Sunday, June 6, 2021

Bakar Kalori Lagi...

Diari DAUD - Hari ni hari ISNIN, aku pi bakar kalori lagi hari ni. Hari kedua dalam musim total lock down ni. Masa total lock down memang dibolehkan untuk aktiviti bakar kalori dari jam 7 pagi hingga 7 malam dengan mematuhi SOP yang telah ditetapkan. Kita kena selalu buat eksesais bukan sebab takut mati tapi supaya kita sentiasa dalam keadaan sihat. Kalau kita punyai sakit sekalipun dengan kita selalu buat eksesais mungkin dapat membuatkan penyakit kita menjadi kurang teruk. Contoh ialah Kolestrol, ia boleh boleh dikurangkan dengan cara eksesais. Kalau ikut nasihat doktor kita kena eksesais setiap minggu 3 jam setengah jika berjalan dan 2 jam setengah jika joging dalam setiap minggu. Itu memang perlu. Di bawah ni video aku eksesais selama lebih kurang sejam dan bakar kalori lebih kurang 400 kalori dalam jarak lebih kurang 6Km. Kawasan berhampiran rumah je pun...


Pengambilan kalori harian pun mesti jugak dikira. Tapi aku sering gagal patuhi jadual pengambilan kalori harian tu...hahaha...Di bawah ni aku sediakan jumlah harian pengambilan kalori mengikut usia kita atau berat badan. Kalau kita tidak berapa aktif eloklah ambil aje sedikit kalori sebab lebihan kalori yang tak digunakan akan disimpan dalam badan sebagai lemak. Kalau kita taknak mempunyai bentuk badan seperti kotak biskut empat persegi, eloklah jangan amik kalori berlebihan. Badan aku pun bukan la six packs tapi taklah macam tin biskut empat persegi sangat, walaupun macam nampak ada sikit-sikit...hahaha...



Pagi ni masa pi panaskan badan sekitar taman perumahan, tak ramai pun orang lain yang aku temui cuma sorang berdua aje. Kat jalanraya pun tak ramai mungkin sebab hari ni cuti Hari Keputeraan yang DiPertuan Agong serta sebab total lock down jugak tu. Total lock down ni cuma boleh beraktiviti di kawasan sekitar tempat tinggal aje. Jangan sekali-kali pi riadah di taman awam sebab ada yang dah dikenakan kompaun....jadi hati-hati semua. Itu apa yang aku baca di media. Jangan kita buang-buang duit bayar kompaun. Bayar untuk bendanya tak nampak pun...jangan susahkan diri bayar ribu riban...hahaha...



Minggu ni aku potong rambut aku pendek-pendek. Pendek sangat, bukan ada nazar atau niat apa apa pun cuma rasa panas pulak sebab dah jarang sangat hujan kat sekitar sini. Aku memang biasa pun berambut panjang. Memang aku biarkan panjang. Bukan haram pun simpan rambut panjang. Haram simpan rambut panjang kalau kita niatkan untuk kelihatan seperti jantina lain...itu memang haram. Tapi kalau saja-saja je rambut panjang, tak diharamkan pun...Cuma kita dah terkeluar la dari budaya bangsa kita...itu je la....Aku suh isteri aku aje yang potongkan...mudah kan...Sejak nikah memang isteri aku aje yang potong rambut aku...Tak pernah aku gunting kat kedai...aku memang tak suka pi kedai gunting selepas nikah...aku lebih selesa isteri aku yang gunting...Lepas ni aku akan biarkan balik rambut aku panjang setakat mana yang boleh....hahaha...


Kes Covid 19 ni nampaknya dah macam ada menurun dan ada kalanya menaik, harap terus menurun la. Dah letih la dengan si Corona ni. Rindu sangat aku nak balik kampung. Dah lama tak balik. Harap Corona ni akan lenyap dan aku nak sangat balik kampung. Memang aku nak pindah kampung pun hujung tahun ni. Duk aje di kampung, tunggu mati. Harap Covid 19 cepat reda. Kalau tak reda macam mana nak gerak rentas sempadan negeri untuk pindah ke kampung. Taknak aku tergendala dengan rancangan aku tu. Biarlah anak anak yang teruskan legasi kami duk kat Bangi ni...Memang dah lama rancang untuk pindah kampung. Aku dah siapkan rumah untuk tinggal di kampung tu. Tak besar mana pun tapi cukuplah untuk aku tinggal dengan isteri aku sebelum kami dijemput oleh ALLAH SWT...InsyaALLAH...
Sekarang ni tengah rancak dengan suntikan vaccine, ramai rakan-rakan aku dah dapatkan vaccine tu. Aku masih belum lagi walaupun dah daftar. Sedara mara pun dah ramai yang di vaccine. Adik aku dan adik ipar aku pun dah di vaccine. Aku pun tak pasti nape aku dan isteri aku masih belum dapat gilirang untuk di vaccine. Aku memang tak makan mentera pun dengan cakap2 dan tulisan golongan mereka yang anti vaccine tu...langsung tak masuk minda aku pun. Aku tetap dengan tekad untuk dapatkan vaccine tu. Harap vaccine tu jadi asnab menguatkan diri daripada kesan teruk covid 19 tu, kalau ia menyerang tubuh aku...Setiap individu akan dapat dua kali vaccine. Vaccine pertama untuk 'trigger' sistem imune tubuh kita dan dos kedua untuk kuatkan lagi sistem imune tubuh kita tu. Sebenarnya vaccine tu merupakan virus corona yang dah dilemahkan yang disuntik dalam badan kita supaya sistem imune dalam badan kita mengenali virus corona tu. Bila sistem imune tubuh dah kenal dengan virus tu, apabila real punya virus masuk, sistem imune dalam tubuh kita mampu bertindak untuk menentang virus berkenaan dengan lebih berkesan. Mana-mana yang anti vaccine tu, terpulanglah kat korang...masing2 punyai pandangan. Sedangkan mazhab pun kita boleh berbeza kan...hahahaha...Kalau aku mati asbab vaccine ni, apa boleh boleh buat kalau dah ajal tertulis macam tu...Ajal tu memang pasti...


Sekarang ni terdapat pesakit covid 19 yang tiada kontek rapat atau tiada kluster. Mereka yang di serang tu tak tau dari mana dia orang dapat virus tu. Dikatakan 80% kes sekarang tergolong dalam golongan ini. Pandangan aku mungkin virus varian2 yang dah wujud dalam masyarakat kita yang lebih cepat merebaknya seperti varian afrika, varian India dan varian2 lain yang dikatakan dah wujud kat negara kita ni...Jadi jaga2 la diri kita memasing....lebih banyak la masa kita duk di rumah masa total lock down ni...
Kalau kita tau setiap kita akan mati atau akan datang ajal menjemput, jadi jangan lupa la hari hari kita taubat dan mohon ampun daripada ALLAH SWT. Kita bukan maksum macam Nabi. Nabi pun hari-hari minta ampun walaupun tiada dosa..Jangan lupa tu...Sekarang ni berapa ramai orang mati sebab Covid 19. Kadar kematian di negara kita sebab Covid 19 ni bawah sikit je daripada negara India tu...Jadi hari hari taubat la kita, sama ada setiap hari kita istighfar atau kita dirikan solat Taubat dan kemudian doalah kepada Allah dan bertaubat la kepadaNYA. Korang tak takut neraka ke...Nak mudah korang bayangkan neraka, bayangkan korang duduk dalam kuali yang sedang goreng keropok korang tu. Itu siksa yang masih kita boleh bayangkan. Namun siksa neraka memang kita tak boleh bayangkan kedasyatan siksanya. Siksa yang paling ringan di neraka ialah pendosa dipakaikan dengan sepatu daripada api neraka yang boleh menyebabkan otaknya mendidih...Pendosa yang kena siksa macam tu menganggap itulah siksa yang paling berat dan dasyat dirasakan di neraka...Hakikatnya, itulah siksa yang paling ringan di neraka...Bayangkan lah siksa yang paling berat macam mana, kan...Jadi, sama samalah kita taubat hari2, moga ALLAH SWT hindarkan kita semua daripada siksa neraka...


Rasanya tu je kut aku nak tulis dan conteng kat blog aku ni...kalau pun tak banyak manfaat kat sini...kalau dapat sekelumit manfaat pun dah memadai lah....kan...


Jangan lupa terus istiqamah dengan #bmf, kalau tak mampu semua, jangan tinggalkan semua...

~ sekian ~
daud.montak.zakaria


No comments:

Post a Comment

LAMA SANGAT tak buat catatan

Diari DAUD : july 2024 Dah agak lama aku tak buat catatan kat blog ni. Tarikh akhir aku tulis pada 29 April 2024 yang lalu. Jadi hari ni aku...