Monday, February 17, 2020

Centipede..Monkey..Cobra Hill....serta HB Kak Nab & Kak Awa..

Diari Daud - Hari ni ISNIN 17 FEB. 2020...Aku pi ke Melati Hill untuk peluhkan badan di sana. Sebelum aku terus tulis coretan dengan lebih jauh dan kebetulan hari ni aku nak tulis blog ni....aku nak ucapkan sangat2 SELAMAT MENYAMBUT ULANGTAHUN HARI KELAHIRAN untuk KAK NAB dan KAK AWA aku tu...iaitu kakak kepada ISTERI aku...isteri kepada biras aku ABANG KAMAL dan ABANG JIT..anak kepada mak dan ayah mentua aku ALMARHUM dan ALMARHUMMAH, HJ MOHAMMAD NORDIN dan HAJJAH CIK BEE...Moga Kak Nab dan Kak Awa akan sentiasa dirahmati dan diberkati ALLAH SWT dunia hingga ke syurga...begitu jugak ucapan yang sama untuk semua mereka yang mengambut tarikh lahir hari ni serta yang telah menyambutnya sebelum ini untuk tahun masehi 2020 ni...moga kalian akan sentiasa dirahmati dan diberkati ALLAH SWT dunia hingga ke syurga...aamiinnnnnnn....Hermmm...alhamdulillah...aku memang dikelilingi oleh mereka yang baik2...

trail ke puncak centipede hill
trail ke puncak centipede hill
puncak centipede hill
puncak centipede hill
puncak centipede hill
Ok la...berbalik kepada cite aku tu...sebenarnya aku memang dah plan untuk datang ke melati hill ni hari ni sebab hari SABTU itu hari aku dah gagal hiking kat melati hill ni sebab hujan lebat. Hari Sabtu tu aku datang ke Melati Hill dengan isteri aku tapi kami tak dapat untuk hiking kat sini sebab hujan lebat. Hari Ahad memang kami tak dapat pi la sebab ada program lain. Hari ni aku pi lewat sikit...jam 8.00 pagi baru gerak ke sana....aku sensorang aje. Sampai di kaki bukit tu terus parking kete. Tak banyak pun kete parking kat kaki bukit tu...hari biasa memang tak ramai orang pun....tapi rasanya lebih 30 buah kete gak ada kat kaki bukit tu...begitulah kalau hari hari tak cuti...

ke simpang untuk ke monkey dan eagle hill
simpang ke monkey dan eagle hill...pi kanan eagle hill
trail ke kaki monkey hill
trail ke kaki monkey hill
kaki monkey hill
Disebabkan minggu lepas aku cuma dapat hiking sekali aje iaitu hari SELASA jadi minggu ni aku percepatkan jadual iaitu hari ISNIN aku datang ke sini..biasanya hari SELASA...Biasanya memang aku akan pi hiking dua kali seminggu tiap2 minggu. Tulisan aku berkaitan hiking hari SELASA lepas tu boleh dibaca DI SINI...Selesai parking aku pun menuju ke kaki bukit tu...Aku memang dah plan dah untuk mendaki ke centipede, monkey dan cobra dan seterusnya balik...itu plannya...Jadi aku pun mulalah mendaki ke puncak centipede. Ada jugak beberapa hikers yang aku jumpa...semua ada dari yang muda hinggalah yang veteran. Masa mendaki ke puncak centipede tu aku banyak kali berhenti sebab nafas selalu aje termengah mengah....da tua kannnn.. Apa apa pon akhirnya tiba jugak di puncak. Di situ aku jumpa beberapa hikers termasuk yang veteran. Kami sembang sat. Hiker yang muda tu beri kat aku sebiji gula gula kopiko...dia kata untuk tenaga...memang aku makan gula gula tu tapi plastiknya aku masuk dalam poket...aku rasa malu pulak dengan diri sendiri untuk buang sampah merata rata walaupun secebis plastik yang kecil aje...hahaha...Mari kita jadi hikers yang 'smart' yang menjaga persekitaran supaya tidak kotor...ewahhhh....hahaha...opst!

trail mendaki ke monkey hill dan rope hill di sebelah kanan
trail mendaki ke puncak monkey hill
trail ke puncak monkey hill..berpeluh beb...
hikers di belakang aku
mendaki ke puncak monkey hill
Dari Centipede, aku mula bergerak ke kaki bukit untuk pi ke trail yang membawa aku ke monkey hill pulak. Masa menuruni ke kaki bukit tu ramai jugak hikers yang aku jumpa walaupun hari ni hari bekerja. Kalau hari cuti memang penuh melati hill ni...parking pun payah nak dapat. Akhirnya sampai di kaki bukit yang merupakan satu simpang untuk ke eagle hill dan monkey hill. Aku masuk ke simpang kiri untuk ke kaki bukit monkey hill. Trail untuk ke kaki bukit monkey tu tak sukar sangat ..banyak mendatar dan menurun aje...Tak lama kemudian aku sampai di kaki bukit monkey hill ni. Sebenarnya di sini merupakan satu simpang iaitu untuk ke puncak monkey hill dan ke rope hill. Kalau amik simpang ke kanan pi ke trail untuk mendaki rope hill. Aku tak pi ke trail rope hill tu sebab laluan situ agak sunyi. Aku pilih masuk ke trail untuk mendaki ke puncak monkey hill.

puncak monkey hill
puncak monkey hill
Masa mendaki ke puncak monkey ni aku sentiasa aje atau kerap berhenti sebab nak menghilangkan penat yang tercungap cungap tu. Trail mendaki ke puncak monkey hill ni memang tinggi dan curam...lebih daripada bukit2 yang lain. Laluan mendaki ni memang akan cepat membuatkan kita cepat berpeluh. Rasanya baik untuk kesihatan jantung kut...memang termengah mengah mendaki di sini. Masa mendaki kat sini ramai jugak hikers muda muda yang tegur aku...mungkin sebab aku ni hiker tua...hahaha...Orang tua ni memang mudah orang lain tegur mengur kan...hahaha...Moga semuanya sentiasa dirahmati dan diberkati ALLAH SWT...aamiinnn...

trail ke cobra hill
puncak cobra...
puncak cobra
trail turun ke kaki bukit
Akhirnya setelah banyak kali berhenti dan banyak jugak peluh kuar, aku pun tiba di puncak Monkey Hill tu....Ramai gak hikers yang ada kat situ. Lama jugak aku rehat kat monkey tu. Bila pernafasan dah lega maka aku pun mulalah untuk sambung perjalanan untuk ke Cobra Hill pulak. Laluan ke Cobra tu tak jauh pun. Tak lama aku pun sampai ke Cobra tu...Laluannya pun tak banyak mendaki...banyak landai aje...Aku rehat sat kat Cobra tu. Kemudian aku sambung perjalanan untuk turun ke kaki bukit. Ada dua orang veteran yang aku jumpa masa menuruni bukit tu...sorang tu umur dia dah 64 tahun...aku terdengar aje masa dia orang berdua bercerita. Kali ni aku tak banyak bergaul pun dengan hikers veteran yang aku jumpa. Tidak seperti yang lepas lepas....aku memang tak busy body pulak hari ni...hahahaha...opst!

turnu ke kaki bukit
dah sampai kaki bukit
pendakian terakhir tapi aku da letih dan aku tak pi mendaki lagi...nak balik dah...
ke trail untuk keluar ke jalanraya
trail untuk kuar ke jalanraya
Akhirnya aku tiba di kaki bukit dan terus cari jalan keluar ke jalanraya...Aku tak teruskan mendaki untuk satu trail mendaki yang terakhir tu sebab aku dah rasa kaki aku dah lenguh lenguh...Aku terus aje cari jalan keluar ke jalanraya. Akhirnya tiba di jalanraya dan masuk kete serta gerak ke BANGI.
Selesai hiking aku untuk hari ni...dapatlah bakar beberapa ratus kalori hari ni dalam masa lebih sejam dan jarak perjalanan 2 kilometer lebih kurang....Alhamdulillah....harap jadi asbab untuk sihatkan badan...aamiinnnn....
  
nak kuar ke jalanraya
nak kuar ke jalanraya
berjaya bakar lebih 100 kalori


Di bawah ni aku letakkan infor berkaitan kalori, moga ada manfaatnya untuk kita semua...

Apa apa pun aku doakan kita semua, tak kira sapa la, akan sentiasa dirahmati dan diberkati ALLAH SWT dunia hingga ke syurga serta ALLAH SWT jauhkan kita daripada siksaan NERAKA yang maha pedih tu...aamiinnn.....
Jangan lupa terus istiqamah dengan #BMF...kalau tak kita sape lagi...


~~~~~     SEKIAN     ~~~~~

daud.montak.zakaria

No comments:

Post a Comment

TETAMU SYAWAL..

Diari DAUD : SABTU lalu, rakan dan juga sedara aku, MIZI berkunjung ke rumah. Dia ni memang salah sorang daripada rakan baik aku. Rakan aku...