Friday, June 4, 2021

Bakar Kalori masa Total Lock Down

Diari DAUD - Hari ni JUMAAT, 4 JUN 2021, aku mula panaskan badan masa total lock down ni. Ini kali pertama aku panaskan badan sejak behenti masa bulan Ramadhan itu hari. Bulan Ramadhan memang tak mampu la untuk aktiviti bakar kalori ni. Masa Total Lock Down, 1 - 14 Jun 2021 ni, memang dibenarkan untuk beraktiviti secara individu tanpa melibatkan orang lain. Aktiviti cuma dibenarkan dalam lingkungan 10 Km....7 am - 7 pm. Memang aku ambil kesempatan la untuk beraktiviti seperti yang dibenarkan. Mesti bakar kalori beb sebab dah lama tak bakar kalori. Bimbang jugak dah lama tak bakar kalori. Bimbang jugak badan jadi penyimpan kalori dan boleh tukar bentuk badan jadi macam kotak empat segi atau jadi macam tin biskut empat segi tu...ekekeke..opst!. Sempat la aku  berjalan selama sejam lebih, jarak lebih kurang 6Km dan dapat bakar kalori lebih kurang 400Kalori. Rasanya ok la kut. Buat aktiviti kat taman perumahan aje pun...

Kawasan aktiviti

SOP aktiviti

Di bawah ni aku letakkan jadual pengambilan kalori mengikut usia serta makanan yang mengandungi jumlah kalori. Aku juga sertakan aktiviti yang boleh membakar jumlah kalori yang kita ambil setiap hari. Perlu jugak kita kira kalori yang kita ambil setiap hari mengikut aktiviti harian kita. Kalau kita tak berapa aktif eloklah kita ambil kalori yang berpatutan supaya kalori berkenaan tak tersimpan dalam badan kita dan menjadi lemak-lemak yang kita tak suka tengok kan...hahaha...Jadi rencanakanlah jumlah kalori yang perlu diambil dengan sebaik-baiknya. 





Video bakar kalori aku ada kat bawah tu..


Sepanjang aku beriadah di sekitar taman perumahan tu, banyak jugak face mask yang aku jumpa dibuang di mana-mana. Rasanya eloklah face mask yang kita gunakan tu kita ikat dan buang dalam bakul sampah. Bukan sukar mana pun. Kalau naik motor atau berjalan kaki ikat aje face mask tu dan masuk dalam poket. Bila jumpa tong sampah, masukkan je. Begitu juga kalau dalam kete, ikat aje face mask tu, dan bila jumpa tong sampah, buangkan aje dalam tong sampah, tak susah mana pun. Sikap ni kena didik pada diri kita sendiri dan anak-anak sejak kecil lagi. Aku bersetuju dengan video MAT DAN kat bawah tu...tonton la...


Aku jugak nak tulis berkaitan Covid -19 ni. Masa Total Lock Down tu...eloklah kita duk aje diam diam kat umah. Tak perlu la nak pi kuar tak tentu pasal. Kalau pi beli barang pi la sensorang aje atau kalau barang tu nak beli banyak bawak la sesapa. Aku kalau nak beli barang, bawak isteri aje, malas nak pi sensorang. Isteri aku aje yang masuk kedai beli barang, aku jadi dreba aje la...hahaha... Tapi kalau barang banyak aku akan pi sama la..Tak perlu kerap pun kuar. Musim total lock down ni memang bosan sangat duk dalam rumah berkurung...kematu otak...Tapi nak buat macam mana kan. Aku jugak kesian dengan dorang yang kais pagi makan pagi...mereka memang terjejas sangat. Payah nak cari rezeki musim total lock down ni...Sama sama la kita doa supaya semuanya  sentiasa dalam lindungan ALLAH SWT. Semalam pun kes Covid dah naik balik...hari ni tak tau la...Kita doa la ramai-ramai supaya si Corona ni diangkat oleh ALLAH SWT.

Kes semalam dah naik balik...

Kita buat aje la apa yang diarahkan oleh kerajaan. Kerajaan suh amik vaccine, amik je la. Kalau dah kita ditakdirkan ajal, memang kita tak boleh lari pun sebab Tuhan dah tentukan kita ajal sebab itu. Kita bukan boleh lari daripada ajal. Ada ke sesapa yang boleh lari daripada ajal, nak jugak aku nuntut ilmu nak lari daripada ajal tu..hahaha...opst! Apa apa pun doa aje banyak-banyak supaya kita bebas daripada Covid 19 ni...Dah lama dah rasanya tak rentas negeri nak tengok kampung...ekekeke....Tak gitu....


Hari ni JUMAAT, 4 Jun..sekali lagi aku tak boleh nak kerjakan solat JUMAAT. Solat tu khusus untuk 6 orang aje musim Total Lock Down ni...Dah tak boleh nak pi solat, nak buat macam mana. Kita solat aje la kat rumah, iaitu ganti dengan solat Zohor...Kerjakan solat tu dengan isteri secara berjemaah. Kalau anak2 nak ikut serta lagi baik...tapi tu la...anak anak ni mana nak solat dengan emak bapak. Dorang suka solat sendiri sebab nak melakukan solat ekspres.... Tak tau la sampai bila kita terpaksa tidak kerjakan solat jumaat ni. Harap kes Covid 19 akan dapat turun dengan ketara supaya kita dapat kembali ke masjid untuk tunaikan solat Jumaat dan solat2 jemaah yang lain yang dah lama kita tinggalkan. Ada yang mungkin hampir setahun kut tak solat Jumaat. Ada ustazah kata kena taubat sebab tinggalkan solat Jumaat walaupun terpaksa masa musim Covid ni..Ada juga mufti bagi fatwa tak perlu solat taubat pun. Pada aku apalah salahnya taubat, tak sukar pun...Dirikan aje solat taubat 2 rakaat dan lepas tu doa la dengan doa taubat yang sungguh-sungguh sebab kes tu bukan kita sengaja tapi terpaksa sebab wabak. Tak ada masalah pun nak kerjakan solat taubat dan taubat tu..Doa aje mohon taubat kepada ALLAH SWT atas semua dosa-dosa kita termasuk dosa kita yang lalu lalu...Kita memang pendosa pun...ada sesapa ke yang terasa dirinya maksum...ada ka....hahahaha...opst!


Rasanya tajuk khutbah Jumaat Selangor ialah Tuntutan Amanah Dalam Bekerja. Memang luas tajuk ni sebenarnya. Memang banyak pun benda yang boleh diperkatakan dalam tajuk ni. Aku nak sentuh sikit aje la. Memang kita kena amanah dalam bekerja. Antaranya kita kena buat kerja dengan tekun sebab kita dibayar gaji. Jangan curi tulang masa bekerja. Jangan datang keje lewat ke tempat keje walaupun takde keje sebab kita dibayar untuk keje dan datang keje. Jangan amik rasuah ketika bekerja. Rasuah bukan takat amik wang tapi juga belanja makan dan sebagainya. Rasuah sex pun sama...Jangan gunakan alatan opis untuk kegunaan diri sendiri. Jangan mengular. Jangan curi tulang dalam kerja berpasukan, itu zalim dengan rakan sekerja..itu dosa sesama manusia...bila pulak kita nak mohon maaf.... Jangan buat benda tak berfaedah dalam waktu keje seperti main game di komputer dan sebagainya. Jangan tidur masa waktu pejabat. Jangan buat keje pendapatan sendiri dalam waktu keje. Mungkin ada yang bekerja tapi tak datang opis sebaliknya dia buat keje lain untuk pendapatan sendiri tempat lain. Fikirlah hasil pendapatan daripada keje2 yang tak amanah dan tak senonoh tu, kita makan untuk diri sendiri dan keluarga. Amanah bekerja ni bukan saja kat opis tapi jugak semua keja-keja kat mana mana pun termasuk kat ladang2 dan sebagainya...Rasanya cukup aje setakat itu aku tulis untuk tajuk Amanah Dalam Bekerja ni...Sapa yang makan cili, dia la yang terasa pedasnya...ye dak...ekekeke...opst!


Rasanya itu aje kut yang aku nak tulis kat sini..sama sama kita berdoa supaya kita tak dimurkai ALLAH SWT dunia dan akhirat...


Jangan lupa teruskan #bmf, kalau tak mampu semua, jangan tinggalkan semua...


~ sekian ~

daud.montak.zakaria

No comments:

Post a Comment

LAMA SANGAT tak buat catatan

Diari DAUD : july 2024 Dah agak lama aku tak buat catatan kat blog ni. Tarikh akhir aku tulis pada 29 April 2024 yang lalu. Jadi hari ni aku...