Friday, June 11, 2021

Solat Jumaat & Bakar Kalori.

Diari DAUD - Hari ni JUMAAT, 11 JUN 2021. Jumaat datang lagi minggu ni. Macam biasala kan, musim 'total lockdown' tentu tak boleh pi solat Jumaat, entah untuk kali yang keberapa dah. Dah banyak sangat tak boleh pi solat Jumaat, tu yang jadi lupa tu dan malas dah nak bilang..Aku pun tak tau dah tajuk khutbah Jumaat untuk Selangor minggu ni. Kalau dalam keadaan tiada wabak penyakit tentu berdosa BESAR meninggalkan SOLAT JUMAAT dan kalau 3 kali berturut-turut, akan dilabel sebagai MUNAFIK. Jangan kita pandang ringan dengan ancaman ALLAH SWT kalau tinggalkan solat Jumaat yang wajib bagi setiap LELAKI. Usahakan juga untuk solat Jumaat di masjid wahai kaum lelaki. Disebabkan ada wabak COVID 19 ni maka kita terlepas daripada kewajiban solat JUMAAT tapi kena ganti dengan solat ZOHOR. Mufti pun berpandangan tak perlu solat taubat jika tinggalkan solat Jumaat sebab wabak penyakit ni. Memang benar la pandangan dia tu sebab dia memang dalam bidang agama. Tak perlu pun kita pertikaikan ilmu dia tu...tak perlu kita jadi pengutuk mufti seperti yang dilakukan oleh sebilangan netizen yang jahil. Bagaimanapun aku tetap juga bertaubat semata-mata untuk menjadikan hati aku jadi lebih tenang. Kat Selangor ni solat Jumaat musim 'total lockdown' hanya untuk 6 orang petugas masjid sahaja.

Aku jugak nak warwarkan jika ada sesiapa yang nak menjana pahala yang berpanjangan hingga hari kiamat, bolehlah berinfaq untuk bina masjid baharu kariah BANGI ni. Poster ada aku tepek kat atas tu. Tak rugi berinfaq untuk keuntungan kita di akhirat nanti. Kalau kita nak infaq dan sedekah pahala tu kepada kedua ibu bapa kita pun boleh. Boleh jugak kalau kita nak infaq dan pahalanya kita sedekahkan kepada orang-orang pernah kita zalimi pun boleh. Rasanya tentu ramai orang2 lain yang kita hina, umpat, fitnah, tipu, maki dan sebagainya sama ada dalam media sosial atau dalam kehidupan harian kita...tak gitu.... Mungkin kita jugak pernah maki pemandu lain tika kita memandu, tak gitu..hahaha...Jadi kita infaqlah dan sedekahkanlah pahalanya kepada mereka yang pernah kita zalimi dan sakiti tu, supaya kat akhirat nanti kita tak jadi MUFLIS di MAHKAMAH ALLAH SWT di MAHSYAR nanti...tak gitu...Bukan semua mereka yang kita zalimi tu boleh kita jumpa dan minta maaf. Tambah pulak sekarang ni dalam media sosial atau medsos hari2 netizen maki hamun dan kutuk orang, share umpatan serta fitnah dan seumpamanya, itu semua dosa sesama manusia dan hanya manusia yg kita maki hamun tu aje yang boleh maafkan dosa tersebut. Kat atas dunia boleh la gelak2 sakan sambil caci maki orang lain. Bila dah ada di mahkamah ALLAH SWT di Mahsyar nanti, tentu akan menyesal sebab di sana dah nampak API NERAKA yang maha dasyat siksanya. Jadi berpada-padalah kita bila melibatkan manusia lain terutama dalam MEDSOS sekarang ni. Sama la jugak dengan dia orang yang main PUBG tu...tentu tak habis2 dengan maki hamun..Semua yang aku tulis tu, mendatangkan dosa semuanya...Wajiblah kita taubat daripada melakukan dosa-dosa yang macam tu...Hari-hari buat dosa tentu hati menjadi semakin keras...Berbalik pada isu tabung tadi, Tabung Masjid ni telah diwarwarkan dalam bulan RAMADHAN yang lalu...Tak rugi kita sama-sama berinfaq. Pahala sedekah kita ni nanti yang mampu membantu kita di sana atau alam selepas mati, selain daripada pahala amalan2 yang lain yang semuanya kita lakukan secara IKHLAS kerana ALLAH SWT....Fikirkanlah...

Pagi tadi macam biasalah bila pagi Jumaat, aku biasanya bakar kalori di sekitar taman perumahan tempat tinggal aku. Aktiviti bakar kalori adalah dibenarkan bagi aktiviti yang dilakukan secara individu dengan mengikut SOP yang telah ditetapkan. Aku ada tepekkan video bakar kalori aku pagi tadi kat bawah tu...


Kawasan aku bakar kalori...

video bakar kalori pagi tadi.

Kita memang perlu buat aktiviti bakar Kalori sama ada setiap hari atau beberapa hari dalam seminggu....pada setiap minggu sampai bila2. Kalau mengikut pendapat doktor yang aku pernah temui masa aku masih belum BERSARA dulu...doktor tu kata setiap minggu kita perlu buat aktiviti joging selama 2 jam 30 minit setiap minggu SEKURANG2NYA. Kalau berjalan pula kita perlu berjalan selama 3 jam 30 minit setiap minggu sekurang2nya. Kalau kita mampu buat lebih lama daripada itu adalah yang paling terbaik. Kalau kita hanya boleh buat bakar kalori tika hari cuti Sabtu dan Ahad je, buatlah aktiviti tersebut sekurang2nya jumlah 3 jam 30 minit kalau berjalan untuk kedua-dua hari tersebut. Kalau boleh buat lebih lama, itulah yang terbaik. Masa aku bakar kalori tu, banyak sampah yang aku jumpa dibuang merata-rata. Aku memang tak suka keadaan macam tu. Nape kita sebagai sebuah negara Islam yang ramai orang Islam tak mengamalkan kebersihan yang memang dititikberatkan dalam agama. Pelik kan, macam mana boleh jadi macam ni. Kita silap didik generasi ke...kita gagal ke mendidik generasi kita untuk menjadi warga yang sering menjaga kebersihan dan suka kepada kebersihan....Kesian kan dengan warga kita. Kalau kita dalam kenderaan memang tak terasa semak mata memandang sampah-sampah ni. Tapi bila kita dah berjalan dan tengok sekitar dengan mata kepala kita, memang rasa semak aje mata melihat sampah sampah dibuang merata rata tu...Bila la warga kita nak jadi warga yang memeluk erat sikap PEMBERSIH tu...Di bawah ni aku tolong tepekkan jadual jumlah kalori harian yang perlu diambil dan aktiviti untuk menghakis lebihan kalori tu...




Sebenarnya aku pun seringkali gagal mengikut jadual yang aku tepek kat atas tu....hahaha... Jarang dapat aku patuh dengan jadual kat atas tu....Tapi kalau korang boleh patuh dengan jadual tu...silakanlah...Lain orang lain disiplin yang dimilikinya...tak gitu....Di bawah ni merupakan aktiviti-aktiviti yang mampu membakar kalori yang berlebihan dalam badan tu...



Habis cite bakar kalori tu...Sekarang aku nak cite pulak berkaitan pengambilan vaccine oleh isteri aku. Semalam Khamis, aku bawak isteri aku ke Bukit Mewah Kajang untuk ambil vaccine untuk isteri aku tu. Secara mengejut aje isteri aku dapat call untuk suntikan vaccine tu. Dia memang dah lama daftar di klinik yang berhampiran. Tapi tak tau pulak bila masa boleh dapat suntikan tu. Dalam pukul 10 pagi isteri aku terima call suruh amik slip kat klinik berhampiran. Lepas amik slip tu terus aje pi ke Taman Bukit Mewah di Kajang tu. Aku tak familier pun dengan kawasan tu. Jadi terpaksa la guna google map. Walaupun ada waze aku rasa macam suka pulak guna google map tu. Jenuh jugak la cari Dewan Orang Ramai Bukit Mewah tu...Maklum la aku pernah sampai sekali aje kat situ iaitu semasa rakan aku almarhum ABANG FADIL masih hidup dan tinggal di situ. Aku pi ke rumah dia masa tu sebab hadir majlis anak pompuannya kawin. Itu je la sekali...Rasanya dah lebih 20 tahun kut.


Ada ketikanya sesat jugak aku untuk tiba di dewan tu, maklumlah lokasi yang tak sering aku kunjungi. Bagaimana pun akhirnya sampai jugak kat situ. Besar jugak dewan orang ramai tu...Ada ke sesapa yang jugak ambil vaccine kat sini???. Tiba di sana terus parking kete. Sib baik ada ruang untuk parking walaupun jauh dari dewan. Kebetulan orang berkenaan keluar daripada parking dia tepi jalanraya tu...alhamdulillah. Memang parking tepi jalanraya tu padat sungguh. Isteri aku aje yang masuk ke dewan sementara aku tunggu kat luar. Memang tak boleh masuk pun. Duduk la tepi jalanraya di bawah pokok, sambil sembang dengan ahli RELA dan sorang lain yang sedang tunggu sedara yang ada dalam dewan sedang tunggu vaccine. Anggota RELA tu kata proses ambik vaccine tu dalam masa sejam lebih ke dua jam. Kematu la aku tunggu bawah pokok kat situ. Bukak aje la media sosial masa menunggu tu...bateri hp pun dah tinggal nyawa2 ikan aje..Tak pasti pulak aku apa erti nyawa2 ikan ni...hahaha...Bosan beb menunggu.... 
Agak lama menunggu, akhirnya isteri aku call, katanya dah selesai. Jadi aku pun pi gerak ke kete yang agak jauh tu. Tak lama kemudian isteri aku pun tiba di kete dan masuk ke dalam kete. Macam2 la aku tanya. Bab suntikan ni memang aku gerun sikit...gerun aku dengan jarum suntikan tu...hahaha...Dia kata tak sakit pun. Lepas vaccine rehat sat dalam setengah jam dalam dewan katanya. Selesai aje sesi vaccine tu, isteri aku siap dengan shoot foto lagi tu...'saya dah di vaccine...' hahaha... Agaknya macam tu la kut mesej kat foto tu. Aku dah tengok gak foto tu tapi lupa caption yang ada kat foto tu...Yang aku tulis tu hanya apa yang kuar dari minda aku je...Sib baik isteri aku tak demam sebab vaccine tu. Dia kata rasa sengal aje sikit kat bekas suntikan tu. Dos kedua nanti dia akan terima dalam bulan Julai. Aku kena hantar gak tu nanti...Aku pula masih menunggu untuk dapatkan vaccine tu. Dah lama daftar dah pun tapi belum dapat apa-apa maklumat dalam MYSEJAHTERA tu.



dah lepas vaccine..

Kalau baca komen-komen golongan anti vaccine tu, memang la hebat bunyinya. Tapi aku tak la termakan pun dengan MENTERA dia orang tu. Kalau katakan aku mati sebab vaccine tu, itu memang dah ajal aku pun. Ajal kita memang dah siap dengan asbabnya. Kalau bukan sebab vaccine, tentu ajal tu dengan asbab yang lain...mungkin juga sebab digigit kucing peliharaan...hahaha...sapa tau kan...Ajal kita memang ada asbabnya. Kalau ada sesapa yang mati macam tiada asbab, cuba buat post motem tentu ada sebab mengapa dia mati....tak gitu. Kesimpulannya...kalau nak mati memang tak boleh elak sama ada sebab vaccine atau sebab2 lain yang sudah ditentukan ALLAH SWT.
Vaccine cuma usaha kita aje nak mengelakkan diri daripada kesan yang lebih teruk jika diserang virus Corona tu. Dos pertama untuk trigger sistem imuniti tubuh kita dan dos kedua untuk menguatkan lagi daya tahan kita kepada virus Covid 19 tu. Jadi amik je la vaccine tu...tak perlu bimbang pun...tapi kalau mati sebab di vaccine, itu memang dah ajal kita di situ, nak kata apa...hahaha...Orang yang dah di vaccine pun kena patuhi SOP macam orang lain jugak...jangan mandai-mandai nak menojat sana sini dengan bebas...hahaha...opst!
Nampaknya macam 'total lockdown' akan bersambung lagi. Kes naik turun aje nampaknya...Hari ni kes naik balik lebih 6K. Kat Selangor kes naik lagi 1K daripada semalam, menjadi 2K lebih. Apa nak jadi dengan juara bertahan SELANGOR ni....letih dah dengan 'total lockdown' ni...walaupun aku seorang PESARA.

Rasanya itu aje yang aku nak catatkan kat sini...


Jangan lupa teruskan #bmf, kalau tak mampu semua, jangan tinggalkan semua...


~ sekian ~
daud.montak.zakaria


No comments:

Post a Comment

LAMA SANGAT tak buat catatan

Diari DAUD : july 2024 Dah agak lama aku tak buat catatan kat blog ni. Tarikh akhir aku tulis pada 29 April 2024 yang lalu. Jadi hari ni aku...