Saturday, February 22, 2020

Hiking lagiii...


Diari DAUD - Hari ni SABTU, 22 FEB. 2020...aku plan nak pi hiking kat Melati Hill lagi. Memang dah plan awal nak pi. Pagi tak pagi la ..dalam jam 8.00 pagi aku gerak ke Melati Hill. Aku bawak sebotol air kosong aje...Aku pi sensorang aje hari ni...memang sentiasa aje pi sensorang...aku pun dah biasa pi sensorang...tak kisah pun...Tiba kat kaki bukit tu...fullamak...penuh parking...aku dapat parking jauh daripada kaki bukit melati tu..Memang hari cuti macam tu...memang aku dah agak dah pun...Rasanya aku tak nak tulis panjang panjang hari ni...gamaknya laaa...hahaha...

melati hill
melati hill
ke puncak centipede
trail lain ke puncak centipede
Aku plan nak mendaki ke centipede, monkey dan cobra dan kemudian balik la...Awal minggu ni pun aku datang sini dan tulisan aku boleh dibaca DI SINI. Sebaik tiba aje aku parking dan bergerak ke kaki bukit melati tu. Ramai orang kat situ. Gerai pun buka nampaknya...ada jugak peniaga lain kat situ, jual tembikai, air minuman, sayur pun ada dan yang memang biasa ialah yang menjual barang keperluan untuk pendakian...Moga rezeki mereka diluaskan oleh ALLAH SWT...Bagi yang muslim tu kita sokonglah peniaga MUSLIM...kalau tak kita sapa lagi...Ramai orang yang mendaki hari ni..

ke puncak centipede
ke puncak centipede
ke puncak centipede
hampir puncak centipede
Awalnya aku plan nak mendaki ke centipede tapi disebabkan ramai orang yang mendaki maka aku pun ikut trail lain iaitu trail untuk pi ke mosquito hill namun aku tak bercadang pun untuk ke mosquito hill tu...Rasanya trail tu kurang hikers kut. Aku plan untuk ikut trail mosquito dan naik ke puncak centipede. Mendaki melalui trail ini pun mencabar jugak. Masa aku ikut trail ni takde hikers lain pun aku sensorang aje...seram jugak dalam utan tu...yang bahayanya kalau ada ulaq...Bila dah sampai ke dalam hutan tu baru jumpa 3 atau 4 hikers lain yang berselisih dengan aku. Kanak2 pun ada yang bapak dia bawak..Dia orang bagi salam kat aku...aku jawab aje la...Beberapa kali jugak aku berhenti masa mendaki ke atas tu. Nyamuk pun banyak rasanya. Andaikata  ketika aku tarik nafas, nyamuk lalu hampir hidung aku, tentu sekali dengan nyamuk nyamuk tu akan tersedut sama kut...hahaha...Nampak betapa kerasnya aku tarik oksigen masuk ke dalam paru paru aku...hahaha...termengah mengah beb...da tua kannnn...

puncak centipede
puncak centipede
pandangan dari puncak centipede...bawah tu universiti nilai
puncak centipede
puncak centipede
pandangan dari puncak centipede
Akhirnya aku tiba di puncak centipede tu...Fullamak...ramai pulak hikers lain di puncak tu. Ada satu grup pompuan muda muda belaka...aku rasa macam pelajar IPT aje..Aku rehat sat kat situ...amik sikit foto. Ada sorang lelaki tu tanya aku bangunan apa kat bawah tu...belum sempat aku jawab dia dah jawabkan. Dia kata itu Universiti Nilai...dia kata dia keje kat sana..Dia kata ada dua buah kapalterbang kecil kat perkarangan universiti tu. Aku tanya ada kursus kapalterbang ke...Dia kata ada..kursus penyelenggaraan kapalterbang. Aku kata macam MIAT ke...dia mengiakan aje..Dia kata kursus penyelenggaraan kapalterbang tu hingga ke DIPLOMA LANJUTAN...jadi sesapa yang minat nak menyelenggara kapalterbang boleh la apply kat universiti nilai tu...Aku rasa hiker yang bersembang dengan aku tu mungkin pensyarah kut...lihat gaya aje la....jarang staf biasa yang macam takde rambut kat tengah kepala tu...opst!..berdosa kan sebutkan fizikal yang orang tak suka...astaghfirullah.....aku pun tak tanya jawatan dia...Perbualan kami terhenti sebab dia teruskan perjalanan sementara aku masih rehat sat kat situ..

turun ke kaki bukit centipede
simpang nak pi monkey dan eagle hill...kiri pi monkey
trail pi monkey..pelajar usim
ke kaki monkey hill
kaki bukit monkey

Selesai rehat aku pun sambung berjalan, nak gerak ke kaki bukit untuk ke monkey hill tu.. Masa menurun tu jumpa lagi dengan kumpulan pelajar tu. Aku tanya salah sorang dari mereka...dari mana...Pelajar tu jawab dari USIM...Universiti Sains Islam Malaysia kat Nilai tu...Itu aje aku tanya...malas nak tanya banyak2..tak boleh nak sembang banyak2 dengan anak dara orang tauuu...Masa menurun ni memang sesak la sebab dia orang ni ramai...Akhirnya tiba di kaki bukit iaitu simpang untuk ke eagle hill dan simpang untuk ke monkey hill. Aku memang plan nak ke kaki monkey hill...pelajar USIM tu pun amik jugak simpang yang sama untuk pi ke monkey hill tu. Kami terus aje pi menuju kaki bukit monkey tu...sesak sebab ramai...Ada sorang student tu suh aku jalan dulu sebab dia tengok aku langkah slow aje di belakang dia orang...Aku kata takpe la....maka dia pun teruskan berjalan...

trail ke rope hill
ke puncak rope hill
ke puncak rope hill
ke puncak rope hill...ayah dengan anak gadis dia
puncak rope hill
puncak rope hill
puncak rope hill
trail untuk ke puncak monkey hill
Bila aku tengok pelajar USIM tu...terfikir aku...setiap tahun lebih kurang 100 ribu lebih universiti awam keluarkan pelajar...setiap tahun...tapi peluang pekerjaan macam tak banyak pun...sedangkan hutang ptptn perlu jugak dibayar selepas 6 bulan graduan keluar U...kesian kan...Rata rata majoritinya daripada keluarga yang sederhana dan hampir miskin. Kesian kan...Mana yang ada 'fibre optic cable' tu mungkin takde masalah...mudah aje boleh dapat peluang keje...yang takde, macam mana....Macam aku la...bukan saja  'fibre optic cable' ...'tali rapia' pun takde...hahaha..Kesian kan kenangkan yang majoritinya anak bangsa kita...Kesian bangsa kita, ekonomi negara pun masih kita tak pegang macam mana nak 'create' peluang untuk bangsa kita. Ekonomi negara masih dikuasai orang lain. Kita belum mampu kuasai 20% pun kekayaan negara. Antara 10 billionaire terkaya di negara kita ni, sorang pun takde bangsa kita...Kalau bangsa kita tak ramai billionaire macam mana nak sediakan peluang keje untuk majoriti graduan bangsa kita yang menganggur tu.....Bagi aku yang dah pencen ni...memang tak kisah pun...tapi bagi yg nak memulakan hidup..mereka perlukan keje...Kalau kita takde kuasai ekonomi macam mana kita nak sediakan peluang untuk bangsa kita...majoriti yang masih takde keje bangsa kita...kesian kan...Bagi mereka yang dah gaji berpuluh ribu sebulan mungkin tak kisah pun dengan fenomena ni...Aku pernah dapat tau ada sorang naib canselor sebuah universiti swasta bergaji 50K sebulan..itu beberapa tahun yang lalu..rezeki dia la kannnn...Kita pun patut ada lebih ramai yang macam tu..Golongan macam ni dalam kalangan bangsa kita mesti berfikir untuk bangsa dia yang masih jauh jurang ekonomi dengan bangsa lain...tak gitu..Rasanya kita ni janganlah jadi bangsa yang fikir tentang diri sendiri aje...fikirkan apa akan jadi dengan bangsa kita 10 atau 20 tahun akan datang...atau..bangsa kita ni memang cuma ada DNA yang fikir hal diri sendiri aje ke...? Atau kita ni memang terbina dengan DNA yang bersikap dengan sikap hasad dengki yangmana menyukarkan bangsa kita untuk melangkah ke depan zaman berzaman...macam tu ke..?. Agama kita pun mahukan kita semua bersatu padu...jangan seperti buih di lautan...banyak buih tapi langsung tiada kekuatan...ditiup ombak ke sana sini aje...Tak tau la pulak apa sudah jadi dengan janji 'sejuta peluang pekerjaan' tu...Itu belum lagi kita tengok graduan sijil dan diploma yang lagi besar jumlahnya...haihhhh...tak tau la nak kata apa..Ekonomi negara pun macam payah nak pulih aje...Hutang negara pun sekarang ni makin bertambah...boleh disemak DI SINI. Marilah kita sama2 berdoa supaya ekonomi akan pulih dan mudah para graduan tak kiralah yg miliki sijil, diploma dan ijazah akan mudah untuk memperoleh kerja...aamiinnnn....Opst! panjang pulak cite aku kat topik ni...

puncak monkey hill
puncak monkey hill
puncak monkey hill
trail ke cobra hill
Berbalik pada cite aku....tak lama kemudian aku tiba di kaki bukit monkey tu...Pelajar USIM depan aku memang dah penuh dah di trail untuk mendaki ke puncak monkey tu...Akhirnya untuk mengelak kesesakan tu dan aku pun amik simpang ke kanan iaitu trail untuk mendaki ke Rope Hill. Masa aku masuk ni memang aku sorang aje...Tak lama berjalan di trail yang sunyi tu aku pun berjumpa dengan dua orang pompuan sedang duduk di tepi trail tu sambil bersembang...membawang kah?????...Opst!...berdosa kan, tuduh orang macam tu...astaghfirullah....Aku terus aje mendaki di trail ni melepasi mereka yang asyik chot chet chot chet tu...Tinggi jugak untuk tiba di puncak...Aku terpaksa berhenti berkali kali untuk hilangkan lelah...Mula2 aku sensorang aje...tak lama kemudian ada yang mengekori dan seterusnya melepasi aku...Ada sorang ayah tu mendaki bersama anak gadisnya yang masih kecil...cot cet cot cet mulut anak gadis dia tu...hahaha...

trail ke cobra hill
hampir sampai puncak cobra hill
puncak cobra hill
trail turun ke kaki bukit
Di trail ni ada dua buah pendakian...kedua duanya agak panjang dan agak curan tapi takde la securam macam kat trail mendaki ke monkey hill tu...Agak lama jugak aku mendaki di sini...Akhirnya aku tiba di puncak rope hill tu...Amik foto sat dan rehat sat. Aku jugak jumpa grup 4 orang anak muda. Sembang lama jugak kat puncak rope hill tu..Dia orang datang dari KLIA. Staf kat KLIA la tu...Dia orang tak masuk pun ke laluan rope untuk pi ke cobra hill tu...Dia orang kata jauh...Aku pun memang tak bercadang untuk amik laluan tu...Aku nak pi ke trail untuk naik ke puncak monkey hill. Dia orang pun nak pi ke monkey hill tu..Dia orang gerak dulu dan aku masih rehat untuk hilangkan lelah. Selesai rehat aku pun mula la masuk ke trail untuk pi ke puncak monkey hill tu...

di kaki bukit...
cari jalan keluar
jalan keluar
Tak lama kemudian aku pun tiba di puncak monkey hill tu...Ramai hikers kat puncak tu termasuk lah kumpulan pelajar USIM tu...Aku tak lama pun di situ. kemudian aku sambung perjalanan ke cobra hill pulak. Trail ke Cobra Hill tu tidaklah mencabar sangat. Akhirnya aku tiba di puncak cobra tu...Ada hikers lain kat situ... Kalau masa aku datang hari bukan cuti, memang takde orang...jarang ada orang...tapi hari cuti ni memang ramai...Kat sini pun aku tak lama...Aku terus cari trail untuk pi ke kaki bukit cobra tu...Masa menuruni bukit ni memang lah tak mencabar cuma kena jaga jaga lutut aje la sebab terpaksa menahan daripada tarikan graviti...Tiba di kaki bukit aku terus aje cari jalan keluar. Keluar ke jalanraya terjumpa lagi dengan kumpulan pelajar USIM tu...Dia orang mungkin ikut jalan short cut...tu sebab cepat aje sampai di kaki bukit tu...Selesai aje aku pun masuk kete dan balik ke BANGI...

nak balik dah
lebih 5K langkah


Selesai aktiviti hiking aku hari ni..berjaya bakar hampir 200 kalori, mencipta lebih kurang 5K langkah dalam masa sejam lebih....Itu aje la.. 
Apa apa pun aku doa, moga kita semua, tak kira sapa la, akan sentiasa dirahmati dan diberkati ALLAH SWT dunia hingga ke syurga serta dihindarkan kita semua daripada siksaan neraka yang maha panas tu... 
Di bawah ni aku letakkan infor berkaitan kalori, moga ia ada manfaatnya untuk kita semua...


Teruskan istiqamah dengan #BMF ye...kalau tak kita sapa lagi....



~~~~~     SEKIAN     ~~~~~


No comments:

Post a Comment

TETAMU SYAWAL..

Diari DAUD : SABTU lalu, rakan dan juga sedara aku, MIZI berkunjung ke rumah. Dia ni memang salah sorang daripada rakan baik aku. Rakan aku...