan beramal...hahaha..Dulu masa kecik2 ingat lagi orang cite macam tu...Kalau ye pun ada pokok buluh sujud dan kita tengok aje dan tak buat amal tak guna gak...kan..hahaha...Ini antara kisah2 masa kecik dulu...Jadi sama samalah kita usahakan gandakan amal dalam 10 malam terakhir ni...
Berkaitan balik kampung..memang aku rindu nak balik kampung. Ini bermakna dah dua tahun berturut-turut aku tak balik kampung masa Hari Raya. Aku bukan ada emak bapak pun lagi tapi memang la rindu untuk balik ke kampung tu sebab aku dilahirkan di sana. Bagi yang ada emak bapak memang la rindu sesangat nak balik kan..tak gitu...Kalau tak dapat balik tentu menangis guling-guling kan...hahaha...Aku balik sebab untuk tengok rumah aku kat kampung tu dan jugak untuk jengah sedara mara terdekat kat sana tu. Selain tu bila balik kampung biasanya aku akan pi ziarah kubur emak bapak aku dan titipkan doa untuk mereka. Doa dari jauh pun boleh, tak masalah pun.. tapi kan...bila kita berdoa di kubur emak bapak lebih ada 'feel' lagi. Melainkan emak bapak kita tiada berpusara...kan...Biasanya bila balik kampung tentu aku akan ke pusara emak bapak aku untuk berdoa. Mereka memang perlukan doa kita tau, jangan lupa tu..Berdoa di tikar sembahyang dan berdoa di pusara 'feeling' nya lain sangat...Masa berdoa kepada mereka di pusara lebih baik menghadap muka dorang, bermakna kita membelakangkan kiblat. Salah satu catatan aku sebelum ni berkaitan ziarah kubur kedua emak bapak aku. Boleh dibaca di SINI.

Akhirnya disebabkan RAYA tak lama lagi, aku ingin ucapkan Selamat Hari Raya lebih dulu la, kepada korang semua, maafkan segala dosa aku tau.. dan semestinya aku dah maafkan korang semua..antara kita takde dosa apa apa pun yeee...


Rasanya itu aje yang aku nak catatkan di sini, moga kita semua, tak kira sapa la, akan sentiasa dirahmati dan diberkati ALLAH SWT serta dihindarkan kita semua daripada siksa kubur, siksa mahsyar dan siksa neraka serta dimasukkan ke dalam syurga...aamiinnnn...

Jangan lupa, terus istiqamah dengan #bmf, kalau tak boleh semua, jangan tinggalkan semua...


~ Sekian ~
daud.montak.zakaria

No comments:

Post a Comment

LAMA SANGAT tak buat catatan

Diari DAUD : july 2024 Dah agak lama aku tak buat catatan kat blog ni. Tarikh akhir aku tulis pada 29 April 2024 yang lalu. Jadi hari ni aku...