Diari DAUD - Hari ni KHAMIS, 27 Mei 2021...Alhamdulillah...masih diberi kesempatan untuk hidup hari ni..membolehkan untuk mohon ampun lagi kepada PENCIPTA...
Jumlah kes covid di negara kita mencecah 7857 kes dah hari ni. Naik lagi nampaknya…Kita
tempat kedua selepas India dalam hal berkaitan Covid ni. Tak tau la bila covid ni akan berakhir di negara kita ni.
Risau sangat dengan keadaan sekarang ni. Varian baru dari India dan Afrika pula sekarang
ni mudah merebak dengan cepat. Lebih bahaya daripada virus yang wujud sekarang ni.
Varian baharu ni boleh merebak melalui udara. Dan jaraknya mungkin dalam 6
meter masih boleh dijangkiti. Wabak yang sedia ada boleh merebak dalam jarak 1
hingga satu setengah meter. Ia merebak melalui droplets atau cecair dari mulut
dan hidung. Yang varian baru ni lagi advance dan lagi pantas merebak. Nampak
macam semua boleh kena tanpa kira usia dan sebagainya. Varian baru ni tiada
tanda ia dihidapi oleh pembawa. Hati hati la semua…jangan pandang ringan varian
baru ni. Antara cara varian baru ni masuk ke negara ni ialah melalui lorong2
tikus di utara tanah air kita. Dikatakan sesapa yang dah dijangkiti oleh mana mana covid ni,
organ dalam badannya akan bermasalah walaupun dah sembuh. Jadi hati2 la…kalau
dah sembuh tapi organ dalam seperti buah pinggang rosak, tak guna gak kan..Aku
bukan la takut mati sebab mati tu memang tak boleh elak….cuma aku tak mampu
untuk menanggung sakit kalau dijangkiti.
Di India tu dah macam tak boleh kawal dah la ni. Hari hari kematian
mencecah 4K setiap hari. Teruk lagi kat sana tu sebab ramai yang mati dan ada
sumber mengatakan mayat2 pengidap covid tu ada yang dibuang aje ke Sungai
Ganges tu…Lagi risau mendengar berita macam tu. Fikirkanlah, Sg. Ganges tu
mengalir dari India kemudian masuk ke Bangladesh dan terus ke laut. Pandangan
aku yang tak berapa berilmu ni, tidakkah mayat bercovid tu akan mencemari laut
dan mencemari ikan ikan yang makan sisa sisa mayat2 di laut tu…hahaha…. Takkan ikan ikan
tu tak makan sisa sisa mayat bercovid tu kan..tentu ikan ikan tu tak melepaskan menu yang jarang dijumpai oleh mereka kan..…hahaha. Tidakkah ikan-ikan tu akan berenang ke pantai negara kita dan ditangkap oleh nelayan serta seterusnya dimakan
oleh kita semua…hahaha…Banyak pulak gelak aku ni....Aku belum nampak pun sebarang sumber yang menulis berkaitan
dengan hal ni…Aku cuma agak-agak aje apa yang ada dalam kotak pemikiran aku
je…hahaha..Kalau ikan ikan di lautan yang dicemari dengan covid 19 ni kita makan, tentu ia membawa padah
pulak kepada kita...gitu la gamaknya kan.…Ikan-ikan tu tentu berada di sebelah barat
semenanjung kan, sebab India berada di sebelah barat Semenanjung…Kena hati-hati
la negeri2 yang berada di sebelah pantai barat negara ni…hahaha…Tapi korang
jangan pakai sangat teori tak ilmiah aku ni…hahahaha….Kena tanya jugak orang
lebih berilmu. Bertanya orang yang lebih berilmu dituntut oleh agama. Kena tanya
pakar virus sama ada corona tu boleh hidup dalam badan ikan bila ikan tu makan
sisa2 mayat covid tu. Kena Tanya jugak pakar sains marin sama ada ikan2 kat
pantai Bangla tu boleh ke berenang sampai ke pantai negara kita ni…Semuanya kena tanya
pakar-pakar. Kita tak boleh buat cerita sendiri aje, yang kita boleh buat ialah
ramalan dan andaian aje yang tak tentu benarnya…tak gitu…hahahaha….
Satu lagi ialah berkaitan vaccine pula…Eloklah kita memasing amik vaccine
tu. Ramai dah pakar2 bercakap berkaitan vaccine tu. Bukan bermakna orang yang
dah vaccine tu tak kena covid tapi kalau dia kena pun kesannya taklah mudarat
sangat macam orang yang tak kena vaccine tu.…Jadi kita amik aje vaccine tu. WHO
jugak dah buat kenyataan, Covid ni takkan lenyap hujung tahun ni..maknanya kita
kena la hidup dengan si CORONA tu lepas tahun 2021. Aku pun dah daftar tapi tak
tau bila akan dicucuk dengan jarum tu. Aku ada penyakit tentu akan dicucuk
dengan vaccine yang sesuai dengan orang yang memang ada penyakit….Jangan tunggu
lagi…Mati memang tak boleh elak kalau dah ajal tapi vaccine ni cuma mengelakkan
diri daripada dijangkiti teruk oleh virus Covid 19 tu, bukan untuk mengelakkan mati. Vaccine tu pun tak
kata untuk mengelakkan ajal maut…hahaha…Ajal maut urusan TUHAN…
Rasanya itu aje yang aku nak pok pek kat sini...moga kita semua, tak kira sapa la, akan sentiasa dirahmati dan diberkati ALLAH SWT dunia dan akhirat serta dihindarkan kita semua daripada siksa kubur, siksa mahsyar dan siksa neraka serta dimasukkan kita semua ke dalam syurga...aamiinnnn....
No comments:
Post a Comment