Diari DAUD - Hari ni SABTU, 29 FEB. 2020 aku pi hiking dengan isteri aku pagi ni. Jarang dapat peluang hiking dengan isteri ni sebab dia sibuk aje...hahaha...Memang dah plan awal nak pi dengan isteri. Sebenarnya aku jarang pi hiking dengan isteri di MELATI HILL tu. Biasanya aku sensorang aje. Hari ni dia free maka aku bawak la dia pi sama ke sana tu. Kami pi ke sana jam tujuh pagi lebih sikit dan sampai di sana hampir jam 8.00 pagi. Walaupun hari ni cuti tapi orang yang datang taklah padat sangat. Aku pun takde la jauh sangat parking ni...Mungkin orang tak ramai walaupun hari cuti sebab berkaitan keadaan politik tanah air yang tak menentu ni kut..Dah macam sinetron pulak hal politik sekarang ni, tambah fenin pulak....tak tau nak kata apa walaupun dalam hati memang ada yang nak dikatakan...hahahaha...opst!..Sebelum hari ni aku pun ada datang sini hiking jugak, tapi sensorang la dan boleh baca DI SINI...
 |
melati hill |
 |
trail ke centipede hill |
 |
trail lain ke centipede hill |
 |
trail lain ke centipede hill |
 |
trail lain ke centipede hill |
 |
hampir puncak centipede hill |
Selesai aje parking terus aku dan isteri pi kekaki bukit centipede tu untuk mula mendaki. Ramai peniaga di kaki bukit tu. Gerai pun bukak, gerai alatan hiking pun ada, jualan tembikai pun ada, jual minuman pun ada...Aku memang dah plan nak mendaki ke centipede hill dan rope hill dan seterusnya balik. Kami mendaki ke centipede hill tu melalui trail ke mosquito. Masa kami lalu trail tu cuma sorang hiker veteran aje yang ada lalu di situ....sunyi aje. Biasa hari cuti macam ni trail tu memang ramai hikers, hari ni pulak tak seramai hari cuti yang lepas lepas tu...
 |
puncak centipede |
 |
puncak centipede |
 |
puncak centipede |
 |
trail ke kaki centipede hill |
 |
ke kaki centipede hil ..menuruni |
Masa mendaki kat sini aku sentiasa aje berhenti untuk amik nafas. Aku berhenti isteri kena la berhenti jugak...mana boleh dia pi sendiri...kiri kanan laluan tu pun semak samun aje...Isteri kena ada bersama tak boleh jauh2 dalam hutan ni, kalau hilang bukan boleh cari kat kedai basikal...hahaha...oopst!. Setelah beberapa ketika di trail akhirnya kami tiba di puncak centipede hill tu. Tak ramai pun hikers kat puncak tu. Tangkap gambor sikit dan rehat. Dan selesai rehat kami terus pi menuruni bukit untuk ke simpang pi ke monkey dan eagle hill. Ada jugak hikers lain yang ada kat trail tu...Yang bawak anak anak pun ada..Tak lama kemudian kami tiba di simpang di kaki bukit tu. Kami amik simpang ke kiri untuk ke kaki centipede hill....ke kanan pi ke eagle hill...
 |
simpang ke monkey dan ke eagle hill |
 |
ke kaki monkey hill |
 |
ke kaki monkey hill |
 |
trail ke rope hill |
 |
mendaki ke puncak rope hill |
 |
ke puncak rope hill |
Masa lalu di trail untuk ke kaki bukit monkey tu kami jumpa dengan beberapa hikers lain. Satu kumpulan tu dari Sekolah Vokasional Seremban. Dia orang sedang rakam video dengan HP. Dia orang kata sedang buat projek. Aku tak tanya pun dengan lebih jauh. Aku rasa projek video kumpulan la kut. Tiba di kaki bukit monkey tu kami amik simpang ke kanan iaitu simpang untuk ke Rope Hill. Masa mula masuk ke sini agak sunyi jugak. Tapi lepas beberapa ketika ramai jugak hikers yang lalu di situ termasuk pelajar sekolah vokasional tu. Laluan di sini memang panjang jugak dan ada yang tinggi. Memang aku selalu aje berhenti bila melalui pendakian macam ni.
 |
ke puncak rope hill |
 |
puncak rope hill |
 |
hikers di belakang |
 |
trail rope hill ke cobra hill |
 |
trail rope hill ke cobra hill |
Tak lama kemudian kami tiba di puncak rope hill tu. Kami rehat dan tangkap gambor kat situ. Kemudian aku ajak isteri aku pi pulak melalui trail rope hill tu ke Cobra Hill pulak. Ini kali kedua aku lalu kat situ. Isteri aku memang tak pernah pun lalu trail tu...ini kali pertama. Trail di sini memang jauh dan banyak trail yang mendaki dan menuruni serta banyak jugak yang curam. Isteri aku kata cukup la kali ni aje ikut trail ni...hahahaha...aku tak kata apa pun...memang jauh jugak trail ni...Tali yang ada di sini memang mainkan peranan penting. Ada lokasi yang hikers kena berpegang kepada tali sebab curam dan ada jugak yang licin. Berpeluh peluh la lalu di sini. Isteri aku pun dah rasa rimas sebab dia rasa macam jauh aje...tapi memang terasa jauh pun trail tu. Masa lalu kat sini memang ramai jugak hikers lain yang kami jumpa. Dia orang semua laju laju aje...sering kami tertinggal jauh....dia orang kuat dan muda...
 |
trail rope hill ke cobra hill |
 |
trail rope hill ke cobra hill |
 |
trail rope hill ke puncak cobra hill |
 |
trail rope hill ke puncak cobra hill |
Setelah agak lama melalui trail tu akhirnya kami tiba di puncak Cobra Hill. Kami rehat sat kat situ dan aku amik sikit gambor kat situ. Ada jugak hikers yang melalui situ dan terus ke kaki bukit. Dia orang tak singgah pun.
Masa kat sini aku tengok HP aku ada video call yang aku tak balas....hahaha...daripada rakan yang berada kat Langkawi rupanya...Dia orang nak tunjukkan pokok yang kami tagging dua tahun lalu kalau tak silap. Masa itu aku masih lagi bekerja dan belum bersara. Tulisan aku berkenaan retreat tu boleh dibaca DI SINI...dan videonya boleh ditonton DI SINI. Terima kasih pada CIK SITI SURAYA SULAIMAN yang cuba buat video call dengan aku tu...hahahaha....
Kat Melati Hill ni line DG memang tak cantik...ada lokasi DG macam tak berfungsi langsung...line lain mungkin ok kut....
Selesai hiking hari ni dan berjaya bakar lebih 200 kalori, dalam 2 kilometer lebih serta cipta lebih 7 ribu langkah. Ok la tu...aku memang suka hiking ni untuk peluhkan badan ...Mesti buat...dah pencen ni memang takde aktiviti pun....
Apa apa pun aku doakan moga kita semua sentiasa diberkati dan dirahmati ALLAH SWT dunia hingga syurga serta dihindarkan diri kita daripada sikasaan neraka yang pedig tu..aamiinnnnnn.....
Di bawah ni aku letakkan infor berkaitan kalori, moga ada manfaatnya.
Jangan lupa terus istiqamah dengan #BMF
daud.montak.zakaria
No comments:
Post a Comment