Saturday, July 28, 2018

Bertemu Sabtu Kembali...

Maaf posting kali ni langsung takde foto foto...huhuhu....

Hari ni Sabtu 29 Julai 2018. Awal pagi lagi aku dan isteri telah hantar anak pi kelas tambahan untuk UPSR kat sekolah. Inilah rutin tugas aku tiap 
hujung minggu. Gerak ke sekolah hampir jam 8.00
pagi. Tiba di sekolah turunkan anak 
bungsu aku....

Kemudian aku
bawak isteri aku pi nilai untuk
isi minyak. Memang aku selalu pi isi minyak kat
nilai sebab kat sana je ada stesen minyak shell. Aku biasa guna
shell sebab minyak shell rasanya lebih baik sebab kete aku rasa ada pick up rasanya.

Selesai isi minyak di nilai terus balik sebab isteri aku ada pengajian agama pada jam 
9.00 pagi. Pi dan balik dari nilai memang aku speed sikit iaitu 100 - 110
kmj sebab nak kejar masa walaupun jalanraya
benarkan cuma 90kmj aje.

Pi dan balik dari nilai makan 
masa selama setengah jam aje. Tiba rumah
terus je sarapan. Beli je sarapan masa keluar tadi. Jam 9.00 pagi
isteri aku pi ke surau kerana ada pengajian untuk kaum wanita. Pengajian tu memang
tiap hari sabtu. Elok lah dia pi pengajian tu, sekurang kurangnya dia dapat
ilmu agama yang memang aku tak mampu untuk berikan
kepada dia. Bila mati nanti tiadalah aku
akan ditanya ALLAH SWT
di akhirat nanti...

Jam 11.00 lebih isteri balik dari pengajian
dan seterusnya dia pi ke rumah jiran kerana ada majlis
aqiqah dan juga doa selamat untuk jiran yang akan berangkat menunaikan
ibadat haji. Aku biasalah sentiasa je duk kat rumah...jarang aku involve dalam majlis
majlis sebegitu...apa boleh buat laaaa.....

Jam 12.15 aku pi ke sekolah jemput anak
bungsu aku daripada kelas tution. Dalam kete dia ajak pi
jalan jalan....aku kata hari ni tak boleh sebab ibu tiada. Tiba kat rumah
rehat. Kemudian isteri ajak pi rumah kakak ipar aku sebab dia nak berurut badan dengan
tukang urut yang sedang berada di rumah kakak ipar aku yang tinggal kat
kampung abu bakar baginda tu.

Jam 3.00 petang kami bergerak
ke kampung abu bakar baginda tu. Sempat beli kueh
untuk buah tangan bawak ke rumah kakak ipar aku. Tiba di rumah kakak
ipar aku...masuk dan rehat sat. Tak lama kemudian isteri aku masuk bilik untuk berurut.
Lama jugak dia berurut. Anak pompuan aku pun turut sama berurut.

Siap berurut hampir masuk waktu maghrib. Kami solat jemaah
di rumah kakak ipar aku. Biras aku yang jadi imam. Selesai solat kami makan
satay. Biras aku order satay untuk makan malam tu...Selesai makan lebih kurang hampir lapan malam kami pun gerak balik.
Terima kasih kepada kakak ipar aku, biras aku, mael anak kakak
ipar aku serta menantunya ninie serta syazwani
kerana melayan kami ketika berada
di rumah berkenaan....terima kasih jugak kerana belanja satay...huhuhu...

Tiba rumah...isteri aku sambung pulak pi ke car boot sale
...jiran aku pelawa dia pi sama dengan dia orang...Anak pompuan aku dan
anak bungsu aku pun ikut serta...Aku masih jugak tinggal di rumah...memang aku suka
duk di rumah aje...Mereka balik ke rumah jam 12.00 malam......

Terima kasih kepada semua termasuk jiran jiran aku yang baik baik semuanya...

Akhirnya moga kita semua mendapat keampunan daripada Allah Swt sentiasa
hingga ke akhir hayat kita diatas segala dosa kita semua
sama ada besar dan kecil...amiinnnn.....

sekian....

daud.montak.zakaria

No comments:

Post a Comment

TETAMU SYAWAL..

Diari DAUD : SABTU lalu, rakan dan juga sedara aku, MIZI berkunjung ke rumah. Dia ni memang salah sorang daripada rakan baik aku. Rakan aku...