Sunday, July 29, 2018

Yasiinn dan perhimpunan kakitangan...

Hari ni, Isnin, 30 Julai 2018....oh! Isnin...hari yg adakalanya berat kaki untuk melangkah
 ke tempat keje...ekekeke.....Hari ni opis aku Pusat Komunikasi Korporat
UKM mengadakan sesi baca Yasin dan juga perjumpaan
kakitangan opis aku...
Perjumpaan kakitangan ni
rasanya setiap tiga bulan...rasanya la...opst!
aku pun tak berapa pasti pulak sebenarnya berapa bulan sekali...malu  pulak aku tak tau
 hal opis sendiri...hahaha....apa boleh buat laaa..

ni grup lelaki...grup pompuan terlindung, tak nampak.....
 Dalam jam 10.30 pagi kami mulakan program...program pertama ialah sesi baca yasin
yang diketuai oleh pegawai agama pusat islam ukm, ustaz khuzairi. Masing2 
punyai niat yang baik namun niat umum ialah untuk kebaikan semua
termasuk untuk yang mereka yang pi dan akan pi menunaikan haji tahun ni serta juga supaya kami semua sentiasa berada
 dalam keadaan tenteram dan aman duduk di bangunan ini...


Selesai sesi bacaan yasin...sesi perjumpaan kakitangan Pusat Komunikasi Korporat pulak..
Pengarah kami dr. sabariah menjadi pengerusi sesi berkenaan..Banyak perkara
yang telah disebut dan paling utama berkaitan tugas tugas pusat
kami yang mendatang termasuk tugas
untuk majlis konvokesyen
yang akan diadakan pada pertengahan bulan
november nanti. Selain daripada itu ialah tugas yang hampir
berlaku iaitu program asean youth volunteer program yang diadakan di langkawi dalam
pertengahan ogos ni. Ada diantara kami yang akan turut bertugas
di langkawi nanti....harap aku tak terlibat sebab
rasa da letih sekarang ni...rupanya aku da tua......huhuhu...

pengarah opis aku dr. sabariah sedang mempengerusikan program tu...
Dalam perjumpaan tersebut juga, pengarah kami telah menyampaikan sijil
kepada kakitangan yang mendapat anugerah kakitangan cemerlang 2017...nama aku
takde dalam tahun tu. Nama aku tersenarai dalam tahun 2016...ermmm...
rasanya la....lupa pulak aku ni....hahaha...apa boleh buat la...
makin lama makin lupa aku ni...
Apa apa pun tahniah untuk semua yg dapat anugerah 
cemerlang tu...Bagi yang belum dapat...insyaALLAH akan dapat...sabar je
la...rezeki tu ALLAH SWT yang bagi....dan DIA yang punya...takde sesapa yang mampu
menghalang kalau DIA nak beri......

Ermmmm.....rasanya tu je coretan aku hari ni.......
Aku hanya snap foto grup lelaki, grup pompuan aku tak rakam...bukan sebab anti 
pompuan tapi ..... saje je ...

tengah sampaikan sijil...
...selesai program, apa lagi...ni la penyudahnya...
Akhirnya..moga kita semua mendapat keampunan daripada ALLAH SWT atas segala dosa
kita hingga ke akhir usia kita. Tak kiralah, doa aku
ni adalah untuk semua kaum muslimin dan muslimat seluruh
dunia...tak rugi doakan untuk semua, sebab semua orang Islam bersaudara......aamiinn..

~ sekian ~

daud.montak.zakaria

No comments:

Post a Comment

TETAMU SYAWAL..

Diari DAUD : SABTU lalu, rakan dan juga sedara aku, MIZI berkunjung ke rumah. Dia ni memang salah sorang daripada rakan baik aku. Rakan aku...