Wednesday, February 12, 2020

Eagle Hill lagi...

Diari DAUD - Hari ni RABU, 12 FEB 2020..Aku pi hiking kat Melati Hill lagi..sepatutnya semalam atau setiap SELASA dan SABTU tiap minggu aku pi sana. Tapi semalam aku terpaksa pi hantar anak ke stesen KOMUTER KAJANG untuk hantar anak naik ETS ke Arau. Jadinya aku tunda la untuk pi ke Melati Hill tu ke hari ni pulak. Jadual aku memang 2 kali setiap minggu aku pi hiking di Melati Hill tu. Hari ni cadang taknak tulis panjang panjang...hahaha...cukup la aku letak foto foto aje kat sini...gamaknya la...

parking di kaki melati hill...rasanya lebih 50 buah kalau dibilang...
masuk ke trail eagle hill
Sebaik sampai sana aku pun parking kete. Hari ni taklah ramai orang jadi dapat la aku parking hampir dengan kaki bukit Melati tu. Walaupun tak ramai tapi rasanya lebih 50 buah kete jugak la parking kat situ. Tapi kalau hari2 cuti memang ramai sungguh dan parking pun penuh serta terpaksa parking jauh daripada kaki bukit tu. Aku sebenarnya takde plan nak mendaki dari mana sebenarnya. Lepas parking kete aku pun mula la menapak....masa menapak tu la aku plan nak masuk melalui trail eagle hill. Masa mula masuk eagle tu aku nampak ada sekumpulan hikers pompuan. Dia orang masuk ke simpang lain dan aku masuk ke simpang lain pulak....iaitu simpang ke kiri..Masa mendaki ke atas kiri tu aku jumpa la hikers lain sorang dah veteran dan sorang lagi muda sangat lagi...pompuan...Aku rasa mungkin anak pompuan sedang temankan ayahnya pi hiking kut...mungkin pesakit DR. JO kut...opst! banyak pulak kut kat sini...

trail untuk ke puncak eagle hill
aku pi amik simpang ke kiri...simpang kanan dah masuk itu hari
simpang kiri terus mendaki
lepas mendaki ada lauan landai sikit..
salah satu pandangan daripada trail eagle hill
mendaki sikit kat eagle hill ni
salah satu pandangan di eagle hill
cerun yang panjang jugak ni...
mendaki yang panjang gak ni..
pokok yang ada di laluan trail eagle ni...
sebelum sampai ke atas..
Walau pun hari ni hari bekerja tapi ada jugak hikers yang masuk ke trail eagle ni...tak ramai tapi ada la...Semua ada...lelaki pompuan dan sebagainya. Laluan kat trail ni pelbagai. Aku pernah banyak kali jugak la sejak akhir2 ni masuk melalui trail ni dan tulisan aku boleh dibaca DI SINI..Masa masa cuti tak putus2 kita boleh jumpa hikers yang lain di sini dan di merata trail kat melati hill ni....ramai beb kalau hari cuti..tak percaya datang la masa hari cuti...hahaha...saje je ni nak panaskan kawan2 aku, termasuk la yang kat bekas opis aku tu...hahaha...opst!....Setelah agak lama melalui trail tu aku pun tiba di puncak EAGLE HILL tu. Rehat sat dan kemudian sambung lagi perjalanan di trail tu menuju ke simpang untuk mendaki centipede hill dan jugak untuk ke kaki monkey hill dan rope hill. Trail untuk menuju ke simpang tu pelbagai jugak mendaki ada menuruni pun ada...lenguh la jugak kaki berjalan...Akhirnya tiba jugak aku kat simpang tu. Aku terus aje laluan masuk ke trail untuk ke kaki monkey hill dan rope hill...aku tak pilih untuk mendaki ke centipede hill...Trail menuju ke kaki bukit monkey tu tak la mencabar pun. Masa aku lalu situ macam aku sensorang aje...

ada tokong di salah satu pendakian..
menuruni cerun lagi...
mendaki lagi..ada hiker lain tapi dia laju..terus tinggalkan aku...
mendaki ke puncak eagle hill
dah sampai puncak eagle
puncak eagle
Akhirnya aku tiba di kaki bukit monkey dan rope hill tu. Aku pilih mandaki ke puncak monkey hill. Aku tak masuk ke rope hill yang sunyi sepi tu...yang sesuai jugak untuk shooting drama seram waktu senja atau malam....hahaha...teka aku aje la... Masa aku mendaki ke puncak monkey hill tu macam aku sensorang aje masa tu...Tak lama kemudian baru la ada hikers yang lain2...mungkin jumlahnya dalam 10 orang kut. Itupun setelah aku mendaki suku daripada pendakian ke monkey tu. Ramai yang veteran nampaknya...mungkin mereka pesakit DR. JO kut. Ada sorang pompuan yang agak veteran...dia terus aje mendaki tanpa henti...salute aku dengan dia tu...Aku pun berkali kali berhenti masa mendaki tu tuk amik nafas....dia macam 'saden' aje mendaki tanpa henti untuk ke puncak tu walaupun slow aje pergerakannya...Haih! malu pulak rasanya...hahaha...tapi mungkin ada hikmah untuk aku kan..opst! ...alasannnn...Masa mendaki ke puncak monkey tu ramai jugak yang tegur aku...maklum la dia orang tengok aku dah tua kan...tentu ramai yang tegur...Aku pulak mendaki sensorang aje...

trail untuk menuju ke kaki bukit centipede pulak..akak tu tergamam bila aku amik foto situ..gamaknya la..
mendaki ke kaki bukit centipede..
dah sampai simpang untuk mendaki ke centipede dan jugak simpang untuk pi ke kaki monkey hill dan rope hill
...aku pilih ke kaki bukit monkey..Banyak pahala mereka yang membersihkan trail ni..aamiinnn...insyaALLAH..
yang tu trail untuk mendaki ke puncak centipede hill...aku tak mendaki situ pun...
trail menuju ke kaki monkey hill dan rope hill
Akhirnya aku tiba di puncak monkey hill tu...masa aku tiba tu ada la beberapa orang rehat kat situ. Aku rehat lama kat situ. Masa aku nak gerak tu...yang lain lain dah lama dah gerak... tinggal aku sensorang aje...Sebaik nak gerak...ada sekumpulan 3 orang hikers pompuan baru tiba dari cobra hill ke monkey hill tu...Dia orang minta tolong snap kan foto dengan HP dia orang...aku snap 2 kali...dan setelah dia orang berpuas hati baru la aku gerak ke cobra hill pulak. Tiba di cobra hill tu, takde sape sape pun kat situ...Aku rehat sat dan snap beberapa foto. Rupanya ada foto yang ter delete termasuk foto masa mendaki ke puncak MONKEY HILL dan jugak foto masa kat puncak MONKEY HILL...haihhhh...! apa boleh buat laaaaa...

kaki monkey hill
puncak cobra hill...
puncak cobra hill
Kemudian aku pun mula la bergerak untuk turun ke kaki bukit pulak. Masa turun tu takde la masalah pape pun...ok je...cuma kaki dah rasa lenguh sikit...Agaknya aku dah jauh berjalan kut...atau aku da tua...hahaha...opst! Aku terus turun ke kaki bukit yang hampir dengan paya di kaki bukit tu...Dari situ aku terus berjalan menuju keluar ke jalanraya....Tiba di jalanraya terus aje masuk kete dan balik ke BANGI. Selesai hiking aku hari ni untuk keluarkan peluh...dapat la aku bakar lebih 200 kalori dengan jarak 3 kilometer pagi ni...dengan masa 2 jam berjalan...bukan masa terbaik la ni...saja je tulis...hahaha...

trail menuju ke kaki cobra hill
ke kaki bukit
sampai di kaki bukit
trail ke jalanraya
Masa dalam kete nak balik tu aku tengok gerai kat kaki bukit Melati Hill tu buka dan ramai gak orang yang ada kat situ tapi takla penuh dan tak cukup kerusi seperti hari2 cuti.....Moga rezeki mereka diluaskan oleh ALLAH SWT...aamiinnn...Sokong lah peniaga MUSLIM ye....kalau tak kita sape lagi...Rasanya gerai tu buka setiap hari kut..O.k gak buka setiap hari sebab nampak macam hari hari ada je yang datang ke Melati Hill tu...kalau hari biasa dalam 50 buah kete macam ada je rasanya...Aku jugak nampak ada gerai jual tembikai merah dan tembikai susu...sebelum ni aku tak pernah nampak pun jualan tu...mungkin baru kut...Kalau kat sempadan nilai dan bukit mahkota tu masa ni memang ada orang jual tembikai merah dengan banyaknya...sekilo RM2.50 sen...dah beberapa hari dah kat situ...Masa ni tembikai dah macam mahal...ada ketikanya kat pasaraya pun sampai 4RM sekilo...Peniaga peniaga lain pun ada jugak kat kaki bukit Melati tu...moga rezeki mereka sentiasa dikurniakan oleh ALLAH SWT...aamiinnnn...Sepanjang aku berjalan kat trail eagle, monkey, cobra dan turun ke bawah, aku jumpa sekali aje 2 botol air mineral sederhana dibuang di tepi trail yang aku lalui tu...lokasi lain daripada lokasi yang aku tulis sebelum ni..Elakkan diri kita daripada membuang sampah merata rata..tong sampah ada di kaki bukit...mari kita jadi hikers yang 'smart'...sama sama jaga kebersihan dan jangan ada sampah yang dibuang di mana mana melainkan ke dalam tong sampah...

nak balik dah..
bakar kalori lebih 200 kalori


Di bawah ni aku letakkan infor berkaitan kalori..moga ada manfaatnya untuk kita semua...

Apa apa pun...moga kita semua, tak kira sape la akan sentiasa dirahmati dan diberkati ALLAH SWT serta dihindarkan kita semua daripada siksaan neraka yang maha pedih tu...aamiinnnn....
Jangan lupa terus istiqamah dengan #BMF ye...



~~~~~      SEKIAN     ~~~~~

daud.montak.zakaria

No comments:

Post a Comment

TETAMU SYAWAL..

Diari DAUD : SABTU lalu, rakan dan juga sedara aku, MIZI berkunjung ke rumah. Dia ni memang salah sorang daripada rakan baik aku. Rakan aku...