Tuesday, February 18, 2020

Pi Mencipta Langkah..

Diari DAUD - Hari ni Rabu, 19 FEB 2020, aku pi ke Tasik Ujana Nilai. Memang dah plan untuk pi ke sana untuk mencipta dan mengira langkah di sana. Aku pi sensorang aje. Awal pagi lagi aku dah gerak kesana. Rasanya awal jam 7.00 pagi. Memang biasanya aku pi kesana sekali setiap minggu untuk peluhkan tubuh di sana....berjalan aje pun...nak joging tak mampu...da tua la kannn...Sementara dua kali setiap minggu aku pi hiking di MELATI HILL. Tulisan berkaitan hiking Isnin lepas di Melati Hill tu boleh dibaca di SINI. Itulah aktiviti aku masa dah bersara ni. Aku kena buat jugak supaya kalori yang dah diambil akan dibakar walaupun tak kesemuanya. Lagipun aktiviti peluhkan badan ni boleh menyihatkan badan atau mampu maintain supaya sakit kita tak menjadi lebih teruk...Ermmm....rasanya aku taknak tulis panjang2 hari ni, cukup sekadar aku paparkan foto foto aje...hahaha...

tasik ujana nilai impian - jam 7.00 pagi lebih
tasik ujana nilai impian
tasik ujana nilai impian
Tiba di tasik tu hari masih gelap lagi, maklum la waktu syuruk pun masa ni macam lewat aje kan...lampu kat keliling tasik tu pun masih terpasang lagi. Ramai jugak orang yang dah ada di tasik tu untuk aktiviti memasing. Jadi lepas parking kete aku pun mulalah berjalan. Aku berjalan aje sebab tak mampu nak joging. Doktor kata kalau berjalan kena buat 3 jam setengah setiap minggu. Masa mula tiba tu ada hujan renyai2 sikit....tapi tak basah pun..Orang yang datang ke tasik tu makin ramai dan semua gender ada...begitu jugak tua, muda, anak2 pun ada..Hari biasa kat tasik ni pun tak ramai tapi kalau hari cuti memang ramai....tapi aku macam jarang aje pi masa hari cuti..aku cuma pernah nampak aje masa aku lalu kat situ untuk pi ke Melati Hill..

tasik ujana nilai impian
tasik ujana nilai impian
tasik ujana nilai impian
Di tasik pun memang ramai orang yang beriadah kat situ. Aku jumpa jugak bro yang sering bagi salam kat aku...baik dia tu...moga dia sentiasa dirahmati dan diberkati ALLAH SWT dunia dan akhirat. Aku jugak jumpa apek yang sering aku jumpa kalau aku datang sini. Aku tak pernah cuba untuk bersembang dengan dia. Apa yang aku tau dia ni memang rumahnya dekat tasek tu. Dia pesara kerajaan gred A. Sering aku tengok dia tegur orang lain yang dia kenal di tasik tu...ramah aje dia. Dalam hati aku sentiasa aje doakan dia supaya mendapat hidayah dan menjadi orang yang soleh. Sian beb kalau kenangkan dia orang kekal dalam API kalau tak mati dalam ISLAM...kan...Nak dakwah tak mampu, doa aje la...Aku doakan dia dapat hidayah dan menjadi manusia yang soleh bukan sebab apa...daripada kajian sarjana, 80% orang Islam sendiri tak solat 5 kali setiap hari....tapi kajian yang tak solat langsung takde la pulak...Jadi fikirkan sendiri... Kita tak la boleh kata orang tak solat tu akan masuk neraka...itu kerja ALLAH SWT tapi kita boleh kata perbuatan dia salah dan BERDOSA BESAR. Masing2 kita tak tahu Khotimah kita sama ada HUSNUL KHOTIMAH atau SUUL KHOTIMAH....namun kita boleh berdoa untuk mendapatkan HUSNUL KHOTIMAH tu....Jadi kalau kita nak berdoa untuk non muslim tu...doakanlah supaya orang non muslim tu dapat hidayah dan menjadi insan yang soleh hingga ke akhir hayat mereka...tak gitu...Kalau setakat menjadi muslim tapi tak solat, macam tak sempurna aje...solat tu tiang agama...amalan solat yang akan mula dikira di mahsyar nanti kan...kan...kalau solat tak ok, malaikat akan campak kita ke dalam neraka...opst! panjang pulak cite aku ni...hahaha...

tasik ujana nilai impian
tasik ujana nilai impian- kanan sekali tu apek yang sering aku jumpa kat tasik ni..
tasik ujana nilai impian-nak balik dah
panorama tasik ujana
Berbalik kepada cite aku..masa aku berjalan tu hari memang mendung pun...Aku rasa badan aku macam tak berpeluh pun..itu sebab aku lebih suka hiking kat melati hill tu...cepat aje berpeluh kalau hiking di sana tu...Aku biasanya buat 5 kali pusingan yang makan masa sejam lebih dan jaraknya lebih kurang 6 kilometer. Jumlah langkah yang dicipta ialah hampir 1000 langkah, bakar kalori lebih 300 kalori. Rasanya ok la tu. Selesai aje aku berjalan maka aku berhenti dan snap foto sebelum balik. Masa aku balik tu ramai lagi orang yang beraktiviti di situ sebab cuaca pun mendung aje dan selesa untuk baraktiviti di sini. Kalau cuaca panas jam 7.30 pagi matahari dah naik dan trek kat tasik tu memang dah panas dah dan tak selesa untuk beraktiviti...Ok la tu...da abis tulis dah...hahaha...

nak balik dah
6 kilometer, bakar kalori 300 kalori
sejam lebih
Apa apa pun aku doakan kita semua, tak kira sapa la, akan sentiasa dirahmati dan diberkati ALLAH SWT dunia hingga ke syurga serta ALLAH SWT hindarkan kita semua daripada siksaan NERAKA yang maha pedih tu..aamiinnnnnn..... 
 Di bawah ni aku letakkan infor berkaitan kalori, moga ada manfaatnya untuk kita semua...


Jangan lupa terus istiqamah dengan #BMF...ye..


~~~~~     SEKIAN     ~~~~~

daud.montak.zakaria

No comments:

Post a Comment

TETAMU SYAWAL..

Diari DAUD : SABTU lalu, rakan dan juga sedara aku, MIZI berkunjung ke rumah. Dia ni memang salah sorang daripada rakan baik aku. Rakan aku...