Sunday, July 2, 2017

Catatan RAYA di BANGI 2017 hari Ini...

AHAD, 2 July 2017 hari ni...
Pagi isteri selesaikan urusan di rumah. Selepas Zohor kami pi Ziarah Raya di rumah
BESAN di Rinching Hilir Semenyih. Bergerak jam 2.40 ptg. dan tiba
rumah BESAN lebih kurang jam 3.00 ptg. Aku bukan
boleh ingat jalan ke sana. Terpaksalah
tanyakan anak PAKCIK GOOGLE iaitu GoogleMap.
Akhir sampai jugak kami. Kami masuk rumah setelah dibuka pintu
pagar oleh BESAN POMPUAN selepas kami beri salam.

isteri aku(kanan) bersama BESAN(ditengah) dan BESAN kepada
BESAN kami....oopst! sorry kalau bahasa ni berbelit2...
isteri aku bersama BESAN dan keluarga adik kepada BESAN kami......
isteri aku bersama KAKAK kepada BESAN lelaki kami...
Bila masuk rumah barulah tau besan lelaki tiada kat rumah. Besan pompuan beritau
besan lelaki terpaksa bergegas ke tempat dia bertugas di Pahang.
Jadi takdelah kami bertemu dengan besan lelaki kami 
tu...InsyaALLAH mungkin masa
akan datang kut...
Itu semua TUHAN dah tentukan........

isteri aku bersama BESAN(tengah) dan KAKAK IPAR besan kami..


Eco Hill
Kami dipelawa untuk menjamu selera. Semua yang disediakan sedap belaka.
Terima kasih kerana melayan kami. Semasa ziarah Raya tersebut
kami bersua dengan BESAN kepada BESAN kami
dari SABAH...dapatlah jugak isteri
aku mengenali mereka.
Memang dituntut kita jalinkan silatur rahim
dan amat dilarang kita putuskan silatur rahim...kalau nak mudahkan
rezeki dan panjang umur, kena hubungkan silatur rahim.
Tidak sempurna iman kalau kita putuskan
silatur rahim........

Eco Hill
Eco Hill
Eco Hill


Tak lama kami berada di rumah BESAN, tiba pula sebuah keluarga sedara sebelah
BESAN pompuan dari BATU 3 Jalan Bangi. Keluarga adik kepada
BESAN pompuan. Aku pun lupa namanya...emmm
...aku pun lupa aku tanya atau tidak namanya..
Kami bercadang untuk tinggalkan rumah tersebut...namun tidak
kesampaian sebab kakak kepada BESAN lelaki baru tiba...dia minta kami
tunggu sebentar untuk berbual-bual...huhuhu....untuk tidak
menghampakan pemintaan orang kami duduk
sebentar dan berbual sedikit. Lagi pun kita mesti percaya
kalau kita memenuhi permintaan orang InsyaALLAH satu masa nanti
ada orang lain yang akan memenuhi pemintaan kita....jangan lupa TUHAN 
MAHA KAYA dan MAHA BERKUASA...Keramahan kakak BESAN lelaki tu
 menyebabkan kami boleh bersembang agak panjang SIKIT....hahaha....
Setelah agak lama maka kami meminta diri
untuk balik..........................

Eco Hill
Eco Hill
Eco Hill

Dalam perjalanan balik kami singgah sebentar di ECO HILL...saja je singgah sebentar
untuk bersiar-siar. Cadang nak pi menara peninjau kat atas sana tapi
memandangkan hari masih panas...maka tak jadi pi
sana....sempat je snap foto dua tiga kali
....jadilah tuuuuuuu......

Eco Hill
Eco Hill
Eco Hill
.................................................................................................................................

Kemudian kami bergerak balik ke BANGI..................tiba di rumah isteri
sediakan masakan untuk menyambut tetamu yang akan
hadir malam nanti. Seketika kemudian tiba
satu keluarga kenalan isteri aku
ke rumah kami....layan mereka......................
Tak lama kemudian keluarga BIRAS aku dari BANTING pula tiba. 
Keluarga PIAN
Sebelum ini mereka BERAYA di rumah KAKAK IPAR
aku di KG. ABU BAKAR BAGINDA......

Keluarga BIRAS aku dari Banting di rumah BIRAS aku lagi sorang...oopst! berapa banyak BERAS daaa...


Selepas mereka BERAYA di rumah aku mereka bergerak pula ke rumah
BIRAS aku yang duk berhampiran teratak aku kat taman ni.....
Foto umah aku takde...yang ada foto di rumah
BIRAS aku je..............

.................................................................................................................................

Kira2 jam 8.00 malam, keluarga NYAH, abang ipar aku dari Jenderam pula
datang bertandang. Terima kasih kerana sudi datang...


keluarga abang ipar aku dari Jenderam...




isteri aku dengan abang dia iaitu abang ipar aku dari Jenderam...


amik foto ni drpd whatsapp Keluarga NYAH dari JENDERAM...ayahcik amik foto ni yeee....

Harapnya segala sesi ziarah menziarah hari ini diberkati ALLAH SWT.

Jika terdapat sebarang kekurangan kami, mohon sesangat 
dimaafkan. Harap juga hubungan silatur rahim
antara kita semua terus berkekalan hingga ke SYURGA...InsyaALLAH............


Sekian dan terima kasih kerana sudi
membaca.....

daud.montak.zakaria

No comments:

Post a Comment

TETAMU SYAWAL..

Diari DAUD : SABTU lalu, rakan dan juga sedara aku, MIZI berkunjung ke rumah. Dia ni memang salah sorang daripada rakan baik aku. Rakan aku...