Diari DAUD - Semalam hari JUMAAT, 24 September 2021. Macam biasalah, waktu pagi aku pi panaskan badan di kawasan sekitar taman perumahan. Memang rutin aku buat aktiviti ni 2 kali setiap minggu. Kalau hal ni tak dibuat rasa badan tak berapa fit. Rasanya dah tua2 ni kena jugak buat aktiviti ni secara rutin. Kita perlu berpeluh dan perlu gerakkan otot kita. Bersihkan keliling rumah hingga berpeluh pun boleh dikira kita melakukan senaman jugak. Jadi kalau ada masa tu buatlah aktiviti untuk gerakkan otot2 ni. Kita buat aktiviti ni bukan sebab takut mati tapi untuk rasa sihat walaupun dalam tubuh kita wujud penyakit. Dulu masa aku jumpa doktor dulu dia kata kita mesti buat aktiviti sekurang-kurangnya 2 jam setengah kalau jogging setiap minggu. Kalau berjalan kita mesti sekurang2nya berjalan 3 jam setengah setiap minggu. Hari ni aku mampu berjalan lebih kurang 6Km dengan 8K langkah serta bakar kalori lebih kurang 300 Kalori dalam masa sejam lebih.
Jadi, untuk semua kita, seboleh-bolehnya buatlah aktiviti bakar kalori secara rutin sama ada setiap hari atau beberapa hari dalam seminggu untuk jadikan badan lebih FIT, bukan sebab takut mati, sebab mati tu dah TUHAN tentukan....tak boleh elak pun...
Hari JUMAAT, 24 September 2021 juga merupakan kali pertama aku solat JUMAAT di Masjid Kariah Bangi tu musim Covid 19 ni. Dah lama sangat dah aku tak solat Jumaat sebab Selangor lama sangat berada dalam PKP FASA SATU. Dah berbulan jugak la aku tak solat Jumaat. Musim PKP kat Selangor ni cuma AJK masjid je yang boleh solat Jumaat. Bila dah boleh solat JUMAAT berjumlah 350 orang maka banyak la peluang orang ramai dan ahli kariah yang boleh datang masjid untuk solat Jumaat. Hanya jemaah lebih 18 tahun dan dah buat dua2 vaksin aje yang boleh pi solat Jumaat. Alhamdulillah...memang rasa bersyukur sangat. Bukan apa, kalau kita dah biasa solat Jumaat dan tak pernah tinggal walau sekali tentu kita akan rasa macam tak seronok aje. Bukan nak riyak tapi korang tanyalah sapa2 yang tak pernah tinggal Jumaat, tentu mereka akan jawab benda yang sama. Lagipun korang tentu tau kan kalau tinggalkan solat Jumaat walau cuma sekali, dosanya amat besar. Dan kalau tinggalkan solat Jumaat berturut-turut 3 kali dikira seperti orang Munafik. Orang munafik duduknya di NERAKA JAHANNAM.
Jemaah yang ada kupon untuk datang masjid aje yang boleh hadir di masjid. Kupon berkenaan boleh di dapati di surau dan di masjid berkenaan. Kupon berkenaan dikeluarkan oleh pihak masjid. Masjid Kariah Pekan Bangi tu memang boleh muat dengan jumlah 350 orang tu mengikut SOP yang ditetapkan iaitu antaranya jarak antara jemaah ialah lebih kurang 1 meter diantara satu dengan yang lain. Itu pun masih ramai yang tak boleh masuk masjid. Walk in buat masa ni tak dibenarkan. Dengar2 citenya rentas negeri mungkin tak berapa lama lagi. Dah tentu aku akan balik kampung untuk lihat rumah dan sebagainya. Lama dah tak balik. Lagipun hujung tahun aku plan nak pindah ke kampung. Kalau boleh rentas negeri, dah tentu lebuhraya pun akan jem gilerrrrr....kan...kan...
Tajuk khutbah masjid di Selangor ialah VIRAL FITNAH DI MEDIA SOSIAL. Aku tak bercadang untuk mengupas tajuk khutbah tu. Kita pun masing2 tau fitnah tu memang perbuatan berdosa BESAR. Rasanya eloklah jauhkan diri daripada perbuatan fitnah tu. Lebih baik kita jangan masuk campur dalam perkara yang kita tak tau. Tak masuk syurga orang yang berbuat FITNAH. Jadi buat apa kita nak 'involve'. Lebih baik kita diam. Dalam Islam pun kita dianjurkan supaya diam jika tiada apa2 perkataan yang berfaedah untuk dikeluarkan. Memang betul fitnah di media sosial amat pantas dan jumlah manusia yang terlibat boleh mencapai jutaan orang. Fikirlah betapa besar dosanya bila jumlah yang terlibat amat besar. Fitnah dulu2 cuma dari tingkap ke tingkap aje dan habis tinggi pun cuma satu kampung aje...Sekarang ni fitnah berbentuk antarabangsa dan seluruh dunia. Ngeri sungguh kalau kita nampak dosa-dosa yang kita jana hasil daripada FITNAH tu. Nanti di mahkamah ALLAH SWT di Mahsyar nanti kita akan nampak dosa2 kita tu depan mata aje.. Andaikata kita tak terlibat dalam fitnah, namun disebabkan hal berkenaan merupakan perkara yang benar, kita akan terlibat pulak dengan istilah GOSSIP atau UMPAT...mengumpat jugak besar jugak dosanya dan mudah menjerumuskan kita ke lembah NERAKA...Umpat tu perkara yang benar. Lebih kurang sama aje dosa kedua-duanya...Harap kita semua jangan terlibatlah dengan hal sedemikian hingga kita mati..Rugi besar kita nanti di akhirat tu...
Aku jugak nak warwarkan di sini, bahawa masjid kariah Pekan Bangi akan diganti dengan masjid yang baharu. Sekarang ni pihak masjid sedang kumpulkan dana untuk membina masjid berkenaan. Dijangka masjid baharu akan dibina mulai tahun depan kut. Jadi di sini aku ingin mengajak kalian untuk sama-sama kita menderma. Besar pahalanya kita sedekah untuk bina masjid dan pelbagai bangunan yang digunakan untuk syiar Islam. Dermalah sejumlah yang mampu. Pahalanya boleh untuk diri sendiri dan jugak untuk diniatkan sedekah untuk kedua ibu bapa kita yang masih hidup atau telah meninggal dan sebagainya. Perlu jugak diingat kita sering menyakiti dan menzalimi orang lain sebab kita manusia biasa. Jadi elok jugak kita sedekah dan niatkan pahalanya untuk semua orang yang pernah kita zalimi sama ada yang kita kenal ataupun tidak. Di akhirat dan di mahkamah ALLAH SWT nanti kita akan bayar segala perbuatan dosa kita kepada orang lain dengan PAHALA yang kita ada. Jika PAHALA kita telah kehabisan sebab membayar perbuatan DOSA kita kepada orang lain, maka DOSA orang lain pulak kita akan tanggung sebab PAHALA dah habis untuk membayar segala DOSA kita kepada orang lain. Akhirnya kita tanggung DOSA orang lain dan seterusnya dicampak ke lembah NERAKA...takut kan...Jadi apa salahnya kita bersedia sejak di muka bumi lagi. Ramai kita zalimi orang lain kan sama ada yg kita kenal ataupun yang tak kita kenal...contoh la...kita ambil tanah orang lain atau guna tanah orang lain tanpa kebenaran. Kita maki hamun orang lain sama ada dia dengar atau tak. Kita jugak sering mengumpat dan memfitnah orang lain. Itu cuma sebahagian daripada contoh2 kita menzalimi orang lain...Kesimpulannya buatlah banyak pahala dengan apa cara sekali pun sebab akhirat adalah tempat yang kekal...Akhirat tempat azab yang pedih dan jugak tempat terlalu bahagia yang berkekalan....
Aku dalam 3 hari ni cuti daripada memasak sebab 3 hari ni menantu aku ada kat rumah. Jadi aku rasa biarlah dia aje yang memasak dua tiga hari ni. Aku akan sambung masak lunch mula hari Isnin. Lagi pun menantu aku sedap masakannya. Isteri aku sekarang ni dah bertambah sihat...alhamdulillah. Sekarang ni dia boleh dah bergerak sana sini dalam rumah tanpa dibantu. Masuk bilik air dan dah boleh mandi sendiri. Namun aku selalu ingatkan dalam bilik air jangan berdiri. Kalau mandi dan sebagainya duduk aje di atas kerusi dalam bilik air. Nasihat aku untuk mereka yang dah pernah pening dalam bilik air, jangan sekali-kali berdiri dalam bilik air. Sediakan kerusi untuk duduk bila dalam bilik air untuk mandi dan sebagainya. Amat bahaya kalau pening dalam bilik air dan tumbang dalam bilik air. Tolonglah ambil perhatian berkaitan hal ni...Kalau isteri aku dah benar2 sihat nanti mungkin aku akan bersara daripada memasak...hahaha...Buat masa ni aku mesti masak sebab dia masih perlahan pergerakannya dalam rumah dan tak mampu buat keje berat2...Dia masih tak boleh tundukkan kepala sebab akan rasa macam pening. Jadi aku biarkan dia benar2 sihat barulah aku serahkan tugas memasak tu...hahaha..opst!
Klik DI SINI untuk tonton antara video masakan yang pernah aku masak...Resepi aku 'google' aje pun...
Aku nak ucapkan bebanyak terima kasih kepada kalian semua iaitu sedara mara, adik beradik, ipar duai, biras2, jiran2, rakan2 dan semua yang mendoakan kesihatan isteri aku. Moga isteri aku terus sihat seperti sedia kala....aamiinnnn...
Rasanya itu aje yang aku nak tuliskan hari ni, moga kita semua, tak kira sapa la, akan sentiasa dirahmati, diberkati dan diredhai oleh ALLAH SWT dunia hingga akhirat...aamiinnn...
Jangan lupa terus dengan #bmf, jika tak mampu semua, jangan tinggalkan semua...
Diari DAUD - Hari ni JUMAAT lagi, 17 Sept. 2021. Macam biasa, hari Jumaat aku bakar kalori sebelah pagi. Tak ada apa yang baru pun masa bakar kalori ni. Masih di tempat yang sama sebab kita tak boleh rentas sempadan kan. Kalau boleh rentas sempadan tentu aku akan pi hiking di Melati Hill, Nilai Negeri Sembilan dan berjalan di Tasik Ujana Nilai Negeri Sembilan. Apa-apa pun bersyukur lah sebab masih boleh bergerak untuk bakar kalori dan masih boleh keluar rumah musim covid ni untuk bakar kalori. Bakar kalori ni bukan sebab takut mati tapi untuk jadikan tubuh badan kita rasa lebih sihat dan fit serta jika ada penyakit pula, supaya sakit kita taklah bertambah teruk. Jadi kita mestilah beraktiviti. Beraktiviti ni tidak mampu pun menghalang kita daripada bertemu ajal sebab ajal tu pasti sama ada kita sihat atau tak. Oleh sebab kita ni di dunia, segala yang berlaku tu bersebab...mungkin kita mati sebab sakit dan sebagainya...Mesti ada asbab...Kalau ada yang mati secara tiba-tiba, kalau di pos motem tentu ada sebab dia mati...tak gitu...Hari ni macam biasa dapatlah aku bakar kalori lebih kurang 300 kalori, berjalan sejam lebih, jarak 6Km dan cipta langkah lebih kurang 8K langkah. Aku beraktiviti ni 2 kali seminggu je...ok la tu kut...
Hari ni JUMAAT, masih lagi tiada peluang untuk tunaikan Jumaat. Dah banyak kali dah. Harap ada rezeki dimasa akan datang. Kalau kita tak dapat peluang, jangan kita mengeluh, semua tu memang dah ada ditentukan ALLAH SWT di Luh Mahfuz. Semuanya dalam ilmu ALLAH SWT sebab ALLAH SWT Maha Mengetahui. Usah gusar sangat, terus aje mencuba dapatkan peluang untuk solat Jumaat masa akan datang. Satu lagi, Masjid Kariah Bangi akan membina masjid baharu akan datang menggantikan masjid lama. Kalau ikutkan memang patut pun dibina masjid baru sebab kariah sini dah ramai dah. Masa aku mula2 datang tahun 1983 dulu masjid lama ni memang boleh menampung penduduk sekitar. Sekarang ni di sekitar sini memang dah ramai penduduknya. Dah banyak taman perumahan yang wujud di sekitar sini. Lama dulu, awal aku ke sini, keliling ni hutan je...sekarang ni dah macam pekan dan bandar. Taman perumahan pun dah di panggil bandar seperti Bandar Bukit Mahkota, Bandar Seri Putra dan sebagainya..Di bawah ni aku tepekkan poster. Bagi yang nak menderma silakanlah...Tak rugi menderma sebab pahalanya akan berterusan hingga hari kiamat selagi masjid tu wujud di situ. Aku tak pasti akan dapat solat di situ nanti sebab aku akan pindah kampung hujung tahun ni. Masjid tu mungkin akan mula dibina tahun depan. Mendermalah, tak rugi menderma. Pahala sedekah tu yang akan kita bawa ke akhirat. Harta yang lain2 yang kita tinggalkan dalam bank dan sebagainya akan diwarisi isteri dan anak2...Jadi pahala sedekahlah yang akan kita bawa bersama ke sana. Kita mati takkan bawa rumah besar kita, kita takkan bawa barang kemas kita, kita takkan bawa wang2 dalam akaun bank kita dan sebagainya....itu semua akan diwarisi oleh isteri dan anak2. Kita hanya akan bawa pahala harta yang kita sedekahkan masa kita hidup...dan amalan2 yang lain...
Sekarang ni, isteri aku kelihatan semakin sihat nampaknya dan harap2 dia terus sihat....tolonglah doakan sama-sama ye....Sekarang ni dia boleh berjalan perlahan-lahan dalam rumah tanpa dibantu...Berjalan ala kura-kura...hahaha...Tapi masa masuk bilik air aku kena pimpin jugak sebab bimbang dia terjatuh. Kakinya masih tak kuat dan kalau terseradung tentu terus jatuh. Solat pun dia masih duduk...kakinya tak kuat berdiri lama...Nak tunduk pun tak boleh...Itu ujian dia la kut dan ujian untuk aku sama la tu...Aku masih pimpin dia masuk bilik air dan aku masih lagi mandikan dia tu...Harap2 dia terus sihat. Tapi untuk keluar rumah masih tak boleh sebab anggota masih tak kuat. Doktor pun kata, makan masa untuk kembali seperti sedia kala. Kami masih belum dapat tarikh temujanji dengan doktor untuk scan kembali kepala isteri aku tu. Dia masih tak boleh nak masak makanan. Nak berdiri di dapur lama2 pun tak mampu lagi. Sekarang ni, masih aku yang masak dan anak pompuan aku. Sekarang ni kerap aku masak makanan tengah hari sementara anak pompuan aku buat sarapan pagi. Tugas ni kami galas selepas menantu aku bertugas semula. Sebelum tu lebih sebulan menantu aku yang sediakan makanan dan sebagainya masa isteri aku terlantar selepas pembedahan kepala. Sekarang ni aku masak, hari2 menu ayam aje...tentu ada yang pelik nape aku masak ayam hari-hari. Sebenarnya anak bungsu aku tak makan ikan...tu sebab aku masak ayam je hari2 untuk dia dan yg lain2. Apa boleh buat la...Anak bungsu aku tu masa kecik tak makan nasi pun...dah hampir sekolah menengah baru makan nasi. Kami tak ajar pun dia tak makan nasi. Aku sendiri pun tak makan ayam sebab alahan. Namun aku tak kisah pun...aku asal kampung, aku mampu makan walau dengan ikan masin sekali pun....hahaha..
Aku berharap tak lama lagi kita semua akan dibenarkan rentas sempadan sebab aku akan berpindah ke kampung pada hujung tahun ni...insyaALLAH TAALA. Harap semua yang dirancang tidak akan tertunda. Saja je aku nak duk kat kampung sebab aku pun lahir di kampung. Aku anak kampung yang dulu pernah makan pisang rebus, ubi kayu rebus, ubi keledek rebus, aku pernah tangkap ikan di bendang, aku pernah mandi sungai dan sebagainya. Aku tak heran sikit pun...Oleh yang demikian aku kena pulang ke kampung...Hanya beberapa orang anak aku yang akan terus duduk di Bangi ni. Dia tak dilahir di kampung pun. Dia orang memang anak Selangor...Aku dan isteri aku masih anak Peghak...Anak bungsu aku akan turut serta balik ke kampung.
Rasanya itu aje yang aku nak coretkan di sini...Aku doakan kalian semua, tak kira sapa la, akan sentiasa dirahmati, diberkati dan diredhai oleh ALLAH SWT sentiasa dunia dan akhirat. Aku berdoa jugak moga kalian semua dihindarkan oleh ALLAH SWT daripada siksaan KUBUR, MAHSYAR dan siksaan NERAKA...semuanya, tanpa kecuali..aamiinnnn...
Jangan lupa, teruskan #bmf, jika tak mampu semua, jangan tinggalkan semua...
Diari DAUD - Hari ni JUMAAT, 10 SEPT. 2021. Pepagi lagi aku dah turun untuk bakar kalori sekitar taman perumahan aku. Aku macam biasalah, setiap JUMAAT dan ISNIN akan buat aktiviti sebegini setiap minggu. Memang penting kita buat aktiviti ni sekurang-kurangnya 3 jam setiap minggu bagi yang buat aktiviti berjalan. Kalau jogging, rasanya 2 jam setengah setiap minggu. Aktiviti ni penting untuk maintain diri kita supaya sihat tapi kalau kurang sihat, supaya sakit kita nak menjadi lebih teruk...gamaknya laaa....Hari ni juga kami kat Selangor, KL dan Putrajaya boleh rentas daerah dah dan tiada lagi sekatan. Hari ni hari pertama. Rasanya boleh kut pi Putrajaya untuk lepak-lepak dan sebagainya. Rasa jemu dah lama duduk kat rumah...hahaha...serabut dah kepala....Selama sejam lebih aku berjalan, aku berjaya bakar lebih kurang 300 kalori, berjalan lebih kurang 8K langkah dan jarak berjalan lebih kurang 6Km...ok la kut...
Hari ni JUMAAT lagi. Sekali lagi aku tiada peluang untuk solat Jumaat di Masjid Kariah Bangi tu. Selangor sekarang masjid boleh dihadiri oleh 100 orang jemaah Jumaat yang dijemput. Sapa-sapa yang tak dijemput tu, solat ganti ZOHOR di rumah dengan anak bini. Pada rakan-rakan dan sapa je yang nak menderma, bolehlah menderma untuk bina masjid baharu Kariah Bangi ni. Pembinaan akan bermula tahun depan kut. Mendermalah untuk diri sendiri atau difidyahkan pahalanya untuk orang lain sama ada ibubapa kita yang masih hidup atau yang telah mati. Tak salah kita jana pahala untuk ibu bapa kita yang telah pergi sebab dia orang telah besarkan kita dengan baik sejak kecil. Ada jugak yang mewarisi harta kedua ibu bapa tu. Jadi kenalah fikirkan untuk ibu bapa yang dah tiada tu...pahala sedekah tulah yang mampu kita bantu untuk mereka. Atau boleh jugak dihadiahkan kepada sapa-sapa je yang lain seperti orang2 yang pernah kita zalimi di atas muka bumi ni, sama ada yang kita kenal atau pun tidak. Pahala sedekah untuk buat masjid ni akan berterusan hingga ke hari kiamat, selama mana masjid tu wujud. Rugi beb kalau tak menderma untuk buat masjid ni...Kita perlukan pahala bila dah mati nanti...jangan kedekut...
Semalam, KHAMIS, 9 SEPT. 2021, aku bawak isteri aku buat cek up di HKL berkaitan sakit dia dulu tu. Disebabkan aku tak mahir dengan KL tu, aku mintak anak lelaki aku tolong bawakan kami ke HKL tu. Kalau harapkan aku, memang tak sampai la gamaknya...Kami gerak dari Bangi jam 7.30 pagi. Kami masuk ke Highway Plus melalui jalan pi Dengkil tu. Kenderaan macam banyak nampaknya tapi sepanjang perjalanan kat lebuhraya tu, takde pulak kami diperiksa di sekatan jalan. Anggota keselamatan hanya pantau saja kenderaan yang lalu. Mungkin sebab hari ni hari akhir sekatan antara Selangor, Putrajaya dan KL kut. Jem pun taklah teruk sangat...macam lancar je perjalanan ke KL tu. Akhirnya kami tiba di Kompleks Pakar dan Rawatan Harian, Hospital Kuala Lumpur tu. Sebenarnya bangunan Kompleks Pakar tu aku tak pernah sampai pun. Sebelum ni aku cuma sampai di Institut Neurologi Tunku Abdul Rahman iaitu tempat isteri aku dibedah bahagian kepala tu. Macam aku tulis sebelum ni ( boleh baca di sini ), isteri aku dibedah kepala sebab pembuluh darah dalam otak pecah yang dipanggil sebagai 'aneurysm'. Isteri aku dibedah bahagian kepala untuk menghentikan pendarahan dalam otak. Pembuluh darah di kepalanya tu di'clip' dengan clip khas berukuran kurang 10mm yang dibuat daripada titanium. Dah sebulan lebih sikit dia dibedah dan hari ni untuk buat pemeriksaan selepas selesai dibedah. Masa lepas dibedah dulu doktor kata pembedahan tersebut sangat berjaya.
Tiba di bangunan pakar tu, aku dan isteri turun dari kete dan anak aku terus cari tempat untuk parking. Aku dan isteri terus berjalan kepintu masuk bangunan tu, masa tu aku pun tak pasti betul tak bangunan yang aku nak masuk tu. Mata aku melilau aje untuk cari apa2 tulisan atau maklumat di sekitar tempat tu. Apa-apa pun aku redah aje sebab aku tengok ramai yang masuk pintu utama tu. Aku scan mysejahtera. Seterusnya kami masuk pintu utama yang dikawal oleh pengawal yang meletakkan label di baju isteri aku. Aku perhatikan label tu bertulis tarikh hari ni. Kemudian kami menuju ke lift. Beraturlah kami menunggu turn untuk masuk lift untuk naik ke tingkat 5. Ramai jugak yang nak masuk lift tu. Sepanjang masa daripada turun kete tadi isteri aku memang tak lepaskan tangan aku dan dia tak lepaskan tangan aku. Dia sentiasa aje pegang tangan aku. Hal ni bukan sebab kami belangkas yang tak mau berenggang tapi...isteri aku memang tak boleh berdiri sensorang atau berjalan secara sendirian. Badannya masih lemah. Kalau dia bergerak sensorang, dia boleh tumbang. Badannya masih tak kuat walaupun dah dibedah lebih sebulan yang lalu. Dalam rumah pun walau kemana, aku kena pimpin. Nak masuk bilik air pun aku kena bawak dan aku jugak yang masih kena mandikan dia. Suami dan isteri kannn...hahahaha...opst!
Tiba di tingkat 5 aku terus cari bahagian neurologi. Nampak je signboard nuerologi, terus aje kami pi ke bahagian tu. Tiba di situ dah ramai yang beratur. Ada sorang pesakit tu suruh kami pi beratur di bahagian satu lagi. Kami pun turut beratur dengan yang lain untuk tunggu giliran masuk. Agak lama jugak kami beratur di situ. Kemudian aku teringat untuk tengok kembali kad appointment dengan doktor tu...Laaa...rupanya kami beratur di bahagian lain. Sepatutnya kami pi ke bahagian 'neurosurgeri' bukan kat 'neurologi' hahahaha...tulah hasilnya kalau tak semak betul2. Untuk pengesahan aku tanya jururawat kat situ...Memanglah kami patutnya pi ke bahagian 'neurosurgeri' bukan 'neurologi'...apa boleh buat laaaa...Maka kami pun terus pi ke bahagian 'neurosurgeri' yang tak jauh dari bahagian 'neurologi' tu...satu floor je punnnn...Sampai kat situ, kami terus bagi kad appointment kat nurse yang tunggu kaunter sebelum masuk ke bahagian neurosurgeri tu. Sepanjang masa isteri aku berkepit aje kat aku...hahaha...Nurse tersebut semak nama isteri aku di dalam buku besar dia tu. Rupanya nama isteri aku dah ada dalam buku untuk buat pemeriksaan doktor hari ni. Bila dah jumpa nama isteri aku dalam buku tu, nurse tu suruh kami masuk ke dalam dan beri kad temujanji tu kepada aku. Sampai di dalam kami terus letakkan kad tu dalam bakul depan staf di kaunter. Aku tanya dulu nurse tu sebelum letak dalam bakul tu. Maklumlah kali pertama kami masuk ke situ tentu macam rusa masuk kampung kannnn...Kami terus pi tempat menunggu di kerusi yang banyak kat depan kaunter tu. Memang ramai pun yang datang situ nak dapatkan rawatan.
Setelah lama duduk, kami dipanggil...nama isteri aku la. Tiba di kaunter tu nurse tanya kakitangan kerajaan ke. Aku cakap aku pesara. Dia mintak nak cek kad pesara aku. Lepas tu dia kata next visit dia suruh bawak salinan kad pesara. Lepas tu kami disuruh tunggu kembali di tempat menunggu. Aku malas nak kata aku bawak salinan tu sebab malas aku nak semak dalam beg yang aku bawak tu..Tak lama menunggu kami dipanggil oleh nurse yang lain. Kami pun pi ke kaunter tu. Dia tanya isteri keje kerajaan ke ...Nurse yang mula kami jumpa tiada kat situ masa tu. Aku kata aku pesara dan dia nak tengok kad pesara aku. Aku bagi la kat dia. Dia tengok kemudian dia kata ada bawak salinan ke. Aku kata nanti aku tengok dalam beg yang aku bawak. Dia kata kalau takde salinan kena bayar...Aku tanya kalau bayar berapa ringgit...Dia kata 5 ringgit. Aku tengok dalam bag aku dan ada salinan tu...Aku bagi salinan tu kat dia. Kemudian dia bagi nombor giliran dan suruh tunggu doktor panggil. Nurse yang ni agak tegas sikit...Pada aku tak perlu terlalu tegas. Aku pernah keje kerajaan selama 37 tahun, banyak budi bicara yang aku telah gunakan terhadap orang lain...tak pernah pun bertegas sangat dengan sesiapa pun kalau ada pun mungkin terlalu jarang...Ewah...masuk bakul angkat sendiri sat...hahaha...Jadi kami baliklah ke kerusi menunggu tu...Macam belangkas la kami lagi. Orang lain pun ada jugak yang berpimpin tangan macam kami. Semua bangsa ada. Ada yang dipimpin oleh anak kut sebab muda nampaknya. Rasanya semua kat situ memang sama je macam isteri aku. Ada yang disorong dengan kerusi roda dan ada yang dipimpin oleh suami atau isteri atau oleh anak. Masing-masing dengan ujian yang ALLAH SWT beri..kan...Bila tengok ada orang lain yang lebih teruk daripada isteri aku, jauh di sudut hati aku, terasa insaf jugak, ...ewahhhh...hahaha...
patuh SOP
Lama jugak kami tunggu...tak lama kemudian nombor dipanggil oleh mesin untuk pi ke bilik nombor 3 kalau tak silap. Macam belangkas balik la kami menuju ke bilik tu. Tiba di bilik terus bantu isteri duduk dikerusi. Rupanya bilik tu untuk cek tekanan darah. Nurse yang bertugas pakaikan alat yang lilit kat lengan tu dan mula tekan switch untuk cek tekanan darah. Mesin cek tekanan darah yang besar tu. Aku tengok tekanan darah agak tinggi jugak tapi taklah tinggi sangat. Selesai di situ kami diminta tunggu ditempat yang sama dan tunggu untuk jumpa doktor pulak. Tunggulah kami kat situ untuk beberapa ketika...lama jugak rasanya kat situ.
Tak lama kemudian nombor isteri aku dipanggil oleh mesin untuk masuk ke bilik nombor 10. Sekali lagi aku pimpin tangan isteri aku berjalan ke bilik nombor 10 tu. Jarak jugak bilik tu. Tiba di bilik tu terus beri salam. Ada seorang doktor lelaki muda Melayu dan seorang nurse. Doktor mula tanya isteri aku macam-macam termasuklah sama ada pernah muntah, ada sakit kepala dan sebagainya. Dia semak fail isteri aku tu. Kemudian dia nak tengok bekas jahitan kat kepala isteri aku. Lepas dia tutup pintu bilik dia tu supaya orang luar bilik tak nampak. Kemudian isteri aku buka tudung dia untuk doktor tu lihat bekas jahitan tu. Aku anggap hal berkenaan untuk keperluan perubatan, jadi harus pesakit dedahkan aurat yang perlu sahaja. Doktor kata luka berkenaan dah sembuh. Lepas tu dia kata akan buat scan lagi untuk pastikan clip yang dipasang dalam kepala tu sempurna dipasang. Sepontan aku tanya kalau tak sempurna kena bukak balik ke doktor. Aku tengok muka doktor tu seakan-akan nak tergelak....hahaha...Soalan aku tu mungkin lucu kut...mana mungkin kepala isteri aku akan dibedah di tempat tempurung kepala yang sama kalau pemasangan clip tak sempurna. Tentu dia orang ada kaedah untuk mengatasinya...Bila aku fikirkan kembali pertanyaan aku tu, aku pun nak tergelak sebab macam soalan aku tu macam soalan bodoh aje kannn...Jadi doktor tu kata akan buat scan di masa akan datang mungkin dalam 2 atau 3 minggu lagi. Apa-apa pun pihak hospital akan call untuk confirmkan tarikh yang tepat. Maknanya, aku kena datang lagi ke sini. Terpaksalah mintak tolong anak aku lagi. Satu hal lagi isteri aku tak perlu lagi makan ubat-ubat yang memang telah habis pun. Kalau sakit kepala dia minta diberi makan panadol aje. Aku jugak tanya kat doktor tu, nape isteri aku masih lagi tak boleh berjalan sendiri dan masih perlu dipimpin. Doktor tu jawab, pemulihan selepas pembedahan memakan masa jugak. Sepanjang berada dalam bilik doktor tu aku tak rakam pun dengan hp aku, bimbang tidak dibenarkan. Walaupun rasa gatal je tangan aku nak rakam masa kat situ...hahaha...Akhirnya, sesi kami tu telah tamat dan kami ucapkan terima kasih kepada doktor muda tu sebelum keluar. Kami terus aje keluar dari bahagian NEUROSURGERI HKL tu setelah ucap terima kasih jugak pada nurse yang jaga rekod kedatangan pesakit di pintu masuk bahagian berkenaan.
Tiba di bawah dari tingkat 5 bangunan tu, aku pun call anak aku untuk ambik kami kat bangunan tu. Kalau kami berjalan tentu makan masa selama lebih 10 minit untuk ke tempat parking anak aku tu. Jadi kami tunggu je la di situ. Mulanya memang aku ajak isteri aku berjalan ke tempat anak aku tu tapi dia menolak sebab tak larat. Sebenarnya memanglah isteri aku tu tak larat pun. Kat rumah, ke sana sini pun kena pimpin, macam yang aku tulis kat atas tu. Memasak pun aku dan anak pompuan aku yang buat setelah menantu aku kembali bekerja. Menantu aku mula bekerja kembali dua tiga hari yang lalu. Sebelum ni dia aje yang masak dan buat lain-lain keje rumah. Sebulan lebih kurang jugak la dia cuti masa isteri aku tak sihat ni. Sebenarnya skill memasak aku dah lama tiada. Masa bujang kat Politeknik Ungku Omar tahun 1980, 'the only Polytechnic' masa tu, aku duk dengan kawan2 yg tak dapat hostel. Duduk ramai2 dan kami kongsi memasak selama 2 tahun setengah. Masa bujang keje kat UKM mula tahun 1983, aku masak jugak dengan kawan2 bujang sampailah aku kawen tahun 1988. Masa isteri bersalin, aku masak jugak, semua kelahiran anak, aku tak pernah hantar pun isteri aku ke kampung. Aku jaga dan buat semuanya hingga isteri aku sihat. Jadi skill masak aku memang dah bersawang dah. Kali ni aku masak dengan cara bertanya dengan Mr. Google dan tunjuk ajar isteri aku. Bila siap isteri aku jadi 'food tester'. Kalau dia kata ok, maka ok la tuuu..hahaha...
Sebenarnya aku perlukan sangat supaya isteri aku cepat cepat sembuh sebab kami, InsyaALLAH TA'ALA akan berpindah ke kampung hujung tahun ni...Harap2 tiada aral yang melintang...Dalam masa menunggu anak aku tu, aku terpandang bangunan sebelah bangunan tu. Oh! rupanya di sebelah tu Fakulti Pergigian UKM, tak tau pulak aku ia ada di situ. Rasanya masa aku masih belum bersara aku jarang tiba di UKM KL ni...memang jarang sangat tapi ada laaa....Ada dua atau tiga rakan MCP aku kat Fakulti Pergigian dan UKM KL ni...kalau tak silap. Mungkin sdr. YUSRI, KHAIDIR dan MYA...kalau tak silap... Moga dia orang semua sentiasa dirahmati dan diredhai ALLAH SWT dunia hingga akhirat...aamiinnnn...Tak lama kemudian anak aku sampai dan kami masuk kete serta seterusnya kami gerak balik...
Rasanya itu aje yang aku nak tuliskan di sini. Kepada sedara mara, adik beradik, rakan-rakan, jiran-jiran dan sapa sapa la...aku ingin ucapkan JUTAAN TERIMA KASIH kerana mendoakan kesihatan isteri aku. Moga kalian semua sentiasa dirahmati, diberkati dan diredhai oleh ALLAH SWT dunia dan di akhirat...aamiinnn...
Jangan lupa, teruskan dengan #bmf, jika tak mampu semua, jangan tinggalkan semua...
Diari DAUD - Hari ni, JUMAAT, 13 OGOS 2021, aku kembali buat aktiviti bakar kalori di sekitar tempat tinggal aku. Sebenarnya dah agak lama aku tak bakar kalori sejak masalah Covid 19 yang tak menentu ni. Bila isteri aku jatuh sakit tentulah aktiviti berkenaan menjadi terus terbantut. Dah lebih dua minggu isteri aku jatuh sakit dan dah mula kelihatan untuk pulih maka aku pun berkira-kira nak mula kembali aktiviti bakar kalori yang sering aku lakukan sebelum ni. Aku dah beritahu awal-awal isteri aku bahawa aku nak mula kembali aktiviti bakar kalori aku tu.
Awal pagi setelah aku selesai uruskan isteri aku...aku pun gerak keluar untuk mula aktiviti bakar kalori. Memang aku kena uruskan isteri aku seperti mandi dan carikan pakaiannya serta selesai solat Subuh tiap2 pagi. Isteri aku masih perlukan bantuan untuk pi bilik air dan aku masih lagi bantu dia mandi. Badannya masih tak kuat. Tapi keadaannya lebih baik daripada mula2 keluar hospital itu hari. Awal keluar hospital itu hari, dia sering sakit kepala tak kira waktu. Sakit kepala yang amat sangat. Mungkin sebab pembedahan kepala kut. Memang aku sentiasa risau masa tu..Sekarang ni sakit kepala tu dah kurang sangat. Tapi masih ada. Jadi aku kena bangun tak kira waktu jugak untuk beri dia makan ubat. Memang isteri aku sering makan ubat dan ada ubat yang mesti dimakan setiap 4 jam dalam satu hari dan setiap hari. Waktu jam 8 pagi, 12 tenagh hari, jam 8.00 mlm, jam 12 mlm dan jam 4 pagi. Jadi aku mesti beri dia ubat dalam waktu berkenaan. Selain daripada itu dia kena makan 4 jenis ubat yang lain. Banyak betul dia kena makan ubat yang macam fungsi ubat tersebut. Doalah supaya kita takde kena situasi yang macam tu...Nak alaminya pun rasa tak mampu, nak melihat pun tak mampu...Dia cuma bergerak dalam rumah aje dan tak boleh keluar rumah. Banyak masanya baring atas katil aje. Buat masa ini aku mesti sentiasa ada berhampiran dia. Aku berharap sangat dia akan segera sembuh. Rupanya sakit pembedahan ni memang makan lama untuk pulih. Tambah lagi isteri aku di bedah bahagian kepala di mana tempurung kepalanya dibuka untuk menghentikan darah yang aktif mengalir.
Sekarang ni barulah aku terasa bagaimana sukarnya menjaga isteri yang sedang sakit. Bukan sakit biasa tapi sakit selepas pembedahan kepala. Sebenarnya aku tak pernah ada pengalaman pun menjaga orang sakit yang sebegini. Rasa insaf jugak aku rasa...Rezekilah isteri aku tak terlantar sebab ada orang yang sakit macam isteri aku, terus terlantar selepas pembedahan. Nak makan pun menggunakan tiub dan makanan khasnya merupakan susu sahaja. Insaf jugak aku dan bersyukur sangat aku, isteri aku masih ada rezeki untuk sembuh dan tidak terlantar...alhamdulillah...Memang bersyukur sangat aku. Kalau kita selalu meneliti berita di medsos tentu kita nampak ramai yang diuji dengan pelbagai penyakit oleh ALLAH SWT. Memang pelbagai...ada yang dah bertahun-tahun terlantar dan tak boleh bergerak. Semua urusan dibantu oleh orang lain sepanjang masa. Bayangkanlah betapa sukarnya jika berada dalam keadaan yang sedemikian. Jadi hargailah suami atau isteri sentiasa yang masih sihat, yang masih ada di sisi kita...sungguh aku kata ni, bukan main-main.... Apabila telah sakit bukan kecil masalah yang kita akan hadapi. Bukan senang melayan kerenah orang sakit. Jadi aku memang seringkali berdoa supaya isteri aku cepat sembuhnya.
Berbalik kepada cerita bakar kalori tu...Setelah keluar rumah terus saje pi ke lokasi yang sering aku buat aktiviti tu. Tapi sebelum tu aku dah pesan menantu dan anak aku supaya tengok-tengokkan ibu dia orang..Aku seringkali bakar kalori dengan berjalan selama lebih kurang sejam setengah. Aku berjalan sekeliling taman perumahan BANGI AVENUE yang bersebelahan dengan taman perumahan tempat aku tinggal. Tak ramai pun yang aku jumpa kat lokasi tu. Adalah dalam 3 atau 4 orang aku nampak sedang berjalan dan jogging kat situ. Aku cuma berjalan aje sekeliling BANGI AVENUE CONVENTION CENTRE. Tempat aku biasa bakar kalori tu. Musim Covid ni memang tak boleh jauh beriadah. Masa bukan musim Covid dulu aku sentiasa aje berjalan di TASIK UJANA NILAI atau hiking di BUKIT MELATI NILAI. Sekarang ni tak boleh pun...tak boleh rentas negeri malah daerah pun tak boleh rentas...apa boleh buat laaa...Dalam masa sejam setengah aku beraktiviti tu, aku berjaya berjalan sejauh lebih kurang 6 Kilometer, bakar lebih kurang 400 kalori serta cipta langkah lebih kurang 9 ribu langkah...ok la tu...Musim Covid ni Bangi Avenue Convention Centre dijadikan Pusat Pemberian Vaksin. Anak pompuan aku pun pi sini untuk dapatkan vaksin. Dia dah cukup 2 dos dah...Bila aku berjalan keliling BACC...alamak masih banyak sampah dibuang merata-rata. Pelik aku..langsung tiada kesedaran sivik. Sakit mata aku tengok sampah merata rata. Pelik aku dengan sikap manusia yang suka buang sampah merata-rata ni. Pada aku itu semua sikap yang dicipta kat dalam rumah sendiri..
Hari ni sempat aku beli buah kat gerai yang juai buah yang dibawa dari BATU KURAU tu. Gerai sementara tu berhampiran taman perumahan tempat aku tinggal. Aku beli rambutan 3 kilo rm10.00 dan buah manggis 5 kilo rm20. Ok jugak buahnya. Aku tak beli durian pun walupun dia ada jual. Durian Batu Kurau tu dia juai sekilo rm6.00...rasanya murah la tu...kan...Dorang berniaga kat situ dari hari Jumaat hingga Ahad tapi kalau cepat habis dia orang baliklah ke BATU KURAU kut. Minggu depan hari Jumaat dorang datang lagi berniaga di situ. Orang Batu Kurau tu cakap buah buahan tu akan ada hingga bulan September sahaja.
Hari ni Jumaat lagi, dan aku masih tak dapat mengerjakan solat Jumaat lagi. Masjid cuma dibenarkan solat 50 orang sahaja. Macam tertentu untuk AJK masjid dan surau aje kut...aku pun tak pasti...Sekali lagi aku tolong warwarkan infaq untuk buat masjis baharu di kariah tempat aku tinggal ni. Bagi teman2 dan sesiapa saja berinfaqlah...Tak rugi pun sebab pahalanya berterusan hingga hari kiamat selagi masjid tu terus wujud. Boleh jugak berinfaq dan niatkan pahalanya untuk ibu bapa kita dan sebagainya. Apa salahnya kita niatkan pahala untuk emak bapak kita sebab kita dah banyak mewarisi tanah dan harta peninggalan mereka...tak gitu...Kalau kita tak warisi harta mereka pun kita tentu telah dibesarkan oleh mereka dengan baik hingga kita boleh hidup dengan bahagia dan sebagainya...tak gitu...Kita jangan kedekut dengan ibu bapa kita terutama dari segi sedekah pahala untuk mereka dan sebagainya. Kita juga mungkin boleh niatkan sedekah itu untuk mereka yang pernah kita zalimi...Kat akhirat nanti tentu orang yang kita zalimi akan tuntut kembali apa yang telah kita sakiti mereka seperti mengumpat mereka, memfitnah mereka dan sebagainya lagi...tak gitu...Kalau nak infaq, nombor akaun ada kat poster..
Masjid lama dan tapak MASJID BARU
Rasanya itu aje yang aku nak coretkan di sini...moga kita semua sentiasa dirahmati, diberkati dan diredhai oleh ALLAH SWT dunia hingga akhirat. Terima kasih kepada semua yang sentiasa mendoakan kesembuhan untuk isteri aku...moga ALLAH SWT juga akan memberikan nikmat sihat dan bahagia kepada kalian semua...aamiinnnn...
Jangan lupa teruskan istiqamah dengan #bmf, kalau tak mampu semua, jangan tinggalkan semua...
Diari DAUD - Hari ni JUMAAT, 6 OGOS 2021, aku bawak isteri aku pi jumpa doktor di KLINIK KESIHATAN BANDAR SERI PUTRA, BANGI. Sebenarnya aku dah booking untuk jumpa doktor untuk isteri aku, beberapa hari yang lalu. Hari Jumaat aje yang masih kosong. Hari-hari yang lain semua dah penuh di booking. Sekarang ni kalau nak jumpa doktor di Klinik tersebut perlu di booking lebih awal. Ini peraturan ketika musim Covid sekarang ni. Kalau setakat ambil ubat dan tak perlu jumpa doktor tak perlu pun buat booking. Hanya perlu 'walk in' aje setelah jumpa kakitangan depan pintu bagunan klinik tu.
Aku dah booking untuk jumpa doktor pada jam 10.00 pagi. Hanya waktu itu aja yang masih kosong....Alhamdulillah la..Kami gerak awal iaitu 45 minit sebelum tarikh booking tu. Tiba aje di klinik kesihatan tu aku cari parking. Klinik ni memang setiap kali penuh aje pesakit yang nakkan rawatan. Tak banyak pun parking yang kosong. Petak yang dekat-dekat semua dah penuh. Dorang ni...apala...sepatutnya parking la jauh-jauh supaya ada jarak untuk berjalan...supaya ada jugak sedikit kalori terhakis dari badan tu...haaa...opst! ngumpat pulak aku. Bukan apa kalau kita jarang berjalan dan asyik nak parking depan pintu aje, macam mana kalori nak terhakis...tak gitu...hahaha..Saje je ni...jangan marahla...Aku pun dah lama tak berjalan untuk hakis kalori sejak isteri aku tak sihat ni...
Lepas parking terus pimpin isteri ke pintu klinik tu...Masih kena pimpin jugak sebab isteri aku kata masih tak kuat untuk berjalan sendiri. Kat rumah pun masih dipimpin untuk ke mana-mana aje dalam ruang rumah yang tak luas tu, walaupun hanya beberapa langkah. Ke bilik air pun masih dipimpin. Macam biasalah, mandi pun aku yang mandikan..ewahhh...betul....dia masih perlukan bantuan aku untuk mandi manda dan jugak ke bilik air sekarang ni. Kat klinik tu aku terus berjalan dengan memimpin tangan dia. Ada juga aku kata kat dia, masa kita sihat tak pernah pulak berpimpin dan berkepit macam ni...hahaha...Masa udah sakit pulak ada peluang buat macam ni....hahahaha...
Tiba di bawah khemah depan klinik tempat menunggu, aku bantu iateri aku duduk di sebuah kerusi. Nampaknya ada beberapa orang pesakit yang nakkan rawatan sedang menunggu di bawah khemah tu. Aku terus menuju ke seorang staf klinik yang bertugas menerima kunjungan pesakit yang nak dapatkan rawatan. Aku unjukkan surat dari HKL dan kad pesara aku. Dia bagi kad rawatan untuk aku isi. Jadi aku pun terus isi di meja yang ada depan isteri aku. Isi nama, nombor IC, umur dan ada beberapa lagi perkara yang aku dah lupa....dah tua, memang la mudah lupa...
Kemudian setelah siap isi kad, aku terus jumpa petugas pompuan kat depan pintu utama tu. Dia cek dan beri nombor giliran serta terus minta aku masuk dan scan suhu dulu. Aku bawak isteri aku masuk dan duduk depan meja dalam klinik tu. Nampaknya ada 2 orang nurse yang bertugas untuk cek pesakit yang masuk sebelum masuk ke ruang dalam klinik. Nama isteri aku dipanggil dan aku pimpin isteri aku duduk depan nurse tersebut. Jururawat tu cek tekanan darah dan tanya sama ada isteri aku ada demam dan sebagainya. Selesai aje dia suruh masuk dan tunggu di bilik nombor 14.
Kami terus masuk dan cari bilik nombor 14. Sepanjang berjalan ke sana tu terus aje pimpin tangan isteri aku tu...Macam belangkas pulak...dan tak renggang renggang...hahaha...Aku kena pimpin jugak isteri aku tu, bimbang kalau dia jatuh dan sebagainya...Nanti tentu sakit lain pulak yang timbul kalau jatuh atau pape ke...sakit yang ada ni pun dah terasa sukarnya. Lagipun kalau jadi apa-apa lagi susah pulak...isteri bukan boleh dapat kat kedai2 spare part...hahaha...opst! Agak jauh jugak berjalan untuk sampai ke bilik nombor 14 tu dengan berjalan macam kura-kura tu...Sebenarnya aku dah biasa ruang dalam klinik ni...sejak aku dan isteri aku sering ke sini untuk dapatkan rawatan...Staf-staf dalam tu pun aku macam dah kenal tapi tak pernah sembang pun...kenal muka je...Tapi sejak memasing pakai mask ni, aku dah mula tak pasti muka dorang tu...2 tahun dah kita pakai mask ni...
Tiba di bilik nombor 14 aku suruh isteri aku duduk di sebuah kerusi yang ada depan pintu tu. Aku ingatkan bilik tu untuk swap test atau cek corvid macam kat Serdang dulu tu, ketika isteri aku mula masuk ke situ..Lebih kurang dalam 15 minit barulah nombor giliran isteri aku dipanggil oleh mesin pemanggil tu. Aku pimpin isteri aku masuk ke dalam dan bantu dia duduk di sebelah meja doktor dalam tu. Rupanya bilik tu bilik doktor untuk periksa pesakit. Tak pulak aku tau. Sebelum ni bilik tu tempat staf buat pemeriksaan jantung ke atas pesakit. Aku pernah masuk bilik ni untuk periksa jantung aku sebelum ni iaitu sebelum covid menjadi lebih ganas...Masa periksa tu, jantung aku masih ok. Rupanya bilik tu dan jadi bilik doktor masa musim Covid ni. Doktor tu periksa la dokumen yang aku bawa dari HKL tu. Dia teliti dan kata ubat2 yang dicatat di dokumen tu tiada di situ melainkan ubat darah tinggi. Aku tanya jugak berkaitan sakit isteri aku tu. Isteri aku sakit setiap 4 atau 5 jam tapi apabila makan paracetamol, sakit tersebut akan hilang. Dalam 4 atau 5 jam sakitnya datang kembali. Dia kata sakit pembedahan major memang macam tu dan lama baru sembuh. Apa apapun sakit berkenaan makin lama akan berkurang. Dia tengok ubat yang aku rakam dalam handphone aku. Oleh sebab ubat paracetamol isteri aku sudah habis dia bagi 10 biji saja ubat paracemol tersebut. Nampaknya aku kena beli jugak la ubat panadol untuk mengatasi sakit isteri aku tu. Harap sakit kepala isteri aku tu akan berkurang dan terus hilang...Aku pun agak pening jugak kat mana nak dapatkan ubat2 tu sementara menunggu berjumpa doktor kat HKL tu, pada 9 Sept. nanti.....bingung jugak aku memikirkannya...
Ini aje ubat yang diperoleh dari Klinik Kesiahtan Bandar Seri Putra tu..
Sebaik selesai, kami tinggalkan bilik doktor tu setelah ucapkan terima kasih. Kemudian kami gerak ke bahagian farmasi untuk amik ubat pulak. Aku ambil ubat isteri aku kat farmasi tu bila nombor giliran dipanggil oleh mesin pemanggil sekali lagi. Selesai ambil ubat terus keluar sambil aku pimpin tangan isteri aku dan berjalan macam lagak kura-kura tu...hahaha...Selesai satu perkara. Hujung bulan nanti akan datang lagi ke klinik ni sebab isteri aku temujanji dengan doktor berkaitan rawatan darah tinggi. 'Ruptured aeurysm' tu pun mungkin sebab darah tinggi kut. Tapi tekanan darah tinggi isteri aku tak tinggi mana pun jika makan ubat...range nya antara 120 - 139 je...Tapi setiap kali aku cek kat rumah taklah sampai 139 pun...
Dalam perjalanan balik aku singgah sat di gerai jual durian tepi jalan nak masuk ke taman perumahan tempat tinggal aku. Aku tanya harga manggis, penjual tu kata 5 kilo RM20...aku pun belilah 5 Kilo. Durian pun banyak nampaknya. Semua durian tu dari Batu Kurau. Harga dia orang jual durian tu, 6RM sekilo. Cantik cantik nampaknya durian2 tu. Petai pun ada jual, 8 papan 10RM. Mereka berjualan di situ pada setiap Jumaat aje. Terjumpa pulak Abang Tamam kat situ. Dia tanya isteri ok ke, aku kata ok sikit dan baru lepas ambil ubat di Klinik Kesihatan Seri Putra. Abang Tamam, otai di kawasan kami ni....hahaha...Selesai aje beli, aku terus gerak ke kete dan terus balik. Pada sesapa yang nak beli durian, manggis dan petai boleh datang ke situ setiap Jumaat hingga Ahad kut... Kalau korang nak beli ikut aje jalan dalam peta tu...hahaha...Tapi kalau korang dari PERAK atau Peghak..ghenti la datang...baik korang pi ke Batu Kurau tu, lagi dekat dengan korang...hahaha...
Hari ni JUMAAT lagi, nampaknya aku tak solat JUMAAT lagi minggu ni, rasanya dah berbulan jugak la...Mungkin ada jugak yang dah tak solat Jumaat 2 tahun kut sejak Covid menyerang kita. Kat masjid sekarang ni boleh solat untuk 50 orang sahaja. Tak taulah macam mana nak dapatkan giliran solat dengan jumlah jemaah yang ramai wujud kat sekitar sini. Bagi korang yang nak berinfaq untuk bina masjid baru boleh lah menyumbang dan ada poster di bawah tu...Besar pahalanya selagi masjid tu terus berdiri hingga ke hari kiamat...Tak rugi berinfaq untuk pahala hingga ke hari kiamat...Boleh jugak pahala infaq itu diniatkan untuk orang lain terutamanya kedua ibu bapa kita sama ada masih hidup ataupun telah meninggal dunia. Kalau mereka dah meninggal tentulah mereka lagi perlukan doa2 dan sedekah2 kita untuk mereka yang telah pergi...tak rugi...
Rasanya itu aje yang aku nak tulis. Moga kita semua akan sentiasa dirahmati, diberkati dan diredhai ALLAH SWT dunia hingga akhirat. Moga ada dikalangan kita yang sakit akan disegerakan sembuh oleh ALLAH SWT. Sama sama kita berdoa moga semua mereka yang telah pergi akan diampunkan oleh ALLAH SWT semua dosa2 mereka serta dimasukkan ke dalam syurga...aamiinnnnnn....
Jangan lupa terus istiqamah dengan #bmf, jika tak mampu semua, jangan tinggalkan semua....
Diari DAUD - ISNIN, 2 OGOS 2021, Aku bawak isteri aku pi ke KLINIK KESIHATAN BANDAR SERI PUTRA, BANGI untuk bukak jahitan di kepalanya. Isteri aku masuk hospital pada hari Khamis, 22 Julai di Hospital Serdang dan di transfer ke Hospital Kuala Lumpur pada 23 Julai 2021 sebab di Hospital Serdang tiada pakar Otak atau Neurologi. Tulisan aku berkaitan hantar isteri ke Hospital Serdang tu boleh dibaca DI SINI. Isteri aku discharged pada 27 Julai 2021. Tulisan aku berkaitan isteri aku 'discharged' tu boleh baca DI SINI. Isteri aku menjalani pembedahan sebab 'ruptured anuerysm' dan pendarahan dalam otak. Alhamdulillah...keadaan kesihatan dia sekarang ni tambah baik...harap terus ok dan sembuh...aamiinnn...
foto 23 Julai 2021
Kalau ikutkan tarikh bukak jahitan ialah pada 30 Julai 2021 tapi disebabkan untuk rawatan pesakit luar mesti 'booking' terlebih dahulu. Maka kena buat 'booking' la. Aku nak 'booking' online pada 30 Julai 2021 tapi dah penuh pulak. Maka terpaksa aku 'booking' pada hari Isnin 2 Ogos 2021. Booking jam 9.30 pagi, namun kami gerak awal dan tiba jam sebelum 9.00 pagi, gamaknya. Terus aku scan MY SEJAHTERA. Kemudian tanya petugas yang pakai PPE depan pintu klinik tu. Aku kata nak bukak jahitan luka isteri. Dia perhatikan surat yang aku bawa. Aku seterusnya kata, sepatutnya datang pada 30 Julai 2021. Nak booking dah tak boleh sebab dah penuh, jadi aku booking 2 Ogos 2021. Dia kata kalau ada surat dari Doktor HKL tu, tak perlu booking...walk in aje...Oooo...gitu, aku yang tak faham...hahaha...apa apa je la..Yang booking tu kalau nak jumpa doktor, tapi kalau dah ada surat dari Doktor, tak perlu booking, hanya walk in je. Dia suruh aku masuk dan isi borang serta dapatkan nombor giliran.
Seterusnya aku pimpin aje isteri aku masuk ke klinik tu. Sebelum tu staf kat depan klinik tu tanya, isteri aku boleh berjalan sendiri tak. Aku kata tak boleh...dia benarkan aku masuk sama. Kami scan suhu dan terus masuk. Di dalam aku pimpin isteri aku ke sebuah kerusi dan suruh dia duduk. Aku seterusnya pi ke meja untuk isi borang bagi dapatkan rawatan. Isi nama, umur, alamat dan seterusnya aku serahkan borang dan surat daripada doktor HKL tu kepada staf di kaunter. Di kaunter, staf kaunter beri nombor giliran dan suruh aku tunggu. Tak lama kemudian nama isteri aku dipanggil. Aku pi ke kaunter. Kakitangan tanya pesara ke...aku kata ya. Kemudian dia beri kepada aku borang dan surat daripada Doktor HKL tu kembali dan minta aku pi ke Bilik 13.
Aku pimpin isteri aku ke Kaunter 13 yang agak jarak jugak la dari kaunter pendaftaran tu. Sebenarnya memang aku kena pimpin isteri aku tu. Dia tak boleh berjalan sebab sakit kepala dan masih tak kuat anggota badannya. Di rumah pun setiap kali nak ke bilik air dan ke mana-mana dalam rumah terpaksa aku pimpin dan ada ketikanya anak2 aku pimpin. Nasib baik bab masak memasak menantu aku yang bantu sekarang ni. Ringan la sikit rasanya...bukan sikit la tapi ringan banyak...hahah....Kalau isteri aku nak mandi pun aku yang kena pimpin masuk ke dalam bilik air. Duk la kami dalam bilik air tu...hahaha...Bantu dia duduk dan aku yang mandikan. Tapi gosok badan dan sabunkan badan dia yang buat. Cuma di bahagian yang dia tak sampai terpaksa la aku sabunkan. Bila tiba macam ni teringat pulak kata2 Datuk Fadilah Kamsah dulu..Dia kata sekali sekala suami isteri perlu mandi bersama untuk eratkan kasih sayang suami isteri. Tapi aku tak mandi sama pun...tak pernah pun...cuma aku hanya mandikan dia je masa dia tak sihat ni buat masa ni...hahaha... Kata2 Datuk Fadilah tu berdasarkan "Aisyah pernah menceritakan bahawa: Aku pernah mandi bersama Rasulullah dari satu bekas dan Baginda mendahuluiku (mengambil air dari bekas tersebut), sehingga aku katakan: Sisakanlah untukku, sisakan untukku. Sedang keduanya dalam keadaan junub. - [HR Muslim 485].." Nak pi ke mana-mana dalam rumah buat masa ni isteri aku perlu dipimpin. Aku anggap ini ujian aku dan isteri aku yang Allah swt bagi kat aku dan isteri aku. Aku tak pernah melayan almarhum bapa dan emak aku masa dia orang sakit dulu...jadi kali ni, ujian aku ialah Allah bagi pulak aku untuk melayan isteri aku ketika dia sakit dan kurang upaya buat masa ni...Redha aje la...Buat masa ni...Sentiasa aku doa supaya dia cepat sembuh. Aku tak kisah pun sekarang ni untuk layan isteri macam tu. Aku sentiasa doa, janganlah aku terpaksa dilayan oleh sesiapa pun seperti aku melayan isteri aku sekarang ni. Kalau nak mati pun biarlah aku dalam keadaan sihat dan tidak terlantar...aamiinnn... Aku memang taknak menyusahkan anak2 dan isteri aku...Ada ketikanya kita mudah menjadi DERHAKA ketika menjaga kedua ibu bapa...Jadi aku taknak anak2 dan isteri aku jadi derhaka semasa aku tidak bedaya. Jadi biarlah aku mati dalam keadaan sihat. Biarlah aku cuma dimandikan orang, setelah aku mati sahaja...aamiinnnn...
Ubat yang doktor bagi isteri aku tu untuk dimakan agak banyak jugak la..Masa makan ubat isteri aku agak kerap. Ada ubat yang perlu dimakan setiap empat jam. Jadi setiap 4 jam mesti beri ubat. Jam 12.00 tengah malam kena bangun, jam 4 pagi kena bangun...Ubat masih banyak lagi dan terpaksa la bangun dalam waktu2 yang berkenaan. Seringkali kepala dia rasa sakit yang sangat sakit la..tak tau aku nak cite...nak picit tentu tak boleh...sebab yang sakit tu di bahagian pembedahan. Mana boleh picit tak tentu pasal sebab tempat jahitan tu merupakan tempat tempurung kepala dibukak atau dibedah... nak picit macam mana. Doa aje dalam hati moga Tuhan ringankan sakit isteri aku tu. Cuma kena beri ubat tahan sakit sama seperti panadol tu setiap 4 jam...Bila ubat tahan sakit tu kesannya habis...maka sakit timbul kembali...Tak tau nak buat macam mana bila dia dah rasa sakit kepala yang amat sangat tu. Kesian aku rasa....ujian untuk dia...Tuhan akan beri ujian yang mampu ditangani oleh hambanya...Dia takkan beri ujian yang tak mampu diterima oleh hambaNYA. Aku pun tak pasti sampai bila keadaan macam akan berlarutan. Harap janganlah lama sangat. Setakat ni dah lebih seminggu dia discharged dari hospital. Bimbang jugak aku dia makan banyak ubat tu, bimbang akan muncul pulak kesan2 lain...harap2 janganlah jadi seperti yang aku bimbangkan tu.
Opst! berbalik kepada cite tadi. Sampai di kaunter 13, aku berhenti dan fikir sat...yang aku tau kaunter 13 tu tempat ambil darah pesakit. Kebetulan ada staf keluar pintu kaunter 13 tu. Aku terus tanya kalau nak buka jahitan luka kat sini ke...dia kata ya...Dia pun ambil borang yang aku bawa tu. Dia kata tunggu nombor giliran di panggil. Tak lama kemudian nombor giliran dipanggil. Aku pimpin isteri untuk masuk ke bilik 13. Staf pompuan kat dalam tu kata..masuk ikut pintu satu lagi...Aku pun pimpin isteri aku ke pintu satu lagi. Bila pintu dibuka, aku tanya sama ada aku boleh sama2 masuk ke. Dia kata boleh. Tiba di dalam, isteri aku disuruh duduk atas katil untuk rawatan. Tirai ditarik untuk tutup bahagian tersebut. Kemudian staf berkenaan sediakan alatan untuk buat tugas tu. Masa dia buat keje bukak jahitan tu, isteri aku duduk dan staf pompuan tu gunting sikit2 jahitan tu. Aku ceritalah berkaitan pembedahan kepala isteri aku tu. Masa tu aku ada di belakang staf pompuan yang sedang gunting benang jahitan di kepala isteri aku tu. Aku perhatikan staf tu buka jahitan isteri aku tu. Aku tanya jugak. Masa sekarang ni boleh atau tak kepala isteri aku dibasahkan. Dia kata dalam dua hari ni jangan dibasahkan. Selepas tu baru boleh tapi perlu dikeringkan betul2. Baik layanan staf yang bertugas bukak jahitan luka isteri aku tu...Moga dia sentiasa dirahmati dan diredhai ALLAH SWT dunia dan akhirat...Tak lama kemudian keje membuka jahitan tu selesai. Setelah selesai kami keluar, selepas ucapkan terima kasih banyak kat staf tu...Alhamdulillah...selesai dah...Terima kasih kepada semua staf KLINIK KESIHATAN BANDAR SERI PUTRA BANGI yang baik2 belaka tu...terima kasih...
Rasanya itu aje yang aku nak kongsikan di sini....moga kita semua, tak kira sapa, akan sentiasa diredhai ALLAH SWT dunia dan akhirat...Kepada sedara mara, jiran jiran dan kaum muslimin dan muslimat yang sakit...moga kalian semua segera disembuhkan oleh ALLAH SWT penyakit kalian...kepada yang kehilangan orang yang disayangi, moga2 ALLAH SWT tempatkan mereka dalam golongan orang yang soleh dan solehah...aamiinnn...
Jangan lupa terus istiqamah dengan #bmf, kalau tak mampu semua, jangan tinggalkan semua...