Tuesday, July 31, 2018

Kedai gunting rambut..

Hari ni Selasa, 31 Julai 2018...anak bungsu aku balik je dari sekolah agama, terus je mintak
pi gunting rambut. Tah apa pulak mimpinya nak gunting rambut. Biasanya
isteri aku je yang gitau suh gunting rambut. Hari ni dia
pulak yang mintak pi kedai gunting
rambut...tentu da kena warning dengan cikgu kut....huhuhu...



Jadi lepas maghrib aku ajak isteri aku ikut sama
ke kedai gunting....Biasanya kami pi kedai gunting di seri putra...Sebab
fikirkan agak jauh nak pi sana, aku cuba dulu di supermarket CS yang lebih kurang 500
meter dari rumah aku tu. Memang ada kedai gunting kat situ tapi tak pernah
pulak aku gunting rambut anak kat situ. Aku memang tak
gunting rambut kat kedai pun...rambut
aku isteri aku yang gunting..
Sejak kawin da berpuluh tahun ni, dia je yang gunting...dan aku
lebih selesa isteri aku yang gunting....

Tiba je di CS terus naik atas dan jalan tuju ke kedai gunting tu...alhamdulillah
nasib kedai gunting tu masih bukak...jam masa tu lebih kurang
pukul 8.00 malam lebih sikit...
Tiba di pintu kedai terus masuk...aku tanya kedai bukak ke...apa da
pertanyaan aku macam tu....memang la kedai tu bukak tu sebab aku boleh masuk...
Itu la kan kita orang melayu ...memang kedai tu bukak... kita tanya lagi bukak
atau tak...Sama la bila kita tengok makcik sidai kain...tentu kita
akan tanya 'sidai kain keeee........' panjang je kan 
bunyinyaaa....huhuhu....

...tengok tu...muka salman khan kat pintu tu...
ayat suci al quran...mulanya tak perasan...
Masuk je dalam kedai.. anak aku terus duk kat kerusi gunting tu...Tukang gunting tanya
nak gunting macam mana. Aku suruh anak aku pilih style mana...banyak gaya
kat model2 yang ditampal kat dinding tu...Anak aku pilih style no satu..
style nombor satu tu style rambut pendek...gaya rambut
pendek budak sekolah.....
Masa anak sedang digunting..tiba2 aku terpandang ayat quran iaitu ayat kursi yang tertera kat bingkai
di dinding kedai tu...aku tanya....you muslim ke....dia kata yeee...laaa...aku ingat dia
India....dia kata dia bangladesh.....laaa...aku boleh tak dapat bezakan orang india
dengan orang bangladesh....hahaha...mati mati aku ingatkan india...
Jadi aku tanyalah..dah berapa lama dia ada kat malaysia ni....
dia jawab setahun....hermmm...setahun ada kat sini dia boleh berbahasa melayu
...yang dah lahir kat sini pun masih ada yang tak boleh berbahasa melayu
dengan baik....tak percaya tontonlah sidang dewan rakyat
yang 'live' tu...huhuhu...opst!



Agak lama jugak dia gunting rambut anak aku
...lebih kurang setengah jam jugak....selepas kami masuk tadi
datang pulak aunty cina bawak anak dia untuk gunting rambut kat situ...kemudian datang
sorang lagi sorang dewasa melayu. Aku tanya dia ramai ke pelanggan yang datang
kedai dia...dia kata ramai terutama hari cuti hujung minggu......

Selesai je gunting aku tanya berapa ringgit...dia kata sembilan ringgit....
kenapa tak 10 ringgit...dia kata kanak kanak sekolah...
kat tanda harga yang ditampal kat dinding tu
tercatat 10rm........tak tulis dewasa atau kanak kanak punnn...



Jadi selesai la satu kewajipan sebagai seorang bapak kepada tanggungannya....
alhamdulillah........

Akhirnya...moga kita semua sentiasa mendapat keampunan daripada ALLAH SWT atas segala dosa kita hingga ke akhir hayat kita...tiada yang lebih besar nikmatnya
selain daripada mendapat keampunan ALLAH SWT serta
mati dalam keadaan bersih daripada sebarang
dosa................

....selesai...
daud.montak.zakaria

No comments:

Post a Comment

TETAMU SYAWAL..

Diari DAUD : SABTU lalu, rakan dan juga sedara aku, MIZI berkunjung ke rumah. Dia ni memang salah sorang daripada rakan baik aku. Rakan aku...