Diari DAUD - Hari ni ISNIN, 14 Jun 2021...Sebelum aku teruskan mengetuk keyboard ni... terlebih dulu aku ingin mengucapkan salam takziah untuk NINI dan seluruh keluarganya, diatas pemergian ayahandanya menemui Pencipta. Moga ayahandanya diampunkan segala dosa, dihindarkan daripada siksa kubur dan siksa neraka serta dimasukkan ke dalam SYURGA oleh ALLAH SWT...aamiinn...NINI ni menantu kakak ipar aku KAK NAB.
Hari ni Isnin, aku pi bakar kalori pepagi lagi. Tak tau kali keberapa aku bakar kalori ni dalam masa 'total lockdown' ni. Nampaknya 'total lockdown' dilanjutkan oleh kerajaan hingga 28 Jun 2021. Tak tau la bila akan tamat. Kalau sambung lagi maknanya 'total lockdown' ni jadi sebulan la. Menteri kata ia akan disemak kembali jika kes harian turun bawah 400 kes. Tak tau nak cakap apa la. Selangor la yang paling tinggi hingga lebih seribu kes dan lebih 2 ribu kes biasanya. Dikatakan Selangor ada team yang bertindak ke atas Covid 19 ni. Tapi tu la macam takde kesan aje, sebab kes seringkali mengatasi negeri lain. Seringkali menjadi juara. Rasanya la ini mungkin sebab kilang-kilang yang masih dibenarkan beroperasi kut...
Hari ni bakar kalori selama sejam lebih. Aku berjaya bakar kalori lebih 400 Kalori, berjalan lebih 9K langkah, hampir 6 Km. Ok la tu kut. Aku memang beraktiviti bakar kalori ni dua kali setiap minggu. Perlu kita sering panaskan badan ni supaya lebihan kalori tak disimpan dalam tubuh kita dan menyebabkan kita rasa tak 'fit'. Cari la masa untuk panaskan badan sekurang-kurangnya 3 jam setiap minggu. Korang boleh semak berkaitan jadual pengambilan kalori dan cara bakar kalori dalam tulisan aku yang baru lalu DI SINI.
Hujung minggu ni akan terus bakar kalori sekitar taman perumahan ni. Tak boleh nak pi jauh dari kediaman sebab itu SOP yang ditentukan oleh gomen. Kalau di luar 10Km dari rumah, akan didenda. Tak kuasa aku nak bayar denda tanpa ada apa apa faedah. Hujung minggu nanti aku akan dapatkan suntikan vaccine di Mines Serdang...alhamdulillah. Itu untuk dos yang pertama. Aku tak mahir dengan kawasan tu jadi anak aku akan hantarkan aku ke sana. Aku memang tak mahir dengan kawasan sekitar sini sebab aku jarang kuar rumah dan tak minat pun kuar mana-mana. Aku lebih berminat duk dalam rumah aje. Kalau korang cite kat aku pi memana pun hatta keluar malaysia pun aku akan buat bodo aje...(aku pinjan kata2 prof muhaya..) hahahaha...opst!. Aku memang takde minat dalam bab tu..Kejadian kita lain-lain...nak kata apa kan...
Nampaknya itu aje yang aku nak tulis...sama-sama la kita bersihkan hati kita daripada segala sifat keji supaya kita mudah bertemu Pencipta nanti. Kalau hati bersih seluruh tubuh kita akan bersih...Kita buang jauh2 sikap buruk kita tu...tak gitu...hahaha...Ok beb...Assalammualaikum...
Jangan lupa teruskan dengan #bmf, kalau tak mampu semua, jangan tinggalkan semua...
Sekian...
No comments:
Post a Comment