Diari DAUD - Hari ni SELASA, 29 JUN 2021, aku pi Klinik Kesihatan Bandar Seri Putra. Memang rutin ke tempat tu...apa boleh buat la sebab TUHAN dah tekdirkan macam tu...hahaha..Anggap aje sakit tu ujian daripada PENCIPTA. Memang setiap manusia akan diuji oleh ALLAH SWT. Apa yang perlu ialah kita redha dan sabar sahaja. Berdosa kalau kita tak redha dengan setiap ujian ALLAH. Yang perlu kita risau ialah kita sentiasa sihat hingga ke mati...rasanya itu agak merisaukan kerana setiap manusia akan diuji oleh ALLAH SWT. Bayangkanlah KALAU kita memang tak pernah sakit atau tak pernah diuji oleh ALLAH SWT. Bimbang kalau kita tak dipandang oleh ALLAH SWT...bimbang jugak kita ISTIDRAJ dan seumpamanya... Apa apa pun redha aje la kan...Ramai pulak orang kat Klinik hari ni....rasanya setiap hari memang ramai orang kat Klinik Kesihatan ni...maklumlah klinik gomen...Macam biasalah semua yang datang patuh pada SOP. Semua guna topeng muka...Bayangkan masa tiada pendemik dulu, ramai yang macam pelik aje kalau lihat ada yang pakai purdah dan nampak mata aje...hahaha...Rata2 sekarang ni masing-masing pakai mini purdah tanpa tudung...hahaha...opst! Begitulah penangan pendemik....semua orang tak kira sapa atau tak kira agama apa pun, kena guna topeng muka...
Monday, June 28, 2021
Jumpa Klinik Kesihatan Lagi...
Sekarang ni kes harian Covid 19 masih lagi tinggi iaitu lebih 5K setiap hari dan kes yang paling ramai hari-hari ialah negeri SELANGOR. Sekarang ni hari-hari Selangor lebih 1K kes Covid dan sering jugak pi ke 2K. Letih betul dengan negeri Selangor ni..Ada yang berpandangan, kes tinggi di Selangor sebab kilang-kilang masih dibuka dalam PKP ni. Namun begitu pandangan tersebut ada yang menyanggahnya. Mereka berkata kes pekerja kilang cuma menyumbang 20% aje kes harian Covid 19 ni. Kes-kes yang tinggi tu adalah sebab virus yang sedia terdapat dalam masyarakat, yang dikatakan kes sporadik...kes yang tiada kluster...kes yang tak tau dari mana puncanya. Tak tau la mana yang betul. Tapi tu la sekarang ni aktiviti tertentu aje yang dibuka. Cuba tutup semua kilang2 tu, kita tengok kes turun secara drastik atau tak...
Sekarang ni Kerajaan telah mengeluarkan PELAN PEMULIHAN NEGARA. Terdapat 4 fasa dalam pelan tu iaitu FASA 1, FASA 2, FASA 3 dan FASA 4. Dalam FASA 1, kerajaan mensasarkan kes bawah 4K kes harian. Tapi tu la, dah hampir tamat bulan JUN, jumlah kes masih tinggi iaitu lebih 5K...macam mana nak capai dibawah 4K. Tak berapa hari lagi nak tamat bulan JUN. Tak taula dengan MALAYSIA KU ni. Rakyat dah ramai tertekan sekarang ni sebab ramai yang tak boleh cari duit, ramai yang diberhentikan keje, ramai yang tak makan, ramai yang dah tak tau nak buat apa untuk cari makan. Ramai dah mati akal sebab ramai yang kelaparan, ramai yang keluarga kelaparan, ramai yang anak bini tak makan...sedihnyaaa...Paling ngeri sekarang ni, dah banyak kes bunuh diri sebab kemurungan kesan pendemik ni...Haih!...kesiannya...Kesiannya, BUNUH DIRI tu DOSA BESAR dan ada hadis mengatakan ORANG YANG BUNUH DIRI TIDAK AKAN DIMASUKKAN KE DALAM SYURGA...takutnyaaaa....Boleh tonton video siksa neraka di bawah ni untuk yg berdosa termasuk siksa orang bunuh diri......
Dalam FASA 4, bulan NOV. & DIS. kerajaan berharap kes covid adalah di bawah 500 kes sehari. Banyak sektor ekonomi dan sosial akan dibuka. Tapi mampu ke negara kita mengawal Covid hingga ke paras bawah 500 kes sehari. Harap gitula...sebab dah lama sangat berkurung dalam taman perumahan aje...nak balik kampung pun tak boleh...hahaha...Boleh rujuk kat atas tu dalam setiap FASA. FASA 2 & 3, kerajaan harap akan mencapai kes bawah 2K sehari. Dalam FASA 4 kalau kes harian bawah 500...mungkin boleh rentas negeri...harap gitula...Kome tak seghonok ke dapat ke sana sini masa FASA 4 tu nanti...tanya je...Yang suka menojat tu memang suka la FASA 4 tu kan...opst!
Kerajaan berharap kes mampu diturunkan kejumlah yang paling minima dengan wujudnya IMUNITI KELOMPOK. Bila ramai rakyat telah menerima vaksin tentu pendemik dapat dikawal dan diminimakan jumlah yang terkena COVID ke jumlah yang paling minima, iaitu dibawah 500 kes harian. Untuk mencapai IMUNITI KELOMPOK majoriti rakyat di negara ini mesti diberi vaksin sebelum FASA 4. IMUNITI KELOMPOK boleh dicapai bila jumlah rakyat yang divaksin telah melebihi 60% atau 70%. Bila hampir semua rakyat di vaksin tentu sukar bagi virus corona tu untuk merebak. Maknanya rakyat mesti merelakan dirinya untuk di vaksin. Janganlah menjadi rakyat yang anti vaksin...berusaha mencegah adalah lebih baik daripada duk diam menunggu dijangkiti oleh virus berkenaan...Aku dah dapatkan VAKSIN DOS PERTAMA...menunggu untuk DOS 2 pula...Tapi tu la, kes masih di atas 4K, macam mana nak pi ke FASA 2.....
Sekarang ni kalau kita selalu masuk ke MEDSOS tentu kita akan tersua dengan pelbagai berita sama ada yang benar atau berita yang palsu. Semua jenis berita ada di sana...terpulang la kepada kita untuk menapisnya dengan sendiri. Kita kena bijak menilai berita sama ada benar atau palsu. Kalau berita palsu tak perlulah disebarkan kerana berita palsu adalah berita fitnah. Berita tak benar adalah berita fitnah. Jangan disebarkan. Aku ada terdengar satu berita yang tak pasti pulak palsu atau benar. Kalau kata palsu pulak...entah-entah benar...Terpulang la kepada korang nak percaya atau tak. Aku rasa perlu jugak aku tulis kat sini supaya korang berjaga-jaga...hahaha..
Terdapat satu berita di MEDSOS yang mengatakan aktiviti jualan di gerai durian boleh menyebabkan virus CORONA tersebar dengan meluas. Cuba fikir gerai durian didatangai oleh ramai pelanggan yg pelbagai. Semua yang datang tu tentu boleh menyebarkan virus jika mereka pembawa dan jika tidak lakukan penjarakan. Durian-durian tu pulak dipegang oleh ramai orang. Tidakkah durian2 tu dijangkiti virus corona sebab dipegang oleh ramai orang. Tidakkah durian2 yang banyak kat gerai tu tidak mempunyai virus corona hasil dipegang oleh ramai orang. Tidakkah virus tersebut tersebar bila ramai pelanggan yang akan menghidu buah durian sebelum membeli buah berkenaan..Cuba la fikirkan...dan hati-hati laaa....
Rasanya itu aje yang aku nak tulis....
Jangan lupa, teruskan istiqamah dengan #bmf, jika tak mampu semua, jangan tinggal semua....
~ sekian ~
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
LAMA SANGAT tak buat catatan
Diari DAUD : july 2024 Dah agak lama aku tak buat catatan kat blog ni. Tarikh akhir aku tulis pada 29 April 2024 yang lalu. Jadi hari ni aku...
-
Melati Hill Diari Daud - Hari ni Khamis, 19 Dis. 2019. Aku memang dah plan nak naik BUKIT MELATI pagi ni. Aku kena buat aktiviti macam...
-
Hari ni, KHAMIS, 28 Disember 2017...sejak balik dari kampung badan macam tak sihat. Rasa demam je tapi tak pi klinik pun. Kaki terseliu...
-
Hari SABTU, 16 September 2017, aku bersama famili pi PERLIS. Aku pi sana bersama isteri dan tiga orang anak aku. Lebih kurang 8.30 pag...
No comments:
Post a Comment