Monday, May 31, 2021

TOTAL LOCK DOWN

Diari DAUD – Tulisan aku kali ini agak panjang sikit tapi tak panjang mana pun. Harap korang sabar la membacanya...hahaha...Hari ni SELASA, 1 Jun 2021…hari pertama TOTAL LOCK DOWN. Ini kali kedua total lock down. Total lock down dibuat setelah kes covid harian makin lama makin tinggi. 29 MEI 2021, 9K kes. 30 MEI 2021, 699 kes. 31 MEI 2021,  6K lebih kes. Hari ni SELASA, tak tau la berapa kes, harap turun la... Kes tinggi ni merupakan kes sambutan Raya dulu tu..Tak faham la dengan dia orang yang suka melanggar SOP sebelum ni yang menyebabkan kes Covid harian mencanak naik. Golongan netizen ini mungkin juga yang maki hamun bila MUFTI bagi fatwa merentas sempadan dulu tu, masa sebelum Raya. Sekarang ni akibat langgar SOP untuk beraya, Covid 19 terus mencanak tinggi setiap hari. Fatwa Mufti di maki hamun secara berjemaah oleh netizen. Sekarang ni kita dah terima akibat rentas sempadan tu. Rasanyanya perbuatan maki hamun mufti tu pun dah berdosa dah, agamawan pewaris Nabi. Kalau takde mereka tentu hidup orang Islam tak tentu keruan…Bersyukur la sebab kita ada golongan agamawan yang menjadi penunjuk jalan bahagia ke akhirat. Mungkin semua kesalahan dianggap biasa aje bagi yang suka melanggar peraturan. Harap netizen yang menghina Mufti tu dapat belajar daripada tindakan mereka tu. Sebenarnya dalam soal Covid ni aku tak risau pun barkaitan mati sebab mati tu memang dah pasti. Kalau ajal kita dah ditentukan disebabkan Covid, memang kita tak boleh elak pun. Aku takut mati cuma sebab amal tak banyak, itu memang aku takut. Aku jugak takut Covid ni sebab aku tak mahu menanggung sakit dan sebagainya. Itu yang aku taknak. Dikatakan mereka yang diserang Covid ni dikatakan organ dalaman badan akan rosak dan tak sihat seperti sebelum diserang Covid bila dah bebas daripada sakit. Itu yang aku taknak iaitu menanggung sakit....



Diantara golongan orang yang terjejas teruk masa Total Lock Down....

Hidup dalam keadaan total lock down ni tentu sukar terutama bagi orang yang pendapatannya, kalau ada keje ada duit, takde keje takde duit. Total lock down selama 2 minggu ni tentu sukar bagi mereka kerana tak boleh kuar rumah mencari rezeki. Bagi yang punyai pendapatan tetap mungkin takde masalah pun, dorang dah tentu ada income walaupun total lock down. Mungkin ramai golongan yang berpendapatan tetap yang menyebabkan kes Covid ni mencanak tinggi kut. Golongan yang suka melanggar SOP..itu andaian aku je...hahaha....Golongan yang kais pagi makan pagi kais petang makan petang memang terjejas teruk masa Total Lockdown. Golongan yang berniaga gerai, golongan yang keje dengan syarikat orang lain yang terpaksa tutup musim total lock down ni dan kegiatan-kegiatan ekonomi lain yang terpaksa tutup selama masa total lock down ni. Yang paling terasa kesannya ialah ramai orang Melayu yang ramai keje kat kampung2 dan yang keje dengan syarikat-syarikat kecik. Takkan pemilik syarikat nak bagi gaji jika syarikat pun tak boleh buka untuk menjana pendapatan. Selain daripada itu orang-orang kampong yang keje sendiri secara kecilan seperti ambik upah buat keje-keje kampong sana sini dan seumpamanya pun terjejas. Semua pihak terkesan dengan total lock down ni tetapi golongan yang diatas paling teruk menerima kesannya…Adakah kita merupakan bangsa yang memang suka langgar peraturan walaupun nampak rupa macam patuh pada peraturan…Adakah kita merupakan manusia yang tak fikirkan hal orang lain akibat tak patuh pada peraturan...Kita pun tau kan, iman kita tak sempurna jika kita tak kasih sesama Muslim....cubalah renung kembali….

Kes 31 MEI 2021, ada berkurang sikit

Kes tertinggi pada 29  MEI 2021

Rata-rata negeri kat negara ni tinggi kes Covidnya. Yang paling tinggi ialah Selangor yang tak pernah tak jadi juara. Sekarang ni Kelantan pun hampir 1K kes. Rasanya ini mesti sebab aktiviti balik kampong musim raya itu hari. Dulu Kelantan sentiasa zon hijau macam warna parti politiknya…hahaha…Aku pun suka warna hijau tu...haha...Yang paling utama kes rentas negeri la kut. Begitu juga dengan kes langgar SOP dan kes kes yang lain…Yang peliknya ada jugak yang melanggar SOP di kawasan PKPD. Dorang ni dah kenapa. Sekarang sukar nak tau sama ada yang bergerak tu pembawa Covid atau tak, sebab ada jugak pembawa Covid yang tiada tanda-tanda pun dia telah dijangkiti Covid, maknanya badan dia sihat aje. Jadi hati hati la dan patuhilah SOP. Payah nak cakap pada golongan yang degil ni…

Peraturan sukan masa TOTAL LOCK DOWN

Masa musim PKP aku tak buat eksesais kat luar rumah, musim Total Lock Down ni dah ada peraturan untuk panaskan badan kat luar rumah. Aku pun tak tau sama ada musim PKP dulu tu boleh kuar eksesais atau tak di luar sana tu..Maka terpaksa la senam senam ringan aje kat dalam rumah supaya badan tak menjadi galeri kalori yang tak dihakis. Perlu sangat kita gerak-gerakkan juga urat-urat kat badan kita supaya kita terus sihat. Macam2 cara kita boleh gerakkan badan dalam rumah. Mana yang banyak duit tu boleh la beli treadmill. Ada benda alah tu boleh la berjoging dan berjalan dalam rumah…tak gitu…Di bawah ini aku letakkan carta keperluan harian kalori mengikut usia, makanan dan kalori serta aktiviti yang boleh membakar kalori. Pada aku ambillah kalori mengikut aktiviti harian kita sebab kalori yang menjadi lebihan tentu akan berkumpul dalam badan dan mampu membentuk tubuh kita seperti KOTAK EMPAT SEGI…hahaha…opst!. Jadi musim Total Lock Down ni aku nak mulakan eksesais di luar rumah. Dah sebulan lebih tak panaskan badan di luar sana tu...tapi tak tau bila nak mulakan...hahaha...




Diantara aktiviti yang boleh hakis KALORI..

Satu hal lagi yang aku rasa dah sentuh beberapa kali ialah berkaitan media social. Kalau korang selalu masuk ke media social termasuk Face Book tentu korang selalu terserempak dengan komen-komen maki hamun dan sebagainya. Korang juga tentu tau, banyak isu-isu dalam media social terkandung juga perkara fitnah dan gossip gossip. Aku nak jelaskan di sini fitnah ialah perkara yang tidak benar yang sengaja diada adakan. Gossip atau mungkin boleh disamakan dengan umpat yang merupakan berita benar berkaitan seseorang dimana jika individu tersebut mendengar atau membacanya, dia juga tak suka. Kedua dua ni merupakan perkara yang berdosa jika kita terlibat sebagai pembuat umpatan atau pengumpat atau tukang share cerita orang lain. Ini dosa sesame manusia. Dosa sesame manusia hanya boleh dimaafkan oleh orang berkenaan. Kalau dosa kepada ALLAH kita boleh terus taubat dan mohon ampun kepada Pencipta. Kalau dosa sesame manusia mesti mintak maaf dengan manusia tu. Jika manusia berkenaan telah maafkan maka ALLAH akan ampunkan dosa tersebut. Banyak lagi dosa lain berkaitan dosa sesame manusia ni antaranya maki hamun orang lain, hina orang lain, sama ada dengan suara, tulisan dan jugak body language. Memang dosa ini hari hari kita buat dalam MEDSOS atau media social. Begitu juga dalam kehidupan seharian termasuk maki orang ketika memandu kenderaan dan sebagainya lagi. Bersikap kasar, bergaduh, menipu, menyamun, merompak dan sebagainya yang melibatkan orang lain. Kalau kita boleh jumpa orang tu bolehlah kita terus mintak maaf. Apa kata orang tu mungkin kita tidak akan jumpa sampai mati seperti menghina raja2, menghina menteri, menghina ketua kampong, menghina mufti atau agamawan,menghina orang lain, menghina rupa orang yang tak lawa dan macam macam lagi yang seumpama dengannya. Jadi tentu sukar untuk minta maaf kan…Rasanya, kalau mustahil untuk pi minta maaf, cubalah kita buat sedekah yang diniatkan pahalanya untuk semua mereka yang kita telah zalimi atau sakiti atas muka bumi ni, sama ada yang kita kenal atau yang tak kita kenal. Kalau kita maki ketika memandu, kita bukan kenal pun orang yg kita maki dalam kete lain tu…tak gitu... Rasanya yang paling utama buatlah sedekah yang pahalanya hingga sampai ke hari KIAMAT seperti sedekah bina masjid, bina tahfiz, bina surau dan sebagainya yang pahalanya akan dijana hingga ke hari KIAMAT selagi bangunan2 tu terus kekal. Kita niatkan pahala berkenaan untuk semua orang yang kita zalimi dan sakiti tu…tak gitu..Dengan yang demikian taklah kita menjadi muflis kerana terpaksa membayar dosa kita tu dengan pahala kita di akhirat nanti. Bila pahala kita dah habis kita terpaksa pulak tanggung dosa-dosa orang yang kita zalimi atau sakiti tu. Namun begitu kita juga mesti bertaubat untuk tidak melakukan perkara-perkara yang berdosa tersebut. Jadi fikirlah sewaras-warasnya. Jadikanlah diri kita ni memadam perbuatan dosa kita dengan perbuatan pahala yang kita lakukan….tak gitu…Tapi kalau dosa sesame manusia macam mana nak di delete dosa tu…? Jadi fikirlah sedalam-dalamnya…Tapi tu la, pada pandangan aku eloklah kita semua maafkan semua orang sebelum mati. Bila dah maafkan, nanti kat akhirat kita tak perlu berlama-lama untuk berada di mahkamah ALLAH SWT nanti untuk segala masalah dengan manusia lain. Dah la duk di akhirat beribu tahun, berdepan pulak dengan manusia lain untuk selesaikan urusan antara manusia, tentu makan masa duk di mahsyar tu kan. Jadi sekali lagi eloklah kita maafkan dosa semua orang, tentu banyak pahalanya memaafkan orang lain...tak gitu...


Takkan korang nak jadi penghuni di sini, tentu tempat tu LEBIH DASYAT daripada yang digambarkan...tak gitu...

Satu lagi aku nak tulis ialah berkaitan asal usul bangsa Melayu. Sebenarnya aku baru jumpa video seorang penyelidik ni. Biasanya penyelidik ialah orang berilmu dan hasil penyelidikannya adalah diiktiraf dunia. Memang kepakaran dia menyelidik perkara yang perlu dan yang penting untuk diselidik, perkara yang signifikan untuk diselidik...Kalau kita tak percaya pada orang yang berilmu maka sama macam kita tak cakna dengan tuntutan agama yang menyuruh kita bertanya dengan orang yang lebih tahu atau lebih berilmu. Agama meletakkan orang yang berilmu ditempat yang tinggi dan mulia. Penyelidikan penyelidik ni adalah berkaitan Asal Usul bangsa Melayu. Syarahan dia berasaskan fakta sains yang makan masa 7 tahun untuk diselidik dan disiapkan. Buku yang ditulis tu pun dah diterbitkan dan dijual di pasaran. Video ni agak panjang tapi cubalah luangkan masa untuk mendengar dan menonton video ni. Syarahan ni anjuran ABIM dalam tahun 2018. Apa yang boleh aku simpulkan ialah Melayu Nusantara bermula dari Tanah Melayu semuanya. Orang Melayu merupakan bangsa kedua tertua dan lebih tua dari bangsa India dan Cina. DNA bangsa Melayu lebih dekat dengan DNA orang asli Jakun....hahaha...Kita baka orang asli rupanya.....Kemerdekan Malaysia ditentukan oleh orang putih dan orang luar serta tiada satupun wakil orang Melayu. Orang Melayu memang telah dianaktirikan sejak dulu oleh orang putih, itu sebab kita bangsa miskin sampai hari ni. 60% tanah di Tanah Melayu dikuasai bangsa asing. Tanah Rizab Melayu perlu kekal 50% tapi sekarang ni dah terhakis. Orang Melayu bertambah teruk lagi disebabkan oleh ahli Politik Melayu sendiri. Kalau nak tau lebih lanjut, tontonlah video ni selama sejam setengah, sabarlah menonton. Kalau korang nak miliki buku tu, harap belilah, yang harganya seratus lebih. Jadikan koleksi di rumah untuk bacaan anak-anak cucu dan generasi kemudian...



Rasanya itu aje yang aku nak tulis....moga kita semua, tak kira sapa la, akan sentiasa dirahmati dan diredhai ALLAH SWT dunia hingga akhirat. Moga kita semua dihindarkan oleh ALLAH SWT daripada siksa kubur, siksa mahsyar dan siksa neraka serta dimasukkan ke dalam syurga...aamiinnnn...

Jangan lupa terus istiqamah dengan #bmf, jika tak mampu semua, jangan tinggalkan semua....

~ Sekian.... ~
daud.montak.zakaria

No comments:

Post a Comment

LAMA SANGAT tak buat catatan

Diari DAUD : july 2024 Dah agak lama aku tak buat catatan kat blog ni. Tarikh akhir aku tulis pada 29 April 2024 yang lalu. Jadi hari ni aku...